assalamualaikum.
aku rasa ramai yang dah tau tentang sambutan hari belia kat Putrajaya yg start hari ni smpi hari ahad nnt. kalau korang tak tau, pegi tgk kat laman web
Kementerian Belia dan Sukan.
aku tak nak citer pasal aktiviti ke ape ke. aku nak citer pasal parking dan laluan bas. sebab diorang tak bagi bawak kete sendiri pegi ke tapak2 aktiviti. konsep Park n Ride akan dilaksanakan sepenuhnya. kepada yang jarang2 dtg Putrajaya mesti terkial2 sket. maklumat nih pun aku dpt daripada laman web
Perbadanan Putrajaya.
First of all, ada 7 tmpt parking utama sekitar Putrajaya iaitu spt peta di bawah:
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]
dari segi Laluan Bas/Tramp, sebanyak 3 laluan utama disediakan dengan berpuluh2 bas Nadi Putra akan beroperasi.
Laluan 1: Park & Ride Putrajaya Sentral, Presint 7
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]
Info Laluan 1:
Pengunjung perlu meletakkan kenderaan di Tempat Letak Kereta (TLK) Awam Pusat Kanser berhampiran Hospital Putrajaya dan TLK Lebuh Sentosa spt ditunjukkan dalam peta di atas. kalau tak silap aku, ada kanopi disediakan di semua TLK. so, boleh tunggu bas kat situ la. Jadual Perjalanan spt dalam peta jugak.
Laluan 2: Park & Ride Presint 1
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]
Info Laluan 2:
Pengunjung perlu meletakkan kenderaan di Park & Ride Presint 1 berhampiran Sekolah Alam Shah dan Alamanda Putrajaya. Jadual Perjalanan bas juga spt dalam peta di atas.
Laluan 3: Putrajaya International Convention Center (PICC)
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]
Info Laluan 3:
Pengunjung perlu meletakkan kenderaan di TLK Presint 5A dan TLK Presint 5B berhampiran PICC spt ditunjukkan dalam peta di atas. Lps tu tunggu je la bas datang amik. Jadual Perjalanan bas spt dalam peta di atas.
kalau feeling lost, ikut jer signboard yg byk diletakkan di tepi2 jalan. signboard2 tu semuanya menghala ke tempat parking. tp korang kene tahu la korang parking kat mana. dan naik bas yg betul masa nak balik. takut nnt salah naik bas karang salah pegi tempat parking kang naya jer. hehehe.
oh ye, kepada yg ada GPS, navigator dan seumpamanya, ini koordinat utk tmpt parking yg boleh korang gunakan:
kalau korang dari Nilai, Dengkil atau KLIA :
- N 02°53'47.86" E 101°40'23.99" (Parking PICC Presint 5 (A))
- N 02°53'38.62" E 101°40'49.75" (Parking PICC Presint 5 (B))
kalau korang dari Puchong, Shah Alam atau Kuala Lumpur :
- N 02°55'38.46" E 101°40'19.56" (Parking Tapak Pusat Kanser Presint 7)
- N 02°55'50.71" E 101°40'10.92" (Park & Ride Presint 7)
- N 02°55'40.39" E 101°40'36.81" (Parking Lebuh Sentosa Presint 8)
kalau korang dari Bangi, Sungai Merab, Serdang atau Kuala Lumpur :
- N 02°56'19.87" E 101°41'35.72" (Parking Kompleks JPM Presint 1 (belakang Parcel B))
- N 02°56'42.56" E 101°42'33.93" (Park & Ride Presint 1)
itu je la yg aku boleh tolong. aku tak nak pegi. sure sesak gile. huhuhu. kalau korang tak caya ape yg aku citer kat atas, bukak la laman web yg aku bg kat atas td.
sekian, terima kasih.
p/s: sure jem la putrajaya weekend nih. aku nak gi KL la. huhuhu.