Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010

assalamualaikum.

tinggal lagi bbrp jam je untuk masuk ke tahun baru 2011. aku saja je nak menaip satu entri terakhir bagi tahun 2010. tahun yang paling bermakna dalam hidup aku setakat ini. tahun yang tak mungkin akan ku lupakan. insya Allah. kenape? sebab aku dah kawin. hehehe.

aku melamar wife aku pada 01/10/09. pada 04/10/09, aku jumpa kakak & abg iparnye. terus ditanye pasal kawin. so kami merancang dan akhirnya bertunang pada 14/02/10. setelah bersedia, kami dinikahkan pada 11/09/10 bersamaan 2 Syawal 1431H. kenduri pulak diadakan pada 12/09/10 dan 16/09/10. itulah tarikh2 penting bagi tahun 2010 untuk aku dan isteri aku.


tahun 2010 menyaksikan perubahan status aku dari bujang kepada berkahwin. tahun 2011 pula aku akan bergelar bapa. insya Allah. semoga kehidupan kami sekeluarga akan lebih diberkati dan dilimpahi rahmat olehNYA.

p/s: tak sabar nak tunggu Jun 2011. =)

Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya di mata aku

assalamualaikum.


aku nak komen pemain Malaysia satu persatu:

1. Khairul Fahmi a.k.a Apek (GK) - persembahan mantap dari anak muda ini. Selepas Khairul Azman Mohamad, aku rasa Malaysia kurang penjaga gol yg mantap. harap2 Apek boleh kekalkan prestasi mantap ini buat satu masa yang lama.

2. Asrarudin Putra Omar (LB) - persembahan memalukan pada perlawanan pertama apabila Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia. Malah Asra dikatakan punca utama kekalahan Malaysia. Namun, kepercayaan Rajagobal terhadapnya dibalas dengan persembahan2 mantap selepas itu. gud comeback from him.

3. Mahali Jasuli (RB) - mampu bertahan dan membantu bahagian tengah dengan baik. Paling diingati adalah hantaran tepat untuk Safee Sali menanduk masuk gol kedua ketika menentang Vietnam pada separuh akhir pertama yang lalu.

4. Muslim Ahmad (DC) - mantap. walaupun menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir smlm, persembahan keseluruhan amat membanggakan. Muslim membuatkan kita lupa pada Norhafiz Zamani Misbah.

5. Mohd Fadhly Shas (DC) - pemain paling muda. baru 19 tahun. tapi permainan mantap dan matang mengemudi pertahanan Malaysia bersama Muslim Ahmad. terbaik!!

6. Amirulhadi Zainal (AMR) - right wing yang berkebolehan menggelecek pemain lawan dengan baik. larian pantas dan kawalan bola yang baik. mantap jugak!!

7. S. Kunanlan (AML) - aku rasa Kuna paling konsisten. stamina tinggi. skill menggelecek tinggi la jugak. boleh tahan laju dan kerap turun membantu Asra kalau Malaysia diasak. terbaik jugak!!

8. Safiq Rahim (MC) - kapten pasukan. perancang di bahagian tengah. tackle mantap. passing masih boleh diperbaiki. rembatan kencang. keep it up!!

9. Amar Rohidan (DMC) - terbaik!! ramai orang tak perasan dengan peranan penting Amar Rohidan. bak kata member2 aku, Rafiqin dan Hairaul, "Amar is the unsung hero for Malaysia." tugas dia adalah menahan asakan pemain lawan dan membantu pertahanan Malaysia. he has done a great job. 1st game lawan Indonesia dia tak start. game seterusnya dia start sehinggalah Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki. kalau aku nak beli jersi malaysia, aku akan beli jersi Amar Rohidan! you're the man.

10. Norshahrul Idlan Talaha (FC) - dribbling skill yg agak mengkagumkan seperti ditunjukkan dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil. boleh menjadi perancang dan penjaring gol yang baik. tidak tamak dan bergandingan mantap bersama Safee Sali.

11. Safee Sali (FC) - mempunyai fizikal yang tegap. finishing mantap. tandukan kencang. berjaya menjaringkan 5 gol di peringkat kalah mati dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan. he's the hero.

12. Sharbinee Allawee (GK) - Sharbinee dah lama tak beraksi di pentas antarabangsa kerana kecederaan. aku pun terkejut kenape Rajagobal bergamble bagi Sharbinee main lawan Indonesia. mungkin tak dpt rhythm lg dan jugak tak bernasib baik sehingga mudah dibolosi sehingga 5 gol pada perlawanan itu.

13. Sabree Mat Abu (RB/LB) - utility player. boleh bermain di bahagian kiri dan kanan pertahanan. bermain baik setiap kali diturunkan. juga boleh bermain di bahagian tengah apabila diperlukan dalam perlawanan akhir semalam.

14. Mohd Amri Yahyah (AMC) - Amri ni bagus sbnrnye. passing skill mmg baik. finishing instinct and technique pun terbaik. contohnya dia berjaya menjaringkan 2 gol ketika menentang Laos. kelemahan dia di mata aku ialah ketika membawa bola. he's not a gud dribbler. banyak kali aku tgk dalam game Malaysia menentang Laos dan Vietnam. dia hilang bola sbb dia cuba nak gelecek pemain lawan. masa main lawan Indonesia smlm aku perasan dia dah tak banyak dribble bola. gud improvement. dan aku rasa pengalaman dia mmg byk membantu pemain2 muda yg rata2 nya berumur bawah 23 tahun.

secara keseluruhannya aku tgk permainan Malaysia banyak bergantung pada bahagian sayap kiri dan kanan. Malaysia banyak menggunakan winger dan fullback untuk menyerang. Norshahrul dan Safee Sali pun suka attack dari tepi. itu pada pemerhatian aku la. =)

aku tak boleh nak komen pemain lain sbb aku tak tgk sgt org lain yg main. tapi ada satu je benda aku nak tegaskan kat sini walaupun aku komen secara individu, kemenangan Malaysia adalah kemenangan secara berpasukan dan hasil teamwork yang baik.

Tahniah Malaysia!!
Tahniah Harimau Malaya!!

p/s: saya komen ikhlas. jangan marah ye. hehehe.

**added later.
alamak. aku tertinggal sorg player. nasib baik Hairaul igtkan. so aku letak komen dia je la utk Ashaari Shamsudin. hehehe

15. Ashaari Shamsuddin (AML/AMR) - player Terengganu...top scorer Liga Super 2010...tak byk main sepanjang kejohanan...tp kelibat masa final mmg memberi impak...skor 2nd goal masa 1st leg...and through ball canteknye pada Safee Sali masa 2nd leg seal off the tie...

TQ.

Rio Ferdinand Congratulates Malaysian Team!!

assalamualaikum.

rasa bangga jugak bila seorang pemain professional terkenal dan bertaraf dunia memuji skuad kebangsaan tanah tumpahnya darahku, Malaysia. ini buktinya:

Rio Ferdinand: Pemain Kebangsaan England & Manchester United

tahniah Malaysia. TQ Rio!!

p/s: We are the champion!!

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010!!

assalamualaikum

TAHNIAH MALAYSIA!! 
TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

dah lama rasanye negara kita Malaysia tidak mengalami atmosfera yang sebegini hangat. seluruh rakyat malaysia bersatu padu memberikan sokongan tidak berbelah bagi dan mendoakan pasukan negara pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010. Alhamdulillah hasilnya berbaloi baloi.

Keputusan Perlawanan Akhir:

Pusingan 1: Malaysia 3 Indonesia 0
Pusingan 2: Malaysia 1 Indonesia 2

Malaysia JUARA dengan agregat 4-2

walaupun pelbagai dugaan dihadapi pasukan Malaysia di indonesia, semangat Harimau Malaya tetap utuh dan kekal fokus untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih serta pengurusan pasukan. semoga kejayaan ini akan menjadi permulaan era baru kegemilangan bola sepak Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!

about the game. Kedua2 pasukan mempamerkan permainan mantap dan menghiburkan. walaupun malaysia mempunyai kelebihan 3 gol, mereka tidak bertahan semata2. serangan2 malaysia juga cukup membahayakan.

namun, malaysia hampir dikejutkan di awal permainan apabila indonesia dihadiahkan sepakan penalti selepas Sabre Mat Abu dikatakan menahan bola dengan tangan. tetapi ketenangan dan ketangkasan Khairul Fahmi a.k.a Apek menyelamatkan sepakan Firman Utina amat melegakan seluruh penyokong Malaysia.

hasil kesungguhan para pemain, akhirnya Malaysia berjaya menjaringkan satu gol menerusi Safee Sali  pada minit ke 54 sblm Nasuha menyamakan kedudukan buat Indonesia pada minit ke 73. Di minit2 akhir permainan, kesilapan benteng pertahanan membolehkan Indonesia mendahului 2-1 hasil jaringan sendiri Muslim Ahmad pada minit ke 87.

walaupun tewas 2-1, malaysia tetap menang dengan agregat 4-2. sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.

Juara:
Malaysia

Naib Juara:
Indonesia

Top Goalscorer:
Mohd Safee Sali (Malaysia) - 5 gol

Most Valuable Player:
Firman Utina (Indonesia)

Fairplay Award:
Filipina

ini gmbr2 yg aku snap dari kaca tv rumah aku. hehehe.

inilah pasukan juara, MALAYSIA - HARIMAU MALAYA
Kapten Malaysia, Safiq Rahim menjulang Piala AFF Suzuki.
Khairul Fahmi a.k.a Apek.
Pemain Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki
Jurulatih Malaysia, K Rajagobal.


p/s: agak2 K Rajagobal dapat Dato' tak? huhuhu

Tuesday, December 28, 2010

Julia Perez mahu bikin onar

assalamualaikum.

aku terkejut dan tergelak bila baca berita kat Berita Harian Online td. disebabkan rasa tak puas hati atas insiden laser melaser pada perlawanan akhir pertama Piala Aff Suzuki hari tu, seorang artis Indonesia nak balas dendam. mcm mana? dia nak pakai baju seksi meksi supaya pemain2 malaysia hilang fokus. siap ckp nak pakai baju belahan dada lagi. ish ish ish. tak sangka sampai mcm tu sekali rendahnya martabat dan maruah dia.

kalau korang nak tau mcm mana rupanye Julia Perez atau Jupe tu, sila la google ye. aku tak nak letak gmbr dia kat blog aku nih. hilang kesucian Dunia Batinku nnt. heheheh. 

berita lanjut boleh baca kat sini.

p/s: confirm ramai org kerumun kat tmpt dia duduk. huhuhuh

Monday, December 27, 2010

Piala AFF Suzuki dan twitter

assalamualaikum.

semalam aku tgk Final Piala AFF Suzuki sambil bertwitter. mmg ramai yg main twitter masa tu. aku pun layan je la. kadang2 retweet tweet org lain. mmg laju je timeline bergerak. setiap saat ada update. never been that active before. hehehe.

tp yg tak bestnye bile ada gaduh2 and kutuk2. tak kire la malaysia ke indonesia ke. tak best la mcm tu. its just a game of football. tak perlu la sampai nak menghina bila dah kalah. we accepted our lost in the first group game, so why cant you??

the laser incident became the hot topic on twitter. there even a hashtag of malaysiacheatlaser and it becomes a top trending topic worldwide. and the name Safee also become one of the top search on twitter.

sape2 yg main twitter smlm mesti perasan. ada yg marah, ada yg cool. well, masing2 ada pendapat masing2. kalah menang ada pertandingan. terima je la kenyataan kalau itu yang tersurat.

amaran kepada yg bawak laser tu, sila berhati2. kalau berleluasa nnt silap2 malaysia boleh kene hukum ngan fifa. kalau hukuman main kat gelanggang berkecuali ok lagi kot. kalau kene main dalam stadium kosong mcm mana?? tak ke haru?? bak kata Nabil Raja Lawak, lu ada otak, lu pikirlah sendiri!!! Assalamualaikum!!

p/s: Lets kick laser pointers out of football!!

Final Piala AFF Suzuki: Malaysia 3 Indonesia 0

assalamualaikum.

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!  Kita memperoleh kemenangan yang pertama!!! yahuuuuuu!!!! heheheh.


begitulah gembiranya rakyat malaysia apabila pasukan negara berjaya membenamkan keangkuhan pasukan indonesia dengan menewaskan pasukan garuda itu 3-0. walaupun ini baru perlawanan akhir peringkat yang pertama, malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan kedua di jakarta kelak.

gol-gol malaysia dijaringkan oleh Safee Sali (2 gol) dan Ashaari Shamsudin yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Amirul Hadi Zainal. Nor Shahrul Idlan Talaha menjadi pemain penting apabila gol pertama Safee Sali dan Ashaari adalah hasil dari gerakan dan hantarannya. gol kedua Safee Sali pula adalah hasil umpanan cantik dari pemain pertahanan, Mahali Jasuli.

permainan nampak seimbang pada separuh masa pertama tetapi dicemari insiden pancaran laser ke arah penjaga gol Indonesia, Markus dan pemain Indonesia yang mengambil sepakan sudut. Markus membantah beberapa kali namun permainan tetap diteruskan.

pada separuh masa kedua pula, Indonesia bermula garang dan mengasak kubu Malaysia bertubi2. tetapi permainan sekali lagi diganggu dengan insiden laser ke arah Markus. Markus yang bengang mengajak pemain2 Indonesia meninggalkan padang. Pengadil juga sependapat dan mengarahkan semua pemain meninggalkan padang. permainan terhenti lebih kurang 5 minit akibat kebodohan dan kemangkokan penonton yang menggunakan laser itu.

KAMI PENYOKONG2 SEJATI BOLA SEPAK MALAYSIA MENGUTUK SESIAPA SAHAJA YANG MEMANCARKAN LASER ITU!!

selepas permainan disambung semula, Malaysia bagai mendapat semangat baru dan bertalu2 mengasak Indonesia. hasilnya ternyata memuaskan apabila tiga gol berjaya dijaringkan. tahniah buat pasukan malaysia. diharapkan kita tidak terlalu berpuas hati kerana 90 minit di stadium gelora bung karno pasti amat dinantikan oleh pasukan indonesia. kita harapkan yang terbaik dari pasukan malaysia. jumpa di jakarta rabu ini. MALAYSIA BOLEH!!

p/s: kalau Malaysia menang, boleh dapat cuti peristiwa tak?

Friday, December 24, 2010

Apa korang cari kat blog??

assalamualaikum.

malam tadi aku terpikir tentang persoalan nih. apa yg korang cari kat blog sbnrnye? lain orang pasti lain keinginannya kan? ada yg cari info terkini, gosip hangat, maklumat tertentu, latest events dan mcm2 lagi la. yang cari pasal dan cari gaduh pun ade. tak caya?? pegi tgk kat blog Sembang Kosong. ish ish ish. geleng kepala aku membaca komen2 kat situ. tuan punye blog siap buat entri special lg utk si Ju tu. (aku promote blog ko nih Shah87. hehehe.)

ok2. berbalik kepada tajuk td. aku boleh citer pasal apa yg aku cari la kan. aku mana tau ape yg korang cari kat blog. tu korang punye pasal la. hehehe.

Berita
kadang2 ade dgr khabar2 angin tp tak tau kisah sepenuhnye. kadang2 kat paper pun tak kuar lagi, so blog la sumber utama nak dptkan berita atau info2 terkini tu.

Latest events
ada blogger yang rajin update pasal latest events and happenings yang berlaku di malaysia nih. so ade la info2 pasal tmptnye, tarikhnye, tiketnye, parkingnye dan mcm2 lagi la. lagi sana baca kat blog sbb dia letak je semua dlm satu entri. klu kat website event tu nak kene klik2 kat tmpt lain plak klu nak cari info2 berlainan.

Reviews
kalau nak beli gajet baru, kadang2 ushar2 gak review2 yg ade kat blog org lain. review tu mesti la jujur sbb dia sendiri dah pakai. bukan review gajet je, review movie pun banyak. so, klu nak gi tgk wayang, baca la review kat blog org dulu.

Resipi
sekarang dah jarang dah cari resipi kat blog. sbb sekarang dah kawin. dah ade org masakkan. hehehe. dulu zaman bujang mmg rajin mencari resipi kat blog, especially time bulan puasa. hahahha. biasa la org bujang. tp skrg pun klu rasa nak makan yg lain drpd yg lain, aku akan search resipi kat internet dan masak bersama adinda aku. hehehe.

Maklumat produk
kadang2 nak beli barang tp tak tau nak beli kat mana, ape kebaikan dan harganya. so, blog adalah antara tmpt paling popular untuk mencari maklumat2 mcm tu. ada jugak blog yg jual online tp aku dah jarang buat online transaction nih. so, just cari info then pegi beli kat kedai. harga pun lebih kurang je. kadang2 kat kedai lagi murah dari online. hehehe.

Lawak
ini yang best. sbb lawak2 kat blog nih boleh mereleasekan tension. ada yg jenis cerita, ada yg jenis bergambar. bagus jugak ade org2 yg mengumpulkan bahan2 lawak mcm nih. klu tgh tension2 buat keje boleh relax2 sambil bergelak ketawa. antara blog yg aku selalu pegi ialah Sembang Kosong dan telordibasuh.

p/s: buat blog nak cari kawan, bukan cari lawan.

Monday, December 20, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 0 Vietnam 0

assalamualaikum.

takde bende lain nak ckp selain ucapan tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010. ini adalah kali kedua pasukan negara layak selepas kali pertama pada tahun 1996, edisi pertama yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger. aku baru Form 1 masa tu. huhuhu.


pada separuh akhir kedua, malaysia lebih banyak bertahan dan melakukan counter attack. walaupun ada beberapa keadaan yang mencemaskan, pemain2 malaysia berjaya mengawal dan bertahan dengan baik. vietnam sgt terdesak hingga seorang pemainnya dibuang padang kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti Malaysia.

pada perlawanan akhir, Malaysia akan bertemu Indonesia. format perlawanan akhir juga dijalankan secara timbal balik. perlawanan pertama akan diadakan di kuala lumpur pada 26 disember dan perlawanan kedua di jakarta pada 29 disember. ini peluang baik untuk malaysia membalas dendam atas kekalahan memalukan 1-5 di tangan indonesia pada perlawanan kumpulan yang lalu.

semoga Malaysia menutup tahun 2010 dengan menjulang Piala Suzuki AFF.

p/s: Malaysia boleh lagi!!!

Thursday, December 16, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 2 Vietnam 0

assalamualaikum


itu lah keputusan perlawanan smlm. Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi pada hari sabtu nnt. kedua dua gol malaysia dijaringkan oleh penyerang Selangor, Safee Sali.

gol pertama hasil sepakan percuma yg diambil oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim dan ditanduk kencang oleh Safee. kesilapan penjaga gol vietnam yg gagal menampan kemas juga menyumbang kepada gol tersebut.

gol kedua juga bermula dari Safiq yg merembat kencang dari luar kotak penalti. penjaga gol vietnam hanya mampu menepis tetapi bola muntah itu disambar oleh Safee untuk gol keduanya sepnajang kempen Piala AFF ini.

keseluruhan permainan malaysia agak memuaskan tetapi sedikit longgar di bahagian tengah dan pertahanan kiri dan kanan. yang ketara ialah bahagian right back. Mahali Jasuli agak leka dan hilang fokus hingga satu ketika dimarahi Muslim Ahmad sbb membiarkan bola melepasinye untuk perangkap offside yg tak menjadi. akhirnya digantikan oleh Sabre Abu yg pada aku bermain baik ketika Malaysia menentang Laos hari tu. Asrarrudin Putra pun kadang2 goyang jugak tp boleh recover balik. yg lain2 ok la tp masih boleh diperbaiki.

Amri Yahyah masih suka menggelecek tp selalu kehilangan bola. pada aku, amri is a good finisher but not a good dribbler. dia patut main striker je. finishing mantap, rembatan jarak jauh pun power. main Liga Malaysia boleh la nak dribble byk2 tp main international jgn la. mudah sgt dibaca. lawan laos hari tu pun byk kali hilang bola sbb nak dribble. komen membina nih. bukan mengutuk yer. hehehe.

pape pun, tahniah utk pasukan Malaysia. harap2 layak ke final jumpa Indon untuk balas dendam!!

p/s: Malaysia sentiasa Boleh!!

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia vs Vietnam

assalamualaikum

malam ni akan berlangsung perlawanan peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 di antara Malaysia dan Vietnam. Format peringkat separuh akhir adalah secara timbal balik. perlawanan pertama akan berlangsung di malaysia dan perlawanan kedua di vietnam.


smlm member aku, fiqin ajak gi tgk kat stadium. adinda aku pun dah bagi green light. dia bagi chance aku gi tgk kat stadium. tp hari ni aku tgk dia tak bape sihat je. so aku tgk kat umah je la kot. tiket pun xde lg. so xla rugi. lain la si fiqin tu. dpt tiket free. hahaha.

harapan? of coz la nk tgk Malaysia menang. nak harap ape lg? kan? harap2 coach rajagobal tak silap percaturan lagi mcm lawan indon hari tu. kalau silap, haru laa. mesti ade rusuhan klu malaysia kalah malam nih. huhuhu.

p/s: Malaysia Boleh!!

Update 3: Aku

assalamualaikum.

update yg ni mungkin bosan sket. sbb aku nk citer pasal diri aku. huhuhu.

hujung bulan 10, aku ade appointment kat Hospital Putrajaya. sbb aku sakit lutut. last2 kes aku dirujuk pada pakar. dia suh aku buat MRI. tp kene tunggu date dari hospital serdang sbb kat hospital putrajaya takde MRI. klu nak pergi swasta, kos MRI around RM700- RM800. smpi skrg aku belum dpt date dari Hospital Serdang lagi.

menurut pakar tu, sakit lutut aku jugak menjadi penyebab sakit blkg aku. sbb aku jalan dah tak berape betul kot. allignment lari sket. aku sakit blkg sblh kanan jer. lutut aku mmg sakit sblh kanan. so, sementara tunggu date, specialist tu suruh aku berenti pegi gym. pastu dia suruh aku pegi fisioterapi. setakat nih dah 2 kali aku pegi. mula2 kene buat exercise ringan jer. last time pegi, kene buat exercise and cycling. next time nih tak tau la kene buat ape plak. lps sesi yg ketiga, fisio tu suh aku attend class plak. sesi beramai2. perghh. mcm kronik jer masalah belakang aku nih kan? huhuhu.

oh ye. pakar tu cakap maybe anterior cruciate ligament (ACL) or meniscus aku problem. tu yg nak kene buat MRI tu. nak pastikan. klu org2 aktif sukan maybe familiar la dgn term2 nih. hehehe. member aku pun dah ramai kene. ACL koyak la, ACL putus la. aku yg paling lmbt kene kot. hahaha. ni gmbr ligamen2 kat lutut kite.

source: http://www.thedisabledlist.com/knee-ligaments
btw, lutut aku pun ade retak sket kat tibia tu. hmmm. mcm2 kan? sabar je la.

p/s: maka sbb inilah aku telah dipaksa bersara dari bersukan. huhuhu.

Tuesday, December 14, 2010

Update 2: Adinda

assalamualaikum.

update yang seterusnya adalah tentang adinda isteri dan bakal cahaya mata kami. kandungan adinda dah pun mencapai usia 3 bulan. alhamdulillah tiada apa2 yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh ni. setakat tahap kemengidaman adinda yang pelbagai tu biasa la. nasib baik takde yg pelik2.  hehehe.

last check up hari tu doktor kata baby sihat. walaupun berat badan adinda turun tp baby sihat. so, next appointment untuk buat buku merah je la. tak perlu nk jumpa selalu dah. aku plak smpi skrg xdpt tgk lagi baby discan secara live. tp takpe. aku boleh sabar lagi. hehehe. tunggu perut adinda besar sket nnt aku nak bawak dia pegi scan kat klinik supaya aku boleh tgk jugak. hehehe. kat hospital tu payah doktor nak bagi tgk sbb org ramai. suami takleh masuk.

dari segi persiapan untuk baby belum ada apa2 lagi. cuma adinda dah start amik suplement dan ubat2 untuk baby dalam kandungan. slow and steady. adinda dah ngadu kain and seluar dia byk dah ketat. so, last sunday pegi jalan2 kat sunway. jalan2 kat jusco tp tak jumpa plak yg berkenan. kat parkson xde maternity punye section. kat VMum ade yg berkenan tp mahal giler. cari ModernMum tak jumpa2. last2 balik dengan hampa sbb adinda mengadu dah sakit kaki. lain kali la plak pegi cari. ehehehe.

aku? aku xde pape. xde muntah2 ke ape ke. hehehe. adinda ada mengadu sakit pinggang and kaki. aku pun sakit gak. tp bukan sbb berjangkit ngan adinda. nnt aku cerita dalam update seterusnya. hehehe.

p/s: ntah kenape aku rasa nak makan durian smpi termimpi2. mengidam ke?? hahaha.

Update 1: Ayahanda

assalamualaikum.

dah lama tak update blog nih. masa tu ada tp kekadang tu malas. biasa la. kadang2 mood ok. kadang2 mood ke laut. hehehe. tp hari nih aku nak update la sikit mana2 yg patut. yg pertama, pasal ayahanda.

dalam post yg bertajuk Ayahanda Gering pada 25 November 2010, aku ada cerita pasal ayahanda yg jatuh sakit sekali lagi dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. alhamdulillah, syukur pada Allah sebab keadaan ayahanda semakin baik sepanjang di HTAA tu. ayahanda dah discharge dah pada 5 Disember lalu. masa tu aku dah ready nak balik Kajang dah. tp bile tau ayahanda dah boleh discharge, terus bawak ayahanda balik ke rumah di rompin.

malam sikit baru balik ke Kajang. memandu sejauh 400km dalam kurang dari 12 jam mmg meletihkan. tp terpaksa balik juga sbb adinda isteri xboleh nak cuti. dalam perjalanan Rompin-Kajang tu, 2 kali aku berenti tdo. tak pernah terjadi sblm nih. punye la penat. huhu.

skrg nih ayahanda ada kat rumah di kampung dijaga oleh bonda dan adik lelaki aku. ayahanda masih tak boleh bercakap dan lemah sblh badan. ayahanda masih minum susu melalui tiub yg dimasukkan melalui hidungnya. aku dan keluarga hanya mampu berusaha dan berdoa agar ayahanda akan bertambah baik dan pulih suatu hari nanti. selebihnya, terserah kepada Yang Maha Berkuasa.


p/s: redha dengan ketentuanNya.

Wednesday, December 8, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 5 Laos 1

assalamualaikum.

"save the best for the last"  
"they performed when it matter most"
dua ungkapan ini mungkin yang paling sesuai untuk pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010. bermula buruk apabila tewas 1-5 kepada indonesia dan kemudian mengikat jaguh Asia Tenggara, Thailand 0-0 untuk menghidupkan peluang mara ke separuh akhir. perlawanan terakhir kumpulan menjadi penentu. Malaysia, Laos dan Thailand berpeluang layak ke separuh akhir jika menang perlawanan masing2.

http://www.affsuzukicup.com

keputusannya, Malaysia menang 5-1 ke atas Laos dengan jaringan daripada Amri Yahyah (min. 4 & 40), Amirulhadi Zainal (min. 73), Norshahrul Idlan Talaha (min. 77) dan jaringan sendiri pemain pertahanan Laos, Kitsada (min. 90+2). jaringan tunggal Laos diperolehi pada minit ke 8 menerusi Lamnao Singto.

walaupun menang selesa, persembahan malaysia tidaklah sempurna. gol amirulhadi dan norshahrul juga dihasilkan dari kesilapan pemain lawan. banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki pasukan malaysia sekiranya ingin layak ke peringkat akhir. antara yg laing nyata aku nmpk ialah keinginan menyimpan bola terlalu lama dan akhirnya hilang dirampas lawan. berani mmg bagus tp jgn smpi membahayakan pasukan. itu je la komen aku. komen lebih2 nnt org mengata plak. huhuhu.

sementara itu, thailand tewas 1-2 di tangan indonesia hasil 2 jaringan penalti oleh bekas pemain import Selangor, Bambang Pamungkas. kepada pasukan malaysia, jangan lagi harapkan orang lain untuk mara ke peringkat seterusnya. usaha dan lakukan dengan kudrat sendiri. MALAYSIA BOLEH!!

p/s: Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek boleh jadi the next Khairul Azman Mohamad.

Friday, December 3, 2010

Tuan Rumah Piala Dunia 2018 & 2022

assalamualaikum.

sumber: google images
Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dah abis dan Sepanyol dah pun ditabalkan sebagai juara.Tahniah la diucapkan kepada seluruh penyokong sepanyol. yang tak berjaya, sokong lagi pada 2014 nanti yer. hehehe.

sumber: google images
 Piala Dunia edisi 2014 pula akan diadakan di negara kelahiran legenda bola sepak dunia, Pele, negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali, Brazil.

Selain dari perebutan bergelar juara dunia, negara2 juga berlumba2 nak jadi tuan rumah piala dunia. sbb masyukkkk. seluruh dunia akan bertumpu ke negara tu walaupun hanya untuk sebulan. Semalam, FIFA dah umumkan tuan rumah untuk edisi 2018 dan 2022.

sumber: google images
RUSSIA akan menjadi tuan rumah pada edisi 2018. Russia menewaskan bidaan2 dari bbrp negara termasuk negara yg pada awalnye dianggap favourite, ENGLAND. Selain England, negara2 yg turut menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah pada 2018 ialah Belanda/Belgium (bersama) dan Sepanyol/Portugal (bersama). ini adalah kali pertama Russia akan menganjurkan Piala Dunia.

sumber: google images
pada edisi 2022 pula, QATAR telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Qatar berjaya meraih undi tertinggi menewaskan Australia, USA, Jepun dan Korea Selatan. Ini juga adalah kali pertama Qatar menganjurkan piala dunia dan kali pertama negara dari Timur Tengah akan menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

p/s: Malaysia berani ke nak bid jadi tuan rumah?? Mantapkan pasukan Malaysia dulu ye!!

Thursday, December 2, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 1 Indonesia 5

assalamualaikum.

berita yang agak kurang tidak menggembirakan di pagi khamis ini. Malaysia memulakan langkah longlai dalam kempen Piala AFF Suzuki apabila tewas 1-5 di tangan tuan rumah, Indonesia. walaupun mendahului 1-0 melalui Norshahrul Idlan Talaha, Malaysia ketinggalan 1-2 apabila tamat separuh masa pertama. ntah di mana silapnya pasukan Malaysia dimalukan dengan kekalahan terbesar dalam sejarah penyertaan malaysia di Piala AFF ini. Laporan dan berita penuh di Laman Web Rasmi Piala AFF.


sebelum itu, Thailand hanya mampu seri 2-2 dengan Laos. Malaysia akan menentang Thailand pada hari Sabtu ini dan Laos pada hari Selasa depan. harapkan keajaiban dari pasukan Malaysia.

p/s: kenape Apek tak main? injured ke?

Wednesday, December 1, 2010

1 Dis 2010: RON97 = RM2.30/liter

assalamualaikum.

hampir semua orang dah tau bahawasanya harga minyak petrol RON97 naik 15 sen lagi menjadikan harganya sekarang RM2.30 seliter. tak mau cerita banyak. baca je petikan berita dari Utusan Online nih:

jadi, kepada semua pengguna2 minyak petrol tanpa plumbum RON97, sila lah check harga pasaran semasa minyak tersebut kerana harganya akan terus berubah2 pada setiap bulan berdasarkan harga minyak dunia.

sekian, terima kasih.

p/s: aku pakai minyak petrol tanpa plumbum RON95 jer.