Sunday, May 16, 2010

Hari ini Hari Guru

assalamualaikum.

masa zaman2 pelajar dulu tak penah lupa hari guru. especially sewaktu bergelar pelajar sekolah. tapi bila dah start bekerja dan jauh dari sekolah, hari guru semakin aku lupakan. tapi hari ini berbeza. 

hari ini aku nak menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua insan yang pernah mengajar aku sehingga aku berjaya skrg. (berjaya la jugak jadi org..hehehe..) tanpa didikan dan tunjuk ajar insan2 yg bergelar guru,cikgu,ustaz,ustazah, pensyarah, tutor atau apa sahaja gelaran yg diberikan kepada mereka, aku tak mungkin smpi ke tahap ini. malahan, aku rasa kalau aku lebih memberi perhatian atau lebih menghargai mereka, aku mungkin berada di kedudukan yang lebih baik pada hari ini.

aku tak rasa aku dapat menyenaraikan seorang demi seorang nama mereka yg pernah mendidik aku. takut nnt klu aku terlupa, aku jugak yg tak sedap hati. sbb aku tau diorang tak kisah. kerana mereka mengajar dan mendidik bukan utk mengharapkan apa2 balasan. mereka cuma menunaikan tanggungjawab utk mendidik anak2 bangsa menjadi manusia yang berguna.
  1. TABIKA Kampung Janglau, 1990
  2. Sek. Keb. Tanjung Gemok, 1991-1995
  3. Sek. Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN), 1996-2000
  4. Universiti Tenaga Nasional, 2001-2006
kepada insan2 yang pernah menabur bakti dan menjadi pendidik di institusi2 yg aku senaraikan di atas, terutama sekali yg mengajar aku, TERIMA KASIH sekali lagi aku ucapkan. 

Jasa dan bakti kalian semua tak mungkin dapat dibalas oleh ku walau hingga akhir hayat ku ini.

TERIMA KASIH CIKGU.

p/s: sabun dan pen adalah hadiah hari guru yg popular dulu. huhuhu.
Post a Comment