Thursday, February 17, 2011

Dunia dunia dunia . . .

assalamualaikum

inilah dunia. tak abis2 sibuk dengan dunia. harap2 tak lupa akhirat jugak. huhuhu. blog nih dah lama kesepian, ditinggalkan oleh pemiliknya yang kesibukan. sibuk dengan kerja dan keluarga. kalau pemiliknya tak keje, macam mana nak sara keluarga. kalau asyik curi tulang masa kerja dgn berblog saja, tak berkat rezeki diberi pada keluarga nanti. nak harapkan income dari blog? tak cukup nak sara keluarga. so, kene seimbangkan la antara kerja dan leisure. 

hmmm. itu lah alasan aku tidak mengupdate blog 2-3 minggu nih. sibuk amat. ni pun aku dtg opis awal2 sbb nak packing barang nak gi melaka. sementara tunggu yg lain dtg, aku mengarang la kejap. aku ke melaka smpi hari ahad nih. ada event sket kat sana. it is an open event. so, sape2 yang nak ke Melaka tu singgah2 la di MITC. event berlangsung pada Jumaat dan Sabtu. Acara utama hari Sabtu rasanye. PM and TPM dtg merasmi kot. aku rasa la. tak sure plak. hehehe. oh ye. eventnye ialah Hari Kesedaran Bencana 2011 dan UNISDR World Disaster Reduction Campaign. 
p/s: kalau ada kat sana, roger2 la aku. =)

Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid

assalamualaikum.

seperti mana semua sedia maklum, Mesir tgh huru hara. dipendekkan cerita, keselamatan kira2  11 ribu rakyat Malaysia kat sana agak terancam. jadi, ramai yg mintak kerajaan bawa pulang rakyat Malaysia. ada yang sempat balik sendiri tetapi ramai yang terperangkap. jadi, kerajaan pun gerakkanlah Ops Piramid nih.

TUDM hantar 3 pesawat Hercules, MAS dan AirAsia masing2 dua pesawat untuk bawak keluar rakyat Malaysia dari Mesir. aku tgk berita semalam, TUDM buat 18 penerbangan sehari dari Mesir ke Jeddah.  Yup. Kerajaan Malaysia buat keputusan nak bawak rakyat Malaysia nih ke Jeddah dulu sbb dekat dan selamat. bila dah keluar semuanye dari Mesir, baru boleh bawak balik ke Malaysia dengan lebih teratur. ramai tu nak bawak balik. bukan 100 ke 200 orang. 11 ribu tu. huhuhu.

semalam, 2 penerbangan sampai di KLIA pukul 10 pagi td. satu penerbangan MAS dan satu AirAsia. PM, TPM dan menteri2 kabinet datang menyambut. of coz la keluarga rakyat Malaysia yg balik tu pun datang jugak. dah macam tunggu jemaah haji balik plak aku tgk. aku ada gak kat KLIA pagi td. saje je nak tgk dekat2.  hehehe. mmg ramai yang datang. nak sambut sorang pelajar je tp datang satu family. tp aku dengar citer MB Perlis charter sebuah bas untuk bawak pulang pelajar dari Perlis. so, keluarga diorang tunggu kat Perlis je. tak yah susah2 turun KL. syabas Dato’ Seri.

hari ni ada lagi 2 penerbangan akan mendarat kat KLIA. Dijangka tiba lebih kurang jam 10pagi dan 11 pagi. kalau korang/waris nak tau senarai nama penumpang dalam penerbangan tu, boleh tgk kat laman web Majlis Keselamatan Negara atau Kementerian Luar. diorang ade letak nombor2 telefon bilik operasi gak. so, boleh contact 24 jam. semoga semuanya selamat, insya Allah.

p/s: kene tabligh kat KLIA td. huhuhu.

Wednesday, February 2, 2011

LTdL 2011: Overall Results

assalamualaikum

atas kesibukan tugas, maka aku tak dapat nak update results LTdL 2011 stage by stage. tak dpt nak commit. tugasan yang dibayar gaji harus diutamakan. bile balik umah dah penat. sbb tu tak dpt nak update tu.

berbalik kepada LTdL 2011, secara keseluruhannya aku rasa kurang puas hati to the max sbb TV1 tak tunjuk live telecast on the race. yg live cuma kat finishing jer. race nih buat kat Malaysia, takkan takleh nak buat live telecast. please laa. untuk orang2 yg sibuk bekerja nih, boleh tgk kat TV je la. mana ada masa nak pegi bersorak kat tepi jalan tu. kalau tgk kat TV, boleh tgk overall. harap2 TV1 atau stesen TV lain berusaha la buat live telecast race next year.

prestasi pelumba Malaysia pulak hanya memuncak di awal saingan jer. lepas pendakian di Cameron dan Genting Highlands, kebanyakannya tenggelam. Anuar Manan je la yg boleh diharap kejar Guardini tu. tapi tak mampu jugak.

so kat sini aku nak bagi result untuk pelumba kebangsaan jer la.

Terbaik Keseluruhan (General Classification):
Pelumba terbaik Malaysia ialah M. Saufi Mat Senan dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat ke 31, Ng Yong Li (Le Tua Cycling Team) di tempat ke 35, M. Shahrul Mat Amin (Terengganu ProAsia Cycling Team) di tempat ke 37 dan Adiq Husaini Othman (Drapac Professional Cycling) tempat ke 40.

Pelumba Terbaik Asia Keseluruhan (Asian Rider Overall):
M. Saufi Mat Senan (Terengganu ProAsia Cycling Team) di tempat ke 13, Ng Yong Li (Le Tua Cycling Team) di tempat ke 15, M. Shahrul Mat Amin (Terengganu ProAsia Cycling Team) di tempat ke 16 dan Adiq Husaini Othman (Drapac Professional Cycling) tempat ke 19.

Raja Pecut (Points Competition):
Anuar Manan dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team menduduki tempat kedua dengan 101 mata.

Raja Bukit (King of Mountains):
Tiada pelumba malaysia di tiga tempat teratas.

Pasukan Terbaik Keseluruhan (Team General Classification):
Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat ke 8, Le Tua Cycling Team di tempat ke 16 dan Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ke 21 dari 23 pasukan bertanding. Tahniah Terengganu!!

Pasukan Asia Terbaik Keseluruhan (Asian Team Overall):
Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat ke5, Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ke 8 dan Le Tua Cycling Team di tempat ke 10 dari 10 pasukan Asia.


tahniah buat pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team yang berjaya menduduki tempat ke 8 keseluruhan pada percubaan pertama mereka. diharap pasukan kebangsaan akan lebih berusaha pada edisi akan datang dan mencabar pasukan terengganu.

p/s: dengar citer tahun depan LTdL nak mula kat Terengganu, ye ke??