Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, March 29, 2013

[REPOST] Dream job

assalamualaikum.

korang mesti ade dream job kan? some sort of cita2 or ape yg kita betul2 impikan. dari kecik, dream job aku asyik berubah. masa sekolah rendah aku nk jadi peguam. masuk sekolah menengah i was totally lost. aku tak tau nk jadi ape. smpi la form 5 bila ade seorang cikgu, Miss Annezuleedia binti Mohammad (sorry teacher if i misspelled your name) tanya aku nk jadi pilot tak?  then aku apply utk jadi pilot MAS. disebabkan xde ape2 jawapan dari MAS, aku masuk la UNITEN dulu. then aku dapat offer utk buat psychomoto test. tapi aku tak tau pun smpi la mak aku bgtau aku yg tarikh test tu dah lepas. sbbnye mak aku nak aku duk je kat uniten tu. mungkin gak sbb sblm tu bekas pengerusi mofaz air marah ayah aku sbb nak aku jadi pilot. alasan dia sbb aku pakai spek. huhuhu.

masa isi borang UPU and UNITEN, aku pilih IT sbb masa tu IT baru berkembang and aku rasa akan ada byk peluang keje dalam bidang tu pada masa depan. during 2nd year kat UNITEN, aku realize yg aku minat pada programming. so aku mula berangan/mimpi nak keje ngan NISER (skrg CyberSecurity Malaysia). i work my way for it sehinggalah aku dapat buat internship kat NISER. masa internship tu aku tak enjoy pun keje kat NISER. maybe sbb aku distracted kot. so, after graduate aku start nak cari keje sbg programmer and attend a few interview. ade yg offer keje tp aku tolak atas sbb2 tertentu.

nak dijadikan cerita, lecturer aku offer jadi research assistant for an engineering project in UNITEN. dia cakap projek tu cari sorang programmer untuk programkan chip. aku terima la. tp lepas 3 bulan aku berenti sbb aku goyang kaki jer. chip yang dikatakan tu tak sampai2 dari US.

lps tu aku terima offer keje sbg management trainee dari satu company kat Technology Park Malaysia. supervisor aku mat salleh from Sweden. enjoy gak keje kat situ. tp jodoh tak lama sbb aku TERPAKSA terima offer keje gomen and i has been a loyal government servant until now. heheheh.

syukur dengan apa yang ada, jujur dengan apa yang dirasa..

p/s: paling best keje 6 bulan dengan DKSH CSSC under the supervision of Mr. Sven Maushake. i wish i could go back there. hehehe.

Saturday, March 17, 2012

Trip to South Korea

assalamualaikum.

pada bulan februari yang lalu, aku berpeluang ke Korea Selatan atas tugasan rasmi. ini kali kedua aku ke luar negara selepas ke Beijing, China pada September 2011 juga atas tugasan rasmi.

trip ke Korea ini agak lama sebab ada beberapa tempat yang perlu kami pergi. di samping bekerja, ada jugak la masa untuk bersiar2. takde la stress sangat sampai 10 hari kat Korea tu. tempat2 yang kami pergi di korea adalah di sekitar Seoul City, Daegu City dan Pulau Jeju. aku malas nak citer banyak. kite tgk gambar je la. hehehe.

hello Korea

windmill in Jeju Island

Illchulbong, Jeju Island

Manjanggul Lava Cave, Jeju Island

cer teka kat mana? hehehe

Mini Mini Land, Jeju Island

"Sydney, Australia"

"Paris, France"


first time dapat landing atas salji






kat sini aku letak gambar2 leisure jer. banyak lagi gambar aku dah upload kat fb. malas nak upload semula. byk gmbr bersalji sbb nak tunjuk 1st time dapat main salji. hahahah. gambar lain boleh tgk kat sini -> Facebook aku atau Flickr aku.

p/s: harap dapat pegi lagi...huhuhuhu

Friday, October 7, 2011

Official trip to Beijing

assalamualaikum.

hujung September hari tu aku terpaksa pegi ke Beijing, China atas urusan kerja. aku diarahkan attend satu bengkel/perbincangan antara negara2 ASEAN dan China berkaitan ICT dalam pengurusan bencana. aku dan sorang lagi colleague aku jadi wakil/delegasi Malaysia dalam bengkel tu.

sblm nih aku tak penah keluar negara secara rasmi. setakat masuk Thailand tanpa passport tu penah la beberapa kali. hehehe.so, at first excited gak la nak pegi. tp bila tahu kami berdua je wakil Malaysia, cuak gak la. hehehe. nasib baik member aku tu ada pengalaman. so berani la sket.

bengkel tu cuma 2 hari je. hari pertama discussion dan hari kedua ada field trip. kitorang dibawa ke satu expo komunikasi yg kebetulan sedang berlangsung di Beijing masa tu.

hotel tmpt kami menginap betul2 sblh stadium olimpik Beijing yg mcm bird nest tu. itu je yg best. yg lain tak best. tmpt nak shopping souvenier jauh giler. yg ada cuma shopping2 complex yg lebih kurang mcm kat malaysia jer. makanan halal pun agak payah nak cari. nasib baik la aku bawak bekalan maggie. penganjur agak kurang sensitif dengan kehadiran 4 orang muslim (2, Malaysia, 1 Brunei, 1 Indonesia) di kalangan delegasi. if given the choice, i might refuse to go to Beijing again.

from far

yes!! i was there!!

from another side of the stadium

another angel!!

the water cube

the ASEAN's delegates

sekian, terima kasih. 

Wednesday, April 13, 2011

Keluar Stesyen

assalamualaikum.

keje ngan gomen mmg tak lari dari kene pegi keluar stesyen atau dalam bahasa pasarnye outstation. paling takde pun dalam setahun tu mesti kene gak 2-3 kali. mmg la best sbb boleh claim dan boleh gi jalan2 keluar dari norma keje harian. tp bergantung jugak kepada keadaan.

contohnye, aku. hehehe. dulu sebelum kawin, mmg suka la klu dpt outstation. kalau boleh mmg aku nak pegi belah2 utara sbb aku dah familiar area sana. sekali pegi mau 3-4 hari jugak. lebih best lagi sbb aku ada 'lesen' bawak kete ofis (part time driver ofis). lenjan la pajero ke fortuner ke ape ke. tp untuk tujuan rasmi je la. bukan pegi mengulor naik kete ofis. salah tu. hehehe. cukup bulan, claim hotel or claim lojing. masyuk la jugak termasuk duit makan minum lagi kan. hehehe.

sekarang dah lain. zaman dah berubah. zaman bujang aku dah tamat lama dah. kalau nak outstation kene pikir byk bende jugak. especially sekarang nih sedang menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama. serba salah jugak dibuatnya. tapi nasib baik lah isteri aku sangat2 memahami tugas aku. (chewah, mcm keje askar jer. huhuhu.) walaupun dengan berat hati, aku tinggalkan lah dia kat umah kak dia untuk 2 hari nih sbb aku kene pegi kursus kat PD. nasib baik la dekat jer. kalau jauh maybe aku bawak dia skali. heheh.

apa2 pun, fahami dan hargailah pasangan anda, orang yang anda ingin hidup bersama buat selama-lamanya, bukan seketika cuma. renung-renungkan dan selamat beramal. heheheh.

p/s: layan blues di pagi rabu. huhuhu

Thursday, February 17, 2011

Dunia dunia dunia . . .

assalamualaikum

inilah dunia. tak abis2 sibuk dengan dunia. harap2 tak lupa akhirat jugak. huhuhu. blog nih dah lama kesepian, ditinggalkan oleh pemiliknya yang kesibukan. sibuk dengan kerja dan keluarga. kalau pemiliknya tak keje, macam mana nak sara keluarga. kalau asyik curi tulang masa kerja dgn berblog saja, tak berkat rezeki diberi pada keluarga nanti. nak harapkan income dari blog? tak cukup nak sara keluarga. so, kene seimbangkan la antara kerja dan leisure. 

hmmm. itu lah alasan aku tidak mengupdate blog 2-3 minggu nih. sibuk amat. ni pun aku dtg opis awal2 sbb nak packing barang nak gi melaka. sementara tunggu yg lain dtg, aku mengarang la kejap. aku ke melaka smpi hari ahad nih. ada event sket kat sana. it is an open event. so, sape2 yang nak ke Melaka tu singgah2 la di MITC. event berlangsung pada Jumaat dan Sabtu. Acara utama hari Sabtu rasanye. PM and TPM dtg merasmi kot. aku rasa la. tak sure plak. hehehe. oh ye. eventnye ialah Hari Kesedaran Bencana 2011 dan UNISDR World Disaster Reduction Campaign. 
p/s: kalau ada kat sana, roger2 la aku. =)

Thursday, August 26, 2010

Duit Raya RM500

assalamualaikum.
RM500

aku pasti ramai kakitangan kerajaan yg rasa lega bila kerajaan umumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM 500 utk pekerja dan pesara. aku pun rasa lega gak la. maklumlah bulan nih byk pakai duit. dah la aku eksiden hari tu. pastu nak kawin plak lagi. nak raya lagi. perghhh. terasa gak laa.

mcm nih lagi better daripada bagi gaji awal2. sbb klu bg gaji awal, habis pun awal. pastu nak tunggu next gaji mula la tercungap2. klu setiap kali perayaan dapat duit raya kan best? hehehehe.

p/s: raya tahun nih xde bajet utk duit raya. sbb aku nk kawin. sori la ye budak2. datang rumah makan kenduri je la. huhuhu.

Thursday, August 12, 2010

Rezeki raya??

assalamualaikum.

lepas berbuka semalam layan Buletin Utama kejap. ade berita pasal pekerja bank dapat kenaikan gaji. tunggakan akan dibayar sebelum raya nih. bakinya sblm hujung tahun kot. pastu mcm2 benefit lagi diorang dapat hasil perjuangan kesatuan diorang. hmmmm. rezeki kan? untung pekerja bank.

website for this image: femina-online.com

askar dah naik gaji. polis dah naik gaji. pekerja pos pun dah naik gaji. pekerja bank pulak dah naik gaji. pekerja2 lain mcm mana? hmmmm. redha je la. huhuhu.

p/s: best gak klu dapat bonus sblm raya nih. boleh simpan wat gi bulan. hahahaha.

Friday, July 16, 2010

Kakitangan awam curi tulang

assalamualaikum.

kalau semua kakitangan awam curi tulang, abis la tulang2 kat malaysia nih. ade berape juta penjawat awam kat malaysia nih?? nk buat sup tulang pun payah.

huhuhu. kalau yg baca paper utusan tu tau la kisahnye. tak pasal2 Kak Mah Nasi Dagang dapat nama. sian Kak Mah. aku rasa Kak Mah boleh saman paper utusan nih sbb memberikan nama buruk dan menjejaskan perniagaan dia. huhuhuhu.

berbalik kepada persoalan pokok (ade persoalan buah ke?), adakah semua penjawat awam ni suka curi tulang? tak kan? klu semua suka curi tulang, melepak 7 jam, keje 1 jam jer, melingkup la perkhidmatan awam kat malaysia nih. inilah umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tak adil bagi penjawat awam yg lain sbb penulis rencana itu telah menstereotaipkan semua penjawat awam sebagai pemalas dan suka curi tulang semasa waktu keje. tak patut. tak patut.

p/s: aku rasa aku penah lepak sekali kat kedai kak mah nih. sekali je la. lama dah. huhuhu.

Friday, June 25, 2010

RESPECT

assalamualaikum.

if you want others to respect you, you first must respect others. if you want people to appreciate you, you first must appreciate others.

dissapointed and speechless.


p/s: entri yg sgt pendek utk meluahkan rasa kecewa.

Monday, June 21, 2010

mamai

assalamualaikum.

aku mamai. aku ngantuk. igt nak mintak cuti tapi dah segan dgn bos. lagi pun hujung bulan nih nak cuti lagi. kenape aku mamai? sbb aku tak tdo. bukan sbb tgk bola semata2. sbb berjaga kat hospital jugak. teman kan cik tunang tunggu ayahnya yg kene masuk wad.

aku ngantuk. aku mamai. takde mood nak taip entri. idea dah kering. ada tajuk je tapi malas nak cari isi utk post. 
 ala tomey tomey. [pic dr pakcik google]

p/s: aku nk tdo.

Wednesday, June 2, 2010

kurang sihat = kurang produktif

assalamualaikum

sejak dua menjak ni aku agak kurang sihat. dari last week lg. dah dapat MC 2 ari pun still tak sihat2 lagi. dah dekat seminggu dah. especially batuk2 nih laa. aku malas nak amik cuti walaupun cuti aku ade byk lg. malas nk amik sbb nk simpan cuti. hehehe. so pegi keje pun nk tak nak jer. buat keje sket2. rasa ngantuk and penat. penat sbb batuk. aduiyaii.

smlm pagi ada la jugak buat keje dari pagi smpi tghari. tp lps lunch aku dah tingtong dah. nagntuk gile. terus aku tdo. dekat sejam gak kot aku tdo kat tmpt aku tu. huhuhu. pastu sambung surfing and main game jer. hari nih tak tau lagi. so far pagi ni ok lagi. tak tau la lepas lunch jap lagi. harap2 produktiviti aku meningkat la sket. heheheh

p/s: ini bukan alasan org malas. ini alasan org sakit. simpati lah sket. huhuhu.

Thursday, May 20, 2010

Thursday blues

assalamualaikum.

hari ini adalah hari paling tak produktif dalam minggu nih. tak tau apsal. rasa mcm malas sgt nk buat keje. klu aku tak datang keje pun takpe rasanye. sbb sepanjang hari ni mmg aku main game je kat opis. huhuhu. dah la masuk lambat. kul 11 lebih baru punch. tp aku bukan sengaja dtg lambat. aku dah mintak izin ngan boss sbb nak bawak adik aku pegi buat CT scan kat hospital. tu yg lambat tu. pastu start pada tu terus duk kat PC surfing around and playing games. sgt la tak bestnye.

ni dah dekat kul 6 tapi aku tak balik lg. sbb jap lagi nk gi main badminton kat presint 16 ngan officemates. pastu kalau aku larat nak gi lepak kat McD Equinne ngan encik Faizal Sky0ne, Layzree and Mijie.

mmg gile bosan aku hari nih. huhuh.

[gmbr direquest dari pakcik google]

p/s: smpt gi basuh kete pagi td tp petang nih dah disimbah hujan plak. huhuhu.

Tuesday, May 11, 2010

Mei yang sakit

assalamualaikum.

dalam entri sblm nih aku ade ckp nak bawak maksu aku dan anak dia (Haikal) pegi HKL. memula aku igt nk masuk keje lambat sket. pagi2 dah msg boss ckp nk masuk lambat sbb nak gi HKL. then dalam kul 10 lebih tu adik aku yg laki (Amir) tu ckp mak aku suh aku bawak adik pompuan aku (Lea) gi klinik sbb dia nyaris2 nak pitam dalam tren smlm. so aku terus call PA boss ckp aku EL hari nih. rupa2nya, boss aku pun EL sbb gi melawat abg dia yg sakit. so, lepas settle kat HKL aku pun balik and mintak tolong cik tunang amik Lea and bawak gi lunch dulu. kebetulan aku sempat balik. so, kitorang gi lunch and then aku bawak Lea gi klinik.

doktor ckp kene buat brain CT scan kat hospital putrajaya. nasib baik klinik yg tolong buat appointment. so, 20/5 nnt kene gi hospital utk buat scan tu. lepas seminggu atau dua minggu baru tahu result. risau gak smpi nk kene scan otak nih. aku harap takde pape la. insya Allah.

sbnrnye Lea nih penah jatuh dulu. kepala dia terhantuk. tp kebelakangan nih kerap pulak dia sakit2 kepala and nk muntah. tu yg aku risau tu. tambah plak dia nih kurang sket nk bercakap. dia selalu bgtau mak aku then mak aku yg bgtau aku. pastu aku tanye baru dia jawab. dia igt aku tak risau kat dia kot. hmmmm. Lea...Lea...

oh ye, malam esok kene bawak maksu ngan Haikal ke HKL lagi. pagi tadi Haikal muntah2 dalam kete masa on the way nak gi hospital. pastu muntah lagi masa kat hospital. so diorang cek darah and ape lagi ntah.maksu ckp diorang suspect denggi berdarah. so esok kene datang tgk result mcm mana. kalau haikal pun kene admit, makin serabut la maksu tu. hmmm.

makteh plak tak tau la mcm mana cerita. harap2 penyakit dia tu tak teruk sgt. aku sgt risau dgn apa yg terjadi di sekeliling aku skrg nih. bulan Mei nih seolah2 mcm bulan penyakit untuk keluarga aku. hmmmm.

p/s: hari ni aku cuti siang hari tapi kene keje malam hari. huhuhu.


Thursday, May 6, 2010

mood vs idea

assalamualaikum.

ketika mood nak berblog ade, idea plak tiada. klu tgh takde mood tu rasa mcm2 je nak dicoretkan dalam blog nih. ni tgh semangat bukak blog and ready nak menaip, idea takde plak. sudahnya, ini jer lah yg aku taip. huhuhu. maybe gak sbb tgh busy kat ofis nih kemas2 barang sbb nak pindah ke tmpt baru yg lebih sempit. org dah halau, kita ikut jer la. kite nih mkn gaji jer. ape org suh buat kita buat. tp harus diingat, pekerja adalah aset organisasi. klu takde pekerja, mcm mana organisasi nak beroperasi. betul tak? hehehe

still xde idea nk berblog. so i leave you here. TQ.

p/s: takde p/s utk ari nih. huhuhu

Wednesday, May 5, 2010

Hari Buruh

assalamualaikum.

hari tu aku ada ckp yg department aku nk kene pindah. so, hari ini semuanya berpakaian preman (bukan pakaian pejabat) sbb masing2 dah ready nak menjadi buruh, kene clearkan 2 buah store yg penuh dgn barang2 komputer dan server lama serta bermacam2 lg barangan lain. tak termasuk barang2 persendirian lg tu. hmmmm.

jadi, aku isytiharkan hari ini (dan mungkin esok) sbg Hari Buruh. huhuhuh. bukan utk bercuti tapi utk menjadi buruh dan pencacai pengangkat barang. wakakaka. kepada sahabat2 dan rakan2 seperjuangan, bersabar lah menempuh dugaan. hidup nih ada karma. what you give, you get back. biarlah kita ditolak dan disepak ke sana sini ibarat bola. apa yg penting, kita tetap bersatu dan bekerjasama supaya dpt bekerja dgn gumbira. huhuhuhu.

p/s: klu hari2 pegi ofis dgn pakaian preman kan best. huhuhu.

Monday, May 3, 2010

Harapan Hari Pekerja

assalamualaikum

walaupun dah lepas, aku nak wish jugak selamat hari pekerja kepada semua pekerja2 di dunia yg fana ini. hehehe. kepada majikan2, hargailah pekerja2 anda. klu takde pekerja, takde lah majikan dan begitulah sebaliknya. kepada semua pekerja, bekerja lah dgn baik dan bersungguh2. bersyukurlah sbb kita ada pekerjaan berbanding berjuta2 umat yg takde keje dan makan anggur hari2. huhuhu.

semasa post ini ditaip, dapat berita department aku nih kene pindah ruang pejabat. kalau pindah ke tempat yg lebih baik takpe gak. tapi pindah ke tempat yg lebih sempit dan kecik. kalau korang yg kene mcm nih ape korang rasa? kitorang nih rasa mcm tak diperlukan dan boleh ditolak2 mcm tu jer. mcm tak penting jer kitorang nih. walaupun kami cuma bahagian sokongan, tapi kami pun ada peranan dalam organisasi kami dan diorang takleh nafikan yg peranan kami sebenarnya agak besar utk menyokong organisasi. bila diperlakukan begini, rasa dah kurang motivasi utk bekerja. this is not the best way to treat your workers. especially with lack of communication between people in top and bottom positions. hmmmm.

p/s: dapat notis berpindah tak smpi 14 hari. org pindah umah pun at least dapat notis sebulan. aduiyai.

Thursday, April 29, 2010

tdo kat ofis

assalamualaikum

keje aku ni kadang2 tak tentu masa. maklum lah keje gomen nih apa2 pun SYMP jer. tak tau ke ape tu SYMP? org gomen mesti tau nye. "Saya Yang Menurut Perintah". heheheh. every month aku mesti kene stay back kat ofis. sehari je dalam sebulan. tu pun kadang2 selang sebulan. so takde ape la sgt. klu dah kene stay back tu mesti la kene tdo kat opis kan? ade org yg susah nk tdo selain kat umah. tapi aku tak kisah. takde hal nye. klu dah ngantuk, atas sofa ofis tu pun aku tdo. ini kan pulak klu dah diberi bilik rehat dgn katil, tilam dan bantal. dgn comforter tebal lagi. umah aku pun takde comforter camtu. huhuhu. so mmg takde hal la aku tdo kat opis. bukannye ade keje ape sgt pun. kadang2 jer bizi smpi ke tgh mlm. mostly standby je, in case anything happen. yg bestnye, keesokan hari tu aku bleh cuti. heheheh. tapi biasanye aku tak cuti. aku masuk lmbt jer. lps lunch baru masuk. hehehe.
image dari pakcik google. copyright of its owner.

p/s: ofis sejuk gile. macam duduk dalam peti ais besar. rindukan matahari. muahahahah

Wednesday, April 28, 2010

aku jadi jaga

assalamualaikum

jangan salah sangka yer. aku belum bertukar profesion lagi. masih lagi makan gaji tetap dengan kerajaan malaysia. cuma sekarang nih buat keje tak berbayar jadi jaga jap. jaga rumah mak sedara aku. awal bulan nih dia tiba2 bertukar keje ke sabah. tinggal la anak dia sorang2 kat umah. dia mintak aku tgk2 kan anak dia kat umah tu. so sblm nih aku tgk2 je la. kadang2 singgah. tapi sejak ahad lepas aku pegi hari2 umah dia. sbb sepupu aku nih kene pegi course kat luar daerah selama seminggu. dia mintak tolong aku tgk2 umah and start@warm-up kete kat umah tu. kadang2 aku singgah waktu pagi sblm pegi keje. kadang2 aku singgah masa balik dari keje. alang2 dah singgah tu aku lepak2 tgk tv dulu. hehehe. buat mcm umah sendiri. alaaa, bukan umah orang lain. umah mak sedara sendiri. lagi pun aku dah mintak izin sepupu aku nk tgk tv. eheheh.

masa nih la aku terimbau kenangan lalu. masa kecik2 dulu selalu ikut ayah aku pegi keje waktu malam. dulu ayah aku keje jaga. keje malam. so kadang2 dia bawak aku or adik aku gi pejabat dia. ronda2 kawasan pejabat. bukak lampu mana2 yg patut pastu amik log masa. tapi skrg ayah aku dah pencen. pencen awal sbb tak bape sihat. hmmmmm.

p/s: lokasi umah tidak didedahkan atas sbb2 keselamatan. hehehe

Wednesday, April 21, 2010

Rabu yang damai

assalamualaikum.

kalau selasa hari yang sengal, rabu pulak hari yang damai. kenape damai? sbb boss takde. hahahaha. smlm aku pegi PWTC. hari nih dia plak pegi bersama pegawai perempuan yang lain. dah la boss takde, pegawai lain pun takde. yang perempuan ikut boss pegi PWTC. yang lelaki lagi dua org pegi meeting kat melaka. aku tinggal sorang kat opis. betapa tak penting nya aku kat opis nih. huhuhu.

nak kuar bfast mcm dah lewat (waktu ketika entri nih ditaip ialah 10.15am). nnt nak kuar lunch lagi. so, tak yah la bfast. nnt waktu lunch kuar la awal and lama sket. heheheh. sgt best kan klu boss takde?? hahahaha.

tapi aku bukan selalu mcm nih tau. kadang2 kalau boss takde pun aku rajin buat keje. bergantung kepada ke'urgent'an sesuatu keje tu. kalau mcm skrg nih takde sgt keje yg urgent boleh la nak bermalas2. hehehhe.

p/s: jgn amalkan selalu. kita makan gaji tau. Peace No War.

Wednesday, April 14, 2010

Bile boss takde...

assalamualaikum.

Bile boss takde kat opis?? satu. bile boss ade meeting, especially meeting kat luar. kalau meeting setengah hari jer, setengah hari lagi dia ada la. klu meeting the whole day, for sure dia tak masuk opis dah. kedua. bile boss kene pegi outstation. biasanye ade bengkel atau seminar atau mesyuarat berturut2. kadang2 amik masa dari 1 hingga 3 hari. mmg tak masuk opis terus la kan.  ketiga. bila boss cuti2 malaysia. kadang2 sekejap kadang2 lama. kalau cuti dalam malaysia kejap je kot. kalau keluar negara lama la sket. maklumlah boss. duit byk tak tau nak buat ape. mekah dah pegi. so pegi la tgk negara org lain plak. heheheh. dan keempat. bila boss cuti sakit. biasanye sehari jer. kadang2 dua hari. jarang2 lebih dua hari. kesian boss. penat sgt keje smpi sakit2. huhuhu.

bile boss takde, staff pun happy yuuhaaa. hehehe. staff akan rasa enjoy bekerja and buat sesuke hati kecuali kalau boss meninggalkan pesan utk hadir mesyuarat bagi pihak dia. itu mmg tak best la. ataupun boss tinggalkan keje yg byk and suruh kita bereskan sblm dia masuk keje. sgt tak best. tapi, kalau boss takde and tiada pesanan ditinggalkan, sgtlah heaven nye. huhuhuhu. kalau ikutkan hati, mau je pegi mengulor. tapi aku ni spesis pekerja yang baik.(masuk bakul angkat sendiri.) heheheh. aku tahu gaji aku dibayar ikut waktu bekerja. so aku duk la kat opis nih. lunch nnt kuar la awal sket, masuk lmbt sket. bukannya selalu boss takde. time boss takde la baru boleh enjoy bekerja. klu boss ade, rasa tak best jer. hehehe. kadang2 je la. ade gak time boss ade pun bleh enjoy buat keje. tgk mood laa. huhuhu.

p/s: apa yg dicoretkan adalah tidak dinasihatkan utk dilakukan. sendiri buat, sendiri tanggung aaa. heheheh.