Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Obesiti: Salah siapa?

assalamualaikum.

skrg nih tgh kecoh pasal obesiti di kalangan pelajar. ramai yg menuding jari kepada kantin sekolah dan penjaja di luar kawasan sekolah. sampaikan ada cadangan nak larang orang jual nasi lemak di kantin sekolah. WHAT THE FISH!! 

soalannya: budak2 sekolah duk kat sekolah tu berapa lama? 24 jam ke? berapa kali dia makan kat sekolah? 6 kali sehari? sekolah asrama mmg la ade kat skolah 24 jam sehari. tp dewan makan akan sediakan makanan yang lengkap. skrg nih mmg isu sekolah harian yang waktu belajar nye pagi hingga tghari dan waktu rehat cuma sekali. so, takkan nak salah kan kantin sekolah, ye tak?

cikgu kene ajar budak2 cara pemakanan yang sihat tp bukan setakat cikgu je. sbb cikgu tak bagi makan kat budak2. ibubapa yg bg makan kat anak2 dia. so, ibubapa kene amik tanggungjawab dalam mendisiplinkan pemakanan anak2. jgn la semuanya nak harapkan pada sekolah jer.

lagipun aku rasa budak2 skrg dah kurang aktiviti luar. maklumlah dunia dah makin maju. teknologi makin canggih. main bola guna jari jer. macam2 game bola ade. PC, laptop, playstation, XBox, PSP, Ipad dan macam2 lagi la. jari je yg bergerak. mcm mana nak sihat. 

kesimpulannya, obesiti boleh diatasi dengan pengamalan tabiat makan yang betul dan penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti sukan atau senaman.

sekian, terima kasih.

p/s: kesimpulan macam buat karangan PMR plak. hahaha.

Friday, April 22, 2011

1 Malaysia 1 Emel: My Point of View

assalamualaikum.

aku dah lama tak baca paper. tp isu ni agak menarik perhatian gak la utk aku membaca berita. hangat gak isu pasal emel nih. ada yg setuju dan ada yang tak setuju. of coz la ada mcm2 pandangan dan pendapat. bak kata pepatah Romania, "if you like to eat roti canai, doesn't mean i will like it too." get wut i mean? hahahah.

utk yang blur2 lagi, sbnrnye aku pun blur gak pasal projek nih. here's what i understood and please correct me if I'm wrong. I can stand to be corrected. =) Projek Emel 1Malaysia adalah projek bagi membangunkan satu portal emel supaya setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai satu akaun emel bagi memudahkan komunikasi antara rakyat dan kerajaan. projek nih diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai salah satu projek di bawah Plan Trasformasi Ekonomi (ETP) dan melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta. so, bila PM yang umum, of coz la semua akan sangka bahawa projek ini akan melibatkan pelaburan dari wang kerajaan yang merupakan juga duit rakyat. betul tak? aku mula2 dengar pun marah jugak. satu pembaziran nih. tambahan plak bila ada satu syarikat dinamakan sebagai champion untuk projek nih. haihh. ada pape ke? i can smell something fishy here. eheheh.

but then, PM kita dah pun bagi penerangan bagi menjelaskan isu nih. katanya bahawa projek emel ni tak melibatkan pelaburan wang dari kerajaan. Ia adalah inisiatif swasta. maksudnya mcm syarikat tu yang keluar modal dan melabur untuk projek nih. so pandai2 dia la mcm mana nak dapat balik modal tu mcm mana, kan? PM kata lagi bahawa projek nih adalah voluntary. tiada paksaan untuk mereka yang terlibat. sapa tak nak akaun emel tu, tak dapat la. PM jugak kata yang syarikat tu akan bangunkan portal emel dan kemudiannya portal untuk check online bill, online payment dan sebagainya. itu yang aku paham la.

walaupun inisiatif swasta yang tak melibatkan wang rakyat, aku masih rasa bahawa projek ini tak perlu. skrg ni byk email provider percuma yang ada di internet. yahoo, gmail, ymail, hotmail, you name it. free je. ikut suka la nak pakai satu ke, semua ke. dan aku rasa orang dah selesa pakai emel2 nih. tu belum campur emel jabatan/syarikat lagi. so, kalau nak wujudkan satu lagi emel, aku rasa perlukan satu mekanisme change management yang mantap untuk menarik orang menggunakan emel 1 Malaysia tu. tentang portal utk online bill dan online payment segala bagai tu aku rasa website MyGovernment sekarang pun dah boleh buat mcm tu. kenapa nak ada satu portal lain? improve je la MyGov tu. 1 Malaysia 1 Portal cukup la. tak gitu?

just my humble opinion.

p/s 1: tibe2 panjang plak aku menaip pagi nih. huhuhu.

p/s 2: dengarnya projek ni guna domain myemail[dot]my. cthnye; nirelwof@myemail.my. hmmm. mcm tak best je bunyi dia. hehehe.

Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid

assalamualaikum.

seperti mana semua sedia maklum, Mesir tgh huru hara. dipendekkan cerita, keselamatan kira2  11 ribu rakyat Malaysia kat sana agak terancam. jadi, ramai yg mintak kerajaan bawa pulang rakyat Malaysia. ada yang sempat balik sendiri tetapi ramai yang terperangkap. jadi, kerajaan pun gerakkanlah Ops Piramid nih.

TUDM hantar 3 pesawat Hercules, MAS dan AirAsia masing2 dua pesawat untuk bawak keluar rakyat Malaysia dari Mesir. aku tgk berita semalam, TUDM buat 18 penerbangan sehari dari Mesir ke Jeddah.  Yup. Kerajaan Malaysia buat keputusan nak bawak rakyat Malaysia nih ke Jeddah dulu sbb dekat dan selamat. bila dah keluar semuanye dari Mesir, baru boleh bawak balik ke Malaysia dengan lebih teratur. ramai tu nak bawak balik. bukan 100 ke 200 orang. 11 ribu tu. huhuhu.

semalam, 2 penerbangan sampai di KLIA pukul 10 pagi td. satu penerbangan MAS dan satu AirAsia. PM, TPM dan menteri2 kabinet datang menyambut. of coz la keluarga rakyat Malaysia yg balik tu pun datang jugak. dah macam tunggu jemaah haji balik plak aku tgk. aku ada gak kat KLIA pagi td. saje je nak tgk dekat2.  hehehe. mmg ramai yang datang. nak sambut sorang pelajar je tp datang satu family. tp aku dengar citer MB Perlis charter sebuah bas untuk bawak pulang pelajar dari Perlis. so, keluarga diorang tunggu kat Perlis je. tak yah susah2 turun KL. syabas Dato’ Seri.

hari ni ada lagi 2 penerbangan akan mendarat kat KLIA. Dijangka tiba lebih kurang jam 10pagi dan 11 pagi. kalau korang/waris nak tau senarai nama penumpang dalam penerbangan tu, boleh tgk kat laman web Majlis Keselamatan Negara atau Kementerian Luar. diorang ade letak nombor2 telefon bilik operasi gak. so, boleh contact 24 jam. semoga semuanya selamat, insya Allah.

p/s: kene tabligh kat KLIA td. huhuhu.

Tuesday, November 2, 2010

Musim banjir dah tiba

assalamualaikum.

negara kita nih mmg sering mengalami bencana alam yg satu nih. smpikan dah jadi musim la. bila hujung tahun je mesti org dah alert dah pasal musim banjir dah dekat. kadang2 tu smpi 2-3 gelombang sbb banjir pastu surut pastu banjir balik. huhuhu.

petang tadi baca Pesanan Khidmat Masyarakat dari Encik Faizal Sky0ne berkenaan persediaan menghadapi banjir. so, kepada mereka2 yg rasa2 akan terkena tempias musim banjir nih boleh la rujuk blog beliau sebagai salah satu sumber rujukan. hehehe.

memandangkan tempat kerja aku nih pun ade gak tempias2 berkaitan pengurusan banjir nih, so aku pun nak kongsi la sikit berkenaan laman web atau nombor yang boleh dihubungi untuk mengetahui status terkini keadaan banjir nih.
  1. e-Bencana Alam (JKR) - maklumat terkini bencana terutamanya maklumat berkaitan jalan/laluan yang terlibat dengan bencana alam
  2. Info Banjir (JPS) - maklumat paras air sungai dan paras hujan di setiap negeri
  3. Ramalan Cuaca (JMM) - ramalan cuaca seluruh negara
  4. eBanjir (Kelantan) - maklumat terkini tentang taburan hujan, aras air sungai, keadaan lalu lintas dan pemindahan mangsa banjir bagi negeri Kelantan
ini antara yg aku rujuk setakat nih. selain tu, boleh jugak rujuk/telefon balai2 polis tempat tu ataupun IPK Negeri terus. no telefon? rujuk laman web PDRM. sampai ke no telefon and alamat pondok polis pun ade. hehehe.

sekian, terima kasih.

p/s: nasib baik la putrajaya tak dilanda banjir kan? hehehe

Kenape marah RON97 naik?

assalamualaikum.

td aku dgr berita bahawasanya minyak RON97 naik 5 sen. status kat facebook dan byk entri blog ckp pasal perkara nih? betul ke? aku tak aware plak pasal bende nih sbb aku mmg tak pakai pun minyak RON97 tu. tapi.....

kenape nak marah kalau ye pun minyak RON97 tu naik? kan dulu kerajaan dah umum yg harga minyak RON97 tu diapungkan ikut harga pasaran semasa dunia. kalau harga pasaran naik, maka naiklah jugak harganya di Malaysia. takkan tak paham kot. harga RON95 je yg disubsidikan sepenuhnye. RON97 mmg akan berubah ikut pasaran. itu yg aku paham la. tak tau la klu selama nih pemahaman aku tu salah. huhuhu.

aku bukan la nak menegakkan benang yg basah atau nak menunjukkan aku nih pro mana2 pihak. tp pk2 sendiri la. klu dah tau minyak tu mahal, pakai je la RON95. bersubsidi dan tetap harganya. esok2 kalau RON97 tu turun, pakai la balik.

p/s: beli kete mahal2, takkan nak pakai RON95 je kan? ape class?!! huhuhu

Friday, October 8, 2010

Proton panggil balik Gen2 dan Neo

assalamualaikum.

kalau korang memiliki kereta Proton Gen2 atau Satria Neo, korang mungkin perlu baca berita ini. aku cedok terus dari sumbernye. malas nak komen byk. hehehe.
 

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Sumber: Berita Harian Online

p/s: aku rasa ini first time berlaku pada proton. sebelum2 nih tak penah ade masalah ke??

Thursday, August 26, 2010

Duit Raya RM500

assalamualaikum.
RM500

aku pasti ramai kakitangan kerajaan yg rasa lega bila kerajaan umumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM 500 utk pekerja dan pesara. aku pun rasa lega gak la. maklumlah bulan nih byk pakai duit. dah la aku eksiden hari tu. pastu nak kawin plak lagi. nak raya lagi. perghhh. terasa gak laa.

mcm nih lagi better daripada bagi gaji awal2. sbb klu bg gaji awal, habis pun awal. pastu nak tunggu next gaji mula la tercungap2. klu setiap kali perayaan dapat duit raya kan best? hehehehe.

p/s: raya tahun nih xde bajet utk duit raya. sbb aku nk kawin. sori la ye budak2. datang rumah makan kenduri je la. huhuhu.

Wednesday, August 25, 2010

Isu Halal: McDonald

assalamualaikum.

smlm aku perasan ade org paste kat facebook kononnya Sijil Halal McDonald digantung dan ditarik balik. tak tau la mcm mana boleh tersebar dan siapa yg sebarkan berita mcm tu. kononnya sijil halal syarikat yg membekalkan bahan mentah kepada McDonald (Mac Food) tu ditarik balik. cuak gak aku. baru last week kot makan McDonald. huhuhu. utk lebih yakin, aku pun bukak la website Halal Malaysia. Isu McDonald menjadi tajuk utama. ini berita yg terpampang di laman web tersebut:

ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
sumber: http://www.halal.gov.my


selesai segala keraguan kan? bab2 makan nih jgn dibuat main. jgn diremehkan. jadi darah daging kite nnt. mana bahagian yg tak halal tu akan dibakar api neraka kelak. na'uzubiillah. tahniah pada JAKIM kerana berjaya peka dan cakna dengan perkembangan isu semasa.


p/s: jom layan mcd. GCB double satu!! hehehe

Friday, August 13, 2010

Buang bayi hukum gantung

assalamualaikum.

thats the way to do it. maksimumkan hukuman bagi pesalah2 yg buang bayi tu. bagi nasihat tak jalan. buat kempen kesedaran pun tak jalan. so, gantung je la smpi mati. setakat penjara smpi 10 tahun je tak guna gak. sekejap je 10 tahun tu. org tak heran laa. klu dgr hukuman gantung tu baru diorang nih pk 2-3 kali nak buang anak diorang. 

ttg idea nak buat sekolah khas utk org mengandung or anak luar nikah, aku rasa akan lebih menggalakkan org nak buang bayi. sbb diorang tahu ade org nak jaga bayi2 terbuang nih. lg senang hati la diorang. hmmm. walaupun hukuman gantung takkan menjamin terhentinya kes buang bayi, at least pesalah2 tu dapat hukuman yg setimpal. walaupun bayi, dia tetap seorang makhluk tuhan yang bernyawa. mmg patut pun kes buang bayi ni diklasifikasikan sebagai kes bunuh atau cubaan membunuh.

p/s: bulan ramadan nih pun ade lagi kes buang bayi. astaghfirullahal'azim.

Thursday, August 12, 2010

Rezeki raya??

assalamualaikum.

lepas berbuka semalam layan Buletin Utama kejap. ade berita pasal pekerja bank dapat kenaikan gaji. tunggakan akan dibayar sebelum raya nih. bakinya sblm hujung tahun kot. pastu mcm2 benefit lagi diorang dapat hasil perjuangan kesatuan diorang. hmmmm. rezeki kan? untung pekerja bank.

website for this image: femina-online.com

askar dah naik gaji. polis dah naik gaji. pekerja pos pun dah naik gaji. pekerja bank pulak dah naik gaji. pekerja2 lain mcm mana? hmmmm. redha je la. huhuhu.

p/s: best gak klu dapat bonus sblm raya nih. boleh simpan wat gi bulan. hahahaha.

Senarai hitam jadi putih

assalamualaikum.

rutin aku setiap pagi selepas bangun ialah bukak tv utk dgr MHI kat TV3. boleh dapat fast update headlines akhbarino utama. berita yang menarik perhatian aku hari ni ialah ttg kerajaan tarik balik tindakan senarai hitam kan pemandu yg tak bayar saman.

asyik main tarik tali mcm nih ntah smpi bila la isu saman ni nak selesai. kata ada 10 juta saman tertunggak. kata ada 1 juta kenderaan disenaraihitam. so, mcm mana nak settle kan masalah nih? amik tindakan pastu tarik balik. tak adil la utk org2 yg telah dikenakan tindakan tu. kan? antara org yg dah kene tu aku la. huhuhu.

tahniah la kepada yg terlepas tu. tp ini tak bermakna korang akan dapat diskaun or lupus saman korang. ini sementara je sbb ramai sgt dah komplen. so, lepas nih klu tak setuju ngan ape2 tindakan, kita komplen jer ramai2. hehehe.

p/s: bulan puasa nih terpaksa berhati hati dgn choice of words dalam berblog. hehehe.

Friday, July 16, 2010

Kakitangan awam curi tulang

assalamualaikum.

kalau semua kakitangan awam curi tulang, abis la tulang2 kat malaysia nih. ade berape juta penjawat awam kat malaysia nih?? nk buat sup tulang pun payah.

huhuhu. kalau yg baca paper utusan tu tau la kisahnye. tak pasal2 Kak Mah Nasi Dagang dapat nama. sian Kak Mah. aku rasa Kak Mah boleh saman paper utusan nih sbb memberikan nama buruk dan menjejaskan perniagaan dia. huhuhuhu.

berbalik kepada persoalan pokok (ade persoalan buah ke?), adakah semua penjawat awam ni suka curi tulang? tak kan? klu semua suka curi tulang, melepak 7 jam, keje 1 jam jer, melingkup la perkhidmatan awam kat malaysia nih. inilah umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tak adil bagi penjawat awam yg lain sbb penulis rencana itu telah menstereotaipkan semua penjawat awam sebagai pemalas dan suka curi tulang semasa waktu keje. tak patut. tak patut.

p/s: aku rasa aku penah lepak sekali kat kedai kak mah nih. sekali je la. lama dah. huhuhu.

Harga gula dan minyak naik lagi

assalamualaikum.

ramai dah tau kot. harga minyak naik lagi malam tadi. harga gula pun naik. yg nyata naik ialah gula dan minyak RON 95. gula jadi RM 1.90 per kg dan RON 95 jadi RM 1.85 per liter. harga RON 97 plak akan diapung ikut harga pasaran tp masih dikawal.

mesti ramai yang akan komplen dan tak puas hati. biasa la kan. bende naik tibe2, so bising la rakyat malaysia yang dah biasa dimanjakan dgn subsidi nih. tp tu la. bising2 pun nnt senyap jugak. bende ni mmg tak boleh nak dielakkan. aku redha je la. nak wat camne kan? terpaksa la kurang kan aktiviti permotoran dan perkeretaan selepas ni. huhuhu.

kepada semua rakyat malaysia, sabar je laa. huhuhu.

p/s: harga barang dah selalu naik, gaji bile plak nak naik? hmmmmm.

Saturday, July 10, 2010

enam puluh sen utk sekeping surat?

assalamualaikum.

td ade buat blog hopping and tersinggah kat blog Ann Frendly. baca pos dia pasal tarif baru pos. then baru aku teringat sumting. actually pasal tariff baru nih la. aku rasa tak ramai yg tau sbb tak dihebahkan pun. aku rasa la. ke sbb aku jarang berurusan di pejabat pos maka aku tak tau pasal tariff baru nih? huhuhu

apa2 pun, aku tau pasal tariff baru nih last week. exactly on 1 julai 2010. masa tu aku nk pos surat and nak beli sampul pos ekspress. so aku pegi la ke pejabat pos (takkan nk gi pejabat kadi plak kan? hehehe). aku tgk tertampal poster besar2 pasal tariff baru pos nih. maksudnye lps nih klu nk pos surat biasa pun kene pakai setem 60 sen. dulu 30 sen je. pastu ade naik 50 sen ek? aku pun tak perasan. last time aku post surat pakai setem 30 sen je. tahun bile ntah. 2 tahun lepas kot. skrg dah 2 kali ganda. so tahun nih kad raya pakai email je lah ye. jimat kos. heheheh.

jadual kat bawah nih aku C&P daripada laman web Pos Malaysia. kalau korang nak senarai lengkap tarif2 pos yg lain, sila la ke sini.


KADAR POS DOMESTIK
Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010
KategoriBeratKadar Pos (RM)
Mel Standardsehinga 20 g0.60
Lebih 20 g - 50 g0.70
Mel Bukan Standard ***Sehingga 50 g0.80
Lebih 50 g - 100 g0.90
Lebih 100 g - 250 g1.00
Lebih 250 g - 500 g2.00
Lebih 500 g - 1 kg3.50
Lebih 1 kg - 2 kg5.50
Poskad-0.30
Terbitan BerkalaSehingga 20 g0.50
Lebih 20 g -50 g0.60
Lebih 50 g - 100 g0.80
Lebih 100 g - 250 g0.90
PosDokumen *Sehingga 500 g1.80
Lebih 500 g - 1 kg3.00
Lebih 1 kg - 2 kg4.50
Paket Kecil *Sehingga 1 kg4.00
Lebih 1 kg - 2 kg5.50
Bungkusan **Sehingga 2 kg7.00
Setiap 1kg berikutnya sehingga 30 kg1.50


sekian dimaklumkan.

p/s: ape plak la yg nak naik lps nih kan? hmmmm.

Friday, July 9, 2010

Sebak: Arwah Din Beramboi

assalamualaikum.

tetibe hati ini tersentuh (chewah...) bile tgk iklan astro td. Astro akan siarkan satu rancangan khas sempena 100 hari pemergian arwah Din Beramboi. dalam sedar tak sedar, dah 100 hari rupanye arwah meninggalkan kite. rasa sebak gak aku tgk iklan tu td. dia siarkan klip2 arwah dan rakan2 rapat serta famili arwah.

aku rasa ramai yg akan mengalir air mata klu tgk rancangan tu nnt. beliau mmg insan yg sgt istimewa. menyentuh hati2 kita dgn lawak jenaka dan pelbagai aksi beliau. dunia komedi mmg terasa kehilangan beliau. bile tgk rancangan2 komedi, mesti terdetik "klu din beramboi ade best nih".

hmmmm. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.

Friday, June 18, 2010

budak sekolah zaman sekarang

assalamualaikum.

smlm aku mak aku hantar msg. dia ckp klu ada masa mintak aku belikan printer. colour printer tau. tak mau hitam putih. adik aku nk buat keje sekolah katanya. huhuhu.

so pagi tadi aku ngulor la kejap pegi Mines. beli la printer canon pixma sebijik RM135. igtkan nak beli yg 3 in 1 punye. pk2 balik tak yah la. nnt mak aku buat keje dari umah je plak. huhuhu.

itulah bebudak skolah zaman skrg. buat keje skolah pun pakai komputer dah. ntah ape yg dia nk print pun aku tak tau. agaknye lps nih tak jual dah kot buku skolah. hantar keje skolah thru email jer. huhhu.

p/s: aku sendiri pun takde printer kat umah. huhuhu.

Wednesday, June 16, 2010

Harga vs Cuaca

assalamualaikum.

pagi tadi dgr Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi. ceh. mcm promote lak. hehehe. yup. skrg mmg aku dah selalu dgr SuriaFM dah. kalau Halim takde jer baru aku tukar HotFM. tu pun jarang2 dah.

tp yg aku nk cite nih bukan pasal radio. aku nk cite pasal harga ayam. sbb aku dgr Halim ngan Zizi baca paper pg tadi. harga ayam naik sbb cuaca panas. kononnya harga ayam terpaksa dinaikkan sbb ayam susah nak membesar. kononnya ayam susah nak membesar sbb cuaca skrg makin panas. so, kalau diterjemahkan dalam istilah matematik, penyataannya akan jadi begini:

Harga ayam adalah berkadar langsung dgn suhu sesuatu tempat. Semakin tinggi suhu di tempat itu, semakin tinggilah harga ayam.

kepala lutut dia!! selama nih cuaca kat malaysia nih beriklim sejuk ke? ada salji ke? tak panas ke? mmg la cuaca skrg makin panas sbb global warming and whatsoever. tapi jgn la bagi alasan yg budak sekolah pun akan gelak semata2 nak kaut lebih untung. hmmmm. dunia dunia.

p/s: nak boikot ayam plak ke? huhuhu

Tuesday, May 4, 2010

Saman

assalamualaikum.

pagi tadi on the way to work, listening to hotFM as usual. diorang bukak topik pasal saman2 nih. JPJ and Polis kuar statistik yg lebih 17 juta saman tak dibayar sejak tahun 2000. huhuhu. byk kan? termasuk sama aku la tu. tapi aku ada 6 jer. 5 saman laju and satu saman parking. total semua lepas diskaun ialah RM1130. takde la byk sgt kan? hehehehe.

bukannya aku tak nak bayar tapi rasa mcm tak worth it la. kene saman sbb bawak 91 km/j. WTH! mmg la had laju kat situ 80 kmj je. tp aku still rasa tak puas hati la. klu kene saman sbb bawak sampai 160 ke 180 km/j ke baru puas hati sket. hahaha. tambahan plak ada member aku ckp tak byr pun takpe. tunggu jer waran kuar baru bayar. bayar utk yg dikuarkan waran tu je la. boleh caya ke? huhuhu.

p/s: penah bawak 180km/j kat hiway tapi tak penah kene saman plak. huhuhu

Thursday, April 29, 2010

Gerabak Merah Jambu - Konfius Jantina

assalamualaikum.

smlm ada terdengar berita pasal pink coach nih. KTM dh start guna pink coach utk komuter laluan Sentul-Pelabuhan Kelang. masih dalam tempoh percubaan sbnrnya. gerabak warna merah jambu nih khas utk kaum wanita sahaja ye. so kepada yg lelaki tu jgn la jadi buta warna plak. tapi budak2 bawah 12 tahun boleh naik gerabak nih dgn mak/kakak/makcik/nenek diorang. hehehe. bukannya mandatori semua pompuan kene naik gerabak tu. optional jer. kemudahan khas utk wanita. klu tak nak naik pun takpe. naik la gerabak biasa yg tak warna pink tu. tiada paksaan.

pagi tadi dgr hotfm pasal topik gerabak merah jambu nih. ada sorang caller tu ckp dia konfius nak naik gerabak mana. aku mula2 pelik gak. kenapa dia konfius. bila aku dgr dia ckp tu baru aku tergelak. heheheh. nama dia Sherry Shalalala. siap mengadu lagi suh kesian kat org mcm dia. tak tau nak pilih naik gerabak khas utk pompuan atau gerabak biasa. pada aku la, dia nih membodohkan dan memalukan diri sendiri. aku rasa korang faham kot. dia ni samada lelaki lembut atau pun nyah. tapi aku rasa dia ni lelaki lembut sbb klu nyah, mesti dia masuk gerabak merah jambu tu jer. yg aku gelak tu sbb dia pegi call radio and mengadu masalah dia nih. masalah ke tu?? ntah la. kesian betul EnCik Sherry Shalalala nih. bukan sahaja tak tau nak naik gerabak mana tapi jugak tak tau jantina diri sendiri. kesian. kesian.

p/s: ada sorang pendengar lelaki hantar sms ckp dia penah kene raba ngan pompuan dalam tren. nasib baik dia tak bg detail tren dari mana ke mana, hari ape and pukul bape. klu tak, mesti penuh tren tu hari nih. huhuhu.