Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Hectic Weekend

assalamualaikum.

tak tau ape nak buat weekend nih? kat sini ada bbrp perkara yg akan berlaku di sekitar lembah klang pada hujung minggu nih. yg aku tau je la.

Jom Makan Buah @ Putrajaya

PC Fair @ KLCC
maklumat lanjut di Laman Web PIKOM

Karnival Inovasi Islam @ Putrajaya
Flyers tentang acara nih boleh didapati di sini

p/s: satu pun aku takleh pegi. sbb kene balik kampung lg. huhuhu

Sunday, July 18, 2010

Floria Putrajaya



Assalamualaikum.



malam td berjaya gak g floria putrajaya bersama cik tunang dan adik2 aku. Tp agak mengecewakan gak la. Tgk bunga lavender pun dah kering dah. Lg pun org ramai gile. Nak gerak pun susah. Pastu xleh nk amik gmbr sgt sbb lupa nk charge satio ni. Nnt la aku post gmbr dr kamera phone satu lg tu. Huhuhu.





p/s: padan muka. Sape suh xnk g awal2. Hahaha

Saturday, July 17, 2010

Entri xde keje



Assalamualaikum.

Entri xde keje ini dibawakan khas oleh Sony Ericsson Satio. Hehehe.

 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi.

Tuesday, June 22, 2010

today's not my day

assalamualaikum.

hari nih sepatutnya aku ada appointment kat Klinik Orthopedik kat Hospital Putrajaya jam 9 pagi. so aku gerak dari rumah dalam kul 8 pagi. perjalanan biasanya tak smpi setengah jam pun nak pegi hospital tu. tapi pagi td tibe2 jem gile kat hiway SILK lepas tol sg ramal tu. adehh. tension tul aku. tak tau la jem pasal ape. nak kata ade eksiden, takde plak aku nmpk kesan2 eksiden masa aku lalu tu. takkan semata2 sebab hujan kot? aduiyai. lebih sejam gak baru la aku smpi kat hospital. pusing2 takde parking. kereta dah bersepah parking tepi2 jalan. bukan jalan dalam hospital tu. tp jalan besar kat luar tu. nak tak nak terpaksa la aku parking kat situ gak dan menapak ke hospital. siap cross heli pad lagi. huhuhu.

masuk2 dalam hospital tgk org ramai giler. aku beratur je la amik no giliran. tgk2 ade lebih kurang 100 lg sblm no aku. actually aku boleh je potong Q and mintak somebody register kan utk aku. sbb ade org dalam. tapi tak smpi hati plak nk buat mcm tu bile tgk org sgt ramai and ade pakcik makcik yg berdiri sbb tak cukup kerusi. so, aku decided utk balik je la. malas aku nk tunggu lama2. kalau rajin lain kali dtg buat appointment semula. klu tak, biar je laa. huhuhu.

p/s: singgah beli waffle kat cafe hospital buat breakfast. hehehe.

nyum2. tp fav aku ialah peanut butter and chocolate. hehehe.
[pic from uncle google]

Friday, May 14, 2010

Hari Belia: Parking dan Laluan Bas

assalamualaikum.

aku rasa ramai yang dah tau tentang sambutan hari belia kat Putrajaya yg start hari ni smpi hari ahad nnt. kalau korang tak tau, pegi tgk kat laman web Kementerian Belia dan Sukan.

aku tak nak citer pasal aktiviti ke ape ke. aku nak citer pasal parking dan laluan bas. sebab diorang tak bagi bawak kete sendiri pegi ke tapak2 aktiviti. konsep Park n Ride akan dilaksanakan sepenuhnya. kepada yang jarang2 dtg Putrajaya mesti terkial2 sket. maklumat nih pun aku dpt daripada laman web Perbadanan Putrajaya.

First of all, ada 7 tmpt parking utama sekitar Putrajaya iaitu spt peta di bawah:

[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]

dari segi Laluan Bas/Tramp, sebanyak 3 laluan utama disediakan dengan berpuluh2 bas Nadi Putra akan beroperasi.

Laluan 1: Park & Ride Putrajaya Sentral, Presint 7
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]

Info Laluan 1:
Pengunjung perlu meletakkan kenderaan di Tempat Letak Kereta (TLK) Awam Pusat Kanser berhampiran Hospital Putrajaya dan TLK Lebuh Sentosa spt ditunjukkan dalam peta di atas. kalau tak silap aku, ada kanopi disediakan di semua TLK. so, boleh tunggu bas kat situ la. Jadual Perjalanan spt dalam peta jugak.

Laluan 2: Park & Ride Presint 1
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]

Info Laluan 2:
Pengunjung perlu meletakkan kenderaan di Park & Ride Presint 1 berhampiran Sekolah Alam Shah dan Alamanda Putrajaya. Jadual Perjalanan bas juga spt dalam peta di atas.

Laluan 3: Putrajaya International Convention Center (PICC)
[sila klik pada gmbr utk tumbesaran]

Info Laluan 3:
Pengunjung perlu meletakkan kenderaan di TLK Presint 5A dan TLK Presint 5B berhampiran PICC spt ditunjukkan dalam peta di atas. Lps tu tunggu je la bas datang amik. Jadual Perjalanan bas spt dalam peta di atas.

kalau feeling lost, ikut jer signboard yg byk diletakkan di tepi2 jalan. signboard2 tu semuanya menghala ke tempat parking. tp korang kene tahu la korang parking kat mana. dan naik bas yg betul masa nak balik. takut nnt salah naik bas karang salah pegi tempat parking kang naya jer. hehehe.

oh ye, kepada yg ada GPS, navigator dan seumpamanya, ini koordinat utk tmpt parking yg boleh korang gunakan:

kalau korang dari Nilai, Dengkil atau KLIA :
  1. N 02°53'47.86" E 101°40'23.99" (Parking PICC Presint 5 (A))
  2. N 02°53'38.62" E 101°40'49.75" (Parking PICC Presint 5 (B))

kalau korang dari Puchong, Shah Alam atau Kuala Lumpur :
  1. N 02°55'38.46" E 101°40'19.56" (Parking Tapak Pusat Kanser Presint 7) 
  2. N 02°55'50.71" E 101°40'10.92" (Park & Ride Presint 7)
  3. N 02°55'40.39" E 101°40'36.81" (Parking Lebuh Sentosa Presint 8)

kalau korang dari Bangi, Sungai Merab, Serdang atau Kuala Lumpur :
  1. N 02°56'19.87" E 101°41'35.72" (Parking Kompleks JPM Presint 1 (belakang Parcel B)) 
  2. N 02°56'42.56" E 101°42'33.93" (Park & Ride Presint 1)

itu je la yg aku boleh tolong. aku tak nak pegi. sure sesak gile. huhuhu. kalau korang tak caya ape yg aku citer kat atas, bukak la laman web yg aku bg kat atas td.

sekian, terima kasih.

p/s: sure jem la putrajaya weekend nih. aku nak gi KL la. huhuhu.