Friday, May 14, 2010

Piala Thomas: Sejarah tak berulang

assalamualaikum.

malaysia dah ketinggalan 0-2. mengharapkan keajaiban utk mengulangi sejarah 1992.

perseorangan kedua, Wong Choong Han lawan Chen Jin. inilah perlawanan penentuan. sama ada mencetuskan kebangkitan malaysia atau kegagalan malaysia layak ke perlawanan akhir buat ke sekian kalinya.

set pertama nampak mcm takde harapan. asyik ketinggalan jer. dapat 1 mata pastu hilang 2,3,4 mata. dapat 2,3 mata, hilang 4,5,6 mata. mcm mana nak kejar. hmmmm. set pertama wong choong han kalah 16-21 walaupun mempamerkan persembahan yg tidak kurang hebatnya. skrip yang hampir sama berlaku pada set kedua di mana choong han tewas mudah 7-21.

jadi, malaysia kandas di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-3 di tangan China. sejarah 1992 takkan berulang dan rakyat malaysia terpaksa menunggu utk sekurang2 nya 2 tahun lagi. apa2 pun, tahniah buat pasukan malaysia yg mempamerkan persembahan yg bersungguh2 walaupun tewas kali ini. cuba lagi lain kali.

aku lost of words. kecewa.

p/s: pasukan pelapis malaysia dah ready ke nak rampas piala thomas 2 tahun lagi?? kenape takde plyaer muda malaysia yang menyerlah?? hmmmm.

No comments: