Friday, May 14, 2010

Piala Thomas: Barisan Kita

assalamualaikum.
♫ Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang 
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi 
sebelum kita berjaya jangan harap kami pulang 
inilah sumpah pendekar kita menuju medan bakti.

mungkin itu lagu sesuai utk barisan Piala Thomas kita. mereka perlu lawan China seolah2 mereka bermain di perlawanan akhir. perlawanan hidup dan mati. Datuk Misbun Sidek mengharapkan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei dan beregu no. 1 dunia, Koo Ken Keat-Tan Boong Heong untuk mengutip mata pertama negara kerana mereka adalah kunci kemenangan kita. kalau salah sorang daripada diorang kalah, maka bertambah sukar lah misi kita. kalau dua2 kalah, hanya keajaiban mampu membawa Malaysia ke perlawanan akhir.

Wong Choong Han berazam nak tebus kekecewaan slps gagal mendapatkan mata kemenangan Malaysia dalam kedua2 perlawanan menentang Jepun dan Denmark. tapi ada peningkatan pada permainannya ketika menentang Jan O Jorgensen. harap2 lawan Chen Jin nnt Choong Han bleh menang. ini mungkin Piala Thomas terakhir yang Choong Han sertai dan dia mesti nak tamatkan kariernye dgn jaya. so, motivation Choong Han pasti lebih tinggi malam ini.

perseorangan ketiga, pastinya Hafiz Hashim. hero Malaya yg dipuji setiap wanita kerana ketampanan dan ke'cool'an wajahnya ketika menewaskan Persson dan memberi mata kemenangan Malaysia menentang Denmark hari tu. ada ura2 utk meletakkan Hafiz sbg perseorangan kedua tapi risiko itu agak besar. sbb kalau Hafiz jadi 2nd single, 3rd single ialah pemain muda yg belum diuji diperingkat antarabangsa. nama dia Tan Chun Seang. kalau kedudukan terikat dua sama macam lawan Jepun dan Denmark, boleh ke nak harapkan Chun Seang tu? bukan memandang rendah tapi Rashid Sidek sendiri pun cakap Chun Seang ni tak ready lagi nak lawan pemain2 dari China.

persoalan yang tinggal adalah beregu kedua. masih menjadi teka teki. ketika entri ini ditaip, senarai pemain masih belum dikeluarkan. Rexy pun main teka teki gak. slps persembahan memberangsangkan lawan Denmark hari tu, pasangan bidan terjun Zakry Latif-Thien How mungkin akan diturunkan lagi. tapi ada jugak kemungkinan Rexy nak kembalikan semula gandingan Zakry-Fairuzizuan sbb diorang mempunyai rekod yang baik menentang pasangan dari China. tapi Rexy jugak tidak menolak untuk mencuba kombinasi baru kerana ada seorang lagi pemain beregu yang belum diuji, iaitu Ong Soon Hock. diorang dah berlatih bertukar2 pasangan masa training dulu. tapi adakah Rexy cukup berani nak pertaruhkan kombinasi baru dalam perlawanan penting lawan China? aku harap2 tak la. hehehe. nnt mau sakit jantung lagi. kalau fairuzizuan kembali dapat tempat, aku harap penyokong akan beri sokongan pada dia. maafkan la dia. biasa la manusia mana tak penah buat silap. harap2 dia pun dah insaf la dan belajar kawal emosi.

sbg rakyat malaysia dan penyokong Malaysia, sama2 lah kita doakan kejayaan pasukan kita. berikan sokongan padu. Malaysia Boleh!!

p/s: kagum dgn semangat Tun Siti Hasmah yang sanggup datang ke stadium walaupun tangan kirinya berbalut dan beranduh. harap2 dia boleh inspire team Malaysia kali ini spt dia inspire Wira-wira Piala Thomas 1992!!

 [pic dipinjam dari sini]

No comments: