Tuesday, May 4, 2010

insomnia melanda

assalamualaikum

sejak bbrp hari kebelakangan ni aku mcm dilanda insomnia. susah betul nak tdo. pusing kiri tak kene. pusing kanan tak kene. telentang tak kene. meniarap lagi la tak kene. pendek kata serba tak kena la. bila dah insomnia mcm nih susah la jugak. terkebil2 sampai kul 3-4 pagi. keesokan harinya nak keje mcm biasa. adeh. letih la camni.

org kata klu nak senang tdo, minum susu suam. tapi problemnye aku tak bleh minum susu. mmg daripada kecik lagi aku tak leh minum susu. tapi kopi susu, teh susu or milo aku bleh plak minum. aku igt lg dari kecik mmg aku tak minum susu. masa gonggong botol dulu pun aku minum milo. huhuhu.

ade org kata kene kosongkan fikiran sblm tdo. mcm mana nak kosongkan kalau kepala dah mmg kosong. aku rasa aku takde pk ape dah selain nak tdo. tapi still susah nak tdo.

ade org kata klu susah nk tdo, amik wudhu and solat dua rakaat. ini pesan org2 yg beriman. so, renung2kan dan selamat beramal.

actually byk lagi petua dan tips nak mengatasi masalah insomnia atau susah nak tdo nih. klu tanya pakcik google tu mesti byk nye lah dia bagi. tinggal kita nk buat atau tak jer. hhehehe.

p/s: aku pun tak buat petua2 tu. so, adakah aku sengaja membiarkan diriku diserang insomnia?? hmmmm
Post a Comment