Wednesday, May 12, 2010

Pemain dan Penyokong

assalamualaikum.

smlm seorang pemain badminton negara gagal mengawal emosi selepas diejek dan ditunjukkan isyarat lucah oleh penonton. nasib baik coach and team manager smpt halang. klu tak, mau lebam muka penyokong tu. well, penyokong malaysia mmg mcm tu. takkan tak kenal penyokong sendiri. kalau penyokong bola sepak lagi teruk. itu baru sikit tu. so, chill la kan. 

sbg pemain kene la terima hakikat dan terima perangai penyokong sendiri. diorang bayar tiket mahal kot. tp sape suh janji mcm2. bila penyokong pegang pada janji tapi pasukan dan pemain deliver performance yg mcm sampah, what do you expect?? of coz la diorang kecewa. kalau kalah tipis atau melawan takpe. penonton boleh nilai performance yg bermati-matian, separuh mati atau sambil lewa. aku percaya ramai yg kecewa, mnyumpah dan mengamuk tgk performance 2nd double and 3rd single. klu tgk diorang main mcm main2 jer. mcm tak beria, tak bersungguh. pastu berlagak bagus. buat muka mcm bagus tp main hampeh. itu yg penonton dan penyokong naik hangin tu. tapi aku percaya tak semua penyokong malaysia mcm tu. kadang2 tu yg lebih2 tu bukannya reti ape pun. datang nk buat kacau jer. penyokong2 tegar mcm aku (aku??) nih redha jer laa. mungkin ade hikmah disebaliknya. 

bak kata abu bakar atan, hero kalah dulu. igt filem hindustan ke?? filem hindustan skrg pun dah tak pakai cliche mcm tu. apa daaa. apa2 pun, kami rakyat malaysia tetap memberikan sokongan kepada pasukan malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!

hari ini akan berlangsung peringkat suku akhir. Malaysia lawan Denmark utk Piala Thomas. Piala Uber plak akan menemukan Malaysia dengan Indonesia. harap2 tiada lagi kejutan tak baik yg berlaku. harap2 kedua2 skuad Thomas dan Uber negara dapat beraksi di separuh akhir. Go Malaysia Go!!

p/s: tak tgk pun piala uber tp still update pasal performance diorang.

4 comments:

salju said...

masing-masing kena saling hormat menghormati...

tak boleh ikut emosi....

pemain dan penyokong perlu kawal emosi...masing2...

tq ziarah..saip tinggal komen lagi..
keep in touch..

Cik Nurul Pinky said...

masing-masing berlainan pendapat dan pndangan..kita yang bermain ni mungkin boleh kata apa-apa aje tapi yang bermain perasaannya hanya Allah yang tahu..

Sky0ne said...

sebab tu kdg2 aku malas tgk games mcm tu...sebab biasenye kalo aku tgk, mesti kalah..hahah

Saiyed said...

salju: diorang nih nak kene gi kelas motivasi kot...huhu

cik Nurul: berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...hehehe

sky0ne: ptg nih ko jgn tgk Malaysia vs Denmark...nnt diorang kalah lagi...huhuhuhu