Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Tuan Rumah Piala Dunia 2018 & 2022

assalamualaikum.

sumber: google images
Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dah abis dan Sepanyol dah pun ditabalkan sebagai juara.Tahniah la diucapkan kepada seluruh penyokong sepanyol. yang tak berjaya, sokong lagi pada 2014 nanti yer. hehehe.

sumber: google images
 Piala Dunia edisi 2014 pula akan diadakan di negara kelahiran legenda bola sepak dunia, Pele, negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali, Brazil.

Selain dari perebutan bergelar juara dunia, negara2 juga berlumba2 nak jadi tuan rumah piala dunia. sbb masyukkkk. seluruh dunia akan bertumpu ke negara tu walaupun hanya untuk sebulan. Semalam, FIFA dah umumkan tuan rumah untuk edisi 2018 dan 2022.

sumber: google images
RUSSIA akan menjadi tuan rumah pada edisi 2018. Russia menewaskan bidaan2 dari bbrp negara termasuk negara yg pada awalnye dianggap favourite, ENGLAND. Selain England, negara2 yg turut menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah pada 2018 ialah Belanda/Belgium (bersama) dan Sepanyol/Portugal (bersama). ini adalah kali pertama Russia akan menganjurkan Piala Dunia.

sumber: google images
pada edisi 2022 pula, QATAR telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Qatar berjaya meraih undi tertinggi menewaskan Australia, USA, Jepun dan Korea Selatan. Ini juga adalah kali pertama Qatar menganjurkan piala dunia dan kali pertama negara dari Timur Tengah akan menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

p/s: Malaysia berani ke nak bid jadi tuan rumah?? Mantapkan pasukan Malaysia dulu ye!!

Wednesday, June 23, 2010

World Cup @ McD

assalamualaikum.

dulu masa zaman belajar selalu lepak kedai mamak layan bola. kadang2 tu game kul 3.30 pagi pun sanggup bangun and merempit gi kedai mamak. maklumla kat umah takde astro. hehehe.

tapi tu dulu. dah lama dah aku tak lepak ngan member tgk bola kat luar. hari nih tiba2 plak tergerak hati nak mengsms kawan2 ajak lepak. bukan kat kedai mamak tapi kat McDonald Taman Equinne. hehehe. thanx to Sky0ne, Layzree and fendi3z yang sudi menjoinkan diri melepak melayan bola bersama aku. walaupun sambil melepak sambil meracun GPS Garmin dan disulami aduan kisah cinta terlarang, teringat gak aku kat kenangan dulu2 melepak ngan housemate seperti fiqin, hairaul, nabil, fahmi, epon and faizal silat. aku rasa diorang tak baca pun blog aku nih tapi saje je nak mention nama diorang. hahahah. semoga berjumpa lagi di perlawanan akan datang. insya Allah. heheheh.

sbnrnye, ini tujuan aku lepak kat mcd:
Coke Contour Glass [pic from uncle google]

aku nak kumpul gelas2 tu. tadi aku dapat yg sama mcm last week sbb dia akan kuar design baru setiap hari khamis. nasib baik encik Layzree sudi menukarkannya dgn aku. so skrg nih aku dah ade 3. warna pink, hijau and purple. 2 yg pertama je aku tak smpt kumpul. tgk kat mcd td pun dah sold out. huhuhu.

p/s: gmbr kami melepak boleh tgk kat blog Faizal Sky0ne.

Saturday, June 19, 2010

why big teams stumble in world cup

assalamualaikum.

spain kalah 0-1 kepada switzeland
france kalah 0-2 kepada mexico
england seri 0-0 dengan Algeria

apa masalahnya? himpunan player2 yang team2 nih ada antara yang terhebat dan terbaik. tapi kenape diorang boleh kalah kepada team yang rankingnye lebih teruk daripada diorang? nasib ke? well, we made our own luck. hehehe.

ok. ini satu lagi pandangan peribadi aku. kekalahan (dan keserian) team2 nih adalah kerana tactical deployment yg tak bape berkesan. so, salah coach la kan? hehehe.

aku amik contoh spain dulu. del bosque guna formation 4-5-1. busquets sbg defensive midfielder, xavi dan xabi sbg center mid yg menggerakkan permainan spain, david silva sbg winger dan iniesta sbg fake winger. kenape? sbb iniesta selalu potong masuk dalam. silva plak akan tgk kedudukan iniesta. klu iniesta kat kiri, silva pegi kanan dan begitu la sebaliknya. pada aku, taktik ni tak sesuai dipraktikkan. klu nk main sorang striker, kene ada 2 true winger mcm navas dgn pedro. baru la boleh feed villa yg main sorg2 kat atas tu. atau pun main sorg attacking mid yg support villa. villa takleh main sorang2 kat atas tu. nnt dia tension xdpt bola. tu yg dia main solo tu. sbb dia terpaksa turun ke mid utk dptkan bola. pada aku, spain lebih sesuai main 4-4-2 atau 4-4-1-1.

france pulak kalah sbb byk sbb. hehehe. aku tak tgk sgt game nih so aku komen berdasarkan citer dari member dan pembacaan aku. kenape raymond domenech tak bawak karim benzema dan samir nasri padahal diorang antara top performer dgn club diorang? kenape domenech tak start dgn thierry henry padahal gol 'hand-ry' lah yg melayakkan france ke world cup? kenape henry tak main padahal dia adalah captain france? evra cuma vice captain je. (sila betulkan klu aku silap). kenape evra beria menafikan ada disharmony dlm kem france? aku rasa mmg ada yg tak kene ngan france nih. masalah dalaman la nih. dgr citer most player france tak suka yohann gourcuff and gallas. aku tak tau kenape. klu korang tau, sila la bgtau. dari segi tactical plak, kenape letak ribery blkg striker padahal ribery diketahui lebih effective di bahagian winger? dan kenape letak anelka sbg right winger padahal dia seorang striker berbisa? govou?? tak bagus mana pun. kenape dia boleh main tapi henry tak main? aku syak nih personal problem raymond domenech. harap2 laurent blanc dpt selesaikan isu2 nih lps wc nnt.

england. bukan team favourite tapi team yg popular. mungkin yg paling popular. kenape? maybe sbb keglamoran EPL itu sendiri. masa game england lawan algeria nih pun aku rasa tactical capello tak bape berkesan. england ade 3 center mid yg power gila. gerrard dan lampard serta gareth barry. tapi barry lebih kepada defensive midfield manakala gerard dan lampard adalah attacking midfield. striker england yg betul2 da bomb cuma rooney jer. yg lain suam2 kuku jer. aku tak bape setuju bile capello letak gerrard main left wing than rooney support heskey. pada aku, heskey patut dikorbankan dengan meletakkan joe cole sbg left wing. lampard dan gerard sbg attacking mid yg bergilir2 support rooney sbg lone striker. aaron lennon atau shaun wright philip should stick to the right wing. so, the best formation for england adalah 4-5-1.

itu lah pandangan aku ttg 3 team nih. team germany aku tak komen sbb aku tak tgk game lawan serbia. lg pun aku rasa tactically diorang takde masalah. diorang kalah sbb main 10 org and podolski miss the penalty.

ulasan aku nih berdasarkan prinsip yg aku guna iaitu use your best player at their best position. hehehe.

sekian, terima kasih.

p/s: pengaruh FM pun ade gak sket2 nih. hehehe.

Piala Dunia: England vs Spain

assalamualaikum

hehehe. england belum lawan spain lagi. aku just nak kongsi pandangan aku tentang performance Spain masa kalah dgn Swiss dan jugak performance England masa seri ngan Algeria. aku takleh komen performance Jerman masa kalah ngan Serbia sbb aku tak tgk game tu. ni aku copy balik je apa yg aku taip kat blog Kampung Piala Dunia. hehehe.


mari kita lihat perbezaan di antara 2 perlawanan ini iaitu kekalahan Spain kepada Swiss dan keserian Algerian bersama England. ini bukan pandangan menegakkan benang yg basah lencun atau yang sewaktu dengannya. dari segi keputusan, of coz la seri is better than kalah. sbb seri dapat 1 mata and kalah dapat telur ayam. itu fakta. bukan auta. hehehe.
dari segi persembahan keseluruhan perlawanan plak mcm mana? dalam game Spain vs Swiss, Spain main hensem dowwh. free flowing football, nice and accurate passes dan mcm2 lagi la pujian yg sewaktu dengannya. kalau ade pun player yg tak perform aku rasa ade 2-3 org je. antranya ialah David Villa, David Silva and Iniesta. overall mmg spain main ok. possesion and attacking football. diorang kalah sbb takleh score. tu je.
cuba bandingkan plak ngan persembahan England lawan Algeria tu. aku rasa Algeria play better football than England. pemain england serba tak menjadi hari nih. ade je silap kat mana2. almost every player made mistakes. nasib baik back pass john terry tu tak smpt dikejar. kalau tak? lu pk la sendiri. aku rasa ashley cole je yg main bagus untuk england smlm. pemain algeria ramai yg bagus2. especially boughera, ziani, belhadj, mat mour, yebda and boudebouz (betul ke aku eja nih?)  
ape2 pun, masih ade harapan utk Spain dan England layak ke pusingan seterusnya kalau diorang perbaiki corak permainan diorang.
sekian, terima kasih.

p/s: ini pandangan peribadi yer. bukan mengutuk. hehehe

Wednesday, May 19, 2010

Kampung Piala Dunia


anda peminat bola sepak? jika ya, anda pasti tak mahu melepaskan peluang utk menyaksikan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kan? mcm iklan plak. hahahha. 

actually aku nk promote satu blog pasal piala dunia nih. blog ini dimulakan oleh KampungChelsea dengan matlamat utk memberikan laporan mengenai Piala Dunia dari kaca mata sendiri. tapi of coz la dia tak mampu nak cover the whole world cup. so dia pun perkenalkan lah konsep 1Wartawan 1Negara. dengan itu KampungChelsea telah melantik dirinya sendiri menjadi wartawan/blogger England. setakat ini baru ada 4 wartawan mewakili 4 negara berbeza iaitu:
so, ada lagi lebih kurang 28 negara masih belum mempunyai wartawan. oleh itu, aku dgn rasminya ingin mempelawa blogger2 yang berminat utk sama2 menyumbangkan idea di blog KampungPialaDunia Edisi Zoo Afrika. 

mesej dari Kampung Piala Dunia:
kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi blogger2 negara kesukaan anda dengan mengpostkan entri berkenaan dengan world cup tahun ini di blog Kampung Piala Dunia, informkan sahaja kepada admin terlebih dahulu atau jika yang sudah professional mengenai perkara ini, sila hantarkan sahaja email akaun blog anda kepada admin. Sebarang pertanyaan sila rujuk kaunter pertanyaan di ruangan shoutbox atau emailkan sahaja kepada kampungpialadunia@yahoo.com.

Note: logo yang comel ini direka oleh R.K.
(sila right click-> Copy Image Location utk dptkan code dan letakkan di blog anda jika anda peminat kipas susah-mati piala dunia)

p/s: bila la agaknya malaysia nk smpi piala dunia. hmmm.