Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Sunset from PICC

assalamualaikum.

last saturday, masa org tgh sibuk nk gi Konsert Kemuncak SuriaFM kat Putrajaya, aku ngan tunang aku buat pre-wedding photoshoot. kawan cik tunang yg buat photoshoot tu ngan kawan2 dia. start kat taman putra perdana lebih kurang jam 3 petang sbb photographer smpi lmbt, hingga lah ke asar. lps solat asar kat presint 9, terus gerak ke jambatan PICC. lps tu, dekat2 nk maghrib tu pegi naik PICC jap. dapat tgk pemandangan matahari terbenam dari situ. aku tak smpt nk snap gmbr. gmbr kat atas tu je sempat disnap dari kamera phone aku. lps solat maghrib, bergerak ke dpn gate Bangunan Perdana Putra utk sesi terakhir, shoot dgn kereta kami. hehehe. kul 9 lebih baru boleh pegi dinner. letih giler. huhuhu.

p/s: photoshoot ni diorang buat free utk kami. klu nk album kene bayar la. so, belum dpt tgk hasil nye lagi. huhuhu.

Monday, June 21, 2010

Doa untuk ayah cik tunang

assalamualaikum.

tgh malam smlm, ayah kepada tunang aku dimasukkan ke hospital putrajaya kerana diabetes. pada masa yg sama dia mengadu sakit perut. tadi doktor sahkan dia disyaki mengidap appendiks atau ketumbuhan dalam perut. jadi, dia akan dibedah pada ptg ini jugak. ketika entri ini sedang ditulis, ayah tunang aku mungkin sedang bersedia untuk dibedah.

dipohon rakan2 dan sahabat2 sekalian mendoakan kesihatan beliau.

terima kasih.

p/s: ayah aku pun tak berape sihat di kampung. dugaan hari bapa. =(

Tuesday, June 1, 2010

panggilan mengadap

assalamualaikum.

hari ahad lepas, sepupu aku call. dia suh gi umah dia. aku igtkan dia saja2 ajak tgk umah dia kat putrajaya tu. rupa2nya ada udang di sebalik mee. hehehe. dia suh aku bawak cik tunang sekali sbb mak dia nak tgk. mak dia tu ialah kakak kepada ayah aku. aku panggil dia maktua. masa aku gi bertunang hari tu dia tak dapat ikut sbb ada kenduri lain.

so, aku janji nak bawak cik tunang pi jumpa dia mlm nih. dah bgtau cik tunang. dia mcm cuak gak laa. hahahah. nasib la kan. gud luck. huhuhu.

p/s: ini entri saja2 sbb aku sgt bosan di opis. baru bgn tdo. lols.

Monday, May 3, 2010

Update untuk 3 hari

assalamualaikum.

lama plak aku tak update kat blog ni. bukannya takde ape nak diblogkan cuma 2-3 ari nih bizi sket. even weekend pun agak bizi laa. bizi dan takde mood. hhuhuhu. full weekend. hari sabtu tolong my fiance pindah umah. malam tu plak we had dinner with my siblings and cousin. makan nasi arab kat Restoran Saba kat Cyberjaya. pastu pegi downtown cheras jalan2. cik tunang belikan tudung utk bakal mak mentua. pastu dia beli sandal utk dia. aku cari sumting tapi tak jumpa pape pun. pastu hari ahad pegi mines. cik tunang beli kasut. aku 'ter'beli spek baru. ade offer half price la pelbagai. huhuhuhu. malam plak pegi IOI dgn encik Layzree. tapi tujuan kami tak kesampaian. harapan hancur di meja KFC. takpe. mlm nih bleh cuba sekali lagi. hopefully tercapai la tujuan dan matlamat murni itu. hehehehe.

p/s: kenapa la cuti hari pekerja tak dibawa ke hari isnin nih?? aduiyai...

Wednesday, April 21, 2010

Edisi Sengal Selasa Part 2

assalamualaikum

smlm pegi PWTC utk satu exhibition pertahanan asia. DSA 2010. pegi pun atas jemputan. penat gak jalan2. baru ku tahu yg PWTC ade hall kat seberang sungai tu. huhuhu. luas giler. masa smpi tu nak park kat dalam PWTC tp tak bleh. so try masuk parking hotel sblh PWTC tu. palang terbukak. tiket takde. so aku assume parking free la. kat dalam tu dah penuh. siap ade yg double parking lg. tp rezeki aku ada satu petak kosong. park je la. masa nak balik dekat2 kul 3 tu, laluan aku nk kuar sgt la sempitnya. akibatnya, tercalar la sket pintu blkg sbb bergesel ngan bumper Mercedes. huhuhu. pastu masa nak kuar parking, kene bayar la pulak. dgn ikhlasnya aku ckp aku masuk kul 10 pagi. natijahnya, kene la bayar RM21.00!!! huhuhu. mintak resit la. kene claim wooo. adoiyai. hampeh tul laa. makin tensen hari selasa aku yg sengal smlm. huh.

masa lunch, ade org belanja kat Riverside Cafe, PWTC. masuk2 je cafe tu terus nampak kambing panggang. amik nasik and lauk lain sket2 pastu terus amik kambing panggang. byk plak chef tu bagi. natijahnya, pening kepala sampai ke malam. sblm nih tak penah plak rasa pening makan kambing. aku mkn byk sgt kot. atau adakah aku ada darah tinggi?? huhuhu. ada kemungkinan gak sbb ayah aku mmg ade darah tinggi. hmmm. malasnya nak pegi check. nanti lah.

balik keje pegi layan bowling dgn tunang and officemates dia. layan la dua game. dah lama tak main bowling rasanye. so prestasi pun agak kurang memberangsangkan la. hahahaha. kalau selalu main mesti asyik strike jer. cik tunang pun dengki tgk. hehehe. lps bowling pegi solat then dinner. aku tak makan pun sbb pening kambing tghari tu tak abis lg. officemate dia igt aku diettapi still kene makan jugak nasik grg daging yg cik tunang tak dapat nak abiskan. takpe la. org sakit mmg kurang selera makan. huhuhu.

p/s: ape plak nak jadi dgn hari rabu ini? huhuhu.

Sunday, April 18, 2010

Weekend

assalamualaikum.

weekends atau hujung minggu adalah masa untuk berehat. ada juga yang gunakan waktu hujung minggu untuk keluar bersama yang tersayang. hehehe. hmmm. as for me, aku spent time ngan tunang aku samada hari sabtu or ahad je. sehari je. sehari lagi kitorang duk kat umah and wat aktiviti harian masing2, di rumah masing2.

so, ape korang buat kat umah kalau tak ke mana2? hmmm. as for me, aku tgk tv jer. selain basuh baju and keje2 umah yg lain la. i'm not a couch potato. huhuhuhu. kalau aku lapar and rajin, aku masak. bergantung kepada apa yg ada kat umah la. klu takde pape, kuar je la cari makan. huhuhu.

p/s: this weekend duk umah je sbb cik tunang tak bape sihat. huhuhu.

Monday, March 8, 2010

luar stesen

assalamualaikum.

minggu nih aku tak berada di pejabat. tiada di sekitar lembah kelang. aku di utara semenanjung malaysia. menunaikan tugas2 yang perlu. masih melakukan tugas2 rasmi pejabat. arahan yang diterima ialah buat kerja smpi siap. kalau tak siap, jgn balik. huhuhu. baik boss. saya yang menurut perintah.

p/s: semakin jauh semakin rindu. sayang anak tangan2 kan, sayang tunang tinggal2 kan. baru lah bertambah erat kasih sayang. hehehe

Saturday, February 20, 2010

back

assalamualaikum...

im back in town. huhuhu. can't say its gud to be back because obviously im in need of a really2 long break from work. but im not the boss so i couldn't afford to do that. have to get back to work this monday. whatever it is, it has been a mixture of feeling during this long chinese new year holiday. im really happy and excited to finally got engaged to the girl that truely love me and accept me for who i am and i really want to have a great family with her. but my excitement was ruin because my parent's house was broken into during our leave. luckily nothing precious was loss except my sister's tabung with approximately RM160 inside, a bead bracelet, a laptop's mouse and a bag of 10kg of rice. hmmm. what a week.

p/s: i wonder what was he thinking when he took that mouse? its only worth less than RM20. huh.

Wednesday, February 17, 2010

syukur

asalamualaikum..

alhamdulillah. syukur nikmat. kepada Tuhan yang memberi rahmat. segala yang dirancang berjalan lancar. walaupun ade beberapa perubahan di saat akhir, ia tidak menjejaskan perancangan yang diatur sejak mula. terima kasih kepada yang mengirim ucapan tahniah melalui sms serta comment di blog dan facebook. thanx to everyone.
~aku dan hantaranku~

~cincin belah rotan dan cincin tunang~

~hantaran si dia~


~hantaran kami~


~bondaku sarungkan cincin si dia~

~aku pun disarungkan cincin oleh ayah si dia~

~my whole family~

p/s 1: tq pada cik yana fotografer yg guna dslr pinjam. hahaha.
p/s 2: tq jugak pada adik2 aku yang amik gmbr guna cybershot pinjam jugak. hehehe.
p/s 3: lebih byk gmbr akan diupload di facebook. harap maklum. huhuhu.

Wednesday, February 10, 2010

ikat mengikat

assalamualaikum...

setelah hampir seminggu bertungkus lumus menyiapkan kerja, akhirnya aku boleh bercuti dgn agak tenang mulai esok. dalam seminggu nih mmg bizi giler smpikan hari2 kene balik lmbt. ade sekali tu smpi kul 1 pagi baru boleh  balik. skrg dah hampir settle. lega la sket.
hmmm. aku cuti esok smpi next week. bukan sbb nak celebrate chinese new year laa. sbb aku nak bertunang. insya Allah. majlis tu berlangsung pada 14 februari nnt. insya Allah. valentine's day?? hehehe. its just a coincidence. tak leh nk awalkan or lmbtkan sbb pelbagai alasan termasuk pihak keluarga. so 14 feb je yg available. mintak tolong korang doakan semuanye berjalan lancar ye. mekacih. =)

p/s: org Islam tak leh raikan Valentine's Day kan?? aku dah tobat...huhuhuhu...