Wednesday, May 26, 2010

demam la pulak

assalamualaikum.

bbrp hari lepas aku ada ckp aku sakit tekak. malam tu jugak aku pegi check and doctor just ckp aku sakit tekak biasa tp ada tanda2 nak demam. esoknye (smlm laa) sakit tekak tu dah agak berkurangan tapi hidung aku plak yg tersumbat. ditambah ngan batuk2 lagi. suara pun dah garau mengalahkan rockers. maybe sbb pagi tu aku kene pegi wat site survey kat bangunan 6 tingkat yg lifnya belum siap. turun naik tangga tu buat aku makin sakit kot. huhuhu.

so, ptg tu aku mintak izin boss aku utk balik awal. mmg tak leh blah dah duk kat office tu. kul 4.30pm aku dah balik. then cik tunang datang umah bawak gi makan bubur ayam McD. huhuhu. tak nak mengalah kan? demam2 pun layan McD.

[ini la makanan org demam (fries tu bukan aku punye.heheh)]

pastu on the way balik, she insists to take me to the clinic. aku ingat nak pegi pagi nih. tapi bila dia dah insists, aku relakan je la. pegi Klinik Hidup Sihat kat Kajang. klu terdesak aku mmg selalu pegi klinik nih. murah sket dr klinik swasta lain and doktor dia pun baik. tak sanggup aku nak pi menunggu kat klinik kerajaan. confrim berjam2 nye lah tunggu. in the end, doktor bagi ubat pape yg patut and dia bagi aku MC 2 hari. aku igt nak mintak sehari jer. tp dah dia bagi 2 hari, aku terima dgn tangan terbuka laa. hehehe. thanx Dr Azhar.

so hari ni aku melepak kat umah je la. dapat berblog nih pun sbb tunang aku bg pinjam laptop dia. dia dah balik kg. harap2 tak melarat la demam aku nih. if u know wut i mean. huhuhu. esok aku pun nak balik kg ngan adik2 aku. cuti lama, so mesti la nak balik kg kan. bukan selalu dapat cuti lama mcm nih. hehehe.

p/s: aku menaip entri nih sambil menunggu bubur ku masak. lapar plak pagi2 nih. huuhuhu

Post a Comment