Friday, March 23, 2012

android vs blackberry

assalamualaikum.

aku dalam dilema. aku nak beli phone baru. tp still tak boleh nak decide nak beli phone apa. nak beli android phone or blackberry. iphone? tak minat. symbian? dah penah menyesal. windows? hmmm. biar pc ngan laptop je pakai windows dah la. meego? lagi tak biasa.
android vs blackberry
bila tanya kawan2, ada yg pilih BB dan ada yg pilih android. well, masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. menurut blog iAwani.com, BB akan keluar dengan model baru dalam masa terdekat. tp tak tau la bile. smartphone android plak makin bersepah dan berlambak di pasaran. cuma nak pilih yg mana sesuai jer.

kalau tanya aku, mmg aku puas hati dengan phone yg guna android nih sbb skrg aku guna Samsung Galaxy S2. applications dalam Android Market (skrg Google Play) tu mmg banyak gile yg free. tak macam Apple. semua nak kene bayar. ooops. sori. terkondem apple plak. walaupun android nih ada kekurangan dia, tp aku rasa kelebihan dia lebih banyak dari kekurangan. aku mmg teringin nak pakai blackberry sbnrnye sbb dari dulu pun aku mmg tertarik dgn blackberry nih. dulu aku tak beli blackberry sbb aku tak suka keyboard QWERTY. tp lepas dah guna S2, terpaksa biasakan diri dgn QWERTY, maka dah biasalah aku. heheheh.

kalau android, aku mungkin pilih Samsung Galaxy Nexus.
kalau blackberry, aku mungkin pilih Curve 9360 or Bold 9900 or tunggu yang baru keluar.

aku takkan tunggu lama sbnrnye. the most pun sebulan lg. mmg nak kene beli baru sbb Sony Ericsson Satio U1 tu dah mula buat perangai. nyesal gak beli telefon Symbian pertama dari Sony Ericsson nih. itulah padahnya kurang penyelidikan sebelum buat keputusan. huhuhu

p/s: cadangan, pendapat dan pandangan kalian dialu-alukan. TQ.
Post a Comment