Tuesday, May 11, 2010

Piala Thomas: Malaysia tak panas

assalamualaikum.

sekarang nih aku tgh tgk siaran langsung perlawanan Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun. walaupun cuma perlawanan peringkat kumpulan tapi ini perlawanan menentukan juara kumpulan dan menentukan siapa yang akan jadi lawan kita di suku akhir nnt.

1st single, Datuk Lee Chong Wei tiada masalah menewaskan Kenichi Tago. (1-0)
1st double, Koo Ken Keat-Tan Boon Heong juga tiada masalah tewaskan beregu Jepun. (2-0).
2nd single, Wong Choon Han tersungkur di tangan pemain Jepun. (2-1).
2nd double, Fairuzizuan Tazari-Zakri Latif tewas mengejut kepada pasangan Jepun. (2-2).

kini harapan terletak di bahu perseorangan ketiga negara, Muhamamad Hafiz Hashim. di atas kertas, Hafiz sepatutnya menang mudah sbb beza ranking dunia yg sangat2 jauh. tapi set pertama berakhir dengan kekalahan dan set kedua masih berlangsung ketika aku sedang menaip entri ini. hafiz hashim masih mendahului di awal set kedua ini. penyokong2 malaysia di stadium putra mesti sedang berdoa dan berharap Hafiz dapat mengheret permainan ke set penentuan. kalau malaysia kalah, satu tamparan hebat kepada malaysia sbb jepun bukan negara kuasa besar dalam sukan badminton berbanding Indonesia atau China. tambahan plak kita bermain kat tanah air sendiri. mesti pemain malaysia pandang rendah pada jepun nih. sbb tu diorang kalah. sblm nih perhatian hanya diberikan kepada perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago yang layak ke final All England 2009 tp tewas kepada Datuk Lee Chong Wei. mungkin sbb tu la pemain2 jepun yg lain nak tunjukkan taring

hafiz hashim menang set kedua. tapi sekarang ketinggalan dalam set ketiga. harap2 dia dapat bangkit dan menang la. huhuhu.skrg dah half-time set ketiga. Hafiz ketinggalan 10-11. aku tgk hafiz nih cool jer. aku rasa org tgk dia pun tension kot. mcm takde perasaan jer main. huhuhu. kedudukan skrg 13-17.game point jepun 20-16....................................dan akhirnya hafiz tewas 18-21. malaysia tewas 2-3. kekalahan yang agak memalukan lebih2 lagi di hadapan penyokong sendiri. 

satu tamparan buat malaysia. ntah ape plak alasan yg bakal diberikan. adakah akan berjaya merampas kembali piala thomas slps 18 tahun kemarau?? personally, aku kecewa. tapi masih berharap malaysia akan menang. suku akhir, malaysia lawan denmark. peluang? 50-50. tp klu main mcm lawan jepun nih mmg takde harapan langung la. harap2 ada perubahan dalam persembahan di peringkat suku akhir nnt.

p/s: kenangan Piala Thomas 1992 adalah memori terbaik badminton malaysia. adakah sejarah bakal berulang??

4 comments:

Anonymous said...

malaysia kalah sebab biq mama dtg. memang sue

xyien_43@yahoo.com said...

kalau diambil kira akan perlawanan tadi....jangan mimpi Malaysia mampu mengembalikan kegemilangan tahun 1992. Sememangnye aku frust betul akan perlawanan td...Tp kalau di kenangkan kembali tahun 1992 ianya seakan berulang kembali. andainya menang dengan Denmark esok kita akan bertemu dengan China dan seterusnya di perlawanan akhir bertemu Indonesia . Apakah peristiwa 1992 akan berulang kembali........

Anonymous said...

itu lah strategi..selak balik sejarah 1992..time tu sebab nk elak jmpe indonesia di semifinal..;)

:+: seksiteri a.k.a. m2n :+: said...

sukan kat malaysia mmg hancur.. takde yg boleh dibanggakan melainkan dato nicol ann david yang main skuash tu.. yang lain tak konsisten langsung~