Tuesday, May 11, 2010

Berfoya-foya di Danau Kota

assalamualaikum.

jam dah menunjukkan waktu 2 pagi. aku masih mengadap laptop tunang aku. saja nak update blog waktu dinihari mcm nih. sbnrnya aku baru balik dari uptown danau kota. saja melepak ngan member2 and jalan2 cari pasal kat uptown tu. dah lama dah kitorang tak buat aktiviti2 berpoya2 mcm nih. maklumlah masing2 sibuk dgn kerjaya dan keluarga serta komitmen masing2. bila ada masa terluang mcm nih la baru nk berkumpul. ini pun tak cukup korum lagi. takpe la. janji ada. heheheh.

kumpul kat putrajaya kul 9 malam. terus gerak gi danau kota naik sebuah kete jer. 4 org je pun yg ada. sampai kat sana, isi perut dulu kat Mali's Corner. pekene Char Kuey Teow sepinggan. pastu datang la lagi dua org member. lepak jap. borak2. pastu memulakan perjalanan di uptown. aku takde ape2 misi. kawan2 aku yg ada misi. ada yg nak beli jam. ada yg nak beli jersi world cup. ada yg nak beli chelsea. ada yg nak beli jibitz (button/hiasan pada sandal crocs). aku? berjaya mengawal nafsu membeli. hehehe. 

lepas hampir seround setengah kitorang pusing uptown tu, misi pun tercapai dgn jayanya. maka kitorang pun bergerak lah balik. masing2 dah ngantuk dah igt bantal ngan tilam dah. huhuhu. mmg dah lama kitorang tak lepak mcm tu. teringat kenangan waktu mula2 berkecimpung dgn dunia JMD. hmmmmm.

p/s: tq la encik ryco belanja makan. lain kali bleh repeat lagi. hahahaha.

4 comments:

annfrendly said...

wah.. member beli jersi world cup..
demam world cup melanda tak lama lagi..

baiknya hati en ryco tue..

iddinm said...

aku pun nak baju world cup...hehe

:+: seksiteri a.k.a. m2n :+: said...

huishhh... sampai hati tak hajak aku....

Saiyed said...

world cup dah tinggal tak smpi sebulan...harga pun bleh tahan laaa....hhuhuhu