Showing posts with label ride. Show all posts
Showing posts with label ride. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

I'm a rider again

assalamualaikum.

I'm a rider again.....

My FZ150i


Friday, October 8, 2010

Proton panggil balik Gen2 dan Neo

assalamualaikum.

kalau korang memiliki kereta Proton Gen2 atau Satria Neo, korang mungkin perlu baca berita ini. aku cedok terus dari sumbernye. malas nak komen byk. hehehe.
 

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Sumber: Berita Harian Online

p/s: aku rasa ini first time berlaku pada proton. sebelum2 nih tak penah ade masalah ke??

Monday, August 16, 2010

Damage repaired, condition unstable

assalamualaikum.

previous post aku citer aku eksiden. the next day aku terus anta ke bengkel utk repair. kene repair segera sbb kete nih adalah satu2nya mean of transportaion yg aku ada. mau tak mau mmg aku terpaksa repair. nasib baik la boleh siap on the same day. hantar pagi, petang dah siap. total cost is RM 490. there goes my wedding budget. tukar bumper and bracket baru, tukar grill dpn yg pecah, tarik chasis, ketuk mana2 yg kemek, tukar lampu utama and signal yg pecah. kete ni akan nmpk sopak sket sbb aku tak anta cat lg. klu nak cat bumper, bonet and fender, it would cost me another RM400. maybe aku biar je dulu mcm nih smpi selesai urusan dan majlis perkahwinan aku. sabar je la.


bumper baru. standard jer.
kesan simen dan ketuk. lampu dan signal baru. (bukan original. taiwan malii)

p/s: masih dalam keadaan terkejut. walaupun kemalangan tak seberapa, the time just not helping.

Saturday, August 14, 2010

Aku kecelakaan

assalamualaikum.

satu lagi tragedi menimpa aku di bulan ramadhan. kalau tahun lepas rumah aku dipecah masuk, kali ini kereta aku pulak kemalangan. kejadian berlaku ptg tadi ketika aku nak balik kerja. berlaku dalam kawasan pejabat. maybe first time ada kemalangan dalam kawasan pejabat aku tu. tak tau nak kata salah sape. alhamdulillah tiada siapa yg cedera. kete yg aku langgar tu pun tak teruk sgt. Honda CRV baru. sport rim belakang dia calar sket pastu bumper belakang pun ternaik sket. org ofis aku jugak. dia nk cpt td so dia kata next week la settle. aku mengangguk dan mengiakan saja. aku blur masa tu. kenape? tgk lah keadaan kete aku nih.



a picture can tell thousands of words, but i'm speechless. please don't ask me how it happens. but please pray for my well being. aku redha. aku pasrah. Allah Maha Mengetahui apa yg tersirat sebalik kejadian ini. wallahu'alam.

lepas kejadian aku masih boleh drive kete tu gi amik adik aku kat uniten, singgah bazar ramadan and balik umah. tp takleh ar nk kuar malam sbb lampu dah pecah. nasib baik tak kene ape2 part enjin especially radiator tu. kene standby duit nak repair la pulak. hmmm. duit duit duit.

p/s: esok nak gi bengkel nak tau bape bajet nak repair.

Tuesday, July 13, 2010

Keretaku berkasut baru

assalamualaikum.

last week terpaksa menukar tayar kereta yang dah botak licin. memula nak tukar 2 biji tayar yg blkg je tp tayar yg depan pun dah nak licin gak. so, terpaksa la tukar keempat2 tayar tu. sbnrnye aku berniat nak downgrade kan tayar aku daripada size 16" kpd size 15". sbb tayar 15" jauh lebih murah daripada tayar 16". so bila ditanya2, aku pun amik la tayar 15" dgn sport rim 15" second hand. beza RM30 je kalau aku tukar 4 bijik tayar 16". so lps2 nih nak tukar tayar xde la garu kepala sgt. hehehe.

yang lama...

yang baru....

p/s: amik tayar murah dan kecik sbb nak save bajet. hehehe.

Tuesday, June 8, 2010

Saman

assalamualaikum.

roadtax aku dah nak mampus dalam masa sebulan. roadtax moto yg mak aku pakai kat kampung plak dah lama mampus. last week aku pegi la kat kedai moto tu bayar tunggakan bulanan dan buat roadtax sekali. aku pegi hari khamis kot hari tu. pastu dia suh dtg kul 6ptg esoknya utk amik roadtax. 

esoknya aku dtg kul 6.15pm tp roadtax tak smpi lg. aku balik dulu and suh dia call klu dah smpi. kul 7 lebih baru dia call tp dia kata aku tak leh renew roadtax sbb aku ada saman. aku ada ENAM saman yg tak bayar lagi. kene settle semua saman dulu baru bleh renew roadtax. last time aku check mmg aku ade saman. mmg 6 saman. 5 saman ekor, 1 saman parking. jumlah semua RM 1530. last time aku check bulan lepas ade diskaun. so jumlah lepas diskaun ialah RM 1130. tapi semalam aku check dah takde diskaun2 dah. so kene bayar full amount.

p/s: adoiyaiiii. luak la duit aku nk buat belanja kawin. huwaaaa. hampehnye.

Friday, May 7, 2010

bila kereta ingin dimanja

assalamualaikum.

bukan manusia jer nak dimanjakan. kereta pun nak bermanja ngan tuan dia jugak. tapi manja kete nih lain sket. bila dia rasa nk manja tu, poket tebal pun boleh jadi nipis. huhuhu. kalau bende yg kecik2 tu takpe lagi, tp kalau perkara2 yg besar dan penting spt enjin dan tayar, mmg parah jugak la.

buat masa nih enjin kete aku ok lagi. walaupun kadang2 servis ade sikit lari, alhamdulillah takde kerosakan yg besar penah dialaminya. maksudnya, dia tak majuk lagi la. aku pun syg dia lagi. hehehe. tp skrg nih, tayar plak dah nak smpi masa kene tukar. dah botak dah. klu aku nk tukar and beli tayar yg sama yg aku pakai skrg, dekat RM 1200 lebih gak la. so skrg nih sedang mencari alternatif2 lain yg boleh digunakan. tambahan plak skrg nih kene berusaha untuk mengumpul duit demi masa depan. fikir masa depan je skrg nih. huhuhu.

my beloved ride. now with different windscreen. plate number was just a dream one. hehehe.

p/s: bajet tayar lari sbb 'ter'buat spek baru. bukan saja2 tp sbb power dah naik. aduiyai.