Showing posts with label rempit. Show all posts
Showing posts with label rempit. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Keretaku berkasut baru

assalamualaikum.

last week terpaksa menukar tayar kereta yang dah botak licin. memula nak tukar 2 biji tayar yg blkg je tp tayar yg depan pun dah nak licin gak. so, terpaksa la tukar keempat2 tayar tu. sbnrnye aku berniat nak downgrade kan tayar aku daripada size 16" kpd size 15". sbb tayar 15" jauh lebih murah daripada tayar 16". so bila ditanya2, aku pun amik la tayar 15" dgn sport rim 15" second hand. beza RM30 je kalau aku tukar 4 bijik tayar 16". so lps2 nih nak tukar tayar xde la garu kepala sgt. hehehe.

yang lama...

yang baru....

p/s: amik tayar murah dan kecik sbb nak save bajet. hehehe.

Tuesday, May 4, 2010

Saman

assalamualaikum.

pagi tadi on the way to work, listening to hotFM as usual. diorang bukak topik pasal saman2 nih. JPJ and Polis kuar statistik yg lebih 17 juta saman tak dibayar sejak tahun 2000. huhuhu. byk kan? termasuk sama aku la tu. tapi aku ada 6 jer. 5 saman laju and satu saman parking. total semua lepas diskaun ialah RM1130. takde la byk sgt kan? hehehehe.

bukannya aku tak nak bayar tapi rasa mcm tak worth it la. kene saman sbb bawak 91 km/j. WTH! mmg la had laju kat situ 80 kmj je. tp aku still rasa tak puas hati la. klu kene saman sbb bawak sampai 160 ke 180 km/j ke baru puas hati sket. hahaha. tambahan plak ada member aku ckp tak byr pun takpe. tunggu jer waran kuar baru bayar. bayar utk yg dikuarkan waran tu je la. boleh caya ke? huhuhu.

p/s: penah bawak 180km/j kat hiway tapi tak penah kene saman plak. huhuhu

Wednesday, February 25, 2009

Edisi Rempit berakhir dengan kecederaan

assalamualaikum

hari ni hari malang aku kot. pagi td hujan. aku dah terpk nk ponteng dah tp malas la pulak sbb ade meeting and tak smpi hati nak menipu boss aku. so aku pegi la mcm biasa. at first hujan dah benti dah. tp smpi kat flyover bangi tu aku terpaksa gak benti utk pakai baju hujan. then nak jadi citer, b4 naik ke parking, aku tanggalkan dulu baju hujan tu. then baru bawak moto naik parking. masa nak naik tu la aku terjatuh sbb kelicinan simen itu yg digenangi air. luka kat tangan and lutut. aku buat biasa je masuk ofis. baju kotor sket tp org tak perasan. suar pun tak koyak. bile tanye aku kenape aku nmpk suram je baru aku bgtau aku jatuh motor. then beria2 la akak2 tu suh aku gi klinik. memule tu malas gak tapi last2 aku gi je la. cuci2 luka, amik ubat, dapat MC. so boleh la balik umah. hehehe.

nak dijadikan cerite yg lebih menarik, on the way balik tu aku lupa nak isi minyak motor. kesudahannya, aku menolak la motor tu dari roundabout kat uniten tu smpi la ke petronas dekat situ. huhuhu. dah la sakit lutut, kene jalan jauh plak tu. aduss. sabar je la. cobaan. hehhe.

hari ni kete aku dah siap. jap lagi nk gi amik so pasni naik kete semula. edisi rempit berakhir dengan kecederaan. huhuhuu.

p/s: aku terpaksa solat secara duduk bersila. sakit lutut nak sujud. :(

Sunday, February 22, 2009

Edisi Rempit bermula

assalamualaikum...

aku baru sahaja menghantar kereta kesayanganku ke bengkel utk dibaikpulih. ye betul. kesan kemalangan slps hari raya aidilfitri yg lalu masih belum aku baiki. bukannya ape, tak cukup modal. hehehe. setelah bbrp bulan menabung, akhirnya modal yg diperlukan pun mencukupi utk mengizinkan aku menghantar kereta ku itu ke bengkel. tauke tu ckp dalam 3-4 hari siap lah. nasib baik lah tak lama sgt.
so mulai esok aku akan merempit dgn egonye. eh. eh. silap. dengan Yamaha Ego yg baru itu. hehehe. lepas kete aku siap nnt, Ego tu akan ku kirimkan ke kampung. sbb Ego tu sbnrnye utk adik aku. tapi sbb pakai nama aku, so, aku la yg rasmi and lenjan dulu. hehehe.
alang2 aku dah menaip nih, meh la citer panjang sket. hari rabu hari tu aku balik kg. aku cuti 3 hari. aku balik kg sbb nak anta adik pompuan yg tinggal ngan aku tu. dia cuti semester sebulan. so dgn happy nye aku anta la dia balik. sbb lepas nih aku merdeka lone ranger sebulan. tak yah bgn awal2 nk anta dia gi kolej pagi2 and tak yah bersesak sesak dgn jem nak amik dia balik dr kolej. dan jugak tak payah susah2 nak pk makan minum dia kat umah. hehehe. dapat la aku relax walau hanya sebulan. penat woooo. kalau korang duk tempat aku korang tau la. tp bagi yg dah kawin tu maybe perkara biasa la kan? cuma aku nih bujang lagi. single lagi plak tu (eh. terpromote plak). hehehe. tp tanggungjawab yg aku pikul nih rasa dah macam bapak org dah. huhuhu. bukan nak merungut atau menyesal dgn takdir. cuma sekadar melepaskan dan meluahkan apa yg terbuku di hati. harap korang semua paham and jgn lah salah paham.

berbalik pada cerite kampung aku td. terkejut aku bile tgk tiang terpacak kat tepi rumah. rupa2nya mak aku nak besarkan rumah. hari tu ckp ngan aku nak sambung dapur jer. tup2 aku balik tgk2 bukan saja dapur, tapi smpi ke ruang tamu. ish ish ish. mak mak. buat persediaan nak sambut menantu ke? huhuhu. errr. bukan aku tau. adik lelaki aku. aku belum ada calon lagi. hehehe. tak kisah la. asalkan mak bahagia.

petang2 mengisi masa lapang bermain badminton ngan adik2 aku. dah lama rasanye tak pegang raket. raket aku masa zaman sekolah dulu pun ade lagi. teringat masa kecik2 dulu bermain badminton dgn pagar rumah sbg net. heheheh.

itu jelah aktiviti aku selain anta and amik adik bongsu aku tu sekolah agama. selebihnya aku cuma tdo jer. maklumlah tak baper sihat sgt. batuk tak habis2. ubat batuk mak aku pun smpi licin sebotol aku hirup. heheheh. aku balik nih siap dibekalkan madu ngan ubat sakit tekak lagi. sbb suara aku dah tenggelam timbul. betapa teruknya batuk aku smpi menjejaskan peti suara aku. smpi takde suara. huhuhu.

hari sabtu malam plak pi melepak kat area2 Gombak. kat Mali's Corner. dgn geng2 JMD & WiSE. aku call hairul ajak lepak sekali tp malu2 kucing plak mamat tu. pekene char kuey teow kat situ mmg masyuk ler. lepak situ dari kul 9.30 smpi kul 11. pastu gerak pi Danau Kota plak. dgr2 cite kat situ ade burger stall yg masyuk. Zam Burger nama dia. mmg macam2 ada. burger king lah queen lah. pastu hot dog foot long. perghhh. mmg terliur la. aku pekene burger queen dia mmg sedap lah. lain kali boleh pi lagi. hehehe. kul 12.30 baru gerak balik. dekat kul 2 pagi baru smpi rumah. huhuhu. mmg happening lah kawan2 aku. aku sayang korang semua. hehehe.

tapi.........ermmmm. takpe lah. takyah lah cite yg syahdu syahdan tu. biarlah tak siapa yg tahu gejolak di dunia batinku. zahir kau lihat bukan segala gala.

chewah. madah berhelah plak aku di hujung minggu nan kesepian nih. hahahaha. layankan ajer.

salam.

Friday, December 19, 2008

WQG 1247 - Reborn

assalamualaikum...

as some of you knew, my car is experiencing quite a problem lately. Especially about the cable plug that totally deteriorated my engine performance, beside the facts that I got an accident last month which affected the left side of my car's lamp, front and rear.

Yesterday, replaced the cable plug myself and the car is finally running like usual. When you do it yourself, it feels good. It feels really good especially if what we did solve the problem.

Today I was on leave. No occasion. Just feeling like taking a rest from my hectic work. So tired. But instead of resting, I was forced by myself to take care of my car. So first I went to Cheras and bought a new fender for my car. On the afternoon, I went to a workshop to replace the old fender with the new one. While I was there, I asked what would it cost to repair the rear part of my car and repaint it together with the new fender. The Chinese tauke gave me a figure around RM450 and said it would take at least 2 days to complete it. So, now what I had to do is to find the suitable time to send my car there and of course, the money.

Right after replacing the fender, went to the accessories shop nearby my house, the one I always went. Guess what's next? Yes. Replacing the headlamp. Got a new one but not as same as the original one. This one is called Smoked Crystal Lamp. Not as bright as the original one but it'll do and its nice. heheh. So there it goes.

Thats all I had to say for now. Until next time. See you.

Thursday, December 18, 2008

Remp-IT - JGE5072

assalamualaikum.

akhirnya, setelah bbrp bulan tersadai di No 7, Jalan Seri Emas 4, Taman Seri Emas, Kajang, hari ini aku kembali merempit. JGE tu dah lama dah aku tak bawak gi jalan2 so hari ni aku bawak la dia gi ofis. untuk berapa lama? ntah laa. tak pasti la aku akan merempit pada kadar kekerapan yang tinggi atau sekadar berselang seli dgn WQG. hmmm.

dah lama tak merempit dan hari ini baru dapat balik feel nye. in certain ways, its much better than driving a car. hehehe. pape pun, syabas lah pada JGE sbb masih maintain keadaan yg agak tip top setelah hampir 7 tahun berkhidmat untuk aku. sejak tahun kedua aku kat uniten smpi lah sekarang. jasamu ku kenang baktimu ku tuai. huhuhu.

salam.