Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas: Malaysia kembali bersemangat

assalamualaikum.

aku tgh tgk game malaysia lawan denmark. 2nd single baru jer start. so far aku tgk semangat pemain malaysia dah lain sket dari smlm. penonton pun ok kot. game choong han yg tgh berlangsung ni pun menarik gak. main kejar2 mata. kalau choong han menang, 2nd double and 3rd single tak payah main. bila aku tgk senarai pemain malaysia, ada perubahan pada 2nd double. Mohd Zakry Latif akan berpasangan dgn Thien How Hoon. nampaknya Rexy menunaikan janji dia utk mengambil tindakan pada Fairuzizuan yg gagal kawal emosi pada perlawanan smlm. lagi pun pasangan tu mmg serba tak menjadi sbb tewas mudah smlm. harap2 choong han menang so that pasangan bidan terjun tak perlu beraksi sbb kita tak tau mcm mana prestasi diorang lagi. huhuhuhu. 

  • 1st single, Datuk Lee Chong Wei menang straight set ke atas Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 (1-0)
  • 1st double, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong jugak menang straight set ke atas Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19 (2-0)
persembahan choong han berbeza dari semalam. lebih bersemangat. lebih yakin. mengharapkan tuah kasut merahnya. tetapi bbrp kesilapan ketika mendahului pada mata 20-17 menyebabkan dia tewas 20-22. hmmmm. mcm mana nih?? tgk set kedua plak mcm mana lps nih.

permainan choong han pada set kedua nmpk lebih konsisten dan berkeyakinan. dan akhirnya dia menang 21-16.  hopefully dia tak mengecewakan rakyat malaysia dan memberikan mata kemenangan. kalau menang, esok malaysia akan lawan China pada separuh akhir. hmmmm. chaiyok choong han.

hmmmm. choong han kalah. tapi kalah melawan dan kalah bermaruah. tak macam lawan jepun smlm. kadang2 kagum gak aku ngan pukulan2 choong han. faktor usia kot. penat kot main rubber set. berdebar plak aku nk tunggu 2nd double nih. hmmmm.

  • 2nd single, Wong Choong Han kalah rubber set kepada Jan O Jorgensen 20-22, 21-17, 21-18 (2-1)
game 2nd double nih aku tak mau komen ar. jap lagi aku letak je lah result dia. huhuhu.

fuiyyoo. pasangan bidan terjun menang set pertama 26-24. gile bersemangat diorang main. penyokong malaysia pun makin bersemangat. bagus2. aku tgk pun rasa mcm nk melompat2 plak. terjerit sorang2 dalam bilik nih. hahaha.

adeh. set kedua main mcm hampeh la plak diorang nih. haduiyai. kalah plak 2nd set. kalah mudah plak tu. 12-21. kene main rubber set plak. nih yang mcm nk kene heart attack ni. huhuhuh
akhirnya pasangan bidan terjun ini tewas juge. tp tewas melawan dan boleh dibanggakan.
  • 2nd double, Mohd Zakry Latif-Thien How Hoon tewas rubber set kepada Lars Paaske-Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21 (2-2)
apa nak jadi ngan malaysia nih. sekali lagi harapan diletakkan dibahu Mohd Hafiz Hashim. boleh ke? ayuh hafiz.

awal2 set pertama nih mantap plak si hafiz nih main. mungkinkah masih ada harapan untuk kem Malaysia?? go malaysia go!! 

giler rileks dan selamber si hafiz nih main. siap main fancy lg. adoiyai. aku dah naik senak dah jantung nih. huhuhu.

caya lah. hafiz menang mudah 21-12. hehehe. go hafiz go!! jgn kecewakan rakyat malaysia lagi. jgn smpi rubber set. nnt aku makin sakit jantung plak. huhuu.

akhirnya hafiz menunjukkan kebolehannya. kemahiran dan permainan kemas yg ditunjukkan jauh berbeza ketika melawan jepun semalam. persembahan begini lah yg patutnya ditunjukkan dan layak diberi pujian. malam ini dia menjadi wira dgn memberikan mata kemenangan kepada malaysia. hafiz menang 2nd set 21-10.
  • 3rd single, Mohd Hafiz Hashim menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 (3-2)
alhamdulillah syukur.

lps nih separuh akhir malaysia lawan China. harap2 malaysia menang utk dapat beraksi di final di tanah air sendiri. China adalah juara bertahan dan pilihan pertama. so, harapan 50-50. sokongan penonton dan semangat pemain akan jadi penentu. chaiyok!!

p/s: kepada rakyat malaysia yg buat prediction malaysia akan kalah, EAT YOUR OWN WORDS!!!
Post a Comment