Showing posts with label favourite. Show all posts
Showing posts with label favourite. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

[Pics] Otak Masak Kurma

assalamualaikum.

Disclaimer: Gmbr yg akan dipaparkan mungkin memualkan dan agak meloyakan bagi sesetengah individu. Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang malapetaka atau bencana yang berlaku jika pembaca melihat gmbr2 di bawah. View at your own risk. TQ.

last saturday aku ada cakap pasal juadah yang mak aku masak. otak lembu masak kurma. one of my favourite. actually pakcik aku yg request mak aku masak lauk tu. dia sanggup dtg dari JB sbb nak makan. susah nak dapat kat tempat lain. and aku tak sure resipi ni berasal dari negeri mana. mak aku belajar ngan mak dia [nenek aku la]. arwah nenek aku nih asal org Singapore. tapi arwah datuk aku plak orang kedah. so, aku tak sure la dari mana asal lauk nih. ni gmbr Otak Masak Kurma tu.

look delicious?? trust me it is!! hehehe.
aku igt nk tunjuk gmbr otak mentah tu. sblm dibersih dan dimasak. tp nnt takut ade org tak selera makan plak klu tgk. sbb tu aku letak disclaimer kat atas tu. hehehe. so, gmbr otak tu akan aku letak at the end of this post. berikut adalah gmbr juadah berbuka puasa di kampung pada hari sabtu yg lalu.

banyak tak? sekali sekala. hehehe
sekian sahaja utk kali ini. terpaksa ckp sekian supaya korang tau ni dah nak sampai hujung post. hehehe.

p/s: again, view at your own risk. tq.
.
.
.
.
.
.
.
.
otak lembu. klik utk tumbesaran.

Friday, August 20, 2010

Juadah pilihan kala ramadan

assalamualaikum.

setiap kali ramadan, pelbagai jenis juadah akan muncul di bazar2 ramadan yang kadang2 tidak kedapatan di bulan2 lain. hehehe. dan selalunye kite akan bertanya kepada diri kita sendiri, "ape aku nak makan hari ni ek?" huhuhu.

dulu aku pun mcm tu. tp skrg dah tak berape mcm tu dah. skrg nih aku terjah je bazar ramadan dan aku beli je ape yg aku rasa nk mkn. tp satu jenis je. klu aku rasa nk mkn kuih, aku beli kuih je la. huhuhu. bukannye diet, tp tak nak membazir. hehehe. tp klu aku jumpa 2 jenis kuih nih, mmg confirm aku beli pastu aku tak cari bende lain dah. insya Allah. hehehe. iaitu:

kuih tepung pelita; dan
talam ubi.

tepung pelita lebih mudah dicari berbanding talam ubi. penah suatu hari di bulan ramadan yg aku tak igt tahun bile, smpi ke senawang aku cari talam ubi nih. sbb ada member aku ckp kat situ ade jual talam ubi yg best. tp time aku pegi tu la makcik tu tak jual plak. huhuhu. klu korang tau kat mana ada jual talam ubi yg best, bgtau aku ye. klu boleh yg dekat2 lembah kelang dah ler. hehehe.

walaupun tepung pelita lebih mudah ditemui, aku memilih gak. aku cuma akan beli yg dibuat dlm daun pisang mcm gmbr kat atas je. klu yg dlm daun pandan (ye ke daun pandan) tu mmg aku tak beli la. sbb tak nampak asli kot. huhuhu.


p/s: smlm beli talam ubi tu tapi tak sedap pun. kecewa. huhuhu.

Thursday, August 5, 2010

Filem dan Air Mata

assalamualaikum.

aku tak suka tgk cite leleh2. movie yg jalan cite sedih2. rasa mcm poyo jer. tak tau la nape kan. huhuhu. aku lebih suka tgk filem genre action and comedy or combination of both. kadang2 layan gak la movie jiwang ngan cik wife-to-be. kadang2 jer. tu pun jenis jiwang yg happy2. bukan sedih2. 

tp aku prefer citer yg berkisar ttg sukan. tak kisah la sukan ape pun. sbb aku suka semangat yg diorang tunjukkan dalam citer tu. kadang2, tgk citer2 mcm nih pun boleh buat aku terharu. terharu dgn semangat perjuangan dan tak menyerah kalah. poyo ke aku? hahaha. well, setiap org ade minat yang berbeza. antara filem yg pernah buat air mata aku tumpah spt berikut (hahaha):
 
Remember The Titans 
 (sport: american football)
citer pasal bagaimana org kulit putih dan kulit hitam boleh lupakan permusuhan mereka kerana futball (american football)

The Longest Yard  
(sport: american football)
citer pasal semangat perjuangan, setiakawan, persahabatan dan kesetiaan.

Forever Strong 
(sport: rugby)
citer pasal sorg budak yg talented tapi bermasalah. sukan ragbi dan kesungguhan coach telah mengubah dia jadi seorang pemain dan kapten pasukan yg hebat. (muka hero dia mcm Cristiano Ronaldo. hahaha)

ada lagi bbrp movie mcm nih tp aku takleh nak recall. Forever Strong nih yg paling latest aku tgk kat channel HBO bbrp hari lepas. Remember the Titans dan The Longest Yard aku dah lama tgk dan aku masih igt smpi skrg. namun, ada gak movie yg aku rasa sekadar nak cari untung. takde soul (soul?? huiyoo) dalam movie tu. amik kesempatan atas populariti sesuatu sukan dan buat movie. tp jalan cerita agak hampeh. contohnya:

Goal! Dream Begins
(sport: soccer/football)
Goal II: Living The Dream
(sport: soccer/football)
 dua movie pasal sukan yg paling aku minat, bola sepak. tp jalan citer agak hampeh. aku tak igt byk pasal movie nih. aku tak igt mcm mana jalan citer dia. tidak meninggalkan kesan di hati. huhuhu.

p/s: bila la malaysia nak ade filem2 mcm nih yg sehebat 3 filem kat atas tu. hmmmm.

Monday, July 19, 2010

Giler Durian @ Jelebu

assalamualaikum.

pada hari semalam, iaitu hari ahad, aku dan bbrp rakan telah dijemput untuk ke Jelebu bagi satu acara tahunan yang dianjurkan seorang sahabat kami. heheheh. mukaddimah je nih.

sbnrnye smlm kitorang ke rumah IjamCC, member dari WiSECommunity. dia ajak gi umah dia makan durian. yg join dari putrajaya 4 orang JMD. hehehe. kitorang gi sebijik kete je. Honda Civic En. Layzree jadi Official Car. hehehe. aku, Faizal Sky0ne dan RyCO jadi passenger je la. total tetamu smlm ada la 8-10 orang.

memula kumpul kat Stadium Paroi. pastu baru bertolak ke Jelebu. perjalanan mcm nak panjat genting gak la. dah la masih hujan renyai2 selepas hujan lebat. kabus tebal gak la. dekat 40 minit gak perjalanan rasanye. tp berbaloi baloi. ntah berapa puluh bijik durian kitorang kekah pun tak tau la. tak terkira. siap tapau bawak balik lagi. pegi cari yang baru gugur nak bawak balik. habis kete bau durian. hahahaha.

pemandangan dari balkoni rumah tuan rumah. huhu.

hasil yang pertama. masam. tp ini baru permulaan. heheh.

inilah tinggalan setelah selamat semuanye dikekah. tak sempat nak snap masa tgh makan sbb tgn kotor. huhuhu. yg lebih2 tu ade la yg bawak balik. hehehe.

ini adalah desserts. huhuhu. bubur kacang + durian.

terima kasih pada tuan rumah dan tuan tanah. bertolak balik dari jelebu kira2 jam 7 malam. semuanye kekenyangan dan terlelap dalam kete kecuali driver. huhuhu. smpi kat area Putrajaya lebih kurang jam 9 malam. penat giler tapi puas hati, dah lama aku tak makan durian sebanyak itu.

p/s: mungkinkah ada yang MC atau EL hari nih?? huhuhu

Thursday, June 17, 2010

World Cup: Spain Stunned!!

assalamualaikum.

i lost words. how on earth did Spain succumbed to a defeat from a team like switzerland?? damn!! the biggest surprise of FIFA 2010 World Cup so far.

arghhh. tension tul aku. time sokong tak beria masa Euro hari tu bleh plak menang. ni dah sokong beria masa world cup dia bleh buat kalah plak. pemain paling aku nak maki ialah david villa. mcm hampeh. rasa nk carut jer.

hmmm. takpe la. kalah menang adat permainan. harap2 lps nih jgn buat taik lagi dah la.

sekian terima kasih.

p/s: laporan lanjut di Kampung Piala Dunia.

Wednesday, June 9, 2010

Whiteberry

assalamualaikum.

aku tgk kat nuffnang ade iklan dari maxis. blackberry kini berwarna putih. ye putih!! tapi still menggunakan nama BLACKberry. belum tukar jadi WHITEberry lagi. hehehe. belum ada di pasaran tapi boleh pasang niat nak memilikinya. mcm mana nak pasang niat?? kene register kat website Maxis la. hehehe.

klu nak tahu lebih lanjut, klik la kat iklan maxis tu. klu iklan tu takde, pegi la website Maxis. hehehe.

p/s: Satio vs Blackberry? mungkinkah terjadi? 

Sony Ericsson Satio

assalamualaikum.

aku dah lama jadi peminat Sony Ericsson. dan sejak tahun lepas aku mengidam Sony Ericsson Satio. the only thing yg menghalang aku dari memilikinya ialah harganya. kali terakhir aku tanya last week, harganya ialah RM2,249. mungkin ada rezeki runtuh nnt boleh sapu. sblm2 nih aku tak beria sgt nak cari review atau nk tanya2 pendapat org pasal Satio nih. tapi sekarang nih mcm berminat la plak nk tahu dgn lebih detail ttg performance Satio nih.

smlm aku ada baca kat GSM Arena tapi smpi 10 page, tak larat la plak nak baca. atas saranan encik Faizal, aku try blog justkhai.com. antara highlightnya ialah ttg kemampuan kamera 12.1MP. yup. 12.1 MEGAPIXEL!! tak payah beli kamera digital dah. mmg terbaik la. lain2 kelebihan spt touchscreen yg luas, GPS (Garmin), internet browser terbaik, saiz ringan dan munasarawak dan jugak guna Symbian OS. klu tak silap aku, sblm nih Sony Ericsson pakai Android. skrg diorang dah pakai Symbian mcm Nokia and HTC. tp aku sendiri agak kurang jelas ttg kelebihan Symbian nih.

antara drawback Satio yg aku paham dari website GSMArena tu ialah Satio ni xde direct USB port dan xde 3.5mm audio jack kat phone. tp aku rasa mmg most Sony Ericsson mmg takde pun USB port ngan audio 3.5mm tu.

so klu boleh aku nak tau sendiri la klu ade org yg penah guna Satio nih. klu boleh nk tau hands-on experience dari penggunanya. klu ada yg tau ade review kat mana2 blog, tlg la bgtau aku yer. hehehe.
tq in advance.
pic dari sonyericsson.com

p/s: Satio vs ???

Friday, June 4, 2010

Mood World Cup

assalamualaikum

mood piala dunia atau demam piala dunia dah melanda. team eropah pilihan aku ialah Spain. dari dulu lagi aku minat Spain wlupun sering gagal di pentas besar spt Euro dan World Cup. tp pada Euro 2008, semua berubah kerana Spain berjaya menjuarainya. sekarang, di ranking ke-2 dunia di belakang Brazil, spain dilihat sebagai antara pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia 2010. berikut adalah laporan perlawanan persahabatan antara Spain dan Korea Selatan yang berlangsung pada tgh mlm td (waktu malaysia).

Spain 1 Korea Selatan 0
walaupun menang menerusi jaringan minit2 akhir (minit 86) oleh Jesus Navas, itu sudah ckp utk Kem Espana. apa yg penting? KEMENANGAN!! janji menang. kalau main cantik bergaya pun tapi tak menang, apa gunanya, kan? hehehe. 

navas malu2 kucing dipuji rakan 
[pic taken from soccernet.espn.go.com]

kali ini, pak Del Bosque memilih untuk memulakan perlawanan dgn pemain2 yg jarang membarisi kesebelasan utama Spain, kecuali Cesc Fabregas. so, 1st half berakhir dgn 0-0. mula2 masuk 2nd half, 1 pertukaran je dibuat. Victor Valdez diberi peluang beraksi kali pertama di peringkat antarabangsa menggantikan Pepe Reina yg lepak je kat pintu gol hampir sepanjang separuh masa pertama. permainan Espana berubah apabila muka2 familiar mula masuk pada minit 58. Xavi, Xabi Alonso, David Villa dan Pedro. baru lebih bermakna permainan Kem Espana.

so far, prestasi pasukan pilihan juara WC nih ala kadar je. mungkin masih dalam mood friendly nnt. tak sabar nak tunggu perlawanan pembukaan nnt di mana aku pasti Kem Espana akan membaham Switzerland. hehehe. tunggu je laaa.

Untuk lebih banyak berita tentang Piala Dunia dari kaca mata blogger Malaysia, layari blog Kampung Piala Dunia.

p/s: ada team pilihan kalah laa malam tadi. huhuhu.

Wednesday, June 2, 2010

caffeine addicts

assalamualaikum.

hai. nama saya rino. saya ketagih caffeine.
hehehe. agaknye itu lah dialog klu ada group kaunseling utk caffeine addicts. aku rasa aku sgt addict pada caffeine. aku sgt suka minum nescafe. tak kira la 3 in 1 ke 2 in 1 ke all in 1 ke bancuh sendiri ke, aku mmg suka minum nescafe. kadang2 klu nak ubah selera aku minum kopi. i like my coffee black. yup. aku prefer kopi O atau nescafe O. tp klu biasanye aku minum je nescafe 3 in 1 tu. sbb malas nak bancuh nescafe O. huhuhu.

tak lengkap hari aku tanpa secawan nescafe. kadang2 tu smpi 3-4 cawan aku belasah waktu office hour. gile ketagih kan. kadang2 klu tak kene nescafe sehari boleh buat aku pening dan sakit kepala. huhuhu. adakah ada penawar utk ketagihan ini??

imej dr pakcik google

p/s: klu ade coffee maker kat opis nih kan best. huhuhu

Wednesday, May 26, 2010

doktor rumah

assalamualaikum

aku suka tgk tv. especially TV series yang aku rasa menarik dan best utk ditonton. most of them are of course English TV series. american or british. bukan aku tak nak tgk citer bersiri melayu tapi most of them have cliche story line. boleh agak2 ape nak jadi pastu and ending dia mcm mana. pelakon pun kebanyakannya muka sama jer. takde freshness. hehehe. jgn marah ye org industri filem or drama malaysia. that is how i see from my point of view.
imej dari pak google

salah satu siri yg aku minat ialah House. kisah sorang doktor pakar diagnosis. bukan mcm ordinary doktor. dia nih kadang2 gila2 tapi mmg super genius. suka kat pengarah hospital (Cuddy) tapi tak nak mengaku. ade best fren (Wilson) tp House selalu amik kesempatan atas kebaikan Wilson. sekrang dah season 6. tgh tayang kat AXN setiap khamis jam 10 malam. tp aku bukan selalu dapat tgk tv skrg. so aku mintak member aku tolong donload the whole season 6. maybe aku akan abiskan the whole season dalam masa 2 hari nih. ada la dalam 23 episod kot. hehehe.

p/s: ade ke doktor mcm House nih di alam realiti nih?? hmmmm.

Monday, May 17, 2010

Donut for dinner

assalamualaikum.

disebabkan tghari tadi terlebih makan kat Pullman Putrajaya, malam ini decide utk hanya makan donut utk dinner. mmg betul org ckp makanan yg paling sedap ialah makanan percuma. sbb tu bleh mkn byk2. huhuhuhu. donut favourite ini bukan dibeli di Dunkin Donut (yg aku tak penah rasa lg) atau pun Big Apple (yg aku dah tak  makan sejak setahun lalu). tetapi donut ini hanya dibeli di Pasat Malam Seri Serdang. teksturnye sgt lembut. sbb tu aku suka. heheheh.

nyum nyum...

p/s: kalau esok makan free lagi tak tau la ape aku nk mkn for dinner. hmmm.

aku beralih angin

assalamualaikum

selalunya klu aku drive gi keje, aku akan dgr HotFM. AM Krew mmg best. Faizal Ismail ngan Fara Fauzana mmg terbaik. sbb tu diorang paling popular. tapi last friday dpt tahu bahawa HotFM nak tukarkan shift deejay2 diorang. so tunggu je la.

pagi ni bila tuned in to HotFM, dgr suara Fafau. ok lagi. tertunggu2 gak sape partner dia. sekali dgr suara Tini, terus aku tukar ke SuriaFM. dgr suara Halim Othman. baru best. hehehe.

aku dgr radio bukan nak dgr lagu sgt. klu nak dgr lagu, aku guna USB jer. aku dgr radio sbb nak dgr celoteh deejay2 dia. kadang2 diorang buat lawak tu buat aku ketawa and hilangkan tension. so, sori la AM Krew. korang akan hilang sorang pendengar setia. hehehe.

lagi satu pasangan deejay yg aku suka ialah Jawa Rangers. diorang nih mmg ade chemistry. lawak AG ngan Kieran ni mmg terbaik gak la. hilang la tension terperangkap dlm jem nak balik keje tu. hehehe.

p/s: teringat dgr Halim ngan Linda kat Era dulu2. zaman student dulu. heheh

Saturday, April 17, 2010

I Love Sports

assalamualaikum..

aku suka sukan. aku suka bersukan. sejak sekolah lagi. sukan no 1 yg paling aku suka tak lain tak bukan ialah bola sepak. sejak sekolah rendah lagi mmg selalu main bola. sanggup pegi sekolah ptg2 semata2 nak main bola. FYI, umah aku yg paling jauh dari sekolah masa tu. lebih kurang 15km gak la. pagi2 ayah aku anta naik moto. balik pun ayah aku amik naik moto. ptg plak naik van sapu or kete sapu pegi sekolah. kadang2 bas. penah gak la kene marah sbb balik lambat sgt. main bola punye pasal.

tapi bola sepak bukan satu2nya sukan yg aku boleh main. main biasa2. tak handal pun. hehehe. masa sekolah rendah, aku main ragbi jugak. masa tu diorang panggil touch rugby atau ragbi sentuh. tak pasti ade lagi tak cabang ragbi nih. hehehe. tapi out of the ordinary, aku penah main netball. hahahah. you all must be laughing, right? hehehhe. masa tu team netball sekolah dapat jadi wakil zon. pastu ade sorang cikgu lelaki nih cabar coach team netball supaya lawan budak lelaki. kononnya kalau boleh menang lawan lelaki mmg diorang bleh menang la. i was one of the chosen boys to be selected in the team. tapi aku tak igt lak sape menang. aku igt nama cikgu lelaki tu jer. Mr Sagaraj a/l Michael. you're the man, sir. heheheh.

masuk sekolah menengah, aku try nak serious in rugby. tapi tak tahan ngan training yg maha gile. huhuhu. so in the end, takde apa2 sukan yg aku fokus. aku try main semua sport. basketball, volleyball, hoki, bola sepak, takraw, tenis and squash. semua aku bedal. tapi masa aku form four, aku tertarik nak nak try satu sport yg aku rasa interesting. KRIKET. mmg best. dapat gak la wakil sekolah and wakil daerah. siap dapat pingat gangsa lagi. (no 3 drpd 3 pasukan bertanding. huhuhu) hanya org yg faham game nih tau mcm mana interestingnya game nih.

masuk universiti, byk main bola sepak and futsal. smpt gak main bbrp tournament kat UNITEN tu. mostly main just for fun. but kriket tetap di hati. hehehe. during final year, dpt gak wakil UNITEN pegi MASUM. walaupun tak dapat ape2 pingat, it was a great experience training and playing with national level players.

now, those great years are behind me. i might be suffering from my active life before. lutut kanan aku dah retak. aku dah takut nak main futsal and lebih berhati2. skrg nih aku main badminton sbb rasa seronok. lutut pun tak rasa sgt. aku rasa better main badminton than main futsal sbb kalau aku dah dapat bola, aku dah tak igt dah sakit aku. yes, it has happen before. masa aku mula2 sakit lutut dulu aku try gak main lagi. sudahnya, lps main baru menyesal sbb lutut aku makin sakit. hmmm.

p/s: aku perlu bersukan utk kekal aktif, sihat dan kurangkan berat badan. huhuhu

Monday, January 11, 2010

futsal dan kaki

assalamualaikum

sabtu lepas ade sambungan dari siri futsal yg aku buat bulan lepas. Road to South Africa Part 2. tapi kehadiran kali ini agak mengecewakan. cuma 8 org je dtg. memula tu ramai yg cakap boleh turun. tp ramai yg cancel last2 minit. ade yg demam, anak meragam, ade dinner company, ade kenduri baca yassin, keje. macam2 lagi la. yg bg alasan kakak ipar beranak pun ade.huhuhu. nak wat camne. korang mintak aku buat, so aku buat la. tp bile aku buat, korang plak susah nk dtg. so utk part 3 nnt mungkin lmbt sket la aku buat. tgk la mcm mana.

memula aku mmg nk dtg tgk jer sbb aku belum fully recover dari injury hari tu. tapi dah bilangan yg datang amat2 lah mengecewakan, aku terpaksa lah main jugak. main gol kecik jer. memula 3 vs 4. then member aku, RyCO dtg. boleh la 4 vs 4. tp dia main kejap je sbb baru lepas pekena nasik ayam man chong kam (betul ke aku eja nih??) kat setapak. sbnrnye dia pun dtg nak tgk jer tp aku paksa dia main. so smpt lah dia main kejap namun terpaksa berhenti sbb hampir2 terkeluar balik nasik ayam tu. heheheh.

back to the topic, kesudahannya kaki aku nih makin sakit gak la. salah sape?? salah org yg tak dtg dan menyebabkan aku terpaksa main or salah aku sendiri sbb main jugak?? tp aku terpaksa main sbb ramai tak dtg. tp kaki ni kaki aku, takkan aku nak salahkan org lain plak kan? so sama2 la kite renungkan. huhuhu.

p/s: klu aku pakai tongkat mcm faizal tahir guna masa AJL smlm tu ok kot. kan? hehehehe

Monday, December 14, 2009

Sukan Sea 2009 [update semi final]

assalamualaikum...

kalau cerite pasal sukan sea, selalunye aku amik tau pasal bola sepak jer. kali ni Malaysia satu Group dgn Timor Leste, Vietnam, Kemboja dan juara bertahan, Thailand. opening game lawan Timor Leste aku mmg yakin takde masalah. M'sia menang besar, 11-0 rasanye. 2nd game lawan Vietnam kalah 1-3. siap ade insiden yg memalukan sbb pemain serang pengadil. ade tanda2 m'sia nak balik tgn kosong lg tahun nih. lepas tu lawan kemboja kite bangkit kembali dgn kemenangan 4-0. Perlawanan terakhir dan penentuan mendebarkan menentang Thailand. Vietnam dah layak ke semi. Thailand hanya perlu seri dgn M'sia tapi kita kene menang utk layak. ntah dari mana datangnya semangat yg berkobar2, malaysia menang 2-1 dan layak ke semi. dah lama rasanya m'sia tak kalahkan Thailand. kemenangan tu sesuatu yg bermakna.

hari ini. Malaysia vs Laos. kelebihan seharusnya milik tuan rumah. tapi doa rakyat malaysia akan tetap bersama pasukan kita. sama2 lah kite berdoa. nak pegi laos dah tak sempat dah sbb game pukul 8 malam nih. nasib baik ada live kat tv2. jom tgk dan berikan sokongan.

p/s 1 : coach Thailand, Steve Darby ckp. "Malaysia Boleh!!"
p/s 2 : wahai team malaysia, tolong la bawak balik pingat emas bola sepak sukan sea. aku tak sanggup tgk bola sepak malaysia diperlekeh dan dicerca lagi. huhuhu

Wednesday, January 21, 2009

Bola Sepak...

assalamualaikum...

aku tgh tgk rancangan Ally ni. rancangan bual bicara yg dihoskan oleh Ally Iskandar. malam nih tajuk berkisar tentang bola sepak. ttg target utk memastikan pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia 2018. salah sorg tetamu dia Shebby Singh.

malam nih aku hilang respect sket ngan Shebby. bukan aku tak setuju dgn pendapat dia tp aku tak suka cara dia suarakan pendapat dia. seolah dia tiada sebab yg kukuh utk sokong pendapat dia tu. seolah2 dia hanya tau mengkritik tanpa sebab. aku mmg setuju yg target 2018 agak tak realistik dan aku setuju dgn pendapat K. Devan. dia ckp kite patut target utk layak ke Piala Dunia bwh 17 or 19 dulu. klu yg peringkat umur ni pun tak leh layak ke piala dunia, mcm mana team senior nak layak ke piala dunia. mmg ade logik dan relevannya ape yg K Devan ckp tu.

Shebby plak just ckp target tu salah dan tak realistik tp aku takde dgr kenape dia ckp mcm tu. dia mcm tak bg reason. then bile ditanya kalau lah dia ada kuasa dalam FAM, apa yg dia akan lakukan utk tingkatkan mutu bola sepak? nak tau apa jawapan dia? dia kata nk bagi sebijik bola kepada setiap rakyat Malaysia!!! what the HE**?? how was dat suppose to help to improve our quality of football?? what nonsense!!!

aku masih sayangkan pasukan Malaysia. Bola sepak tempatan. tapi mutu dan kualiti bola sepak harus ditingkatkan. aku percaya masih ramai rakyat kita yang berharap agar bola sepak malaysia dapat meningkat kembali spt dulu2. MALAYSIA sepatutnya BOLEH!!!

Tuesday, November 18, 2008

shopping??

assalamualaikum...

rasa mcm dah lama aku tak beli pakaian utk ke pejabat. kemeja or slack. memandangkan kemeja dah byk, so smlm aku rasa mcm nk beli slack je. and maybe a tshirt. as usual, tempat aku selalu pegi utk bershopping adalah Jusco. my fav brand for kemeja and slack is Suave. Executive and affordable for me. so smlm aku pun ajak la teman baik aku teman kan. bukannya tak leh nk gi sorang2 tp berdua kan lebih baik. tak gitu? hehehe. destinasi kami smlm adalah Jusco Cheras Selatan. selepas menyambar sehelai slack Suave dan sehelai tshirt Snails, kitorang pi mkn kat tmpt fav kitorang. ape lagi klu bukan Oldtown White Coffee. dia dapat fav drink dia, Ice Blended Oldtown White Coffee Original. tp aku tak dpt fav aku, Hot Oldtown White Coffee Original. sold out katanye. so aku pun mintak lah Nan Yang Kopi O. well, not bad at all. as for the food, we switch menu. klu selalunye dia akan order Ipoh Chicken Hor Fun, kali ini aku plak yg order mknn tu and dia order Nasi Rendang Chicken. teringin nak makan nasik katanye. hehehe. as we ate, Nasi Rendang Chicken was superb but not Ipoh Chicken Hor Fun. mmg mcm tu agaknye. every outlet dia mesti ade kelebihan dan kekurangan here and there. Oldtown Cyberjaya jugak yg besh. kan cik Tina? hehehe. btw, thanx coz accompanying me. huhuhu.

p/s: sorry no pics. lupa plak nak snap2. hehehe.

Saturday, November 15, 2008

Coffee

assalamualaikum

baru balik melepak ngan bebudak WiSE kat Oldtown white coffee cyberjaya. mmg favourite aku lepak kat oldtown nih. selalu gak pegi lepak2 sana ngan my besh buddy. but we're not just lepak kat oldtown cyber je. merata oldtown dah aku pegi ngan besh buddy aku tu. last time hari tu kat oldtown jusco seremban 2. harga of coz la mahal sket but the coffee are superb. makanan pun superb gak la. ipoh chicken hor fun and nasi rendang chicken is our favourite. hot old town white coffee original is my fav and old town white coffee original ice blended is her fav.

im trying to recall when was the first time i went to oldtown. i cant remember the date but i definitely remember who introduce me to oldtown. who else if not my besh buddy. kan cik tina ayuni? hehehe. thanx babe.


Ipoh Chicken Hor Fun and Nasi Rendang Chicken (@ MetroPoint Kajang)

Ipoh Chicken Hor Fun and Nasi Rendang Chicken (@ MetroPoint Kajang)

Ipoh Chicken Hor Fun and Coffee Lava - ice cream (@Cyberjaya)

Nasi Lemak and Curry Mee (@Cyberjaya)

Oldtown White Coffee Original : Ice Blended and Hot