Thursday, November 25, 2010

Ayahanda gering

assalamualaikum.

seminggu sebelum raya haji, bonda minta supaya ayahanda dibawa pulang ke kampung. untuk cuba berubat kampung dan ikhtiar lain. boleh jugak org2 kampung dan kawan2 ayahanda datang ziarah di rumah.

aku balik kampung pada hari jumaat. raya ketiga. aku tgk pernafasan ayahanda makin susah. turun naik dada dan bunyi dari paru2 pun makin kuat. aku rasa kahak byk ditekak ayahanda. bonda ckp baru sehari mcm tu. esoknya panggil MA di Klinik kesihatan utk dtg tgk keadaan ayahanda. dia suh bawak ke hospital. aku naik ambulan bersama ayahanda ke hospital. adik aku ikut naik kete.

Allah Maha Mengetahui. ambulan yg aku naik tu eksiden dalam perjalanan ke hospital. kuat jugak aku rasa hentaman tu. katanye langgar sebuah kereta yg nak masuk simpang. nasib baik tak terbalik. aku jatuh dari kerusi. ayahanda takde pape.

oleh sebab hospital rompin kurang kemudahan, ayahanda dirujuk ke kuantan. bonda naik ambulan bersama ayahanda. aku dan adik2 naik kereta. ayahanda dimasukkan ke wad kecemasan dan kemudian ke wad perubatan.

pernafasan ayahanda masih tak stabil hingga hari ini. buah pinggang dah ok sket. aku cuma mampu bersabar dan berdoa. begitu jugak dgn ahli keluarga yg lain. skrg nih keluarga aku tumpang umah makteh aku di Sg Lembing, Kuantan. aku plak terpaksa ulang alik putrajaya-kuantan skrg nih. cuti dah tinggal sket, so terpaksa la masuk keje. hmmmm. sabar je la.

p/s: speechless.

Penangan ketupat dakap

assalamualaikum.

aku tak penah tgk and tak penah makan ketupat dakap. isteri aku je selalu sebut2 kat kelantan ade ketupat dakap. bila smpi je kat kampung pada tghari sblm raya, tgk2 ade bende mcm lepat tp diikat berdua2. rupa2nya itu la ketupat dakap. aku rasalah satu. ok gak. aku makan la sepasang. sbb dah berdakap. hehehe.

ptg sket tu wife aku ajak minum petang. dia buat air teh. makan ketupat dakap. ade 4 set aku makan kot. 4 set = 8 ketul la. huhuhu. pastu makan malam plak pekene nasi dagang mak mentua aku masak. perghh. kenyang gilerr. esoknye pagi raya, bangun pagi sarapan kul 7 pagi makan nasi dagang lg. sblm pegi solat raya, ingatkan nak lelap jap. lps tu kepala aku dah start pening. badan dah panas. kepala makin berat. aku tak pegi solat raya pun. seharian aku terbaring dalam bilik jer. demam. badan panas. kepala pusing. arghhh. penangan ketupat dakap dan nasi dagang la nih kot. tak beraya jugak la aku. sian wife aku tak dapat gi raya jugak sbb menjaga suaminya yg kegeringan. huhuhu.

malam esoknya bakar sate ramai2 sbb daging korban byk sgt. meriah gak bakar sate dpn rumah ngan adik beradik dan anak2 sedara sblh wife aku. huhuhu.

p/s: klu nak tau mcm mana rupa ketupat dakap tu, sila lah google. hehehe.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

assalamualaikum.

di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada seluruh pembaca blog aku nih. walaupun tak ramai, aku hargai kunjungan korang ke blog aku yg tak seberapa nih. hehehe.

hati2 memandu ketika pulang ke kampung. kalau tak balik kampung pun, hati2 jugak yer. tak semestinya time balik kampung je kene hati2. setiap waktu kene hati2. malang kan tak berbau. hehehe.


kepada yg buat korban, tahniah kerana berjaya dan berkemampuan untuk menunaikan ibadah yg dituntut. kepada yg berkeupayaan dan mampu, boleh2 dah plan nak pegi haji atau umrah. klu tak mampu lagi, start lah menabung mana yg patut. mudah2an dapat kita pegi ke tanah suci nnt. insya Allah.

p/s: jgn puasa pada hari tasyriq yer. haram. (11,12,13 Zulhijjah)

Monday, November 15, 2010

Dulu lain, sekarang lain....

assalamualaikum.

secara tiba2 aku terkenang bait2 lagu Tan Sri SM Salim:
Dulu lain, sekarang lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu lain, sekarang lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu lain, sekarang dah lain
hehehe. dulu hidup sorang2 jer. nak buat ape pun pk sorang jer. tp skrg dah berdua. kene pk sama2. klu pk sorang nnt takut masalah lain plak jadi. pastu lagu tu ade plak nasihat pasal berumahtangga:
Binalah hidup dengan sempurna
Rumahtangga aman bah’gia
Binalah hidup dengan sempurna
Rumahtangga aman bah’gia
Penuh dengan berbudi bahasa
budi bahasa amalan kita. suami isteri pun kene la berbudi bahasa. cakap kene jaga. jgn main hambur je. pk dulu sblm berkata2. jgn sesal di kemudian hari dah. 
bait lagu yg aku rasa paling terkesan sekali yg ni kot:
Ha, dulu seringgit, makan seorang
Sekarang seringgit, makan dua orang
Kalau benih baik, seringgit makan lima orang
Tapi takpa!
Rezeki anak ada!
heheh. jgn mengeluh pasal rezeki. insya Allah ada di mana2 kalau kita berusaha. apa yg penting? kerjasama! suami isteri klu takleh nak kerjasama and toleransi, baik tak yah kawin. baik jd org asing. ko buat hal ko, aku buat hal aku. tak gitu? huhuhu.
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Tentu selamat rumahtangga
insya Allah. tu baru mukaddimah tu. panjang tul mukaddimah aku kali ni. hahaha. raya haji dah nak dekat dah. maybe kebanyakkan orang tak kisah sgt pasal raya haji nih sbb di kebanyakkan tempat tak semeriah raya puasa.

tp spt jugak kebanyakkan org tau, raya haji di pantai timur, especially di kelantan lebih meriah berbanding tmpt lain. memandangkan org rumahku org kelantan, maka kene la cuti panjang sket raya haji nih sbb dah janji dgn dia nak balik raya. sblm2 nih mana ada kisah nak amik cuti raya haji. kadang2 tu tak balik kampung pun time raya haji. sbb tu la aku bg mukaddimah dulu lain sekarang lain tu. heheheh.

esok dah start cuti. next week baru masuk keje. hari selasa balik kelantan dulu. hari jumaat baru balik pahang. hari ahad la balik kajang. hmmmm. almost 1000km of travelling. tak tau nak kata ape. tgk je lah ape jadi kat aku nnt. belum kira jem lg tu. huhuhu.

p/s: nervous 1st time balik raya umah mentua. huhuhu.

Friday, November 12, 2010

Buffered Earning ada 10, tapi.....

assalamualaikum.

aku bingung. aku bukan nak komplen ke ape, tp aku mcm pelik gak la. kenape BE ade smpi 10 tp pendapatan tak seberapa? err. bunyi mcm komplen and tak bersyukur la pulak yer? huhuhu. ape pendapat korang ye? aku pun tak tau nak tanye mcm mana. cube tgk gmbr kat bawah nih.

malu nak show current earning tu. huhuhu.

kan ade 10 BE tu. tp semuanye main sen2 jer. ade 1-2 je yg dah jadi ringgit. tu pun main 1-2 ringgit jer. pastu CTR tu ape ek? aku tak paham la. sape bleh eksplen? hehehe.

p/s: dah lama nak tanye, baru hari nih tergerak. huhuhu.

Thursday, November 11, 2010

2nd Monthiversary

assalamualaikum.

hari ini genaplah 2 bulan usia perkahwinan kami. dan lebih menggembirakan kerana kami sedang menghitung hari usia kandungan isteri ku yang pada hari ini telah berusia 7 minggu 1 hari. alhamdulillah, syukur kepadanya kerana dikurniakan rezeki secepat ini. semoga rumahtangga yg kami bina ini akan berkekalan dan dirahmati olehNYA, insyaALLAH.

skema tak ayat kat atas? hehehe. jangan marah ek. bukan selalu buat ayat ayat cinta mcm tu. hehehe. kepada isteriku, Shamsiah binti Mat Seman, selamat ulang bulan perkahwinan kita yang kedua. terima kasih kerana menjadi isteri yg sangat penyayang dan terbaik untuk diriku. I will always love you.


p/s: sekali sekala berjiwang di khalayak ramai. hehehe.

Tuesday, November 9, 2010

Imbasan Pertama

assalamualaikum.

walaupun agak terlewat, aku tetap nak tunjuk jugak gambaran pertama bakal cahaya mata kami. usia kandungan masa discan ialah 5 minggu 5 hari. usia kandungan sewaktu entri ini ditulis ialah 6 minggu 6 hari. usia kandungan sewaktu anda membaca entri ini, sila lihat ticker di bahagian atas page ini. heheheh.

nampak ke?
itu saja yg ingin ku kongsikan kali ini. hati gumbira. =)

p/s: isteri semakin ok walaupun ade loya2 and muntah2 lagi. =)

Tuesday, November 2, 2010

Musim banjir dah tiba

assalamualaikum.

negara kita nih mmg sering mengalami bencana alam yg satu nih. smpikan dah jadi musim la. bila hujung tahun je mesti org dah alert dah pasal musim banjir dah dekat. kadang2 tu smpi 2-3 gelombang sbb banjir pastu surut pastu banjir balik. huhuhu.

petang tadi baca Pesanan Khidmat Masyarakat dari Encik Faizal Sky0ne berkenaan persediaan menghadapi banjir. so, kepada mereka2 yg rasa2 akan terkena tempias musim banjir nih boleh la rujuk blog beliau sebagai salah satu sumber rujukan. hehehe.

memandangkan tempat kerja aku nih pun ade gak tempias2 berkaitan pengurusan banjir nih, so aku pun nak kongsi la sikit berkenaan laman web atau nombor yang boleh dihubungi untuk mengetahui status terkini keadaan banjir nih.
  1. e-Bencana Alam (JKR) - maklumat terkini bencana terutamanya maklumat berkaitan jalan/laluan yang terlibat dengan bencana alam
  2. Info Banjir (JPS) - maklumat paras air sungai dan paras hujan di setiap negeri
  3. Ramalan Cuaca (JMM) - ramalan cuaca seluruh negara
  4. eBanjir (Kelantan) - maklumat terkini tentang taburan hujan, aras air sungai, keadaan lalu lintas dan pemindahan mangsa banjir bagi negeri Kelantan
ini antara yg aku rujuk setakat nih. selain tu, boleh jugak rujuk/telefon balai2 polis tempat tu ataupun IPK Negeri terus. no telefon? rujuk laman web PDRM. sampai ke no telefon and alamat pondok polis pun ade. hehehe.

sekian, terima kasih.

p/s: nasib baik la putrajaya tak dilanda banjir kan? hehehe

Kenape marah RON97 naik?

assalamualaikum.

td aku dgr berita bahawasanya minyak RON97 naik 5 sen. status kat facebook dan byk entri blog ckp pasal perkara nih? betul ke? aku tak aware plak pasal bende nih sbb aku mmg tak pakai pun minyak RON97 tu. tapi.....

kenape nak marah kalau ye pun minyak RON97 tu naik? kan dulu kerajaan dah umum yg harga minyak RON97 tu diapungkan ikut harga pasaran semasa dunia. kalau harga pasaran naik, maka naiklah jugak harganya di Malaysia. takkan tak paham kot. harga RON95 je yg disubsidikan sepenuhnye. RON97 mmg akan berubah ikut pasaran. itu yg aku paham la. tak tau la klu selama nih pemahaman aku tu salah. huhuhu.

aku bukan la nak menegakkan benang yg basah atau nak menunjukkan aku nih pro mana2 pihak. tp pk2 sendiri la. klu dah tau minyak tu mahal, pakai je la RON95. bersubsidi dan tetap harganya. esok2 kalau RON97 tu turun, pakai la balik.

p/s: beli kete mahal2, takkan nak pakai RON95 je kan? ape class?!! huhuhu

Monday, November 1, 2010

Quick update: 5 minggu 5 hari

assalamualaikum.

baru pg td aku blog pasal wife aku kene masuk ward. tghari nih dapat tahu yg dia dah boleh kuar ward hari nih. maybe petang nnt. alhamdulillah. xde ape yg serius sgt. tp doktor pesan suh makan byk sket sbb baby nmpk tak cukup besar utk usianye skrg.

5 minggu 5 hari! itu usia baby kami hari nih. pagi td wife aku pegi scan sekali lagi and sekali lagi aku terlepas peluang nak tgk baby kami. hopefully next time dapat tgk sendiri. huhuhu.

p/s: syukur alhamdulillah.

Isteriku pulak masuk ward

assalamualaikum.

alhamdulillah, pada tanggal 19 Oktober lalu isteriku telah disahkan mengandung. happy giler kami masa tu. namun, sejak itu jugak isteriku selalu tak sihat. biasalah org mengandung. anak pertama pulak tu. setakat loya2 and rasa nak muntah tu org kata biasa la.

tp lama kelamaan aku makin risau tgk keadaan dia. apa yg dimakan semuanya keluar balik. dia cuma boleh minum air kosong je. bila bawak gi klinik, doktor ckp demam and sakit biasa je sbb mengandung. so doktor bagi ubat and vitamin je.

hari sabtu baru2 nih makin teruk plak. sakit kepala dia menjadi2. hari ahad pagi tu dia makan ubat pun muntah balik. so aku pujuk dia pegi hospital. kene masuk air sbb doktor kata dia dehidrasi. buat urine test and doktor ckp ade kuman. thats why dia kene tahan kat wad.

oleh kerana dia dimasukkan ke wad obstetrik, aku tak boleh tunggu. peraturan wad. so malam td 1st time la tdo berasingan sejak kawin. kesian isteriku. dah la sakit. kene tdo sorang plak tu. huhuhu.

harap2 tak lama la dia kat wad tu. nih baru dapat msg dari dia. doktor dah test urine lagi and urine dah ok. takde kuman dah. so boleh kurangkan masuk air and hopefully balik cpt. =)

p/s: waktu dalam emergency ward smlm, doktor dah scan baby kami. tp aku tak dpt tgk lg. huhuhu.