Showing posts with label program tv. Show all posts
Showing posts with label program tv. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak

Assalamaualaikum

it has been a while since i last updated this blog. chewahh. speaking london plak. hahaha. as usual, kesibukan di tempat kerja dan kepenatan di waktu malam membuatkan aku agak kemalasan dan ketiadaan masa utk menulis walaupun sbnrnya aku ada banyak cerita untuk dikongsikan. so, 1st of all, let me start with Maharaja Lawak sbb baru je tgk last nite. still fresh in memory.

my expectation are very high on this program. aku rasa org lain pun mcm tu sbb peserta2 semuanya finalis dari musim pertama hingga kelima. ada yang best, ada yang ok2 jer dan ada yg sgt teruk, sgt mengecewakan. setakat 2 minggu maharaja lawak bersiaran, belum lagi ada penyingkiran. tp aku rasa sepatutnya dah ada yg patut disingkirkan atau patut2 lah tarik diri. huhu.

berikut senarai peserta favourite (tanpa mengikut ururtan) pada pandangan aku:
  1. Jozan
  2. Nabil
  3. Sepah
  4. R2
  5. Jambu (Yus + Tauke)
berikut senarai peserta paling teruk (tanpa mengikut ururtan) pada pandangan aku:
  1. Wai (Idlan + Kecik)
  2. Amir
yang lain2 nih ok2 je la:
  1. Jihan
  2. Balas
  3. Man
  4. Alex
  5. XN3
yang favourite tu sbb diorang nih dah ada pengikut masing2 dan peminat masing2. diorang dah lama dan dah byk berlakon drama/siri komedi kecuali R2 yang baru graduate dari Raja Lawak 5. tp R2 nih mmg best dan favourite aku dalam RL5 hari tu. sayang diorang tak menang.

yang ok2 aje tu maybe sbb diorang nih tak berapa nak popular jika dibandingkan dengan favourite especially Man dan Balas yg baru jugak graduate dari RL5. tapi diorang nih pun ada outside chances kalau diorang berjaya buat orang tergelak terguling2. hehehe

yang teruk. hmmmm. tak tau la mcm mana nak kata. aku rasa amir tu tak layak pun ada dalam rancangan nih. tp ntah la. dia pun ada peminat dia sendiri. so aku takleh la nak kutuk dia lebih. of coz la peminat2 dia akan suka dengan lawak2 dia tp aku tak. aku rasa yg kat studio tu pun gelak tak ikhlas ngan dia. hehehe. Wai pun sama. gabungan nih mmg tak menjadi langsung. paling ketara persembahan semalam. sampai sunyi sepi studio dibuatnya. org tak gelak langsung. satu perkara yang aku rasa amat memalukan untuk seorang pelawak. the worst comedy performance ever!!

dah 2 minggu takde tema. tp minggu dpn Juri dah bagi tema musical comedy. mesti best. inilah tema favourite dalam raja lawak. hehehe. kepada juri, tolong la singkirkan 2 peserta yng teruk tu. kurang sket org. boleh tambah masa persembahan yg lain2. hehehe.

p/s: Juri terbaik - Mamat Khalid. hahahah

Saturday, March 19, 2011

Raja Lawak 5

assalamualaikum.

ini adalah berita pendek. sbb aku sure kalau korang buat blogwalking mesti banyak korang jumpa berita nih. hehehe. program raja lawak takkan pernah bosan sbb lawak2 diorang mmg lawak. klu peserta tak best, pengacara Johan ngan Zizan mmg terbaik. juri pun buat lawak boleh tahan gak. Juri of The Year layak dianugerahkan kepada Mr. David Teoh dengan gelaran Raja Pantun. heheh.

final tahun nih rasa macam ade kureng sket. maybe sbb takde persembahan daripada juara2 raja lawak dulu kot. sblm umum pemenang pun takde acara lawak selingan. yg tgk kat hall tu maybe la ada selingan masa iklan kan? hehehe.

peserta final pun ok la. walaupun aku tak baper gemar ngan kumpulan Balas tu tapi ok la. favourite aku ialah R2. tp sbb nama dia R2, so diorang pun dapat tempat ke-2 je. kene bagi nama R1 la kot baru dapat no.1. hahaha.
Juara Raja Lawak Musim Ke - 5 ialah Man. spt aku ckp td, R2 di tempat kedua dan Balas di tempat ketiga.

persembahan terbaik final tahun nih aku rasa milik Man dalam segmen muzikal. lagu dia bawak tu mmg best. layak dia jadi pemenang. Tahniah Man!

p/s: sapa plak juri untuk raja lawak 6? pengacara confirm JoZan lg. Terbaik!!

Wednesday, May 26, 2010

doktor rumah

assalamualaikum

aku suka tgk tv. especially TV series yang aku rasa menarik dan best utk ditonton. most of them are of course English TV series. american or british. bukan aku tak nak tgk citer bersiri melayu tapi most of them have cliche story line. boleh agak2 ape nak jadi pastu and ending dia mcm mana. pelakon pun kebanyakannya muka sama jer. takde freshness. hehehe. jgn marah ye org industri filem or drama malaysia. that is how i see from my point of view.
imej dari pak google

salah satu siri yg aku minat ialah House. kisah sorang doktor pakar diagnosis. bukan mcm ordinary doktor. dia nih kadang2 gila2 tapi mmg super genius. suka kat pengarah hospital (Cuddy) tapi tak nak mengaku. ade best fren (Wilson) tp House selalu amik kesempatan atas kebaikan Wilson. sekrang dah season 6. tgh tayang kat AXN setiap khamis jam 10 malam. tp aku bukan selalu dapat tgk tv skrg. so aku mintak member aku tolong donload the whole season 6. maybe aku akan abiskan the whole season dalam masa 2 hari nih. ada la dalam 23 episod kot. hehehe.

p/s: ade ke doktor mcm House nih di alam realiti nih?? hmmmm.

Monday, April 26, 2010

Akademi Fantasia vs American Idol

assalamualaikum.

i used to watch AF. tapi semakin lama aku semakin muak nak tgk AF. byk  sgt drama dan cite yg mengarut2 yg dipaparkan melalui diari. pengacara pun makin bosan. kalau ade peminat AF yg marah dgn statement aku nih pun aku tak kisah. aku cuma menyuarakan betapa dangkalnya cara program realiti hiburan di malaysia mengaut keuntungan. aku merujuk khusus kepada AF. sbb AF la antara yg paling popular pun. 

amatlah berbeza bila aku tgk American Idol. mmg program nyanyian semata2. takde drama2 bercinta la apa2 laa. i was so amazed with the talent the have and the way the show is presented. ok la. klu korang cakap American Idol tak leh nk banding ngan AF sbb itu kat Amerika, kita kat Malaysia. cuba tgk Malaysian Idol. tak jauh beza dgn American Idol. konsepnye sama. takde drama2 bercinta la itu la ini laa. naik muak la tgk mcm tu. klu nak tgk kisah2 tu baik tgk Cerekarama ke, Akasia ke. drama Adamaya tu lagi layan. huhuhu.

p/s: MyStarz LG ok gak tapi bakat yg masuk tu tak seberapa la aku rasa. sori la yer. just my 2 cents opinion. hehehe.