Wednesday, October 31, 2012

Hampir ke akhir garisan 2012

assalamualaikum...

wooww. sungguh lama aku tak update blog ni. adakah aku semakin busy atau semakin malas? huhuhu. well, dua2 pun betul kot. tapi bila ada masa lapang tu kadang2 tak terpikir nak update blog plak. duk main game or tido jer. hahahaha.

hujung2 tahun nih ramai gak di kalangan kawan2 aku yang akan menamatkan zaman bujang masing2. syukur dah sampai seru untuk mereka. semoga mereka dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. amin.

adik aku sendiri akan bertunang pada pertengahan november ni. alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan untuknya dan keluarga aku. jauh gak nak pegi meminang tu. dari pahang ke penang. nasib baik ada rumah pak sedara aku kat kedah. kira mcm balik kampung jugak la. hehehe.

hmmm. cukup la kot. nnt aku cari masa update lagi. my next update migt be about my trip to London recently. insya Allah.

p/s: Asus Padfone vs Note II??

Thursday, July 12, 2012

Adios WQG1247



assalamualaikum...

last week aku dah jual kete aku Wira Aeroback Special Edition WQG1247. walaupun agak sayang nak dijual pada awalnya tetapi terpaksa ku relakan jua. huhuhuhu.

Selamat tinggal. Adios. Gud Bye.
Terima kasih. Gracias mucho. thank you.





 

Friday, June 22, 2012

Jalan2 di Kota Singa

assalamualaikum.

awal bulan Jun hari tu aku kene attend satu kursus di Singapura. that was my first time menjejakkan kaki di tanah kelahiran ibu aku. hehehe. as far as i remember la. tak tau la kalau masa aku kecik2 dulu mak aku penah bawak aku gi sana tp aku tak ingat kan. hehehe.

enjoy the pics.

Saturday, April 7, 2012

Instagram for android

assalamualaikum

aku dah terjebak dgn instagram. instagram for android baru je released dlm minggu nih. sblm ni instagram cuma ada utk iphone sahaja.

aku igt instagram ni mcm kamera punye function yg boleh jugak edit gambar. tp aky sedikit silap. rupa2nya instagram lebih kepada social networking service utk berkongsi gmbr dgn pengguna lain. sama macam tumblr tp instagram terhad kepada perkongsian gmbr sahaja.


saya newbie instagram. sila beri tunjuk ajar. add me.

p/s: makin byk akaun SNS aku. huhuhu

Thursday, April 5, 2012

Isu Tan Sri Annuar Musa

assalamualaikum 

 umum dah tau bahawa Tan Sri Annuar Musa (TSAM) telah dijatuhi hukuman oleh lembaga disiplin FAM. beliau digantung selama 30bulan drpd jawatan timbalan presiden FAM dan Presiden KAFA. puncanya adalah kerana mengkritik skuad kebangsaan dan FAM sendiri. 

pendapat aku. TSAM adalah antara pemegang jawatan tertinggi dalam FAM. so dia tak patut kritik secara terbuka. masalah dalaman patut diselesaikan peringkat dalaman. tp mungkin jugak dia dah suarakan peringkat dalaman tp xde respon so dia luahkan kat umum. 

pasal kritikan pada skuad kebangsaan tu pulak aku rasa lebih kepada cabaran. dan aku rasa cabaran tu perlu utk elakkan pemain2 kite leka dibuai status pasukan terbaik asia tenggara. its for their own good. 

pasal hukuman. aku rasa xadil utk gantung TSAM dr jawatan dalam KAFA. dia kritik FAM dan skuad kebangsaan. bukan KAFA and Kelantan. sepatutnya biarkan TSAM teruskan pegang KAFA sbb aku rasa dia antara pemimpin bola sepak yg berkaliber. atau mungkinkah ada pemimpin dalam FAM rasa tercabar dgn TSAM? jeng jeng jeng. 

p/s: majulah bola sepak untuk negara.

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012

assalamualaikum

hari ni hari sabtu. hari ni 31 Mac 2012. sabtu terakhir bulan Mac. ape kaitan? tarikh lahir or anniversary korang. tp kalau korang cakna dengan penjimatan elektrik, mungkin akan ada kaitannye ngan korang.

yup. Earth Hour 2012. 1 jam untuk bumi. ape kene buat? senang je. tutup lampu selama 1 jam dari 8.30pm hingga 9.30pm. senang kan? tp tutup lampu je ke? cukup ke untuk mengurangkan kesan rumah hijau atau pemanasan global? hmmm. aku pun xtau jawapannye. hahaha.

so terpulang la korang nak tutup lampu sahaja atau semua alatan elektrik kat umah korang. sekurang2nya boleh jugak jimatkan elektrik, kan? hehehe.

remember the date. 31 Mac 2012, 8.30pm - 9.30pm. jom bergelap. hehehe.

p/s: yg tgh drive masa tu jgn tutup lampu kete plak..hahaha

Tuesday, March 27, 2012

"Aisya Qaisara is 9 months young

assalamulaikum.

syukur alhamdulillah. hari ini genap 9 bulan usia anak sulong kami, Syarifah 'Aisya Qaisara. semoga dia membesar dengan sihat dah kuat dan semoga kami diberi kekuatan dan umur yang panjang untuk melihat dia membesar dan menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. insya Allah.

abah dan ibu sangat sayang pada kamu

Friday, March 23, 2012

android vs blackberry

assalamualaikum.

aku dalam dilema. aku nak beli phone baru. tp still tak boleh nak decide nak beli phone apa. nak beli android phone or blackberry. iphone? tak minat. symbian? dah penah menyesal. windows? hmmm. biar pc ngan laptop je pakai windows dah la. meego? lagi tak biasa.
android vs blackberry
bila tanya kawan2, ada yg pilih BB dan ada yg pilih android. well, masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. menurut blog iAwani.com, BB akan keluar dengan model baru dalam masa terdekat. tp tak tau la bile. smartphone android plak makin bersepah dan berlambak di pasaran. cuma nak pilih yg mana sesuai jer.

kalau tanya aku, mmg aku puas hati dengan phone yg guna android nih sbb skrg aku guna Samsung Galaxy S2. applications dalam Android Market (skrg Google Play) tu mmg banyak gile yg free. tak macam Apple. semua nak kene bayar. ooops. sori. terkondem apple plak. walaupun android nih ada kekurangan dia, tp aku rasa kelebihan dia lebih banyak dari kekurangan. aku mmg teringin nak pakai blackberry sbnrnye sbb dari dulu pun aku mmg tertarik dgn blackberry nih. dulu aku tak beli blackberry sbb aku tak suka keyboard QWERTY. tp lepas dah guna S2, terpaksa biasakan diri dgn QWERTY, maka dah biasalah aku. heheheh.

kalau android, aku mungkin pilih Samsung Galaxy Nexus.
kalau blackberry, aku mungkin pilih Curve 9360 or Bold 9900 or tunggu yang baru keluar.

aku takkan tunggu lama sbnrnye. the most pun sebulan lg. mmg nak kene beli baru sbb Sony Ericsson Satio U1 tu dah mula buat perangai. nyesal gak beli telefon Symbian pertama dari Sony Ericsson nih. itulah padahnya kurang penyelidikan sebelum buat keputusan. huhuhu

p/s: cadangan, pendapat dan pandangan kalian dialu-alukan. TQ.

Wednesday, March 21, 2012

aku dan blog

assalamualaikum.

post ini boleh diabaikan. 

aku tak ingat bila sebenarnya aku mula berjinak2 dengan dunia blog nih. kalau tak silap aku, blog aku yg pertama dulu aku buat atas platform 'motime' or mo'time. aku tak sure. tak ingat dah. lepas tu baru aku berhijrah ke blogspot. dalam blogspot saja dulu aku penah ada smpi 3-4 blog. tapi sekarang nih tinggal dua sahaja. tak larat nak maintain. hehehe. penah mencuba wordpress tapi tak lama sbb malas nak explore bende baru. so aku gunakan pengetahuan aku yang sedikit dalam dunia IT untuk explore blogspot nih. dulu ada banyak masa mmg aku rajin update and cuba macam. bila dah sibuk bekerja dan berkeluarga, masa untuk blog pun dah kurang. sbb tu skrg nih aku jarang update blog aku. bila ada masa terluang pun aku lebih suka berehat dari update blog. bukan mudah nak cari masa terluang sekarang. tak tau la sampai bila blog nih boleh kekal. aku cuba la melestarikan blog nih smpi selama yang boleh. hehehe.

p/s: mencari idea dan ilham.

Monday, March 19, 2012

my daughter is unwell

assalamualaikum.

dah seminggu dah anak aku demam and muntah2. last few days nih start cirit birit pulak. dah 3 kali pegi klinik and 2 kali pegi hospital.

semalam paling merisaukan aku. mula-mula pegi klinik swasta (Poliklinik An Nur Putrajaya). then dia nak refer ke hospital utk admission sbb tgk anak aku dah pucat sbb dehydrate. wife aku mintak refer ke Hospital Putrajaya. smpi ke hospital, triage suruh tunggu doktor tgk dulu. tunggu dalam 2 jam baru jumpa doktor. sempat laa anak aku muntah sekali lg. lps jumpa doktor, kene tunggu lagi sbb nak amik darah. lepas lebih kurang sejam baru dipanggil untuk amik darah. anak aku kene tahan kat observation ward untuk masuk air and minum air garam. wife aku teman kan dia. almost 2 jam jugak diorang duk dalam ward tu. then baru result darah keluar. syukur alhamdulillah doktor kata darah anak aku ok lg. paras air dalam badan pun masih ok. doktor ckp anak aku akan terus muntah and cirit birit tp just teruskan bagi ubat, makan dan minum macam biasa.

lega sket tapi still kesian kat dia sbb asyik muntah jer. kalau kita dewasa nih pun penat kalau dah 3-4 kali muntah, ini kan pulak baby. sabar jer lah.
rindukan wajah ceria ini

p/s: thanx to all friends and families whom pray for my daughter's wellness.

Saturday, March 17, 2012

Trip to South Korea

assalamualaikum.

pada bulan februari yang lalu, aku berpeluang ke Korea Selatan atas tugasan rasmi. ini kali kedua aku ke luar negara selepas ke Beijing, China pada September 2011 juga atas tugasan rasmi.

trip ke Korea ini agak lama sebab ada beberapa tempat yang perlu kami pergi. di samping bekerja, ada jugak la masa untuk bersiar2. takde la stress sangat sampai 10 hari kat Korea tu. tempat2 yang kami pergi di korea adalah di sekitar Seoul City, Daegu City dan Pulau Jeju. aku malas nak citer banyak. kite tgk gambar je la. hehehe.

hello Korea

windmill in Jeju Island

Illchulbong, Jeju Island

Manjanggul Lava Cave, Jeju Island

cer teka kat mana? hehehe

Mini Mini Land, Jeju Island

"Sydney, Australia"

"Paris, France"


first time dapat landing atas salji






kat sini aku letak gambar2 leisure jer. banyak lagi gambar aku dah upload kat fb. malas nak upload semula. byk gmbr bersalji sbb nak tunjuk 1st time dapat main salji. hahahah. gambar lain boleh tgk kat sini -> Facebook aku atau Flickr aku.

p/s: harap dapat pegi lagi...huhuhuhu

Friday, March 16, 2012

nirelwof is out for 6 weeks

assalamualaikum. 

agak lama gak aku xupdate blog nih. tp insya Allah dalam seminggu dua ni aku akan cuba update. 

as the title goes, aku sbnrnye diberikan cuti sakit selama 6 minggu sbb baru lepas buat operation lutut last week. at first, i was told it would be a simple procedure called scoping. doktor akan tebuk lubang kat lutut aku, masuk kamera utk tgk ape masalah sbnrnye ngan lutut aku. before this aku dah buat xray tp just nampak small fracture pada tibia. and MRI scan pun dah buat but the doctors still undetermined about what actually wrong with my knee. thats why they decide to perform the procedure.

inilah first time aku kene admit ke hospital. mengadmitkan diri pada jam 7.00pagi dan discharged lebih kurang jam 6.00 petang. yup. tak bermalam pun. aku masuk Unit Rawatan Harian (Day Care Unit) sbb procedure tu mmg simple jer. sbb tu masuk day care jer.

masa procedure tu dijalankan, aku dalam keadaan sedar. aku cuma dibius separuh badan sahaja. so aku boleh tgk la apa yg doktor2 tu tgk dlm lutut aku tu. then the specialist consult aku dan terangkan apa masalahnya. and dia decide untuk repair masalah tu on the spot. mmg dalam consent form ada tulis untuk aku benarkan prosedur lanjutan jika diperlukan. so aku setuju jer la bile doktor tu kata nak buat.

bila dah siap tu baru dia bagitau aku yg kaki aku yg dioperate nih tak dibenarkan MEMIJAK untuk sementara waktu. means tak leh jalan la. aku ok jer. dalam hati aku expect sehari dua jer. tp aku tanye gak la untuk dapatkan kepastian. jawapan doktor tu membuat aku terkedu. 6 WEEKS!!! dalam hati aku tak tau la nak happy ke nak sedih. siap ade doktor tu suh aku cari PS3 lagi sbb dah dapat MC smpi 6 minggu. perghh. pasrah dan redha jer la.

bukan ape, aku cuma kesiankan wife aku sbb nak kene uruskan anak aku. klu aku tak tolong, sapa lg nak tolong. skrg nih aku plak yang susah nak bergerak. kesian la dia. sekarang aku berjalan menggunakan tongkat.

my 3rd and 4th legs.
p/s: harap2 aku dapat recover cepat sbb kesian kat wife aku.

Wednesday, January 4, 2012

A belated birthday wish

assalamualaikum.

dah lama sangat2 aku tak update blog nih. memandangkan ada sedikit masa terluang sekarang, aku nak la update sket. tp nak update pun pasal bende yang personal. 

tanggal 1 Januari biasanye orang sambut tahun baru. tapi aku sambut hari lahir isteri aku. setiap kali tiba occasion mcm birthday ke anniversary ke ape ke, aku mesti pening nak pk nak beli hadiah ape. smpikan first anniversary aku hari tu aku mmg tak buat ape2. aku just wish jer kat wife aku. teruk kan? so, i make it up on her birthday. aku buat surprise. aku berlakon mcm aku tak igt langsung birthday dia. petang 31 Disember tu aku boleh siap kuar gi ofis lagi. (padahal aku kuar pegi beli hadiah dia. huhuhu.) aku dah plan lama cuma tak sempat nak pegi beli. sbb tu terpaksa beli last minute.

kebetulan ptg tu nak pegi umah kakak dia kat rawang and bermalam kat sana. so, malam 31 Disember tu, aku cuma bagi birthday wish thru phone:


then aku tunjuk je gambar hadiah yg aku belikan tu. she's very happy and excited. that's enough for me to see. smile on her face can make my problems go away, at least for that moment. hehehe. walaupun hadiah nih tak seromantik mana, aku puas hati sebab dia suka hadiah tu. hehehe.


yup. hanya sebuah mesin jahit. huhuhu.

p/s: lps nih tak yah tempah baju kat kedai dah. heheheh.