Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

aku dan blog

assalamualaikum.

post ini boleh diabaikan. 

aku tak ingat bila sebenarnya aku mula berjinak2 dengan dunia blog nih. kalau tak silap aku, blog aku yg pertama dulu aku buat atas platform 'motime' or mo'time. aku tak sure. tak ingat dah. lepas tu baru aku berhijrah ke blogspot. dalam blogspot saja dulu aku penah ada smpi 3-4 blog. tapi sekarang nih tinggal dua sahaja. tak larat nak maintain. hehehe. penah mencuba wordpress tapi tak lama sbb malas nak explore bende baru. so aku gunakan pengetahuan aku yang sedikit dalam dunia IT untuk explore blogspot nih. dulu ada banyak masa mmg aku rajin update and cuba macam. bila dah sibuk bekerja dan berkeluarga, masa untuk blog pun dah kurang. sbb tu skrg nih aku jarang update blog aku. bila ada masa terluang pun aku lebih suka berehat dari update blog. bukan mudah nak cari masa terluang sekarang. tak tau la sampai bila blog nih boleh kekal. aku cuba la melestarikan blog nih smpi selama yang boleh. hehehe.

p/s: mencari idea dan ilham.

Thursday, May 19, 2011

Penulis blog Telordibasuh meninggal dunia

assalamualaikum.

tadi aku tgh tgk tweetdeck, tibe2 terpandang satu tweet daripada @lizarazak.

Sebak dpt berita pemergian penulis blog telordibasuh akibat jangkitan kuman di paru-paru even xpernah jumpa.Al-fatihah. http://bit.ly/kfqFyM
aku pun klik kat link tu dan baca post kat blog affanruslan dan tubelawak. ini aku quote dari blog affanruslan yg diquote dari facebook tubelawak:
Abdul Hakim Bin Mohd Kamal atau lebih dikenali sebagai "telordibasuh" telah meninggal dunia sebentar tadi.. sama-sama kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. al-fatihah untuk Abdul Hakim Bin Mohd Kamal
Pesanan dari abang beliau:
Andai arwah ada melakukan kesilapn sepanjang hayatnya, saya selaku abgnya ingin menyusun jari memohon maaf mewakilli pihak arwah. Dan andai masih terdpt hutang yg belum arwah selesaikan. Bolehlah maklumkan dgn menghantar msj ke Fb saya. Syukran jazakallahu khairan! (Firdaus Kamal)
aku mmg selalu baca blog telordibasuh ni. blog lawak la. boleh mereleasekan tension ketika waktu keje. terkejut jugak bila dapat berita tu td. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman, insya Allah.

Alfatihah.

Sunday, March 6, 2011

Quick update: Cashout

assalamualaikum

mmg dah lama gile tak update blog. rasa ada banyak benda nak update tp tak smpt nak menulis. so, di kesempatan yg agak terhad nih aku nak share something ngan korang. my first cashout from nuffnang. hehehe.


itulah cek yg aku terima dari nuffnang last week. well, aku tau earning nuffnang aku tak seberapa tp saje nak cashout jugak. boleh je nak simpan tp saje je nak merasa duit dari hasil memblogging nih. hahahah. tak smpt nak pegi depositkan lg cek tu. esok2 la kot. teruskan menyokong aku. TQ.

p/s: tgk usia blog aku kat sidebar tu. klu dr awal2 aku letak nuffnang maybe byk sket earning aku. sket je la. hahaha.

Friday, January 14, 2011

New Header

assalamualaikum.

saja nak menaip entri sblm gi solat jumaat nih. lepas aku tukar template hari tu,cik wife sendiri komplen template aku nmpk dull dan boring. so, aku tukar la header blog aku nih. sendiri create. tp background tu cari kat google la. hehehe.


ok tak header nih? aku rasa tulisan tu aku akan kekalkan sebagai trademark la kot. lepas2 nih mungkin aku akan tukar background image untuk header nih dan warna tulisan tu pun akan disesuaikan dengan background image tu nnt. 

what say you??

p/s: background untuk blog juga mungkin akan berubah kelak. hehehe.

Wednesday, January 12, 2011

New Template

assalamualaikum.

aku baru tukar new template nih. template and background lama aku mcm kat bawah nih:

i love coffee!!
aku tukar sbb aku rasa template lama nih agak berat masa nak loading. pastu template nih takleh nak edit guna template designer yg blogspot sediakan. maybe sbb template nih org create based on wordpress punye theme kot.

best gak guna template designer tu. kejap je aku tukar2 template. widget2 semua tak ubah. cuma kene susun balik jer. apa pendapat korang tentang template baru aku nih?? hehehe.

p/s: tahun baru, wajah baru. isi?? harap2 sentiasa ada yg baru. =)

Tuesday, January 11, 2011

Blog Walking

assalamualaikum..

bloggers mmg sgt la familiar dengan phrase blogwalking atau ringkasnye BW. ada gak yg guna terms blog hopping or blog crawling. ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan dan menarik trafik ke blog kita. especially kalau BW ke blog2 yg ramai followers dan readers.

tp ade sesetengah blogger yg sekadar dtg dan tinggal jejak di shoutbox je. tak baca pun entri tuan punye blog tu. aci ke mcm tu? hmmm.entahlah. dulu aku pun rajin gak BW nih. memule dulu aku pun jenis yg tinggal jejak gak. tp skrg tak lagi. at least aku akan baca satu entri tuan punye blog tu. klu entri tu menarik, insya Allah aku akan komen jugak.

tp lately aku dah jarang dah BW nih. mungkin sbb agak sibuk di pejabat. bila balik umah pulak dah penat dan malas nak online. tp malam ni aku gagahkan jugak membalas kunjungan rakan2 blogger yang tinggalkan jejak di shoutbox aku. smpi 7 page shoutbox tu baru abis. ramai jugak yg datang menjenguk dan memfollow. terima kasih aku ucapkan pada semua. ada masa nnt aku BW lg blog korang.

p/s: tolong promote blog Jom Makan sekali boleh?? hehehe

Friday, December 24, 2010

Apa korang cari kat blog??

assalamualaikum.

malam tadi aku terpikir tentang persoalan nih. apa yg korang cari kat blog sbnrnye? lain orang pasti lain keinginannya kan? ada yg cari info terkini, gosip hangat, maklumat tertentu, latest events dan mcm2 lagi la. yang cari pasal dan cari gaduh pun ade. tak caya?? pegi tgk kat blog Sembang Kosong. ish ish ish. geleng kepala aku membaca komen2 kat situ. tuan punye blog siap buat entri special lg utk si Ju tu. (aku promote blog ko nih Shah87. hehehe.)

ok2. berbalik kepada tajuk td. aku boleh citer pasal apa yg aku cari la kan. aku mana tau ape yg korang cari kat blog. tu korang punye pasal la. hehehe.

Berita
kadang2 ade dgr khabar2 angin tp tak tau kisah sepenuhnye. kadang2 kat paper pun tak kuar lagi, so blog la sumber utama nak dptkan berita atau info2 terkini tu.

Latest events
ada blogger yang rajin update pasal latest events and happenings yang berlaku di malaysia nih. so ade la info2 pasal tmptnye, tarikhnye, tiketnye, parkingnye dan mcm2 lagi la. lagi sana baca kat blog sbb dia letak je semua dlm satu entri. klu kat website event tu nak kene klik2 kat tmpt lain plak klu nak cari info2 berlainan.

Reviews
kalau nak beli gajet baru, kadang2 ushar2 gak review2 yg ade kat blog org lain. review tu mesti la jujur sbb dia sendiri dah pakai. bukan review gajet je, review movie pun banyak. so, klu nak gi tgk wayang, baca la review kat blog org dulu.

Resipi
sekarang dah jarang dah cari resipi kat blog. sbb sekarang dah kawin. dah ade org masakkan. hehehe. dulu zaman bujang mmg rajin mencari resipi kat blog, especially time bulan puasa. hahahha. biasa la org bujang. tp skrg pun klu rasa nak makan yg lain drpd yg lain, aku akan search resipi kat internet dan masak bersama adinda aku. hehehe.

Maklumat produk
kadang2 nak beli barang tp tak tau nak beli kat mana, ape kebaikan dan harganya. so, blog adalah antara tmpt paling popular untuk mencari maklumat2 mcm tu. ada jugak blog yg jual online tp aku dah jarang buat online transaction nih. so, just cari info then pegi beli kat kedai. harga pun lebih kurang je. kadang2 kat kedai lagi murah dari online. hehehe.

Lawak
ini yang best. sbb lawak2 kat blog nih boleh mereleasekan tension. ada yg jenis cerita, ada yg jenis bergambar. bagus jugak ade org2 yg mengumpulkan bahan2 lawak mcm nih. klu tgh tension2 buat keje boleh relax2 sambil bergelak ketawa. antara blog yg aku selalu pegi ialah Sembang Kosong dan telordibasuh.

p/s: buat blog nak cari kawan, bukan cari lawan.

Thursday, July 8, 2010

Buffered Earning Lagi

assalamualaikum.

alhamdulillah. masih bertali arus buffered earning nuffnang aku nih. dari last week ada dua BE. Astro Negaraku and Sanofi Lactacyd. sblm tu ade Libresse jugak tp Libresse tu dah convert jadik metered earning dah. tapi tiga2 iklan nih kat Sky Scrapper (bhgn tepi). so diorang bergilir2 la kuar walaupun skrg nih aku tgk byk Astro je yg kuar. yg sanofi tu tak tau la bile kuarnye. hehehe.

pagi ni aku check ada lagi satu pertambahan utk BE. Nestle Nescafe Kickstart. yg nih kat tgh2 antara post (Large Rectangle). jarang2 dapat BE kat tgh2 antara post nih. biasa dpt kat tepi or atas jer. hehehe.
jemputlah click2 ye. hehehe.

p/s: aku mmg suka minum nescafe.

Sunday, June 20, 2010

Pengkritik blog


assalamualaikum.

selama aku berblog nih aku rasa aku tak pernah lagi menerima kritikan ttg blog yg aku tulis. baik dari segi konsep, penulisan ataupun layout/template blog aku. klu ade pun just bagi pendapat gitu2 jer. jgn salah faham. aku hargai setiap pendapat korang. malah aku berbangga klu korang komen sbb menunjukkan keprihatinan korang.

cuma aku just wondering. ade ke org yg buat blogwalking and kritik blog org lain? jadi pengkritik tak diundang. ade ke? klu ade, aku nk jemput la dtg and bg pandangan atau kritikan ttg blog aku nih. sbb aku rasa tak salah klu org lain bg pendapat ttg blog kite. tp jgn la condemn terus. kesian owner blog tu. kita nih rakyat malaysia. budi bahasa budaya kita. choice of words are very important. so, be wise. =)

kenape aku bangkitkan isu nih? sbb dah terjadi kat blog kampung piala dunia. kononnya memberi kritikan membina tapi ayat pertama dah kutuk kaww2. condemn bulat2. klu korang nak baca, boleh pegi sini. so, hati2 la mengomen yer. aku klu nk komen blog org pun aku cermin diri dulu. blog aku dah bagus sgt ke? huhuhu. klu aku komen pun aku cakap berlapik la. tak terus serang buta2 jer. hehehe.

p/s: blog cari kawan bukan cari lawan.

Wednesday, June 9, 2010

Percubaan pertama malam

assalamualaikum.

ini bukan entri murahan. jgn salah tafsir dgn tajuk itu. hehehe. u know what i mean. 

sbnrnye mcm nih. aku selalunya berblogging and blogwalking or bloghopping or whatever-u-called-it time office hour jer. mmg jarang la online malam2 semenjak laptop aku kene sebat tahun lepas. aku online malam pun kadang2 jer. tu pun pinjam laptop tunang aku.

so kadang2 aku wondering ramai ke yg buat aktiviti penjelajahan (kdg2 tggl jejak je) pada waktu malam ataupun pada waktu di mana manusia2 normal biasanye tido? no heart feeling please. aku ckp kebanyakan yer. hehehe. so, klu ada yg tergolong dlm golongan di atas, boleh tak tolong tggl komen dan bgtau kenape korang buat aktiviti ni pada waktu mlm atau dinihari? klu korang rajin la. klu tak rajin, just tggl jejak kat shoutbox atau klik button Tweet atau Share kat bawah ni pun takpe. kerjasama korang aku dahului dgn jutaan terima kasih. hehehe. tq.

p/s: saje buat survey sblm tdo. esok pagi baru aku reply yer. hehehe.

Friday, June 4, 2010

Mood World Cup

assalamualaikum

mood piala dunia atau demam piala dunia dah melanda. team eropah pilihan aku ialah Spain. dari dulu lagi aku minat Spain wlupun sering gagal di pentas besar spt Euro dan World Cup. tp pada Euro 2008, semua berubah kerana Spain berjaya menjuarainya. sekarang, di ranking ke-2 dunia di belakang Brazil, spain dilihat sebagai antara pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia 2010. berikut adalah laporan perlawanan persahabatan antara Spain dan Korea Selatan yang berlangsung pada tgh mlm td (waktu malaysia).

Spain 1 Korea Selatan 0
walaupun menang menerusi jaringan minit2 akhir (minit 86) oleh Jesus Navas, itu sudah ckp utk Kem Espana. apa yg penting? KEMENANGAN!! janji menang. kalau main cantik bergaya pun tapi tak menang, apa gunanya, kan? hehehe. 

navas malu2 kucing dipuji rakan 
[pic taken from soccernet.espn.go.com]

kali ini, pak Del Bosque memilih untuk memulakan perlawanan dgn pemain2 yg jarang membarisi kesebelasan utama Spain, kecuali Cesc Fabregas. so, 1st half berakhir dgn 0-0. mula2 masuk 2nd half, 1 pertukaran je dibuat. Victor Valdez diberi peluang beraksi kali pertama di peringkat antarabangsa menggantikan Pepe Reina yg lepak je kat pintu gol hampir sepanjang separuh masa pertama. permainan Espana berubah apabila muka2 familiar mula masuk pada minit 58. Xavi, Xabi Alonso, David Villa dan Pedro. baru lebih bermakna permainan Kem Espana.

so far, prestasi pasukan pilihan juara WC nih ala kadar je. mungkin masih dalam mood friendly nnt. tak sabar nak tunggu perlawanan pembukaan nnt di mana aku pasti Kem Espana akan membaham Switzerland. hehehe. tunggu je laaa.

Untuk lebih banyak berita tentang Piala Dunia dari kaca mata blogger Malaysia, layari blog Kampung Piala Dunia.

p/s: ada team pilihan kalah laa malam tadi. huhuhu.

Monday, May 31, 2010

rindu blog

assalamualaikum.

hampir seminggu aku tak update blog. bukan sahaja sbb aku tak berape sihat, tapi juga sbb aku balik kampung. kat umah kau kat kampung tu takde line internet. bawak balik berukben pun tak guna. dapat setakat EDGE je. itu pun susah gile nak dapat connection. maxis ke celcom ke sama je. klu nak line 3G or HSDPA, kene kuar gi bandar. tak kuasa ah.

klu ikutkan, byk je benda nak diblogkan. tapi disebabkan limitation tu, malas ar praktikkan konsep taip dulu post kemudian. sbb nnt jadi entri basi. huhuhu. 

sbnrnye aku tak baper sihat sgt nih. batuk2 lagi. hari nih aku pakai penutup hidung dan mulut kat opis. nmpk teruk gak la kan. huhuhu. aku susah nak dapat penyakit 3 serangkai nih (demam, batuk, selsema). tapi kalau sekali dah kene mmg seksa laa. batuk yg paling lmbt nak baik. selalunye dekat 2 minggu baru hilang batuk tu. makan ubat ke tak mkn ubat ke sama je. kadang2 tu dah abis 2 botol Bena Expactorat pun tak hilang2 gak batuk aku. tak tau la nape. hmmm. 

aku igt malas dah nak gi keje tadi. tapi risau plak byk keje yg menanti kat opis. so aku gi jugak la. smpi2 opis tgk takde keje sgt pun. hahahha. tak dtg pun takpe. huhuhu. actually tengahari ni aku kene attend satu majlis kat Puspanitapuri, Putrajaya. tapi aku malas ar nk gi. guna alasan tak sihat nih mesti boss kesian kot. takpe la. majlis tu klu ade rezeki lagi nnt bleh pegi lagi. klu ade rezeki la. hehehe.

p/s: ada satu berita gembira. tapi next week kot baru bleh reveal. hehehe. tungguuuuu.


Tuesday, May 25, 2010

Kenape aku jarang dot dot dot

assalamualaikum.

suspen tak tajuk tu? hehehe. actually, tajuk yg sbnrnye ialah "Kenape aku jarang berblog sejak kebelakangan nih". panjang sgt kan? aku tak suka letak tajuk panjang2 nih. tak cantik. letak dot dot dot kan senang. hehehe.

ok. back to topic. klu ikutkan, dulu aku rajin gak berblogging nih. rajin itu bermaksud dalam satu hari tu ade la jugak satu dua entri. tp sejak kebelakangan nih, amat lah jarang. kadang2 tu 2-3 hari baru ada satu entri. bukan malas tapi ada beberapa kekangan yg tak dapat aku elakkan.

Laptop.
utk pengetahuan korang (klu korang nk tau la), aku penah ada laptop. yup. penah. namun satu Tragedi Malam Pertama Ramadan telah menyebabkan aku berduka lara seketika. malas nk citer panjang. nnt aku sedih aku terus pegi beli laptop lagi satu. huhuhu. 

minggu lepas dan sblm2 tu aku agak aktif kembali sbb aku pinjam laptop tunang aku. bila dia nak guna, aku pun dah jadi tak aktif balik. jadi, aktiviti berblogging aku cuma terhad di waktu pejabat yg mmg terhad sahaja.

Streamyx.
dulu aku penah ada line streamyx kat umah. yup. penah. disebabkan tragedi yg aku sebutkan tadi, aku terus potong line streamyx itu. potong bukan sbb nak amik internet provider lain tapi aku potong sbb aku dah takde laptop.

tunang aku ada broadband sendiri, so klu aku pinjam laptop and broadband dia, boleh la aku berblogging di rumah. tp bukan selalu aku pinjam sbb laptop tu dia guna utk buat keje. takkan aku nk pinjam buat blogwalking pulak kan?

Diperhatikan.
mmg betul boleh berblog di ofis. tp masa amatlah terhad nya. dan yg lebih membuatkan aku agak reluctant nak buat aktiviti blogwalking di waktu ofis ialah sbb kat ofis aku dah ada monitoring system. maksudnya, setiap site yg aku pergi akan direkodkan dan di setiap hujung bulan akan ada report ttg aktiviti internet staff kat sini. takkan aku nk biarkan nama aku duduk di tangga pertama pengunjung blogspot kan? huhuhu.

demikianlah tadi serba sedikit alasan sebab musabab kenape aku jarang melakukan aktiviti blogwalking, blog hopping dan sewaktu dengannya. nak update blog pun payah dah skrg nih. so, kepada semua readers dan pengunjung yg setia, (klu ada laaa) aku mintak maaf klu tak sempat nk terjah balik rumah blog korang. tp aku janji lambat laun aku akan terjah gak. cayo lah cakap den.

p/s: please stay tune.

Wednesday, May 19, 2010

Kampung Piala Dunia


anda peminat bola sepak? jika ya, anda pasti tak mahu melepaskan peluang utk menyaksikan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kan? mcm iklan plak. hahahha. 

actually aku nk promote satu blog pasal piala dunia nih. blog ini dimulakan oleh KampungChelsea dengan matlamat utk memberikan laporan mengenai Piala Dunia dari kaca mata sendiri. tapi of coz la dia tak mampu nak cover the whole world cup. so dia pun perkenalkan lah konsep 1Wartawan 1Negara. dengan itu KampungChelsea telah melantik dirinya sendiri menjadi wartawan/blogger England. setakat ini baru ada 4 wartawan mewakili 4 negara berbeza iaitu:
so, ada lagi lebih kurang 28 negara masih belum mempunyai wartawan. oleh itu, aku dgn rasminya ingin mempelawa blogger2 yang berminat utk sama2 menyumbangkan idea di blog KampungPialaDunia Edisi Zoo Afrika. 

mesej dari Kampung Piala Dunia:
kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi blogger2 negara kesukaan anda dengan mengpostkan entri berkenaan dengan world cup tahun ini di blog Kampung Piala Dunia, informkan sahaja kepada admin terlebih dahulu atau jika yang sudah professional mengenai perkara ini, sila hantarkan sahaja email akaun blog anda kepada admin. Sebarang pertanyaan sila rujuk kaunter pertanyaan di ruangan shoutbox atau emailkan sahaja kepada kampungpialadunia@yahoo.com.

Note: logo yang comel ini direka oleh R.K.
(sila right click-> Copy Image Location utk dptkan code dan letakkan di blog anda jika anda peminat kipas susah-mati piala dunia)

p/s: bila la agaknya malaysia nk smpi piala dunia. hmmm.

Monday, May 10, 2010

Sunshine Award

assalamualaikum.

ada bbrp perkara dalam dunia blogging yg aku kurang layan. antaranya ialah tagging dan award. hehehe. sblm2 nih ade je yg tag dan bagi award kat aku tp aku takde masa nk layan. tapi ntah kenape kali ini aku berbesar hati nak menerima award yg diberikan oleh encik Sky0ne. Anugerah CahayaMatahari atau Sunshine Award. kenape sunshine? adekah blog ini memberikan cahaya kepada blog beliau?? wallahu'alam. terima kasih encik Sky0ne di atas penganugerahan ini.


jadi, bagi meneruskan legasi Sunshine Award ini, maka saya dengan penuh rasa bangga ingin memberikan award ini kepada penama2 berikut:

  1. Kampung Chelsea
  2. AnnFrendly
  3. Posh76
  4. Salju
  5. Ain Fatihah
  6. Amirah
  7. Hans
  8. Natasha E-1
  9. Puan Linie
  10. Cik N
  11. Cik Nurul Pinky
  12. Sop
sesungguhnya nama2 di atas adalah 12 org yg bertuah kerana terpilih secara random. kepada yg tak dpt, jgn lah berkecil hati. mungkin ada lagi award di masa akan datang. insya Allah.

hehehehe.

kepada penerima award, sila jalankan denda anda sebagaimana yg telah aku buat ini. dendanya ialah:
  1. Calonkan 12 bloggers lagi untuk terima award ini.
  2. letak logo sunshine award di sidebar atau dalam post korang.
  3. letak link penerima2 dalam post korang
  4. bgtau penerima2 yg diorang dapat award melalui komen dalam blog diorang (komen ye, bukan tinggal pesan dlm shoutbox)
  5. Spread the love dan link kan org yg bagi award ni kat korang (aku la tu. hehehe)

sekian, terima kasih.

p/s: klu korang malas, bolayan jer. huhuhuhu.

Friday, April 16, 2010

aku tukar URL blog aku

assalamualaikum

takde keje balik dari ofis tadi saja gatal2 tgn register free domain kat www.co.cc. aku register www.nirelwof.co.cc. memule igt nk register www.rino.co.cc tapi kene bayar plak USD$3. bukan berkira tapi malas nk buat payment guna credit card. akaun paypal xde plak. so cari la yg free jer. lepas register, terus cari tutorial mcm mana nak ubah url blogspot kepada url yg aku dah register tu. nasib baik kat website co.cc tu dah ade tutorial dia. dgn mengikuti arahan yg diberikan, saya berjaya. hehehehe.


p/s: klu aku terasa nak tukar nama lagi nnt aku tukar je, bleh? huhuhu

Wednesday, April 14, 2010

Formspring.me - Edisi Bosan Kat Opis

assalamualaikum.

maklumlah hari nih boss takde. mood nak buat keje pun takde. sudahnye, aku duk menggodek2 blog. tp nak buat entri baru takde idea plak. so aku jalan2 sana sini tgk blog org. byk gak blog yg aku lalu tu ade letak bende alah Formspring.me nih. aku pun tanye la pakcik google. pastu aku pun bukak la akaun dgn Formspring.me nih. boleh connect ngan akaun facebook gak. tapi aku tak abih explore lg. terus letak kat kat blog. so kalau ada sesape nak tanye aku pasal ape2 jer, boleh ar tanye kat situ. kat kotak putih sebelah tu. yg ada tajuk "Please ask me anything" tu. siap ade 'please' tu. mmg aku nak sgt la korang tanya aku soalan. tak kira la pasal ape. heheheh. kalau aku boleh jawab, aku jawab. kalau aku tak bleh jawab, im sorry la. huhuhu. 

cara2nya. korang taip la soalan dalam kotak yg disediakan. sori la form tu kecik sgt. tgh cuba bak adjust lg. pastu kalau korang ade akaun formspring.me, tick pada Include your user info. kalau xde, tick jer ask anonymously. pastu send. nnt aku jawab la. klu korang nak tahu jawapan aku, pegi kat sini.

ok?? kalau ade otai yg ada pengalaman guna formspring.me nih sila kongsi ye. saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

p/s: ape lg nak letak kat blog nih ek?? huhuhu