Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

A belated birthday wish

assalamualaikum.

dah lama sangat2 aku tak update blog nih. memandangkan ada sedikit masa terluang sekarang, aku nak la update sket. tp nak update pun pasal bende yang personal. 

tanggal 1 Januari biasanye orang sambut tahun baru. tapi aku sambut hari lahir isteri aku. setiap kali tiba occasion mcm birthday ke anniversary ke ape ke, aku mesti pening nak pk nak beli hadiah ape. smpikan first anniversary aku hari tu aku mmg tak buat ape2. aku just wish jer kat wife aku. teruk kan? so, i make it up on her birthday. aku buat surprise. aku berlakon mcm aku tak igt langsung birthday dia. petang 31 Disember tu aku boleh siap kuar gi ofis lagi. (padahal aku kuar pegi beli hadiah dia. huhuhu.) aku dah plan lama cuma tak sempat nak pegi beli. sbb tu terpaksa beli last minute.

kebetulan ptg tu nak pegi umah kakak dia kat rawang and bermalam kat sana. so, malam 31 Disember tu, aku cuma bagi birthday wish thru phone:


then aku tunjuk je gambar hadiah yg aku belikan tu. she's very happy and excited. that's enough for me to see. smile on her face can make my problems go away, at least for that moment. hehehe. walaupun hadiah nih tak seromantik mana, aku puas hati sebab dia suka hadiah tu. hehehe.


yup. hanya sebuah mesin jahit. huhuhu.

p/s: lps nih tak yah tempah baju kat kedai dah. heheheh.

Friday, July 9, 2010

Sebak: Arwah Din Beramboi

assalamualaikum.

tetibe hati ini tersentuh (chewah...) bile tgk iklan astro td. Astro akan siarkan satu rancangan khas sempena 100 hari pemergian arwah Din Beramboi. dalam sedar tak sedar, dah 100 hari rupanye arwah meninggalkan kite. rasa sebak gak aku tgk iklan tu td. dia siarkan klip2 arwah dan rakan2 rapat serta famili arwah.

aku rasa ramai yg akan mengalir air mata klu tgk rancangan tu nnt. beliau mmg insan yg sgt istimewa. menyentuh hati2 kita dgn lawak jenaka dan pelbagai aksi beliau. dunia komedi mmg terasa kehilangan beliau. bile tgk rancangan2 komedi, mesti terdetik "klu din beramboi ade best nih".

hmmmm. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.

Thursday, June 3, 2010

Lepak Larut Malam

assalamualaikum.

zaman dolu2, terutamanya dalam lingkungan satu tahun yg lalu, aku rajin lepak dgn kawan2 aku. selalunya kitorang lepak kat Foodcourt Presint 9 Putrajaya. mmg jadi port kitorang la. tiap2 minggu lepak kat situ dari kul 9 malam smpi lebam. maksudnya smpi masing2 dah tak larat nak lepak laa. hehehe. kadang2 tu smpi 2-3 kali seminggu. mmg happening.

tp itu dolu2. sejak dua menjak, especially for the 6 months, kitorang dah jarang dah melepak. mcm2 berlaku. ada yg busy dgn life masing2. ada yg busy dgn keje dan mcm2 lagi la. nak melepak sebulan sekali pun payah. klu ada pun yg available just 2-3 orang jer. tak best kan? huhuhu.

thats life. kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah. kadang2 penuh, kadang2 kosong. kadang2 jatuh, kadang2 bangun. begitu lah kan? klu hidup asyik kat atas pun bosan gak kan? nnt tak tau plak ape yg jadi kat bawah. so, kelainan dalam hidup tu la yg buat kan hidup ini lebih bermakna.

malam semalam aku ajak kawan2 aku nih melepak kat port biasa tu. nak bincang pasal nak pegi kenduri sorang member kitorang weekend nih. mula2 ramai gak kata nak dtg dgn jawapan "insya Allah". tp last2 minit ramai yg kensel sbb ade urusan lain. tp still dpt kumpul 5 orang. kire ok lah. dah lama tak lepak situ. makan, minum, borak2. mmg layan la smpi tak sedar masa berlalu. aku tgk2 jam dah pukul 1 pagi. huhuhu. giler arrhh. so kitorang balik hampir2 kul 1.30 pagi kot. itu lah kawan2 dunia akhirat. kasih mmg satu, kawan biar beribu. susah senang ada kawan2 bersama kongsi suka dan duka buat hidup ini lebih bermakna. JMD!

p/s: nasib baik aku MC hari nih. huhuhu

Saturday, May 8, 2010

9 Mei 2010 - Selamat Hari Ibu

assalamualaikum.

aku tak rasa ada org yg lebih berjasa kepada aku selain ibu bapa aku yang aku panggil emak dan abah. aku penah menyusahkan diorang dari aku kecik smpi skrg. salah satu cara aku nk balas jasa diorang ialah dgn menjaga adik2 aku kat sini. which i think i'm doing a lousy job at that. semua adik2 aku masih belajar. sorang di kampung dan 3 di KL. dua orang tinggal ngan aku dan sorang lagi tinggal di hostel tapi kadang2 balik gak umah aku nih during weekend. i always wish my parents would live with me so that i can take care of them and they always be in my sight. but they refuse. sayang nk tinggalkan kampung and mak aku masih bekerja. so, aku kene la balik kampung selalu gak. that's at least i can do.

kepada Puan Rodziah binti Abdullah dan Tuan Saiyed Mohd Akhir bin Tuan Sulong
Selamat Hari Ibu Bapa. 
I'm nothing without you. You're always in my heart.

one happy family. my family.

p/s: i dont know what else to say.

Friday, April 2, 2010

kenape menangis sayang??

assalamualaikum.

aku bukan seorang yang penangis. namun, aku harus mengaku bahawasanya aku mempunyai jiwang yg agak sensitif atau halus atau apa2 sahaja perkataan yang sewaktu dengannya. aku ckp aku bukan seorang penangis sebab aku jarang menangis walaupun sepatutnya situasi atau kejadian itu boleh membuatkan org lain menangis. kadang2 aku rasa aku dah kering air mata. tapi, pada satu2 ketika yang tidak disangka, aku boleh mengalirkan air mata. atau setidak2 nya ada genangan air di mata ku. 

contohnya, aku menangis tgk iklan susu budak kat TV. susu anmum kot. yang anak dia telefon mak dia kat ofis and mainkan lagu Happy Birthday utk mak dia guna piano thru the phone. contoh lain iklan raya petronas yg anak2 dia bawak balik lembu seekor kat mak dia tu. ade lagi kot iklan2 lain tapi aku tak igt dah. tapi ade satu kejadian yg buat aku menangis dan aku rasa korang akan gelakkan aku. huhuhu. takpe. aku nak citer jugak.

aku minat bola sepak. pasukan antarabangsa yg aku sokong sejak dulu adalah Argentina. pemain yg aku puja dulu adalah Gabriel Omar Batistuta. Batistuta bermain untuk sebuah kelab di liga Serie A di Itali. nama kelab tu ialah Fiorentina. namun setelah terlalu lama di kelab itu dan kurang memenangi kejuaraan liga, piala domestik mahupun peringkat benua, Batistuta terpaksa berpindah kelab dengan rasa yg sgt berat. dia berpindah ke sebuah kelab itali yang berpengkalan di Rome, iaitu AS Roma.

jadi, selepas berpindah, dia terpaksa berdepan dengan bekas kelab yang dia sgt sayang itu. sebagai seorang pemain professional, dia melakukan yang terbaik untuk kelab barunya. dalam perlawanan pertama antara Fiorentina dan AS Roma, Batistuta berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan Roma. kebiasaannya, pemain akan meraikan jaringan gol mereka terutamanya jika gol itu sangat penting utk pasukannya. tetapi Batistuta tidak meraikan gol tersebut sebagai tanda penghormatan kepada bekas kelab yang telah melonjakkan namanya. malah dia menangis sehinggakan rakan2 terpaksa memujuknya. melihatkan detik itulah membuatkan mataku berkaca dan tangisan ku gugur setitik dua.

ok. korang boleh gelak sekarang. sekian, terima kasih.

p/s: kenape aku sokong Argentina?? insya Allah aku akan ceritakan nanti.

Monday, March 22, 2010

teach me a lesson

assalamualaikum

masa kecik2 dulu org selalu tanya bila dah besar nnt nak jadi ape. masa tu mcm2 jenis profession la jadi pilihan. askar, engineer, arkitek, lawyer (ini cita2 aku masa darjah 6. hehehe.) dan mcm2 lagi la. tapi ade satu profesion yg aku mmg tak penah pilih. nak tau ape?? hehehe. aku tak penah bercita2 nak jadi cikgu. aku tak pasti kenape. 

bila aku dah masuk universiti, baru lah aku sedar kenape aku tak mau jadi cikgu. sebab aku tak pandai mengajar. hehehe. aku jugak kurang sabar kot. sbb tu tak leh jadi cikgu. tak percaya tanye Laila Ashikeen Mohammad. dia selalu mintak aku ajar dia. bila aku ajar, dia ckp dia paham tp mostly aku rasa dia buat2 paham sbb kesian kat aku walaupun sbnrnye dia tak paham pun ape yg aku ajar. huhuhu.

bile dapat keje gomen, igtkan dah tak payah la nak mengajar pape lagi. tp meleset plak jangkaan aku. sbbkan aku nih org IT, kene la ajar bende IT kat org. klu informal tu tak kisah la sgt. tp kene bagi kursus kat org  plak ramai2 plak tu. hmmm. ape nak buat. dah tugas. walaupun tak ikhlas, terpaksa ikhlaskan jugak. tanggungjawab. huhuhu.

bila tgk org lain mengajar, terasa betapa teruknya aku ini sbg seorang pengajar. kesian mereka2 yg diajar oleh aku. kalau ade yang pernah jadi mangsa ajaran aku, sori ler bebanyak kalau aku mengkusutkan kepala korang. i'm not a natural teacher. huhuhuhu.

p/s: satu sbb je aku suka mengajar. sbb dapat elaun. huhuhuhu

Monday, March 8, 2010

luar stesen

assalamualaikum.

minggu nih aku tak berada di pejabat. tiada di sekitar lembah kelang. aku di utara semenanjung malaysia. menunaikan tugas2 yang perlu. masih melakukan tugas2 rasmi pejabat. arahan yang diterima ialah buat kerja smpi siap. kalau tak siap, jgn balik. huhuhu. baik boss. saya yang menurut perintah.

p/s: semakin jauh semakin rindu. sayang anak tangan2 kan, sayang tunang tinggal2 kan. baru lah bertambah erat kasih sayang. hehehe

Wednesday, February 17, 2010

syukur

asalamualaikum..

alhamdulillah. syukur nikmat. kepada Tuhan yang memberi rahmat. segala yang dirancang berjalan lancar. walaupun ade beberapa perubahan di saat akhir, ia tidak menjejaskan perancangan yang diatur sejak mula. terima kasih kepada yang mengirim ucapan tahniah melalui sms serta comment di blog dan facebook. thanx to everyone.
~aku dan hantaranku~

~cincin belah rotan dan cincin tunang~

~hantaran si dia~


~hantaran kami~


~bondaku sarungkan cincin si dia~

~aku pun disarungkan cincin oleh ayah si dia~

~my whole family~

p/s 1: tq pada cik yana fotografer yg guna dslr pinjam. hahaha.
p/s 2: tq jugak pada adik2 aku yang amik gmbr guna cybershot pinjam jugak. hehehe.
p/s 3: lebih byk gmbr akan diupload di facebook. harap maklum. huhuhu.

Wednesday, February 10, 2010

ikat mengikat

assalamualaikum...

setelah hampir seminggu bertungkus lumus menyiapkan kerja, akhirnya aku boleh bercuti dgn agak tenang mulai esok. dalam seminggu nih mmg bizi giler smpikan hari2 kene balik lmbt. ade sekali tu smpi kul 1 pagi baru boleh  balik. skrg dah hampir settle. lega la sket.
hmmm. aku cuti esok smpi next week. bukan sbb nak celebrate chinese new year laa. sbb aku nak bertunang. insya Allah. majlis tu berlangsung pada 14 februari nnt. insya Allah. valentine's day?? hehehe. its just a coincidence. tak leh nk awalkan or lmbtkan sbb pelbagai alasan termasuk pihak keluarga. so 14 feb je yg available. mintak tolong korang doakan semuanye berjalan lancar ye. mekacih. =)

p/s: org Islam tak leh raikan Valentine's Day kan?? aku dah tobat...huhuhuhu...

Friday, July 3, 2009

The One

assalamualaikum...

"A man is lucky to have a woman's first love, but a woman is luckier to have a man's last love."
Seorang lelaki bertuah jika mendapat cinta pertama seorang perempuan, tetapi seorang perempuan akan lebih bertuah jika mendapat cinta terakhir seorang lelaki.

first of all, sorry klu ade yg nk termuntah ke ape ke bile baca post nih. pernah dgr ke quote kat atas tu? hehehe. well, aku penah jadi lelaki yg bertuah tu tp syg tak lama. mungkin tiada jodoh antara kami. she deserved a better man. and i'm not that good. huhuhu.

tp kat sini sbnrnye aku nk berbicara ttg kenape seseorang tu tak boleh menghargai atau mempertahankan cinta yang dimilikinya? mcm mana dia nak tahu yang dia adalah cinta terakhir pasangannya? hmmmm. susah nak bgtau, tapi bila dah mencintai seseorang itu, percayailah dia. put your faith on him/her. who knows he/she might be The One for you. for someone like myself, faith is far more important before love. of coz love is essentials but faith is the base of every relationship. you love someone becoz you have faith on him/her. and when you're in a relationship, honesty is always the best policy. being honest with one another and having faith in each other is the ultimate key to a successful and meaningful relationship. i dont say this purposely for women only or men only. its for everybody to think about. aku bukan nk hentam org pompuan je sbb org lelaki pun same jer. ramai yg tak setia. I've watched it happen around me. so, I open this to be discussed among the readers. All comments are welcomed. sila lah nyatakan pendapat anda. heheheh. bukan senang aku nk buat post2 yg jiwa kacau mcm nih. huhuhu.

p/s 1: salah ke aku jiwang? romantik ape?
p/s 2: sori la tetibe berjiwang2 plak hari nih. saje je. no heart feeling okay. jgn marah2 or muntah2. hehehe

Saturday, April 4, 2009

Zahir kau lihat hanya antara lapis

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Thursday, April 2, 2009

`~!@#$%^&*)_+}|{":?<,./;'[=-!@#$%^&

SALAM,

LATELY AKU RASA TENSION AND DEPRESSED JER. KENAPE NTAH. RASA NAK MARAH AND RASA BENGANG. AKU KLU MARAH AKU MEMANG RASA NAK MENUMBUK JER. TUMBUK DINDING TU BIASA LA. TD PUN AKU HAMPIR NK KUAR AIR MATA MENAHAN BENGANG AND MARAH. BODOH LA. AKU RASA NAK MENYUMPAH JER. ARGHHHHHH!!! TENSIONNYE!!!!!! SIIAALLLLLLLLLLLL!!!
APSAL AKU MARAH SGT NIH?????
BANGSAAATTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!! BULLSH*T!!!!!!
!)@#&*&*^!$(*&#(u$lkn)(&)!#@)(*_+!@#(!*&*#_@@!#@!!215343435123)!@#*&)&)@&)#&)&)@!#kjljo*&!@)#*&)!@*#)&)@!&)# @!&)#&@!)#n)@!&)#)#)#)#)#db!&#&!@#gki&%&^*%^$*@!*$#^&*)_(*&^%@w$%$^&*hubhvcgyydr$^#w$rguy()*%$#%$^&*()_(*&^%$%@!#$%^&*()_!@#$%^&*()_)(*(&^%$#$%^&*()(*&(^%$#%^&*()_jhfutyue^^&%*yhbuy*%#@%$^&*()_(*&^%$#@#$%^&*()(*&^%$!@#$%^&*()_+_)(*&^%$#@|}{":>?+_)(*&^%_+)(*&^%$#@$%^&*()*&^%$#%^&*(&^*%^#$%^&*(&^%$e^&*(uiol:<>?""}?li)(&*^%%$e^&&*(:""%^ert^&*(*)^&%$#%^&*()*&^%$#t^&*()

Friday, March 27, 2009

D-Day


ownhearted

isheartened
epressed
ispirited
ejected

Monday, March 2, 2009

Dunia Batinku

assalamualaikum...

lately aku rasa alone. sunyi. sepi. even with a lot of friends around, i cant erase my loneliness. dont know what to do. dont know what has happen to me in the pass few weeks. dont know wut to do about it. dont know how to describe it. maybe i just kept it to myself.

biarlah tak siapa yang tahu gejolak di dunia batinku.
-quite straight forward interpretation. tak mahu berkongsi apa yg dirasa dgn org lain.

kerap terhenti di simpang hidup, rindu dan cahaya
-hidup dalam kekeliruan, maybe. hidup penuh dgn dugaan. ade yg buat kita gembira dan ada yg buat kita sedih.

bila rasaku ini rasamu sanggupkah engkau menahan sakitnya
-sebelum menyakiti seseorg, fikirlah bagaimana rasanya jika orang itu membuat perkara yang sama kepada kita.

hmmmmmm..............................

Friday, February 13, 2009

C.i.n.t.a. dari kaca mata R.i.n.o

assalamualaikum...

cinta. minggu nih dgr hotfm asyik ckp pasal cinta jer. pagi nih duk pasang plak lagu2 cinta. maybe sbb esok hari kekasih kot. so tema minggu nih pun pasal cinta jer. smpikan aku tgk Ally hari tu pun citer pasal cinta sejati. tp aku tak tgk sgt sbb masa tu aku dah mkn ubat batuk and dah ting tong dah. tp smpt la dgr si Jue Aziz ngan Wan Nor Azlin tu bercerita smpi nangis2 pasal cinta lah ape lah. actually topik nih mmg menarik utk diceritakan. tp memandangkan aku skrg nih kat pejabat, so tak leh ar nak gebang2 sgt. kalau aku rasa nak citer nnt aku citer la. klu aku dah takde mood nak citer tu maknanye sampai setakat nih je lah kisah cinta kita. hehehe.

*****************************************************************

Ada apa dgn cinta?
mengapa harus cinta?

menyayangi seseorang hanya kerana rasa hati yg ingin menyayanginya tanpa dapat menyatakan sbb yg khusus?
dapat merasai apa yang dirasakannya tanpa perlu si dia menyatakannya?
cemburu bila mendgrnya bercerita pasal lelaki lain walau hanya seorg kawan?
cemburu bila si dia melayan lelaki lain walau hanya seorg kawan?
sanggup melakukan apa saja utk membuatnya gembira/bahagia?
sanggup korbankan rasa hati sendiri demi menjaga hati si dia?
sentiasa ingin bersamanya?

apa sahaja yang anda fikirkan cinta, maka itulah cinta. cinta untuk aku mungkin tidak sama dgn cinta yang kamu ada. namun, hakikat bahawa cinta mampu mengubah manusia tak pernah berubah. perubahan yang bagaimana? bergantung kepada sang pencinta itu sendiri. bergantung kepada bagaimana dia mentafsirkan cinta dari kaca mata, rasa hati dan akal fikirannya. cinta itu luas. terokailah ia.

cinta pernah mengubah aku. dan aku percaya hidup setiap orang pernah disentuh oleh cinta. bagaimana ia menyentuh dan disentuh yang mungkin berbeza. dan bagaimana ia merubah seseorang juga berbeza. cinta telah banyak kali mengubahku. bagaimana ia mengubahku, biarlah tak siapa yang tahu. aku cuma insan biasa yang kadang2 perlukan cinta sesama insan untuk terus membelah kehidupan penuh berliku di dunia fana ini. cinta mengajar aku mengenali dunia. cinta mengajar aku mengenali hati budi manusia. cinta mengajar aku mengenali pe'el adam dan hawa. cinta mengajar aku mengenali fitrah insan. cinta itu adalah fitrah manusia. cinta itu adalah kita. cinta tidak buta tapi pencinta yang buta. cinta tidak merana tapi pencinta yang memilih untuk merana. cinta itu suci dan mampu menyucikan hati nurani. cinta yang luhur lahir dari hati yang kudus. sucikan hatimu dan insya Allah cinta itu akan hadir tanpa kau sedari.

terima kasih cinta.

Saturday, February 7, 2009

perpisahan ini menyakitkan

assalamualaikum....

yer. hari yg agak menyedihkan buatku. setelah lebih 7 tahun bersama mengharungi suka duka hidup bersama, aku terpaksa jua merelakan permegiannya pada hari ini. bukan atas kehendak ku namun aku harus memaksa diriku utk menerima hakikat bahawasanya hubungan kami tidak lagi berpanjangan. semuanya atas kehendak ibuku. kerana menghormati kedudukannya sebagai seorang ibu, aku turutkan jua kehendaknya agar kami berpisah.

lebih sadis lagi, kami bkn sahaja berpisah tetapi tmptnya telah digantikan dgn pilihan hati ibu. aku tak mampu mahu menolaknya kerana ibuku yg akan mengeluarkan dan menanggung segala persiapan dan perbelanjaan termasuk bayaran hangus. kerana dia ibuku, aku redha. aku tak mampu lagi menolak kehendak ibuku apatah lagi melihat dia begitu bersungguh2.

aku pasrah.


- akan ku kenang segala jasa baktimu selama ini. (*sori takde gmbr terbaru waktu kite berpisah...huhu)


inilah pengganti barunya. red and black. but its not mine for long. kene anta balik kg. its for my sister. huhuhuh.



p/s: jgn marah aaaa. heeheehee

Monday, December 22, 2008

LIFE

I want my life back
I need my life back

how does it feel not to own your life
how does it feel not be able to do what you like to do
how does it feel not be able to do what you want to do
how does it feel to live to others expectation
how does it feel to live to others satisfaction
how does it feel to live to others decision

I need my life back
I want my life back

Friday, November 28, 2008

aku yg sibuk

assalamualaikum...

masih di ofis. melakukan persiapan terakhir sblm bertolak ke PWTC pagi esok. macam jauh je KL tu. huhuhu. bukan sbb jauh atau dekat. tapi byk aset pejabat di bawah tanggungjawab aku nih. tambah plak dapat keje2 last minit. panas betul la. tp dah diarah oleh pengurusan tertinggi. ape bleh buat. saya yang menurut perintah je la. huhuhu.

aku still undecided nak bawak laptop ke tak. klu aku bawak karang takut tak terjaga plak. maklumlah byk keje. so better tak yah bawak la kot. so jarang lah aku beronline nnt. klu ade masa aku cilok la mana2 laptop urusetia utk online kejap. dah kata semuanye bawah tanggungjawab aku. aku punye suke la nak guna waktu bile kan? hahaha.

lps habis event nih sure aku penat gile. tp tak leh cuti. habis 5 hb (hari jumaat). weekend tu kene balik kg. raya haji. ptg raya or 9hb dah kene balik sini semule. 10 hb pi sarawak. 11 hb dah balik sini balik. perghhh. letihnye.

bukan aku tak mau amik cuti. cuti mmg byk lagi. tp klu aku amik cuti pun duk kat umah je nak wat ape kan? nak jugak pi cuti2 mesia or at least balik kg ke. tp aku tak boleh buat tu semua. huhuhu. sbb aku tinggal ngan adik pompuan aku. dia ade kelas dari hari isnin smpi hari sabtu. aku lah yg kene hantar dia and amik dia tiap2 hari. so mcm mana aku nak cuti? nak tunggu dia cuti? bulan Feb 2009 baru dia cuti. by that time sure byk lagi keje2 baru yg bakal menimpa aku. huhuhu.

p/s:sabar je lah rinonymous. huhuhu.

Thursday, November 27, 2008

Letih dan Penat

assalamualaikum.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi. Ampunkan aku dan kasihanilah aku. Permudahkan lah urusanku dan jauhi aku dari kesulitan yang membawa lelah dan menjejaskan urusanku. amin.

kerana kerja yg aku ckp smlm, aku tdo jam 5.30 pagi. sblm jam 7 pagi aku dah bangun utk pegi keje semula. tidurku tidak smpi 2 jam. kemudian kene pegi ke PWTC utk satu mesyuarat pada jam 8.30 pagi. aku sangkakan mesyuarat tu tak lama. aku sangka tghari tu dah boleh balik opis semula. tetapi tidak. mesyuarat hanya selesai pada jam 7.00 malam. smpi di ofis sekitar jam 8.00 malam. masuk ofis jap coz ade keje perlu dibereskan. sekitar jam 9.00 malam barulah aku smpi di rumah.

sesampainye di rumah, aku terus meletakkan kepala utk lelap seketika. kepenatan yang keteramatan kesangatan (bahasa ape aku guna nih? huhu). dengan still berpakaian pejabat dan belum makan malam, aku tertido di ruang tamu rumah ku. pabila aku sedar kembali, jam sudah menunjukkan pukul 3.15 pagi. as this line was typed, it was 3.48am on the clock. huhuhu. physically and mentally very2 tired. very2 exhausted.

bermula hari sabtu (29/12), aku akan mula berkampung di PWTC selama seminggu. hari jumaat (5/12) baru aku balik. this is a big event. Persidangan menteri2 Asia. sgt byk bende yg perlu dihalusi dan diteliti. ni pengalaman pertama aku involve dgn international event. mmg sgt memenatkan. sgt leceh. every single details will be looked into. no wonder la meeting smpi sehari suntuk.

ntah bile la baru aku dapat bercuti.....................

Tuesday, November 25, 2008

sensitivity

aku rasa kebelakangan nih aku akan mudah rasa marah2 and bengang. sensitif sket. huhuhu. aku mintak maaf awal2 la klu2 aku terlepas kat korang. its just work pressure and i'm not getting the chance to go on vacation, which i certainly need. i need it very2 much. dont know when i can take a leave and go holiday sumwhere. arghhhh.
sorry if i hurt anyone.
if i did sumting wrong, please tell me and correct me.
please bear with me and forgive me.
im just a normal human being.