Thursday, December 31, 2009

azam berazam

assalamualaikum.

dalam masa bbrp jam lagi, tahun 2009 akan berlalu dan tahun 2010 akan datang bertamu. setiap kali tiba tahun baru, orang akan sibuk bercakap pasal azam tahun baru. aku?? hmmm. aku tak igt aku pernah ada azam tahun baru ke tak. pada aku, setiap kali tahun baru sama je mcm hari2 biasa. lepas hari isnin hari selasa. lepas tu hari rabu diikuti hari khamis dan jumaat. then hari sabtu and lastly hari ahad. bukannye bertukar pun nama2 hari tu or ade tambahan jadi 8 hari seminggu (macam tajuk lagu plak. heheh). same je kan? hehehe.

bile hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, semestinye umur kita pun semakin meningkat. so, secara tak langsung cara pemikiran dan cara kita melihat dunia juga akan  berubah serta terkesan dengan peningkatan usia kita (fuhh, bahasa. huhuhu). jadi aku rasa tahun ni aku nak buat satu azam baru. satu jer?? yer, satu je. cukup la satu sebagai permulaan. kalau nk buat list mmg la byk. tapi boleh ke tercapai semuanya? haaa. itu yang kita tak tau. hehehhe.

azam aku utk tahun 2010 ini ialah untuk menamatkan zaman bujang aku. insya Allah.
sekian, terima kasih.

p/s: tolong doakan agar dipermudahkan urusan kami ye. amin.

malaysia menang lagi

assalamualaikum.

aku rasa ramai yang tak aware nih. mlm td ade perlawanan persahabatan kat stadium bukit jalil. Malaysia lawan Syria. perlawanan ni sbg persediaan before lawan UAE pada 6 januari nnt untuk Kelayakan Piala Asia. harapan malaysia untuk layak mmg amatlah tipisnye sbb game2 sblm nih asyik kene tapau jer. tapi as people always said, anything can happen in football. bola tu kan bulat. hehehe.

by the way, game mlm td Malaysia menang 4-1. dua gol sepakan penalti jaringan Safiq Rahim, satu gol jaringan Zaquan Adha dan satu gol cantik 'cip' ala francesco totti oleh Gurusamy. hehehe. gol saguhati Syria pun hasil jaringan penalti jugak. walau bagaimanapun, zaquan adha sekali lagi kene buang padang hasil kad kuning kedua sbb celebrate yg melampau kot. lepas score plak tu kene buang padang. huhuhu.

apa2 pun, tahniah buat Skuad Kebangsaan Malaysia. teruskan lah membanggakan peminat bola sepak tanah air mcm aku nih. hehehe.

p/s: ade harapan ke malaysia layak world cup 2018??

Wednesday, December 30, 2009

wajah baru

assalamualaikum...

memandangkan hari ni aku takde keje melainkan menge'test' 20 bijik laptop yg baru sampai kat opis td, maka aku membuang masa dgn mencari2 template baru dan mengeditnye. inilah hasilnya. aku dah lama mencari and nak guna template 3 column mcm nih. cuma sblm nih takde masa nk mengedit. hari ni aku mmg determine nk siapkan jugak dan akhirnya berjaya.

hope you'll enjoy it as much as i do. =)

p/s: yes i am a coffee/caffeine addict. hehehe.

Tuesday, December 29, 2009

layan movie

assalamualaikum...

smlm aku pi tgk wayang ngan sahabat2 dunia akhirat. heheh. dah lama gak aku tak tgk wayang. last hari tu rasanye citer senario. so, bila diorang ajak layan sherlock holmes, aku pun setuju saja. lagi pun mmg takde ape nk buat ape mlm smlm kecuali menonton televisyen. tp takpe, NCIS ngan awan dania tu lain2 kali bleh tgk. hahaha.

aku mmg suka citer bercorak penyiasatan nih. especially cerite yg digarap sebegini. mmg class. dipaparkan ceritanye sepintas lalu kemudian diflashback dengan penerangan yg begitu detail about the mystery. ade action. ade comedy. ade saspen. ade sedih. romantik?? errr..xde sgt kot.. hehehe. nak suh aku review?? sorry. pegi tgk sendiri kat panggung. hahahaha. tp pada aku citer nih mmg best and tak menyesal klu ke panggung untuk menontonnya.

p/s 1: org kata citer avatar best gak. aku layan dvd je. tp sherlock holmes lg mabeles. heheh.
p/s 2: agak2 nnt ade movie detective conan plak tak?? hahaha

Monday, December 28, 2009

karok giler

assalamualaikum...

cuti panjang 3 hari weekend nih bosan gak ar. tak byk aktiviti boleh buat memandangkan musim hujan yg tak menentu skrg nih. wlu bagaimana pun, selain pegi dating dan mengemas rumah, the most notable activity of the weekend ialah berkaraoke. hahahaha.

dah lama meninggalkan aktiviti masa lapang nih. dulu2 rajin gak ar. lokasi ialah superstar karaoke @ alamanda putrajaya. org2 yg menyebabkan aku terjebak ialah Sky0ne, Layzree dan RyCO. hahahaha. bukan sekali, tapi 2 kali dalam tempoh 3 hari. bukannya selalu. berkaraoke nih bagus sbnrnye sbb boleh gak melepaskan rasa tensi di hati selain mengeratkan lagi hubungan sesama kawan2. lagu2 yg dinyanyikan bukannye lagha sgt. lagu nasyid dan berunsur nasihat pun kitorang balun. hehehe. lg pun kami pegi sesama lelaki jer. tiada pergaulan bebas dgn yg bukan muhrim. huhuhu.

p/s: aku tak pandai nyanyi. cuma 'menyumbangkan' lagu.hahahah.

Thursday, December 24, 2009

when roman....

when roman abramovich buy chelsea, i was and i knew chelsea could go further and win titles.
when roman sacked claudio ranieri, i was mad bcoz he is a very good manager.
when roman hired jose mourinho, i was excited. he is a different kind of manager. he bring excitement in english premier league.
when roman sacked jose mourinho, i was pissed off. i care less about chelsea. i didnt watch chelsea match that often anymore.
when roman hired avram grant, i couldn't hate him more becoz avram is an israeli.
when roman hired luiz felipe scolari, im not confident he will be a big success. and i was right when he was sacked after just 36 matches.
when roman asked guus hiddink to be an interim manager after that, i thought chelsea had chance to win something and he did win the FA Cup. but hiddink couldn't stay bcoz of his commitment to the Russian national team. i'm a lil bit dissappointed then.
when roman hired carlo ancelotti, i was brimming with confidence. chelsea will be back as a force to be feared across the world. hehehehhe

p/s: ni entri saje2. bukan entri sampah. hehehe

tidurkan aku

assalamualaikum..

aku ade masalah tdo ke? kebelakangan ni, especially sejak 2-3 hari nih aku susah nak tdo. padahal aku rasa sangat penat. badan aku sangat2 penat. sangat2 letih. mata pun letih. tp aku susah nak tdo. klu aku masuk tdo awal pun aku tak leh tdo. mesti selepas kul 12 baru aku boleh lelap. contohnye smlm. aku dah ready nk tdo dah dalam kul 10 tu. tp tak bleh tdo. puas berpusing2, bergolek2, bertukar posisi tp mata still tak leh lelap. tgk2 jam dah pukul 11.30. last2 aku bgn layan spiderman kat tv2. smpi kul 12 lebih kot. then aku masuk bilik semula. baru lah boleh lelap. itu pun setelah puas dipaksa. betul ke org kata klu penat sgt pun kite susah nak tdo? bukan ke klu penat tu lg buat kite nak tdo?? hmmmm. aku tak nak makan ubat tido. nak pegi klinik pun malas. sbb tensen ke? takkan la kot. maybe i just need a vacation kot. away from work. away from KL. away from kampung. away and alone. spending time just for myself. huhuhu.


p/s: tdo la pukul berape pun, aku tetap akan terjaga sblm kul 6.30 pagi. padahal aku set alarm  tepat kul 6.30. so, tunggu alarm berbunyi la baru bangun. huhuhuh

Wednesday, December 23, 2009

kenape byk keje??

assalamualaikum..

kenape aku byk keje ek? org lain pun byk keje jugak ke? especially dekat akhir tahun nih la. kenape begitu ye? yg betul2 byk keje and buat keje nmpk la busynye. yg sepatutnya byk keje tp nmpk mcm relax nih mcm mana plak? kadang2 tgk diorang relax tu mcm jeles la jugak. nak tanye kang takut dikata laser la plak kan? tp seriusly diorg nih wat keje ke tak? ermmm. klu org lain yg kene buat keje yg sepatutnya dia buat, maksudnya dia tak buat la keje yg sepatutnya dia buat kan? klu dia buat keje yg sepatutnya dia buat, takde la org lain kene buat keje yg sepatutnya dia buat, kan? make sense tak? ke aku dah mengarut dah nih?? hahahaha.

moral of the story: buat la keje yg diamanahkan. klu pun org kat dunia nih tak tanya or tak berkira sgt, kat akhirat nnt kene jawab jugak. wallahu'alam.

p/s: keje tu keje jugak, ibadat jgn lupa. nak kejar dunia, kene bawak akhirat sama. klu tertinggal salah satu, takde maknanye hidup.

Saturday, December 19, 2009

Emas milik Malaysia!!!

assalamualaikum

Keputusan Final : 
Malaysia 1 Vietnam 0

yahuuu. tahniah buat pasukan Malaysia. penantian 20 tahun pingat emas bola sepak sukan sea akhirnya tamat. malaysia menampilkan permainan mantap separuh masa kedua sehingga memaksa pemain vietnam menjaringkan gol sendiri utk gol kemenangan malaysia. aku nk ckp padan muka kat coach vietnam yg sombong lagi bongkak itu. dia ckp malaysia adalah laluan mudah. memperkecil2kan pemain2 malaysia. keeper dah injured pun tak nak bawak keluar. punya la berlagak. hah. padan muka ko. TAHNIAH MALAYSIA!!


aku tgk game nih kat umah. menjerit sorg2. bila wisel penamat ditiupkan, aku pun melompat sama. haahahha. tgk pemain malaysia menangis, aku pun menangis. bile nyanyi lagu negaraku, aku pun berdiri tegak kat dpn tv tu. ahahaha. poyo je kan? lantak la ape org nak kata. dah lama tak merasa dan meraikan kejayaan pasukan malaysia. harap2, ini bukan yg terakhir. dan harap2 kite tak menunggu lama lagi utk silverware yg seterusnya. HIDUP MALAYSIA!! MALAYSIA BOLEH!!!

p/s: aku nk balik kg nih. ade hal emergency. selasa baru balik sini semula kot. take care semua. =)

Thursday, December 17, 2009

meeting tak kira masa

assalamualaikum...

masa itu emas. masa mencemburui kita.

itu la yg selalu kite dgr. tak cukup masa la. tak sempat nak buat la. masa singkat sgt la. dan mcm2 lagi la. disebabkan kesuntukan masa ni jugak lah yg menyebabkan aku kebizian di hujung2 tahun ni. dan mungkin smpi bulan 1 nnt. nak kejar KPI org atas2 tp org bwh2 yg kene tekan.

smlm terpaksa buat meeting kat PD. pukul 8.30 malam sbb nak kejar boss2 yg ade bengkel brainstroming kat sana. boss plak suh datang sana lps zohor. ape nak buat lama2 pun tak tau. klu dpt bilik takpe jugak. nih terpaksa la menumpang bilik org. abis meeting kul 10.30, aku ngan ofismate aku terus balik. tak kuasa dah nak menunggu lama2. aku smpi umah kul 1. hari nih aku masuk opis lmbt sket. kul 9 baru smpi. klu tak sebab ade keje and bende nak kene buat, aku pun nk meng'EL'kan diri hari nih. huhuhu.

next week maybe kene tour ke cawangan di negeri2 di utara sbb ade penghantaran PC. jadual tak finalize lg so tak tau lg la. awal bln januari plak ade bengkel lagi. maybe kat cameron. bunyi mcm best je dpt gi cameron kan? klu pegi mcm tu je takpe gak. tp tidak sebegitu. kene siapkan something untuk dibentangkan masa bengkel tu nnt. some sort of draft of a document. wlupun aku kene buat satu or dua bab jer, still a lot of work need to be done. huhh!

lps bengkel tu pun tak leh relaks lg. sbb kene siapkan dokumen tu by end of januari. so aku sure lps pada bengkel kat cameron tu nnt akan ada lg sesi2 mini bengkel, perbincangan dan mesyuarat. hmmmmm.

bile nak rehat?? bulan februari?? ermmm. bulan feb nnt ade perkara lain plak yg perlu dipikirkan. korang nak tau ape dia?? nnt aku bgtau once dah betul2 confirm. insya Allah. hehehe =)

p/s 1: smlm tertengok cite cucu betong masa tgh layan cendol kat teluk kemang. tertarik dgn quote ini "Yang sedikit itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah". Renung2kan dan selamat beramal (baca dgn nada Prof Izzy Haji Ali) heheheh

p/s 2: hari nih final bola sepak sukan sea. malaysia lwn vietnam. live kat tv3. Go Malaysia Go!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Malaysia menang!!

assalamualaikum...


Keputusan Semi Final:
Malaysia 3 Laos 1

tahniah buat pasukan malaysia kerana layak ke perlawanan akhir. last time malaysia layak final ialah pada 2001. kat KL. klu tak silap aku masa tu m'sia lawan indonesia. malaysia kalah sbb gol sendiri azmin azram aziz. lps tu nama azmin terus tenggelam. pastu pindah team pahang pakai jersi no 7. ntah pape2 keeper pakai no 7. hahaha.

back to topic. mmg dah lama aku tak tgk live game malaysia. aku tgk game smlm malaysia main ok. cuma bile dah leading 1-0 tu player mula main2. sambil lewa. bile laos dah samakan kedudukan 1-1 baru la kelam kabut nak cari gol lagi. alhamdulillah menang jugak 3-1 hasil 2 jaringan Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan 1 gol safiq rahim (Selangor). overall performance malaysia mmg ok tp kene improve lagi lawan vietnam kat final nnt sbb vietnam dah penah kalahkan kite masa group game hari tu.  striker kene improve lagi sbb smlm striker malaysia tak menyerlah. midfielder yg score semua gol. harap2 zaquan adha bleh main final nnt and improve overall performance malaysia.

player yg mencuri tumpuan aku smlm ialah right back malaysia, Kunalan. ntah dari mana dia datang tp aku tgk dia main semangat giler. stamina mantap, laju, tackle tepat dan bersih. hopefully team nih bleh improve lg dan bawak balik pingat emas. aku rasa coach rajagopal pun patut dikekalkan walaupun malaysia kalah final nnt (harap2 menang laa...). jgn lepas satu tournament terus nk pecat n cari coach baru. kene pk masa depan. squad yg ade skrg masih muda dan perlu dikekalkan dan diberi lebih byk pendedahan antarabangsa supaya lebih mantap.

heheheh. sekian dulu. dah macam penulis ruangan sukan plak. nanti lepas final aku update lagi.

p/s: majulah bola sepak untuk negara.

Monday, December 14, 2009

Sukan Sea 2009 [update semi final]

assalamualaikum...

kalau cerite pasal sukan sea, selalunye aku amik tau pasal bola sepak jer. kali ni Malaysia satu Group dgn Timor Leste, Vietnam, Kemboja dan juara bertahan, Thailand. opening game lawan Timor Leste aku mmg yakin takde masalah. M'sia menang besar, 11-0 rasanye. 2nd game lawan Vietnam kalah 1-3. siap ade insiden yg memalukan sbb pemain serang pengadil. ade tanda2 m'sia nak balik tgn kosong lg tahun nih. lepas tu lawan kemboja kite bangkit kembali dgn kemenangan 4-0. Perlawanan terakhir dan penentuan mendebarkan menentang Thailand. Vietnam dah layak ke semi. Thailand hanya perlu seri dgn M'sia tapi kita kene menang utk layak. ntah dari mana datangnya semangat yg berkobar2, malaysia menang 2-1 dan layak ke semi. dah lama rasanya m'sia tak kalahkan Thailand. kemenangan tu sesuatu yg bermakna.

hari ini. Malaysia vs Laos. kelebihan seharusnya milik tuan rumah. tapi doa rakyat malaysia akan tetap bersama pasukan kita. sama2 lah kite berdoa. nak pegi laos dah tak sempat dah sbb game pukul 8 malam nih. nasib baik ada live kat tv2. jom tgk dan berikan sokongan.

p/s 1 : coach Thailand, Steve Darby ckp. "Malaysia Boleh!!"
p/s 2 : wahai team malaysia, tolong la bawak balik pingat emas bola sepak sukan sea. aku tak sanggup tgk bola sepak malaysia diperlekeh dan dicerca lagi. huhuhu

Tuesday, December 8, 2009

Futsal World Tour Road to Africa Part I

assalamualaikum

last saturday, perancangan nak buat futsal ngan member2 uniten akhirnya menjadi jugak. at first mcm tak ramai org je dpt dtg. aku jadi bengang giler bile ade org buat last minit cancelation. sakit hati giler. tp nasib baik la epon ngan hairul datang bawak member2 diorang. so boleh la main sejam. ngam2 cukup org and ade sorang sub. huhuhu.

tukang gambar, rafiqin, tak smpt nak snap gmbr masa tgh main. pancit katanye. so dia snap masa kitorang tgh minum minam kat kedai mamak berhampiran. tu pun tak semua dapat join. ini je yg ada:


tuan punye kamera a.k.a fiqin yg perasan comel...
 
epon dgn kepoyoannye.
 
hairul dgn muka konon ganasnya.

tokan the otromen. heheh.
 
last but not least, organizer yang berjaya. hahahaha

nantikan sambungan Futsal World Tour Road to Africa Part II yg akan datang. mungkin dalam bulan Januari atau Februari.

Wednesday, December 2, 2009

korban dan kawin

assalamualaikum.

hari raya korban yg lalu biasa saje. yg buat luar biasa sket sbb makngah, paksu and their family beraya kat umah aku. jarang2 berlaku tu. hehehe. tahun nih tak wat korban and tak pegi pun tgk korban. sgt2 penat sbb baru balik dari lumut hari tu. pagi raya je pegi berjalan2 ke rumah sedara mara. ptg jumaat and the whole saturday duk umah jer. ptg2 sabtu tu ade buat bbq sket. makan tak igt. maklumlah daging korban byk. huhuhu.

hari ahad. kenduri kawin sepupu aku, Mohd Hairul Fiza bin Musa a.k.a fiza. aku pegi umah dia kat keratong dari pagi. ramai gak sedara mara jauh and dah lama tak jumpa yg dtg. fiza nih sebaya ngan aku. so bile dia dah kawin, automatically diorang akan tanye bile plak giliran aku. semua yg kenal akan tanye aku atau mak aku. ade yg aku jawab dgn senyuman atau sekadar perkataan insya Allah. ada jugak yg aku kabarkan insya Allah tahun depan kalau ade rezeki. letih gak nak menjawab. lebih2 lagi bile ditanye di depan pengantin. huhuhu. kalau ade rezeki nnt ade la. tolong la doakan sama ye. heheh.

p/s: aku tgk fiza kurus keding je. lupa nak pesan kat wife dia suh bg dia mkn byk2 bagi kembang sket. hahahah.

Saturday, November 21, 2009

keluar stesyen

assalamualaikum

yup. another outstation. this time off to Lumut for a workshop. ICT Strategic Planning Workshop. I'll be off from this Sunday and only be back on Wednesday. then, Eid Adha break. the following sunday will held a wedding of my cousin. so, I'll be taking a day off on the 30th of November. hmmm. a week away from the office. should be fun. hahaha. so, i'll see you guys when i get back or when i have time to write again. heheheh.

do click on those nuffnag ads please. lets make some money. huhuhu

p/s: might be driving a Toyota Fortuner to Lumut. hehehe.

Thursday, November 19, 2009

ikat

assalamualaikum

in the past week aku dapat tahu 2 org kenalan dah bertunang. sorang tu cik maya and her partner. aku tahu dari adik aku si lela tu then tgk plak dlm blog cik Shy. congrats la cik meyo.

yang satu lagi nih tak leh blah. tunang senyap2. tahu dari facebook td. tak sempat nak inform ye mie? hahahah. anyway, congrats to both of you, Fahmi and Shal. kawin nnt inform la awal2. nnt tak sempat plak. hahahaha.

next week sepupu aku si fiza tu plak nak kawin. tak sempat nak pegi sblh pompuan sbb masa tu aku ade kat Lumut lagi. so aku pegi sblh lelaki je la. tahniah la wahai Mohd Hairul Fiza bin Musa.

semoga korang bahagia hingga ke akhirnya...

klu ade nk komen tanya pasal aku bile plak, ini jawapannya. Insya Allah kalau ade rezeki nnt ade la. tolong2 la doakan untuk aku plak yer. heheheh.

sekian, salam muhibah.

pesanan penaja: fiqin bertunang senyap2 dulu masih menjadi ungkitan hingga skrg. dont repeat the same mistake. hahahahaha.

Thursday, November 12, 2009

kalaulah 8 hari seminggu

assalamualaikum.

hari ini hari khamis. baru abis meeting pagi td. bizi jer sepanjang minggu nih. hari tu ade training kat uniten dari Isnin smpi Rabu. esok dah hari jumaat. ade plak mini bengkel and discussion. pastu hari sabtu pulak ade simposium kat universiti malaya. adeh. letih siot mcm nih.

next week plak rasanye dipenuhi dgn meeting and discussion lg. then that weekend, hari ahad dah nak bertolak ke lumut. berbengkel sampai hari rabu. hari khamis balik kg. hari jumaat raya haji. hari ahad sepupu kahwin. huhhh.penat penat. kene mintak cuti nih. hmmmm. boleh ke cuti dlm keadaan kerja yg menimbun ini? huhuhuhu

p/s: ade sape2 paham tajuk nih tolong la terangkan kat aku. huhuhu.  
"Pengkomputeran Luwes dan Luas - Memalam ke Dalam Grid Kuasa Komputer"

sepak terajang

assalamualaikum...

korang kalah bukan sbb korang tak bagus. korang kalah sbb ade org yg lebih bagus dari korang. terima lah hakikat tu. klu dah kalah tu jgn la nak mengamuk tak tentu pasal. berkelakuan spt manusia tak bertamadun. bukan korang je yg kecewa. org lain pun kecewa gak. hmmmm. korang mmg best sbb sanggup turun dari jauh semata2 nak supprt team korang. tapi klu nak support waktu menang jer, baik tak payah. sokongan tu biarlah berterusan. baru la team ade semangat nak buat lebih baik. ape yg penting? kerjasama!!

p/s: kagum dgn semangat penyokong Kelantan tp aku mengutuk keras sikap segelintir daripada mereka yang tak bertamadun. Majulah Bola Sepak untuk Negara.

Saturday, November 7, 2009

sepak bola

assalamualaikum

smlm...setelah beberapa tahun meninggalkan uniten, aku kembali bermain bola di padang ilsas. hehehe. ade friendly game team office. diorang ajak aku main, aku turun jer laa. of coz la pancit sbb dah lama tak exercise then tibe2 jer turun main bola. ade la 15 minit kot aku main. hahaha. kene start main futsal balik la. dah lama tinggal. JOM FUTSAL WEII!!!

p/s: mlm nih final Piala Malaysia aku rasa Kelantan menang kot. Indra Putra the best!!

Tuesday, November 3, 2009

November Rain

assalamualaikum...

lama dah rasanya tak mengupdate blog nih. ade je bende nk bercerite tp susah nak cari mood untuk menaip. hehehe. hari tu pegi bengkel/kursus kat melaka pun tak sempat nak upload gmbr lg. maklumlah kat umah dah takde internet. hehehe.

well, bulan oktober pun dah melabuhkan tirainya. dah masuk bulan november dah. dah hujung tahun dah. hmmm. bulan nih pun bleh tahan sibuk gak nih. 4hb ngan 5hb ade meeting. pastu 9hb-11hb ade kursus kat uniten. then ade meeting lg 12hb. pastu ade bengkel/kursus plak dari 22hb smpi 25hb. kat Lumut, Perak. pastu 27hb dah raya haji. confrim mak aku suh balik kg. hmmm. letih gak nih.

bulan 12 pun aku rasa lebih kurang mcm nih gak bizinye. tgk lah nnt. huhuhu.

salam.

Sunday, October 18, 2009

sibuk or bizi??

assalamualaikum

hmmm. keje ape je yang mudah kat muka bumi nih? aku percaya walau semudah mana pun sesuatu keje itu, ada masa susahnye jugak, ada masa sibuknye jugak. takkan ade keje yg boleh kan kite dapat gaji dgn hanya menggoyangkan kaki. sape kata keje kerajaan (gomen) boleh relaks? hmmm. sbnrnye mungkin ada benarnya yg keje gomen nih bleh relaks sket berbanding keje swasta. tapi bergantung kepada tmpt dan masa la. klu time tak bizi mmg la boleh relaks. tp kene time sibuknye, mau tak cukup kaki tangan nak buat. masa tu la berharap sehari ada 37 jam. baru tau langit tu tinggi ke rendah. hehehe.
adat keje makan gaji mcm tu la. ade masa bertenang, ade masa bertendang, ada masa kat bawah, ada masa kat atas. ape yang penting? KERJASAMA!!! hahahaha. iklan kejap. ape yg penting dalam menjalankan tugas adalah sifat ikhlas menunaikan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab, bukan tunggu disuruh atau dipaksa baru nak buat keje walhal keje itu dah sememangnya tertulis sebagai apa yang sepatutnya dan seharusnya kita lakukan. hmmmm.

selamat bekerja. heheheh.

salam.

Sunday, October 4, 2009

raya 2009

assalamualaikum...

raya 2009??? ermmm...mcm biase je. penat as usual. tiada apa yg luar biasa sgt. tp, for the 1st time aku recycle baju raya tahun lepas. sbb mak aku nak tema purple jugak tahun nih. songket and songkok je yg aku beli baru. huhuhu.

perjalanan balik ke kedah ambil masa 12 jam dari KL. then balik dari kedah, sambung plak beraya kat johor. dari timur ke barat, barat ke utara, utara ke barat, barat ke timur, timur ke selatan, selatan ke timur. perghhh. macam nak patah blkg nih ha. huhuhu.

then balik kl sempat la gi beraya umah member2 lama masa kat uniten dulu. dapat la jumpa balik diorang2 yang dah lama menyepi lps abis belajar (termasuklah aku). mengenang kembali kenangan zaman universiti. hehehe.

balik kampung, sedara mara semua dok tanye pasal kawin. naik rimas gak aku. hmmmm. sabar lah ye semua. sampai jodoh aku nnt aku jemput la semua. tak smpi seru lg nih. hehehe.

ade satu lg citer pasal raya tahun nih. ermmm. nnt la aku citer. huhuhuhu.

gmbr? 1 je la. yg lain2 pi tgk kat facebook ek. malas plak aku nk upload byk2 kat sini. hehehe.


ayah aku malu2 nak amik gmbr sekali. dia pun purple gak. hehehe
adios amigos.
salam.

Wednesday, September 16, 2009

semoga selamat semuanya

assalamualaikum...

ermmm. smlm dah janji nak berbuke ngan cik lela. igtkan dah tak jadi dah sbb macam alasan dia. takut lambat la ape la. rancangan asal nk mkn bufet kat mana2 tp aku mls nk membazir sbb dia yg nak belanje. hehehe. so smlm kitorang redah je tgk mana2 ade restoran yg kosong. last2 Secret Recipe yg jadi pilihan. dia ajak, aku follow jer. hahaha. tak penah aku mkn secret recipe nih. org kata sedap tp aku tak penah plak rasa nk try. tp ok la gak makanan dia. ape tah nama menu aku mkn smlm. lupa dah. hehehe.

so, thanx ye sis. tahun depan giliran aku plak. pasal duit raya ko tu, ko dtg la beraya umah aku. klu ko nak la duit raya tu kan. klu tak nak, tak yah la datang. hahahaha.

kepada semua pembaca2 D.U.N.I.A.B.A.T.I.N.K.U, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. kalau ade tulisan2 atau gmbr2 atau ape sahaja di dalam blog ini yang mengguris hati dan perasaan sesiapa, aku mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

kepada yg mula bercuti, selamat bercuti diucapkan. semoga bertemu kembali dgn semangat lebih membara untuk bekerja. insya Allah.

kepada yang nak balik kampung, pandulah dgn berhati2. patuhi had laju. pakailah tali pinggang keledar. igt org tersayang. anda mampu mengubahnya. (pesanan utk aku jugak nih..) hehehe.

sekian, sehingga berjumpa lagi, insya Allah.

salam

Monday, September 14, 2009

Pics for the moment

Iftar with RIMM [5 September 2009]
*all pics are credited to Ryco and bro azim (ajim photogrpahy)

Solat Terawih @ Masjid Besi & 
Moreh @ Oldtown White Coffee 
[9 September 2009]
 
  
*all pics credited to Faizal Sky0ne

Masjid Selat [10 September 2009]

 
*all pics credited to Caching E-Juey

Friday, September 11, 2009

Masjid Besi Masjid Selat

assalamualaikum

hari rabu, 090909. 19 Ramadan 1430. solat terawih di masjid baru putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi. bersama rakan2 RIMM. smpi agak lewat. org dah start terawih. so solat isyak dulu solo pastu baru join terawih. buat 8 rakaat jer. masjid tu mmg buat aku kagum dgn senibina dan architecture dia. mana2 yg dekat tu pegi la solat kat sana.

lepas tu pi lepak kat oldtown white coffee kat bangi. moreh la kononnya. borak dan menyembang sampai la kul 12. klu esoknye tak keje, mau sampai ke sahur. hehehe.

hari khamis. 100909. 20 Ramadan 1430. anta kete pi tukar windscreen. pastu jd driver pi melaka sbb ade tugas di sana [drive kete jabatan-pajero IO]. merempit tak igt. 120kmj 130kmj 140 kmj 150 kmj. bile penumpang kat blkg dah bersuara dan dah pakai seatbelt, baru la aku kurangkan had kelajuan. heheheh. keje nye sekejap je. lebih kurang kul 11.30 dah settle. pastu pi la pusing2 jap. pi masjid selat. duduk bertafakur jap pastu terus balik. smpi kat ofis lebih kurang kul 2.30 kot. amik kete kat workshop pastu terus balik umah tdo sbb malas nk masuk opis dah. hehehe.

gmbr nnt aku susuli. tgh malas and takde mood nk upload gmbr.

salam.

Saturday, September 5, 2009

sibuk la sangat!!

assalamualaikum.

hari sabtu, 5 September 2009, 15 Ramadhan 1430H. hari ni tak sesibuk yang dijangka. pg td just pegi bayar duit moto and then terus ke Jusco Taman Equine. ada barang nak beli sket. hehehe. after that singgah office jap. saje nk melayan internet jap.  lepas kejadian kecurian laptop aku tempoh hari, aku dah terminate akaun streamyx aku. skrg nih klu online kat umah guna PC adik aku guna dial up je. paham2 je lah klu dial-up tu kan. huhuhu.

on the way balik umah, singgah di Pasaraya Bintang. beli barang dapur sket. stok lauk utk sahur pun dah abis kat umah tu. hehehe.  pastu beli gula gak 2 kilo buat menambah stok. (padahal dah ade 2 kilo kat umah tu). huhuhu.

smpi kat umah, takde ape nk buat. so aku betul kan lampu strobe kete aku yg dah mcm nk jatuh tu. pastu aku mencangkul rumput dan lalang di laman rumah yg sekangkang kera itu. mula2 je mencangkul. tak smpi 10 minit dah penat and bosan. so aku guna tangan jer. klu belajar Kemahiran Hidup Asas Pertanian dulu, proses tersebut dinamakan merumput. cuma selalunye, merumput dilakukan utk mencabut rumput2 di dalam pasu. tapi aku merumput di laman rumah. rumput rampai, lalang, pokok semalu, semuanya aku cabut pakai tgn jer (of course aku pakai glove, ok.) ade la dlm setengah jam kot baru siap. lps berehat jap mengeringkan peluh sblm mandi manda.

tepat jam 6. bertolak ke Dataran Putra, Putrajaya. tempat berkumpul (RV = Rendez Vous) sblm bertolak ke Mangiamo Cafe @ Taman Equestrian Putrajaya untuk Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009. alhamdulillah semua berjalan lancar dengan disertai 13 peserta dewasa dan 4 kanak2. bayaran utk dewasa RM 32 dan aku rasa berbaloi2 dgn segala makanan yg disediakan. dari berbuka sampai ke moreh. mesti la berbaloi. aku solat terawih pun kat mangiamo cafe tu je tadi. bagus betul sbb dia sediakan surau yg selesa utk jemaah lelaki dan wanita.

sepatutnya ade aktiviti melawat ke downtown dan sahur bersama. tapi ramai plak yg cancel last minit. so program kira kensel terus la.ermmm. itu je la kot. gmbr2 berbuka puasa tu nnt aku upkan. tunggu tuan2 punye kamera up kat facebook or forum dulu. hehehe. diorang pakai dslr. aku pakai kamera phone 2 megapixel jer. mana bleh challenge. huhuhu.

salam.

Pass out

Assalamualaikum

hari jumaat, 4 September 2009. berjanji dgn bbrp org kawan utk berjumpa dan melepak, atau istilah perancisnye ialah berTT, kat port biasa pada jam 10 malam (lepas terawih la tu).

menu buka puasa hari ini ialah nasik kerabu dan tepung pelita. lepas berbuka, aku terus menunaikan solat maghrib. kerana agak mengantuk, aku pun melelapkan mata sebentar di atas sejadah setelah selesai solat sementara menunggu masuknya waktu isyak. namun apabila aku tersedar, aku meluru ke luar bilik dan melihat jam di dinding. 

Ya Allah!!! dah pukul 2.30 pagi!!!! 

terus melihat telefon bimbit di atas meja. ade lima panggilan rindu (miss call) dari Sky0ne dan satu dari Fendi3z serta khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Sky0ne dan cikyah. 

apabila membaca SMS dari Sky0ne, aku terkejut. sahabat kami, Layzree eksiden lagi. aku terus membalas SMS Sky0ne(nak call takut dia dh tidur.). sebaik dia membalas SMS, aku terus call dan bertanyakan ape yg terjadi. sempat juga lah bercakap dengan encik Layzree sendiri.

alhamdulillah beliau tiada apa2. keretanye mengalami kerosakan pada cermin hadapan sahaja. namun ape yg lebih merisaukan adalah beliau melanggar seorang manusia. mangsa telah dimasukkan ke hospital dan khabar mengatakan mangsa mengalami patah pinggang. harapan semoga mangsa tidak seteruk yg didengar. semoga encik Layzree lebih tabah mengharungi hari2 mendatang. Sesungguhnya Allah menguji hamba2 Nya yang disayang.

hari sabtu, 5 september 2009. rasanye seharian jadual aku agak pack hari nih. termasuk lah Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009 di Putrajaya Equestrian Park ptg nnt. hmmmm. nnt aku blogkan kisah utk hari ini plak. insya Allah.

salam.

Thursday, September 3, 2009

meh la kalau berani!!! huhuhu

Tuesday, September 1, 2009

Rezeki oh rezeki

Assalamualaikum.
sabtu lepas aku balik kg. oleh sbb adik aku abis kelas lmbt, maka kami pun bertolak agak lewat gak la. masa tu aku tgk jam kat dashboard kete aku lebih kurang kul 3.45 kot. aku bajet smpt sampai rumah sblm berbuka. tapi jalan jem la plak. igtkan balik hari sabtu tak jem sgt. smpi kat ampangan (lepas senawang) dah pukul 5 lebih (jam dashboard). so, berenti solat asar and beli la air and mknn sbg bekalan berbuka. sbb mmg confirm tak smpt nye nk berbuke kat umah. jam kat dashboard dah pukul 7.15 tp hotfm still xpasang lagu2 nasyid atau tazkirah ke ape ke. aku tunggu smpi kul 7.19 pun takde lg. masa nih aku dah smpi kat area keratong. waktu berbuka ialah 7.16. so dgn yakinnya aku pun kejut adik aku yg tdo baik punya kat sebelah aku ckp kat dia dah masuk waktu. aku pun berbuke la dgn air twister oren dan 7 biji kurma. bile jam kat dashboard aku menunjukkan pukul 7.25, terdengar lah suara deejay hotfm ckp yg org2 kat semenanjung ade lg setengah jam sblm berbuka. aku terpinga2 kejap. pastu aku tgk jam tgn aku and jam kat handphone aku. baru pukul 6.55 petang!!!! huwaaaa. patut la cerah benderang lagi. huhuhuhu. aku tak jadi teguk air lg. adik aku terberenti mkn roti dia yang dah tinggal separuh. huhuhu. rupa2nye, jam dashboard aku tercepat stgh jam. maybe masa aku pi buat alignment sblm balik tu, budak tu bukak wayar bateri kete aku sbb lampu warning engine menyala. aku tak perasan plak ianya effect pada jam tu. adeh. hmmm. rezeki. bukannya sengaja nak berbuka awal. rezeki la tu kan? hihihi

Friday, August 28, 2009

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Tuan,

Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa SPA telah bersetuju meluluskan pengesahan dalam perkhidmatan tuan sebagai *** Gred *** mulai 29 Mei 2009.

Semoga tuan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

assalamualaikum,

demikianlah petikan surat yang aku terima pagi ni. alhamdulillah, sah sudah. hehehe. so skrg dah ade job security. maksudnya soal kerja dah terjamin. tp future mcm mana? ermmm. kene usaha lebih keras lagi untuk membentuk masa depan yg lebih cerah. bukanlah sekarang ni tak cerah tp mahu lebih cerah lagi di masa akan datang. insya Allah. hehehe.

Tuesday, August 25, 2009

Tragedi Malam Pertama Ramadhan

assalamualaikum...

malam pertama ramadhan. hari jumaat. 21 ogos 2009. jam 7.00 malam. aku bertolak pulang ke kampung bersama adik2 perempuan aku. nak sambut ramadhan bersama ibu dan ayah. adik lelaki aku tak dpt balik sbb tak dpt bercuti. aku smpi di kampung jam 1 pagi. adik lelaki aku msg bertanyakan kotak kayunya di atas meja. aku tak tau. mungkin adik pompuan aku yg mengubah tempatnya. tanpa mengesyaki apa2, perkara itu dibiarkan begitu sahaja.

hari ahad. 23 ogos 2009. aku kembali ke rumahku di kajang. tiba pada jam 5.30 petang. kotak kayu itu menjadi perkara pertama ditanya. adik2 pompuan aku tak tau. laptop aku tiada di tempat yang sepatutnya. adik aku igt aku bawak balik. bekas syilling aku dijumpai di bawah kerusi. satu beg galas juga lesap. kemudian adik pompuan aku menjerit terkejut. aku pun terkejut. 2 batang grill pintu belakang bengkok. satu telah dipatahkan. pagar belakang rumah digunting. malam tu aku buntu. blurr. keliru. kecewa. sedih. tak tau apa nak buat.

esoknya, aku igt malas nk pegi keje. tp ada satu mesyuarat aku kene hadir. so aku pegi jugak. tp tghari aku pegi balai polis dan buat laporan. kemudian pegawai penyiasat datang ke rumah dan buat perkara yang sepatutnya. lepas tu aku dah malas nk masuk opis.

sedih beb laptop hilang. mcm2 bende ada dlm tu. kerja ofis, peribadi, gmbr2 kenangan. semuanya dalam tu. aduh. hilang punca aku sekejap. aku dah tergerak hati nk bawak balik laptop tu. tp aku tinggalkan sbb aku sangka adik aku nk guna. kalau lah aku ikut gerak hati aku...

ya Allah, tabahkan lah hati hamba Mu ini. Jika ini balasan kepada kesalahan2 ku, di bulan Ramadhan yang penuh maghfirah ini, ku memohon keampunan Mu ya Allah. aku redha dengan ketentuan Mu ya Allah. tabahkan lah hati ku.

p/s: selamat berpuasa kepada semua...

Wednesday, August 19, 2009

disturbia

assalamualaikum

I must admit i'm a little bit disturbed today. emotionally disturbed. i dont know why or how it disturbed me. i just felt disturbed. i dont know what to do or how i should react. i dont even know what caused that disturbed feeling. felt like talking but dont know what to talk about or to whom should i talked. thanx to my fav sis, Lels for listening to what i had said. thanx for the advice also.

and to ease my mind, i went out for a movie with my friends. we watched District 9 at The Mines. the show was at 9pm and i'm a little bit late, on purpose. actually i can arrive on time but still i chose to speed because it can somehow release my tense. and it felt even better when i get to ciloking a few cars. (i'm wearing seatbelt ok..hehehe) but i dont do this often. only if i get really2 tense. but yet i did the same thing on my way home. i dont know why. i'm sorry if i hurt anyone's feeling. i'm sorry if i let someone down. i'm sorry if i'm guilty of anything. i just dont feel in peace. please forgive me.

Monday, August 17, 2009

RIMM's Outing to BBQ Land, Kuang

assalamualaikum...

hari jumaat hari tu, aku ngan member2 aku pegi jalan2 cari makan kat BBQ Kuang. tmpt nih dah lama dah aku dgr tp tak penah pi lagi. diorang kata best. tak tau laa. bertolak dari putrajaya kul 8.30 mlm. 5 bijik kete. smpi kat RnR USJ kat Elite Highway, tmbh lagi 2 bijik kete berkonvoi. sampai di lokasi lebih kurang jam 9.15mlm. smpi2 je terus memasak dan makan. kenape kene masak? hehehe. sbb konsep dia kene masak untuk mkn. makan la byk mana yg korang sanggup. bayaran RM18 jer. all u can eat tp kene la masak sendirik. lebih kurang 2 jam sesi melantak dan bermesyuarat, kami bersurai lebih kurang jam 11.3o mlm. ckp byk pun tak guna, enjoy the pics (credit to RyCO and mcnick).


deretan mknn untuk dihabiskan

mari kita mulakan

ermmm...byknye pilihan...

mari memasak..

masak la mcm mana pun..janji bleh mkn..heheh

udang oh udang...huhuh

setelah dapur ditutup...heheh.

sempat buat meeting jap..


gmbr kenangan..ramai kan? bestt.

RIMM ROCKSS!!

Wednesday, August 12, 2009

about time to update

assalamualaikum...

gile lama aku tak update blog nih. byk bende nk citer tp masa nk citer tu takde mood plak nak menaip. pastu kononnya nk kumpul semua citer tu dlm satu entry. tp bile dah ade mood nk menaip, malas plak nak citer semuanya satu persatu. hahahah.

well, lets make it short. my life has been quite a messed in the past few weeks. ade yg suka, ada yg duka, ada yg menyenangkan, ada yg menyusahkan, ade yang melegakan, ada yg menyakitkan dan mcm2 lagi. maybe life is about that. good and bad things come and go. silih berganti. ibarat roda. kadang2 di atas, kadang2 di bawah. what make us human is how we deal with it. deal it the right way, u'll survive. taking a wrong turn can cost u big time and u might not be able to recover. so, watched out.

last weekend aku selsema and demam. hari isnin baru pi klinik. alhamdulillah, its nothing serious. still recovering. hopefully everything will get back to normal soon. insya Allah.

latest movie yg aku dah tgk after Transformers are Setem, The Taking Of Pelham 123 and recently, G.I. Joe: The Rise of Cobra. next tak tau lagi nk tgk citer ape plak. klu ade org ajak aku tgk wyg aku layan je la klu boleh dilayan. (dah lama tak tgk cite jiwang2...wakakaka)

ermmm. ade dgr pasal Go Youth Carnival kat bukit jalil hari tu?? I was there. but didnt enjoy it. event management sucks. malas nak komen.

hmmm. Do you drive a PROTON or PERODUA and staying or working in Putrajaya or nearby area? Are you into leisure, outdoor activity? Do you want to get to know new people and expanding your friends network? Take a moment and look what RIMM has to offer you. Any enquiries can be addressed to admin@rimm.com.my or ask me here. =)

hehehhe. saje je promo sket. http://rimm.com.my.

p/s: tahniah kepada sahabatku Layzree yang telah selamat ditunangkan pada 1 Ogos yang lepas. thanx sbb invite aku amik berkat sama. hehehehe.

salam.

Friday, July 31, 2009

Update

Assalamualaikum...

bukannya takde bende utk diupdate kat blog nih tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan. been very busy at work. so much to think about and feeling so disturbed. so much thing going on. sometimes it makes me doing sumting that i regret afterwards. sumtimes im doing sumting before even thinking about it. im just tired. i dont have enough space for myself. i dont think anyone can help me unless i help myself. but im not certain on how am i going to do it. im clueless.

Friday, July 3, 2009

The One

assalamualaikum...

"A man is lucky to have a woman's first love, but a woman is luckier to have a man's last love."
Seorang lelaki bertuah jika mendapat cinta pertama seorang perempuan, tetapi seorang perempuan akan lebih bertuah jika mendapat cinta terakhir seorang lelaki.

first of all, sorry klu ade yg nk termuntah ke ape ke bile baca post nih. pernah dgr ke quote kat atas tu? hehehe. well, aku penah jadi lelaki yg bertuah tu tp syg tak lama. mungkin tiada jodoh antara kami. she deserved a better man. and i'm not that good. huhuhu.

tp kat sini sbnrnye aku nk berbicara ttg kenape seseorang tu tak boleh menghargai atau mempertahankan cinta yang dimilikinya? mcm mana dia nak tahu yang dia adalah cinta terakhir pasangannya? hmmmm. susah nak bgtau, tapi bila dah mencintai seseorang itu, percayailah dia. put your faith on him/her. who knows he/she might be The One for you. for someone like myself, faith is far more important before love. of coz love is essentials but faith is the base of every relationship. you love someone becoz you have faith on him/her. and when you're in a relationship, honesty is always the best policy. being honest with one another and having faith in each other is the ultimate key to a successful and meaningful relationship. i dont say this purposely for women only or men only. its for everybody to think about. aku bukan nk hentam org pompuan je sbb org lelaki pun same jer. ramai yg tak setia. I've watched it happen around me. so, I open this to be discussed among the readers. All comments are welcomed. sila lah nyatakan pendapat anda. heheheh. bukan senang aku nk buat post2 yg jiwa kacau mcm nih. huhuhu.

p/s 1: salah ke aku jiwang? romantik ape?
p/s 2: sori la tetibe berjiwang2 plak hari nih. saje je. no heart feeling okay. jgn marah2 or muntah2. hehehe

Tuesday, June 30, 2009

Explaination

assalamualaikum...

I'm tired. Exhausted. Fatigued. Jaded. hmmm. kenape? actually penat driving and travelling. for the past month, I had to go back to my hometown not less than 5 times. As u all know, aku pegi kursus kat terengganu selama 2 minggu in the middle of May. aku abis kursus and balik KL pada 30 Mei (Sabtu).

the next weekend (5 Jun), adik lelaki aku ajak balik kg sbb nk amik barang and at the same time amik adik pompuan aku yg dah abis cuti. balik kg dia drive naik kelisa. aku drive sejam je sbb lenguh kaki. huhuhu. tp balik KL semula aku drive sbb naik Unser ayah aku.

the following week (10 Jun), mak aku drive Kelisa bawak ayah and adik2 aku yg lg 2 org tu dtg sini. memule tu hesitate jugak nk biar dia drive jauh2 but she insists. ayah aku ada appointment kat hospital putrajaya on 11 Jun. then, of coz la aku kene anta diorang balik kg. after office hari jumaat (12 Jun). naik Unser. sbb kelisa tu adik aku nk guna kat sini. kenapa aku kene anta? Pertama, sbb adik lelaki aku dah duduk dengan aku sbb dia dah start keje kat KL. Kedua, sbb ayah aku tak boleh drive lg. Ketiga, sbb aku tak berape harap mak aku drive Unser tu jauh2. then aku balik KL semula pada hari sabtu (13 Jun) dengan menaiki bas ekspress. memule igt nak balik hari ahad tapi tiket dah habis daaa. huhuhuhu.

kemudian, the week after that (19 Jun-jumaat), sekali lagi aku balik kg lepas office hour sbb mak aku nk buat sedikit majlis kesyukuran pada hari sabtu (20 Jun) sempena kejayaan adik aku dapat masuk UNITEN. aku balik KL pada hari ahad (21 Jun).

and finally last week (25 Jun), aku balik kg untuk amik famili aku sbb adik aku akan register kat UNITEN pada hari Sabtu (27 Jun). aku tinggalkan kereta aku kat kampung and drive Unser balik KL. aku balik kg semula pada hari ahad (28 Jun). adik lelaki aku yg drive dari KL ke kampung and aku drive dari kampung ke KL on the same day. kenape balik hari? sbb road tax aku mati pada 28 Jun and aku lupa nk renew. huhuhuh.

so, fahamilah the-one-word-posts aku sebelum2 nih. heheheh.

p/s: *in the middle of that, aku kene attend kursus kat bangi dari 22-25 Jun.

Friday, June 26, 2009



Jaded



Monday, June 22, 2009



Fatigued


Sunday, June 14, 2009



Exhausted


Wednesday, June 10, 2009



I'm tired


Wednesday, June 3, 2009

Master

assalamualaikum..

last week, lepas abis kursus tu aku balik kg. then hari jumaat tu aku and family pi Yayasan Pahang untuk amik duit RM500 sbg mcm wang bantuan utk masuk IPT. semua anak2 jati pahang akan dapat duit tu dgn bbrp syarat la. tp bukan itu yg aku nk citer. aku nk citer pasal satu soalan yg ayah aku tanye aku. dia tanye bile aku nk samb belajar. terkedu jap aku. aku pun ckp bile aku dah sah jawatan nnt aku sambung la. maybe tahun dpn or 2011. ayah aku senyap jer.

kenape aku terkedu? sbb lps aku abis belajar dulu, ayah aku suh aku sambung buat master and klu boleh smpi Ph.D. aku ckp kat ayah aku, aku sanggup smpi master je. Ph.D tu maybe payah sket. mcm aku dah janji la ngan ayah aku. aku pun mmg dah plan nk samb master kat uniten. mula2 jadi Research Assistant pastu wat master free of charge sambil jadi tutor kat uniten tu. plan aku almost work out. dapat jadi RA. tapi.....kusangkakan panas hingga ke petang, rupanye hujan pukul 11. huhuu. mmg aku dapat jadi RA. tp utk satu projek Engineering di mana aku diperlukan untuk memprogramkan sebijik chip guna C Programming, which is my expertise. namun setelah bbrp bulan, chip tu tak smpi2 setelah di'order' dari US. and aku pun hanya makan gaji buta. kerana bosan, aku cari keje lain and sbb tu la aku tak smpt wat master. mak aku plak letak syarat klu nk kawin kene wat master dulu. tu yg aku tak kawin2 lg nih. hahahah. (padahal mmg takde calon lg pun.huhuhu.)
berbalik pada citer soalan ayah aku td. aku sebak gak la. sbb tak dpt lg tunaikan janji aku pada ayah aku. tp bukan aku lupa pada janji tu. cuma masa dan keadaan masih belum mengizinkan aku utk samb belajar. aku dah janji pada diri aku yg aku akan tetap samb belajar selewat2nya pada 2011. insya Allah. doakan aku ye kawan2. :D

citer pasal ayah aku nih, terkenang aku pada satu lagi citer. dari rumah aku (Rompin) nk ke pekan or kuantan or terengganu ade satu je jalan utama. jalan pekan-rompin la. jalan nih menyimpan seribu satu kenangan utk aku. and everytime aku lalu jalan nih aku pasti akan menitiskan air mata lelaki ku. chewah. huhuhu. kenape? kisah ni berlaku hampir 10 tahun yg lepas. huhuhu

skolah menengah aku di Pekan. aku tinggal kat asrama. jarak Rompin ke Pekan almost 100km. klu balik hujung minggu aku kene naik teksi. sbb masa tu parents aku belum ade kereta lg. kami cuma ada 2 buah motosikal. satu utk mak aku pegi keje. satu lagi utk ayah aku ke kebun or meronda (ayah aku keje jaga). masa aku form 1 and form 2, bas dari Pekan ke Rompin pun xde lagi. so, bile aku nk balik semula asrama, kadang2 naik teksi tp mostly ayah aku yg hantar.
ye, naik moto. klu penat sgt, ayah aku berenti kat bus stop utk berehat. aku igt lg kadang2 ayah aku tertdo atas moto sbb terlalu penat. tp ade satu bende yg aku buat and aku rasa menyesal smpi skrg. sbb tu aku menangis bile aku igt balik peristiwa tu each time aku lalu jalan tu. hmmmm. masa tu hujan turun renyai2. aku dan ayah aku cuma pakai baju hujan. bile hujan semakin lebat, ayah aku berenti kat satu hentian bas di tepi jalan. waktu tu mmg dah dekat nk smpi dah skolah aku. dah 3/4 jalan dah dari rumah aku. tp aku ajak ayah aku balik semula dgn alasan baju2 aku dlm beg tu basah. takde baju sekolah nk pakai utk esok hari. aku tgk muka ayah aku. dlm keadaan terpaksa dia ikut kan jugak kehendak aku. kami patah balik. dan esoknye aku balik asrama naik teksi. aku takkan lupakan peristiwa aku menyusahkan ayah aku tu. biar 100 kali pun aku lalu kat situ, aku akan tetap menangis walaupun aku dah cuba nk tahan. hmmm. maafkan ino, abah.

p/s: adeh. nape lah aku sensitif/jiwa plak arini. huhuhu

Monday, June 1, 2009

Syurga Cinta

assalamualaikum...

aku dah lama tak tgk wayang. selain nk tgk heliza tu berlakon, ade sumting yg menarik aku utk tgk citer nih. aku igt citer nih mcm satu citer Indon dulu, Kiamat Sudah Dekat. tp lepas tgk hari tu ternyata tak sama walaupun konsepnye mungkin ade sedikit persamaan. and aku tak nyesal tgk citer nih. ada byk bende boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.
Jodoh nih ade 3 jenis. yang pertama, jodoh dari syaitan. Berjumpa, berkenalan, saling menyukai, terjebak dengan maksiat, terlanjur dan barulah berkahwin.
yang kedua, jodoh dari jin. lelaki suka tp pompuan tak suka. so lelaki bomohkan pompuan supaya suka kat lelaki and mereka pun kawin.
yang ketiga, jodoh dari Allah. Berjumpa, berkenalan, saling menyukai. si lelaki melamar si perempuan dan diterima. berkahwin dan hidup bahagia. itulah Syurga Cinta.


Kenapa Allah sorokkan matahari dan datangkan guruh, petir dan hujan? kerana Allah mahu berikan kita pelangi......


cinta hanya untuk orang yang benar2 ikhlas ingin memilikinya, bukan untuk dipersendakan.

hmmm. the truth is, citer ini mampu menghadirkan keinsafan dan kekesalan bagi yang betul2 memikirkan dan menghayati mesej yang cuba disampaikan. sesungguhnya manusia sentiasa lupa dan alpa. termasuklah diri aku sendiri. bukan kita tak tau tp kite buat2 tak tahu. kenapa? tepuk dada tanyalah iman.

salam.

Saturday, May 30, 2009

I'm back

assalamualaikum...

hello evryone. i'm back. hehehe. penat giler seyh kursus dua minggu kat kemaman tu. adeh. hari2 ade aktiviti and kelas. siap kene wat presentation and public speaking lg. weekend ade treasure hunt and football matches. nasib baik la exam on the last day tu ok. hehehe. byk gak pengalaman berguna dapat kat sana. and tak lupa jugak pengalaman yang agak kelakar.

kursus kali nih ramai ustaz2 and orang jabatan agama. mostly dari kelantan. so tak pasal2 aku pun terikut2 cakap kelantan kat sana. walaupun tak fasih, tp kire ok la. pahang, terengganu and kelantan bukan jauh mana pun. hehehe.
program kursus ni wajibkan solat subuh and maghrib jemaah. maybe sbb ramai ustaz kat situ, ade gak yg panggil aku ustaz. huhu. aku ckp la aku bukan ustaz. tersipu sket mamat tu. hehehe. ade gak yg straight forward tanya aku dari majlis agama mana. dlm kekeliruan, aku pun jawab aku dari majlis keselamatan. hehehe.
klu nk citer pengalaman, smpi esok pun tak abis nih. aku baru je smpi dari kampung arini. penat giler. esok nk kemas umah sket. so mlm nih nk tdo puas2. tak tau la kul bape nk bgn esok nih.
huhuhuhu.
salam.

p/s: hari tu aku dgr and hayati lirik lagu when you're gone rasanye. just wondering if there's anyone that missed me like that. hahahaha.

Sunday, May 10, 2009

hmmmm

assalamualaikum...

hmmm. lama dah tak update blog nih. nk kata bizi takde la bizi sgt. cuma takde ape and takde mood sgt nk update blog. takde citer beshh pun untuk dikongsi. aktiviti RIMM pun slow sket bulan 5 nih. masing2 busy ngan keje masing2 kot. aku pun sbnrnye byk keje jugak. smpi tak terbuat jugak la. hehehe.

next week aku akan bercuti lama. bukan la bercuti sgt sbnrnye. aku kene pegi kursus induksi umum. hehehe. sepatutnya pegi tahun lepas tp tak dpt nk pegi sbb ade tanggungjawab lain perlu diselesaikan. so aku kene pegi la kali nih. klu tak nnt tak confirm jawatan aku nnt susah plak. huhuhu. aku kene lapor diri untuk kursus tu pada 17/5. tp aku akan cuti start dari 14/5. nak balik kg dulu. lama dah tak balik kg rasanye. kursus tu habis 28/5. so aku amik cuti on 29/5 so that aku bleh balik kg lg. hehehe. so aku start keje semula pada 1/6 la. hopefully kursus tu berjalan lancar.

adik aku azmira yg baru abis SPM hari tu dpt dua offer. Diploma Pentadbiran Awam dari UiTM Dungun and Program Asas Teknologi Maklumat dari Uniten. aku nk suh dia amik uitm tu tp dia tak nak plak. maybe sbb jauh sgt kot. hmmm. so dia akan ikut jejak langkah aku la amik IT kat uniten. hari tu aku dah settlekan urusan awal kat uniten. tunggu hari pendaftaran pada 27/6 nnt. semoga semuanya baik untuknya.

hmmm. 2-3 hari nih aku kene selesema sket. hopefully bukan selesema yg tgh kecoh satu dunia skrg nih. aku rehat kat umah je weekend nih. mkn ubat and tdo jer. lemah tul la. hopefully getting better la esok. doakan aku yer.

salam.

Tuesday, April 28, 2009

Cendol Leman Dawi with pictures.

assalamualaikum...
enjoy this pictorial story. heheheh.
*all pictures are courtesy of mcnick.*

Destinasi dituju.


masing2 tgh kira2 baper round nk mkn. huhuhu.

1st round kene Q dulu. heheh.

mkn time. tmbh jgn tak tmbh. aku sanggup 3 round jer. huhuhu.

Pak leman: cayo tak? klu pakcik slh, mkn la cendol percumo kek sini selamo 15 tahun.
aku: cayo cayo cayo. wakakaka.


balik dulu pakcik. nnt den dtg laie. hehehe.

Saturday, April 25, 2009

Cendol Leman Dawi

assalamualaikum...

dah byk kali dgr pasal keglamouran cendol pakcik leman dawi nih. siap masuk Majalah 3 and Warung Kita lagi. hari nih aku dan beberapa rakan berfunride and konvoi ke situ. bertolak dari rumah aku jam 10.30 pagi. kumpul kat RnR Nilai jam 11 pagi. pekene mihun sup dulu pastu baru gerak ke destinasi sbnr. smpi kat situ lebih kurang jam 12 tghari. masa tu dah ramai org dah. gile tul. tgh2 ari terik mcm tu pun penuh org duk mkn cendol. nk cari tmpt duduk pun kene berebut. bile dpt tmpt duduk baru gi order. yg bestnye sbb sekali order je pastu bleh topup/refill sebanyak mana yg korang larat. huhuhu. kesimpulan dari perjalanan hari ini:
Servis kete + tukar spark plug + alignment = RM 165.00
Cuci kete + vakum kat Mobil Wash n Run = RM 15.00
Bekpes Mihun Sup + Nescafe O kat RnR Nilai = RM 5.00
Isi minyak kat Petronas RnR Seremban = RM 50.00
Tol Kajang-Senawang = RM 6.50 x 2 = RM 13.00
Cendol Pulut Leman Dawi + 3 kali refill = RM 1.50
Dengar Pak Leman berceloteh tanpa henti secara live = PRICELESS!!!

hahahahha.
aku rasa pak leman tu suka kot kitorang dtg ramai2. 5 bijik kete, 10 orang sekali serbu. huhuu. byk kali dia duk ulang alik kat tmpt kitorang duduk. seronok melayan kitorang kot. dtg jauh nih. heheheh. klu dia lalu je mesti dia singgah bertanya and berceloteh. smpikan dia tanye sorang2 asal mana. smpi turn aku ditanya, aku jawab pahang. dia pun bgtau la fakta2 yg berkaitan ngan negeri pahang yg aku sendiri pun tak tau spt keluasan tanah, jumlah penduduk, dan mcm2 lagi la termasuk asal usul sebutan nama pahang tu. pastu dia tanye baper percent aku caya pasal asal usul sebutan tu. aku jawab "ntah". apalagas dia kuarkan la buku fakta dia tu. dia ckp klu dia salah, aku bleh mkn cendol kat situ free selama 15 tahun. hahaha. dia bg aku tgk buku tu. ade keratan akhbar pasal Inderapura (nama asal pahang). pastu siap highlight lagi fakta pasal asal usul sebutan nama pahang tu. aku ckp "Cayo cayo cayo". wakakakakaka.
masa kitorang nak balik tu pun dia siap bermadah lagi pasal merpati la ape la. suh pegi melancong la berbagai. hahahahaha.
mmg happening la pakcik leman tu. nnt aku nk bawak famili aku pi situ la. 2 thumbs up pak leman!!
huhuhuhu.

p/s: gmbr akan menyusul kemudian. tunggu kamera org sbb aku tak amik gmbr pun. hehehe

Friday, April 24, 2009

tensen yg tensen dgn aku

assalamualaikum...

aku yg tensen. tak tau la nk wat ape lg. ape yg aku tensen sgt tak tau la. igtkan smlm nk pi shoppping kat JJ ilangkan tensen tp makin tensen plak. ramai sgt org. padan muka aku. yg pegi shopping time J Card member day tu apsal? huhhuhu. kesudahannya beli yg wajib je la. takde la nk tgk2 or belek2 lebih2. sbb mood dah hilang. nak balik tgn kosong mcm tak berbaloi plak. lgpun kesian la kat org sblh aku tu. huhuhu. so sowie.

berbalik hal tensen td. kenape aku tensen? kenape aku asyik tensen? muka aku nih muka tensen ke? tensen tu tak kesian ke kat aku? ape aku nk buat klu tensen? ape aku boleh buat klu tensen? ape aku patut buat klu tensen? ape yg buat aku tensen sbnrnye? aku pun tak tau. tu yg buat aku lagi tensen. aduishhhh. kenape la ade tensen kat dunia nih? kenape la aku mesti tensen? kenape tensen memilih utk mengganggu hidup aku? adeh. tensen aku. ntah2 tensen pun tensen ngan aku sbb aku selalu tensen.

kenape aku?? huwaaarrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

Tuesday, April 21, 2009

Dine with Lels @ Nims

assalamualaikum

di kebosanan malam ini, aku rajin nak menaip. ni baru balik mkn malam ngan my fav sis, Lels. hehehe. lama dah tak jumpa budak lela ni. hari tu jumpa pun kejap je sbb dia nk aku sahkan salinan sijil2 dia. tak byk bercerite. mlm ni kebetulan adik aku balik lmbt sket so smpt la berdating ngan lela nih kejap. hehehe. takde ape pun sbnrnye. dia saja nk jumpa and belanja aku mkn. sbb selama ini asyik aku je yg belanja dia kot. huhuhuuhu. jgn marah lela. heheheh. we just mkn2 and catching up with each other's stories jer. ade la aku mintak pendapat dia on few things yg kadang2 buat aku buntu. kadang2 aku perlukan jugak opinion from other perspectives. hehehe. bercerite mcm long lost siblings plak. huhuhu.
anyway, thanx ye lela sbb belanja aku kat nims tu. Soda SukaDuka tu mmg besh ar. hehehe.