Saturday, September 5, 2009

Pass out

Assalamualaikum

hari jumaat, 4 September 2009. berjanji dgn bbrp org kawan utk berjumpa dan melepak, atau istilah perancisnye ialah berTT, kat port biasa pada jam 10 malam (lepas terawih la tu).

menu buka puasa hari ini ialah nasik kerabu dan tepung pelita. lepas berbuka, aku terus menunaikan solat maghrib. kerana agak mengantuk, aku pun melelapkan mata sebentar di atas sejadah setelah selesai solat sementara menunggu masuknya waktu isyak. namun apabila aku tersedar, aku meluru ke luar bilik dan melihat jam di dinding. 

Ya Allah!!! dah pukul 2.30 pagi!!!! 

terus melihat telefon bimbit di atas meja. ade lima panggilan rindu (miss call) dari Sky0ne dan satu dari Fendi3z serta khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Sky0ne dan cikyah. 

apabila membaca SMS dari Sky0ne, aku terkejut. sahabat kami, Layzree eksiden lagi. aku terus membalas SMS Sky0ne(nak call takut dia dh tidur.). sebaik dia membalas SMS, aku terus call dan bertanyakan ape yg terjadi. sempat juga lah bercakap dengan encik Layzree sendiri.

alhamdulillah beliau tiada apa2. keretanye mengalami kerosakan pada cermin hadapan sahaja. namun ape yg lebih merisaukan adalah beliau melanggar seorang manusia. mangsa telah dimasukkan ke hospital dan khabar mengatakan mangsa mengalami patah pinggang. harapan semoga mangsa tidak seteruk yg didengar. semoga encik Layzree lebih tabah mengharungi hari2 mendatang. Sesungguhnya Allah menguji hamba2 Nya yang disayang.

hari sabtu, 5 september 2009. rasanye seharian jadual aku agak pack hari nih. termasuk lah Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009 di Putrajaya Equestrian Park ptg nnt. hmmmm. nnt aku blogkan kisah utk hari ini plak. insya Allah.

salam.

No comments: