Wednesday, June 3, 2009

Master

assalamualaikum..

last week, lepas abis kursus tu aku balik kg. then hari jumaat tu aku and family pi Yayasan Pahang untuk amik duit RM500 sbg mcm wang bantuan utk masuk IPT. semua anak2 jati pahang akan dapat duit tu dgn bbrp syarat la. tp bukan itu yg aku nk citer. aku nk citer pasal satu soalan yg ayah aku tanye aku. dia tanye bile aku nk samb belajar. terkedu jap aku. aku pun ckp bile aku dah sah jawatan nnt aku sambung la. maybe tahun dpn or 2011. ayah aku senyap jer.

kenape aku terkedu? sbb lps aku abis belajar dulu, ayah aku suh aku sambung buat master and klu boleh smpi Ph.D. aku ckp kat ayah aku, aku sanggup smpi master je. Ph.D tu maybe payah sket. mcm aku dah janji la ngan ayah aku. aku pun mmg dah plan nk samb master kat uniten. mula2 jadi Research Assistant pastu wat master free of charge sambil jadi tutor kat uniten tu. plan aku almost work out. dapat jadi RA. tapi.....kusangkakan panas hingga ke petang, rupanye hujan pukul 11. huhuu. mmg aku dapat jadi RA. tp utk satu projek Engineering di mana aku diperlukan untuk memprogramkan sebijik chip guna C Programming, which is my expertise. namun setelah bbrp bulan, chip tu tak smpi2 setelah di'order' dari US. and aku pun hanya makan gaji buta. kerana bosan, aku cari keje lain and sbb tu la aku tak smpt wat master. mak aku plak letak syarat klu nk kawin kene wat master dulu. tu yg aku tak kawin2 lg nih. hahahah. (padahal mmg takde calon lg pun.huhuhu.)
berbalik pada citer soalan ayah aku td. aku sebak gak la. sbb tak dpt lg tunaikan janji aku pada ayah aku. tp bukan aku lupa pada janji tu. cuma masa dan keadaan masih belum mengizinkan aku utk samb belajar. aku dah janji pada diri aku yg aku akan tetap samb belajar selewat2nya pada 2011. insya Allah. doakan aku ye kawan2. :D

citer pasal ayah aku nih, terkenang aku pada satu lagi citer. dari rumah aku (Rompin) nk ke pekan or kuantan or terengganu ade satu je jalan utama. jalan pekan-rompin la. jalan nih menyimpan seribu satu kenangan utk aku. and everytime aku lalu jalan nih aku pasti akan menitiskan air mata lelaki ku. chewah. huhuhu. kenape? kisah ni berlaku hampir 10 tahun yg lepas. huhuhu

skolah menengah aku di Pekan. aku tinggal kat asrama. jarak Rompin ke Pekan almost 100km. klu balik hujung minggu aku kene naik teksi. sbb masa tu parents aku belum ade kereta lg. kami cuma ada 2 buah motosikal. satu utk mak aku pegi keje. satu lagi utk ayah aku ke kebun or meronda (ayah aku keje jaga). masa aku form 1 and form 2, bas dari Pekan ke Rompin pun xde lagi. so, bile aku nk balik semula asrama, kadang2 naik teksi tp mostly ayah aku yg hantar.
ye, naik moto. klu penat sgt, ayah aku berenti kat bus stop utk berehat. aku igt lg kadang2 ayah aku tertdo atas moto sbb terlalu penat. tp ade satu bende yg aku buat and aku rasa menyesal smpi skrg. sbb tu aku menangis bile aku igt balik peristiwa tu each time aku lalu jalan tu. hmmmm. masa tu hujan turun renyai2. aku dan ayah aku cuma pakai baju hujan. bile hujan semakin lebat, ayah aku berenti kat satu hentian bas di tepi jalan. waktu tu mmg dah dekat nk smpi dah skolah aku. dah 3/4 jalan dah dari rumah aku. tp aku ajak ayah aku balik semula dgn alasan baju2 aku dlm beg tu basah. takde baju sekolah nk pakai utk esok hari. aku tgk muka ayah aku. dlm keadaan terpaksa dia ikut kan jugak kehendak aku. kami patah balik. dan esoknye aku balik asrama naik teksi. aku takkan lupakan peristiwa aku menyusahkan ayah aku tu. biar 100 kali pun aku lalu kat situ, aku akan tetap menangis walaupun aku dah cuba nk tahan. hmmm. maafkan ino, abah.

p/s: adeh. nape lah aku sensitif/jiwa plak arini. huhuhu
Post a Comment