Sunday, April 11, 2010

PREPARATION is IMPORTANT!!

assalamualaikum

seperti aku citer dlm entry yg lepas, cik tunang kene pegi exam SPA pada hari Sabtu yg baru lalu. exam bermula jam 9.00 pagi. tapi calon2 kene berada di dewan peperiksaan setengah jam lebih awal. jadi, cik tunang pun berjanji lah dgn kawan dia utk jumpa kat dewan tu pada jam 8.00 pagi. masalahnya, cik tunang tak tau mcm mana nak pegi ke situ. so, sehari sblm exam, aku pun bawak la cik tunang pegi meninjau lokasi dewan peperiksaan tu supaya tak sesat pada keesokan harinya. tanya2 jugak lah pada pak guard tu mcm mana flow utk hari esok. bukannya ape, untuk persediaan awal. mana la tau ada apa2 peraturan yang tak tertulis kat surat panggilan tu yg perlu dipatuhi kan? hehehe

FYI, cik tunang tinggal kat AMPANG. lokasi exam adalah di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). so, dia bangun kul 5.30pagi then gi amik aku kat umah aku dlm kul 7.00pagi. pastu kitorang breakfast dulu sblm terus bertolak ke MAEPS dan tiba di sana lebih kurang jam 8.00 pagi. keadaan agak sesak la jugak tapi ok lagi la. lepas anta cik tunang, aku balik la. kul 4.30ptg baru gi amik dia.

rupa2nya, ada sorg lagi kawan dia tak pegi pun exam tu. sbb jalan sgt jem. kawan dia yg sorang lg pun smpi lmbt. dan aku dgr mmg ramai yg patah balik sbb jalan sgt sesak nak masuk ke MAEPS tu.

hmmm. pada aku la, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. dah tau nak kene ada sana kul 8.30pagi, takkan kul 8 baru nak gerak dari rumah kan?? apa salahnya korbankan masa sket utk smpi awal? bukannya nak pegi main2. nak pegi amik exam utk dapatkan keje. bila org bagi peluang, jgn la sia2kan. kesian pada org lain yg nakkan peluang tu tapi tak dapat kerana kuota dah mencukupi. tapi kita yg dapat peluang nih boleh plak mensia-siakan peluang yg ada. seolah2 tidak bersyukur dengan apa yg kita dpt.

aku bukan nak kutuk or nak perli. just pandangan tulus ikhlas dari aku. mana yg korang rasa betul, korang pikir2 kan lah. klu korang rasa aku salah, korang boleh tegur aku atau abaikan saja. =)

p/s: aku tak suka buat org tunggu aku. klu aku lmbt, aku bgtau awal2. =)
Post a Comment