Wednesday, June 23, 2010

World Cup @ McD

assalamualaikum.

dulu masa zaman belajar selalu lepak kedai mamak layan bola. kadang2 tu game kul 3.30 pagi pun sanggup bangun and merempit gi kedai mamak. maklumla kat umah takde astro. hehehe.

tapi tu dulu. dah lama dah aku tak lepak ngan member tgk bola kat luar. hari nih tiba2 plak tergerak hati nak mengsms kawan2 ajak lepak. bukan kat kedai mamak tapi kat McDonald Taman Equinne. hehehe. thanx to Sky0ne, Layzree and fendi3z yang sudi menjoinkan diri melepak melayan bola bersama aku. walaupun sambil melepak sambil meracun GPS Garmin dan disulami aduan kisah cinta terlarang, teringat gak aku kat kenangan dulu2 melepak ngan housemate seperti fiqin, hairaul, nabil, fahmi, epon and faizal silat. aku rasa diorang tak baca pun blog aku nih tapi saje je nak mention nama diorang. hahahah. semoga berjumpa lagi di perlawanan akan datang. insya Allah. heheheh.

sbnrnye, ini tujuan aku lepak kat mcd:
Coke Contour Glass [pic from uncle google]

aku nak kumpul gelas2 tu. tadi aku dapat yg sama mcm last week sbb dia akan kuar design baru setiap hari khamis. nasib baik encik Layzree sudi menukarkannya dgn aku. so skrg nih aku dah ade 3. warna pink, hijau and purple. 2 yg pertama je aku tak smpt kumpul. tgk kat mcd td pun dah sold out. huhuhu.

p/s: gmbr kami melepak boleh tgk kat blog Faizal Sky0ne.
Post a Comment