Wednesday, June 9, 2010

Road to WC2010: Spain 6 Poland 0

assalamualaikum.

awal pagi tadi berlangsung perlawanan persahabatan terakhir pasukan Spain sblm terbang ke Afrika Selatan. menentang Polang di Murcia, Spain tidak mengalami byk masalah apabila menang selesa 6-0.

david villa dan david silva meletakkan spain mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. david silva sekali lagi menemui sentuhan jaringan dan meletakkan spain 3 gol dihadapan poland. cesc fabregas menjadikan kedudukan 4-0 hanya 2 minit slps dia dimasukkan menggantikan Xavi. Fernando Torres yg baru pulih dari kecederaan dimasukkan bagi menggantikan david villa dan menjaringkan gol kelima spain sblm Pedro melengkapkan senarai penjaring dgn gol keenam spain dan pertama untuk dirinya di peringkat antarabangsa.

ini adalah perlawanan pemanas badan terakhir dan spain membuktikan mereka dah bersedia utk mengganas di piala dunia kali ini. walaupun andres iniesta dikeluarkan pada minit ke 39 sbg langkah berjaga2 mengelakkan kecederaan dan torres serta fabregas masih belum cergas sepenuhnya, aku tetap yakin yg Spain akan dapat melangkah jauh pada edisi kali ini.

Viva Espana!!!

p/s: mcm entri serius seorang pengulas sukan?? hahahah
Post a Comment