Thursday, June 3, 2010

Lepak Larut Malam

assalamualaikum.

zaman dolu2, terutamanya dalam lingkungan satu tahun yg lalu, aku rajin lepak dgn kawan2 aku. selalunya kitorang lepak kat Foodcourt Presint 9 Putrajaya. mmg jadi port kitorang la. tiap2 minggu lepak kat situ dari kul 9 malam smpi lebam. maksudnya smpi masing2 dah tak larat nak lepak laa. hehehe. kadang2 tu smpi 2-3 kali seminggu. mmg happening.

tp itu dolu2. sejak dua menjak, especially for the 6 months, kitorang dah jarang dah melepak. mcm2 berlaku. ada yg busy dgn life masing2. ada yg busy dgn keje dan mcm2 lagi la. nak melepak sebulan sekali pun payah. klu ada pun yg available just 2-3 orang jer. tak best kan? huhuhu.

thats life. kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah. kadang2 penuh, kadang2 kosong. kadang2 jatuh, kadang2 bangun. begitu lah kan? klu hidup asyik kat atas pun bosan gak kan? nnt tak tau plak ape yg jadi kat bawah. so, kelainan dalam hidup tu la yg buat kan hidup ini lebih bermakna.

malam semalam aku ajak kawan2 aku nih melepak kat port biasa tu. nak bincang pasal nak pegi kenduri sorang member kitorang weekend nih. mula2 ramai gak kata nak dtg dgn jawapan "insya Allah". tp last2 minit ramai yg kensel sbb ade urusan lain. tp still dpt kumpul 5 orang. kire ok lah. dah lama tak lepak situ. makan, minum, borak2. mmg layan la smpi tak sedar masa berlalu. aku tgk2 jam dah pukul 1 pagi. huhuhu. giler arrhh. so kitorang balik hampir2 kul 1.30 pagi kot. itu lah kawan2 dunia akhirat. kasih mmg satu, kawan biar beribu. susah senang ada kawan2 bersama kongsi suka dan duka buat hidup ini lebih bermakna. JMD!

p/s: nasib baik aku MC hari nih. huhuhu
Post a Comment