Friday, June 4, 2010

Mood World Cup

assalamualaikum

mood piala dunia atau demam piala dunia dah melanda. team eropah pilihan aku ialah Spain. dari dulu lagi aku minat Spain wlupun sering gagal di pentas besar spt Euro dan World Cup. tp pada Euro 2008, semua berubah kerana Spain berjaya menjuarainya. sekarang, di ranking ke-2 dunia di belakang Brazil, spain dilihat sebagai antara pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia 2010. berikut adalah laporan perlawanan persahabatan antara Spain dan Korea Selatan yang berlangsung pada tgh mlm td (waktu malaysia).

Spain 1 Korea Selatan 0
walaupun menang menerusi jaringan minit2 akhir (minit 86) oleh Jesus Navas, itu sudah ckp utk Kem Espana. apa yg penting? KEMENANGAN!! janji menang. kalau main cantik bergaya pun tapi tak menang, apa gunanya, kan? hehehe. 

navas malu2 kucing dipuji rakan 
[pic taken from soccernet.espn.go.com]

kali ini, pak Del Bosque memilih untuk memulakan perlawanan dgn pemain2 yg jarang membarisi kesebelasan utama Spain, kecuali Cesc Fabregas. so, 1st half berakhir dgn 0-0. mula2 masuk 2nd half, 1 pertukaran je dibuat. Victor Valdez diberi peluang beraksi kali pertama di peringkat antarabangsa menggantikan Pepe Reina yg lepak je kat pintu gol hampir sepanjang separuh masa pertama. permainan Espana berubah apabila muka2 familiar mula masuk pada minit 58. Xavi, Xabi Alonso, David Villa dan Pedro. baru lebih bermakna permainan Kem Espana.

so far, prestasi pasukan pilihan juara WC nih ala kadar je. mungkin masih dalam mood friendly nnt. tak sabar nak tunggu perlawanan pembukaan nnt di mana aku pasti Kem Espana akan membaham Switzerland. hehehe. tunggu je laaa.

Untuk lebih banyak berita tentang Piala Dunia dari kaca mata blogger Malaysia, layari blog Kampung Piala Dunia.

p/s: ada team pilihan kalah laa malam tadi. huhuhu.

No comments: