Wednesday, December 31, 2008

busy ke?

assalamualaikum...

aku rasa dah dekat seminggu aku tak update blog nih. busy? ermmm. busy la jugak tp bukan dgn keje. aku cuti dari krismas hari tu smpi 4 Januari. so mmg bukan soal keje la. busy ngan bende lain. busy dgn ape? itu yg korang tak tau. hehehe.

sbnrnye ade byk je aktiviti aku nk citer kat blog nih tp takde masa. contohnye aku dua kali tak jadi gi sarawak. dah sampai airport kene patah balik sbb diorang tak tukar booking flight aku. haru betul masa tu. terus aku dah takde mood nak pi sarawak dah.

skrg nih aku tgh busy mengadministrasi satu forum baru ngan member2 aku. sebabkan forum tu la aku smpi xde masa nak update blog nih. huhuhu. tp lepas nih insya Allah byk aktiviti yg akan dirancang. paling dekat ialah New Year's Eve BBQ & Camping kat PD. mlm nih la. hehehe. akan bertolak dari sini lebih kurang jam 1830hours. nampaknye mmg setup khemah dalam sinaran lampu kereta je la. xdapat nak gerak lebih awal sbb ramai peserta yg bekerja. in fact, aku sorang je yg cuti hari nih. hehehe.

until next time. see you when i see you.

Wednesday, December 24, 2008

Have you ever...

have you ever feel.....

have you ever feel like no one care about you
have you ever feel like no one could understand you
have you ever feel like no one feel sorry for you
have you ever feel like no one feel that you're important
have you ever feel like no one needs you
have you ever feel like no one knows you
have you ever feel like no one likes you
have you ever feel like no one loves you
have you ever feel like no one misses you

have you ever feel.....

Monday, December 22, 2008

LIFE

I want my life back
I need my life back

how does it feel not to own your life
how does it feel not be able to do what you like to do
how does it feel not be able to do what you want to do
how does it feel to live to others expectation
how does it feel to live to others satisfaction
how does it feel to live to others decision

I need my life back
I want my life back

Sunday, December 21, 2008

Bowling - The Battle

assalamualaikum...

hari ni ade Pertandingan Bowling MKN 2008. aku masuk last minit ganti member aku. kiranye aku tak masuk dlm team ofis aku la. masuk team campuran. memule mmg nak join team ofis tp dah cukup org. nak buat team satu lg tak cukup org plak. so, bila ade org ajak aku join team diorang aku accept je la the invitation. kene bayar RM 20. main 3 game. satu team ade 4 org.

game sepatutnya start kul 11 kat Mines Bowl Mines Shopping Fair. oleh kerana kepenatan main futsal mlm sblm tu dicampur plak aku tido pada pukul 3 pagi, maka aku telah terlewat bgn. sedar2 je dah kul 10.34 am. kelam kabut aku mandi and bersiap. member aku siap call lg tanye aku kat mana. huhuhu. so mmg aku dah terlewat la kan.

bile aku smpi je kat mines, diorang baru abis practice session. so takde la lewat sgt. dah la aku 1st bowler team aku. amik kasut pastu terus baling je. ade la 8 pin kot jatuh. tp start frame kedua aku tapau strike smpi frame ke 5. huhuhu. 4 strike berturut2?? aku pun terkejut. tak penah2 aku wat mcm tu. maybe im just lucky.

tp lps2 tu, bile tgn dah mula terasa berat, menurun la sket. masuk game kedua, jumlah jatuhan pin semakin berkurang. apatah lagi game ketiga. huhuhu. aku mmg dah lama tak main bowling. klu main pun setakat 2 game je. 3 game mmg la sgt2 jarang. nih summary game aku:
1st game : 185 pin (4 strike)
2nd game : 139 pin (4 strike)
3rd game : 137 (2 strike)
huhuhu. aku pun terkejut gak la ngan form aku hari nih. hehehe. lps game igt nk balik terus. tp team aku suh tunggu so aku tunggu je la ngan diorang utk penyampaian hadiah. mana la tau kan. hehehe.

aku tgk byk hadiah. rupa2nye ade hadiah utk individu. dan rezeki aku diumumkan pemenang ketiga individu lelaki dgn jumlah 461 jatuhan pin. alhamdulillah. rezeki. dah la penyertaan last minit ganti org. datang plak lambat. tp dpt hadiah plak. rezeki. rezeki. alhamdulillah


hamper


Personal Trofi

lps tu terus balik tdo. lapar punye pasal kuar mkn. rasa mcm nak makan kenny rogers. so, inilah habuan aku mlm nih. huhuhu.

Quarter meal with BBQ Baked beans, Potato Salad and Mashed Potato.

Futsal - The Return

assalamualaikum....

alhamdulillah, perancangan utk bermain futsal sesama JMD berjaya dilaksanakan. dapat lah kumpulkan 12 pemain mlm ni termasuk 3 pemain import. Main kat Aktif Futsal Bangi dari kul 10.15mlm smpi 11.15mlm. thanx to fiqin dan dila yg turun sama. tp fiqin je la main. dila tgk je la. hehehe.

yg pompuan ade 4 player je. memule diorang nk geng sendiri je. baru 2-3 kali sepak aku rasa cannot go mcm tu so aku mintak dicampurkan team lelaki and pompuan. baru lah ade game. since its just for fun, so we had fun la. tp mmg letih gile la.

as for myself, aku mmg dah lama tak bersukan apatah lagi berfutsal. so mmg cpt la pancit. stamina takde. klu boleh buat aktiviti nih sbg aktiviti bulanan, aku mmg suka la. hehehe. boleh kurangkan lemak2 kat mana2 yg berlebihan tu. hahahaha.

enjoy the pics. more to come.
Team Futsal JMD

Gaya bebas

Aksi di dalam & luar gelanggang

sesi melepak membasahkan tekak mengisi perut


pic source : layzree @ photography

Friday, December 19, 2008

WQG 1247 - Reborn

assalamualaikum...

as some of you knew, my car is experiencing quite a problem lately. Especially about the cable plug that totally deteriorated my engine performance, beside the facts that I got an accident last month which affected the left side of my car's lamp, front and rear.

Yesterday, replaced the cable plug myself and the car is finally running like usual. When you do it yourself, it feels good. It feels really good especially if what we did solve the problem.

Today I was on leave. No occasion. Just feeling like taking a rest from my hectic work. So tired. But instead of resting, I was forced by myself to take care of my car. So first I went to Cheras and bought a new fender for my car. On the afternoon, I went to a workshop to replace the old fender with the new one. While I was there, I asked what would it cost to repair the rear part of my car and repaint it together with the new fender. The Chinese tauke gave me a figure around RM450 and said it would take at least 2 days to complete it. So, now what I had to do is to find the suitable time to send my car there and of course, the money.

Right after replacing the fender, went to the accessories shop nearby my house, the one I always went. Guess what's next? Yes. Replacing the headlamp. Got a new one but not as same as the original one. This one is called Smoked Crystal Lamp. Not as bright as the original one but it'll do and its nice. heheh. So there it goes.

Thats all I had to say for now. Until next time. See you.

Thursday, December 18, 2008

Remp-IT - JGE5072

assalamualaikum.

akhirnya, setelah bbrp bulan tersadai di No 7, Jalan Seri Emas 4, Taman Seri Emas, Kajang, hari ini aku kembali merempit. JGE tu dah lama dah aku tak bawak gi jalan2 so hari ni aku bawak la dia gi ofis. untuk berapa lama? ntah laa. tak pasti la aku akan merempit pada kadar kekerapan yang tinggi atau sekadar berselang seli dgn WQG. hmmm.

dah lama tak merempit dan hari ini baru dapat balik feel nye. in certain ways, its much better than driving a car. hehehe. pape pun, syabas lah pada JGE sbb masih maintain keadaan yg agak tip top setelah hampir 7 tahun berkhidmat untuk aku. sejak tahun kedua aku kat uniten smpi lah sekarang. jasamu ku kenang baktimu ku tuai. huhuhu.

salam.

Wednesday, December 17, 2008

My old friend - JGE 5072

assalamualaikum...

sape? hehehe. motor aku. JGE5072. dah lama aku tak gunakan khidmat dia. bbrp bulan gak la. condition elok lagi cuma tayar je dah takleh pakai. so td aku ade masa terluang dan entah kenape ade semangat nak repair motor aku tu.

memule aku igt nak heret je gi isi angin kat petrol pump tp tayar teruk sgt and takleh jalan. so aku tanggalkan dua2 tayar and bawak ngan kete. malangnya kedua2nya tak dapat dimasuki angin. so, pegi kedai motor and tukar dua2 tayar. terbang lah RM100++. huhuhu. takpe lah dah lama tak layan motor aku nih. sekali sekala ape salahnya. hehehe.

salam.

Tuesday, December 16, 2008

Futsal JMD [update!!]

assalamualaikum,

to whom it may concern,

hehehe. wahai kawan2 dan rakan2 JMD ku. kat sini aku letak update untuk Projek Futsal kita hujung minggu nih. MARI GEGARKAN!!!!!
Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Aktif Futsal, Seksyen 13 Bangi


[Peta Lokasi Aktif Futsal]
bagi mereka yang tak tau jalan, sila berkumpul di hadapan PLPP Bangi a.k.a tmpt keje Sky0ne pada jam 9.30 malam. dari situ dah tak sampai 2 kilometrico dah nak ke lokasi.

sebarang pertanyaan, bleh hubungi aku di talian 012-3944074. antara JMD yg tau lokasi adalah RyCO, Ibanezx, boy7490 dan pyan. so, sila hubungi kami jika ada masalah nak ke lokasi.

List yg mau hadir: (pemain kecuali dinyatakan. heheh.)
(updated as at 2343 hours on 181208)
01. RyCO
02. layzree
03. Sky0ne - tukang urut
04. boy7490 & adik ipar
05. pyan
06. Ibanezx
07. nirelwof & friend
08. seksiteri & umu - tukang bancuh air sirap selasih
09. mcnick
10. shamsiah81 & da myvian - pom2 gurl
11. nur_sweety & kawan


Jumlah pemain :
Kaum Adam : 8
Kaum Hawa : 4

p/s: kepada yg nak tukar status kepada pemain sila maklumkan pada aku. heheh.

Wednesday, December 10, 2008

from PWTC

assalamualaikum

my room @ best western pacific hotel



on the stage after closing ceremony


with Dato' Mahadzir Lokman



enjoy the slideshow...

Tuesday, December 9, 2008

tunggu

assalamualaikum

currently so tired nak update blog. nnt aku cari free time utk mengupdate ye.

salam

Friday, December 5, 2008

catching up

assalamualaikum...

annur liyana a.k.a anne. smlm aku sempat jumpa dak kecik nih kejap. dinner kat area umah dia jer. aku naik lrt. tak bawak kete pun. having dinner and borak2. rasa mcm dah lama giler tak jumpa dia. tgk dia pun mcm makin kecik jer. heheh.

mlm tu bercerite2 and catching up with each other's life. cuma yg tak berape beshnye aku asyik bercerite cerite2 sedih jer sedangkan dia bercerite cerite2 hepi. kesian plak kat dia mcm serba salah nk bercerite. tp nk wat camner, itulah hidup aku. byk kisah sedih jer. huhuhu.

walau ape pun, aku sgt sgt sgt sgt suke bile aku tgk dia bercerite. bersungguh2 dia gelak, ketawa sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt hepi je. terpancar kebahagiaan di wajahnya. [amin, u better take a very2 gud care of this budak kecik]. hehehe.

aku letak gak pic dia wlupun dia tak bagi letak. sori anne. cik nana, i know u read this. ur turn will come. wait ha. hehehehe.

Wednesday, December 3, 2008

i skip dinner

assalamualaikum.

mmg selalu aku skip dinner. tp smlm aku skip official dinner utk persidangan menteri2 asia kat pwtc nih. bukan tak nak pegi, tapi tak larat sgt. penat giler. lgpun aku dah rasa dah makanan tu masa food tasting hari tu. chinese cuisine. tak berape kene sgt ngan tekak aku. tp sup sirip ikan yu dia mmg agak marvellous gak la. hehehe.

oleh kerana tidak memakan apa2 sehingga jam 12.30mlm, perut aku dah masuk angin. makan mee goreng jam 1 pagi kat kedai mamak dkt2 pwtc nih. lega la sket. adoiyai.

penat sgt smpi nk tdo pun tak lalu, nak makan pun tak lena. nasib baik la mandiku masih lagi berbasahan. hahahahah.

adios amigosh
see you when i see you

Monday, December 1, 2008

kebizian keletihan

assalamualaikum.
letih giler. penat giler. giler letih. giler penat. huhuhuhu. busy biler. sibuk giler.giler busy. giler sibuk. huhuhu. ni pun aku curi2 pegi CC yg sepatutnye digunakan oleh delegates. actually aku nk check CC ni dah siap belum. so aku test la dulu. hehehe.
so far mmg takde masa la nk online kat PWTC nih. keje byk giler smpi tak cukup kaki dan tgn. letih tu tak yah citer la. ni pun aku cilok sekejap. tgk lah klu ade masa nnt aku update la lg.

adios amigos
see you when i see you.

Saturday, November 29, 2008

surprise party

assalamualaikum

dalam kesibukan aku, masih smpt menjoin member2 JMD aku buat surprise besday party utk RyCO, penghulu JMD. ni semua pun atas permintaan kakngah aka seksiteri aka awek RyCO. huhuhu.

lokasi: superstar karaokebox alamanda. kami bertujuh (aku, layzree, skyone, fendi3z, zackrossi, zuzu & marvellous) tunggu kat dalam bilik yg ditempah pada jam 9.20mlm. ketibaan ryco dan kakngah jam 9.50 mlm. terkejut beruk gak la si ryco tu. hahaha. kami nyanyi lagu selamat beramai2 smpi nk pecah speaker bilik tu dan ryco masih terpaku di muka pintu. selepas sesi potong kek dan suap menyuap antara kakngah dan ryco, acara melantak kfc pun dimulakan. kemudian berkaraoke lah smpi kul 12.30am. huhuhu. smpi masing2 hilang suara. hahaha

lps tu, pi minum kat kedai mamak kat Presint 9 lak. aku, zuzu, fendi3z & skyone je. borak2 smpi 1.50am then baru gerak balik. lepas anta skyone kat umahnye, aku pun terus balik umah aku. nih baru lepas kemas2 beg. esok nak pi pejabat kul 9 pastu nak terus pi pwtc. hari ahad maybe aku balik kejap nak amik saki baki barang di pejabat dan nak anta balik kete aku kat umah. adik laki aku nk dtg hari ahad so aku kene la tinggalkan kete aku kat dia. klu tak, susah la dia nak bergerak nnt. huhuhu.

mmmm. sekian dulu kot. klu smpt nnt aku update lg kat pwtc. gmbr surprise party and karaoke tu nnt aku update kan.

adios amigos.
see you when i see you.

Friday, November 28, 2008

aku yg sibuk

assalamualaikum...

masih di ofis. melakukan persiapan terakhir sblm bertolak ke PWTC pagi esok. macam jauh je KL tu. huhuhu. bukan sbb jauh atau dekat. tapi byk aset pejabat di bawah tanggungjawab aku nih. tambah plak dapat keje2 last minit. panas betul la. tp dah diarah oleh pengurusan tertinggi. ape bleh buat. saya yang menurut perintah je la. huhuhu.

aku still undecided nak bawak laptop ke tak. klu aku bawak karang takut tak terjaga plak. maklumlah byk keje. so better tak yah bawak la kot. so jarang lah aku beronline nnt. klu ade masa aku cilok la mana2 laptop urusetia utk online kejap. dah kata semuanye bawah tanggungjawab aku. aku punye suke la nak guna waktu bile kan? hahaha.

lps habis event nih sure aku penat gile. tp tak leh cuti. habis 5 hb (hari jumaat). weekend tu kene balik kg. raya haji. ptg raya or 9hb dah kene balik sini semule. 10 hb pi sarawak. 11 hb dah balik sini balik. perghhh. letihnye.

bukan aku tak mau amik cuti. cuti mmg byk lagi. tp klu aku amik cuti pun duk kat umah je nak wat ape kan? nak jugak pi cuti2 mesia or at least balik kg ke. tp aku tak boleh buat tu semua. huhuhu. sbb aku tinggal ngan adik pompuan aku. dia ade kelas dari hari isnin smpi hari sabtu. aku lah yg kene hantar dia and amik dia tiap2 hari. so mcm mana aku nak cuti? nak tunggu dia cuti? bulan Feb 2009 baru dia cuti. by that time sure byk lagi keje2 baru yg bakal menimpa aku. huhuhu.

p/s:sabar je lah rinonymous. huhuhu.

Thursday, November 27, 2008

Letih dan Penat

assalamualaikum.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi. Ampunkan aku dan kasihanilah aku. Permudahkan lah urusanku dan jauhi aku dari kesulitan yang membawa lelah dan menjejaskan urusanku. amin.

kerana kerja yg aku ckp smlm, aku tdo jam 5.30 pagi. sblm jam 7 pagi aku dah bangun utk pegi keje semula. tidurku tidak smpi 2 jam. kemudian kene pegi ke PWTC utk satu mesyuarat pada jam 8.30 pagi. aku sangkakan mesyuarat tu tak lama. aku sangka tghari tu dah boleh balik opis semula. tetapi tidak. mesyuarat hanya selesai pada jam 7.00 malam. smpi di ofis sekitar jam 8.00 malam. masuk ofis jap coz ade keje perlu dibereskan. sekitar jam 9.00 malam barulah aku smpi di rumah.

sesampainye di rumah, aku terus meletakkan kepala utk lelap seketika. kepenatan yang keteramatan kesangatan (bahasa ape aku guna nih? huhu). dengan still berpakaian pejabat dan belum makan malam, aku tertido di ruang tamu rumah ku. pabila aku sedar kembali, jam sudah menunjukkan pukul 3.15 pagi. as this line was typed, it was 3.48am on the clock. huhuhu. physically and mentally very2 tired. very2 exhausted.

bermula hari sabtu (29/12), aku akan mula berkampung di PWTC selama seminggu. hari jumaat (5/12) baru aku balik. this is a big event. Persidangan menteri2 Asia. sgt byk bende yg perlu dihalusi dan diteliti. ni pengalaman pertama aku involve dgn international event. mmg sgt memenatkan. sgt leceh. every single details will be looked into. no wonder la meeting smpi sehari suntuk.

ntah bile la baru aku dapat bercuti.....................

Tuesday, November 25, 2008

lela ajak mkn2

assalamualaikum.

ptg td Lels call aku. dia ajak aku dtg umah dia mlm nih. ade mkn2 katanye. dia jemput kawan2 ngan ofismate dia kot. hmmm. klu boleh aku nak pegi. sbb dia kata dia nak majuk klu aku tak pegi. alalala. hahaha.

actually aku ade keje nak kene setelkan mlm nih. tp takpe la. aku try setelkan awal or aku stay up late la nnt utk abiskan keje tu. cik lela ku cyg, klu ade kesempatan jap lg aku gi umah ko ye. ermmm. waktu skrg jam 7.41pm. awal lagi. jap lagi aku update either aku pegi ke tak ke rumah dak kecik nih. hehehe.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

ni dah kul 12.30am. aku masih lg membuat keje ku. benti rehat jap. kul 9 lebih td aku kuar gi jumpa Jue (ofismate aku) nk collect data utk aku siapkan keje nih. pastu aku igt nk pegi la umah si lela tu. bile aku call, dia kata dia kuar la plak. terus aku membatalkan hasrat aku nak pi makan2 kat umah dia. dia kata dia simpankan mknn utk aku. dia suh aku mai esok plak. insya Allah la lela oii. harap2 elok la lagi makanan tu. huhuhu.

keje aku tak abis lg nih. byk lg. maybe stay up late nih. mata dah ngantuk. leh wat keje sambil layan bola nih. mau masak air and buat kopi. before dat leh minum nescafe energo yg aku beli smpi 4 tin tadi. huhuhu. layanzzz.

salam.

kara okay

assalamualaikum.

kara okay? karaoke? karok?hehehe. smlm. oleh kerana kebosanan yg tak terbendung, melepak lah kami, budak2 wise kat McD Bangi. aku, Skyone, Layzree dan Fendi3z. then tergerak nak pi karok. diorang la ajak. aku follow je. kat alamanda putrajaya. dah start nyanyi tu rasa mcm aku plak yg lebih. huhuhu. hmmmm.

actually dah lama aku tak berkaraoke. dulu masa buat keje mampan kat kuantan mmg hari2 layan karaoke. nak lepas tension or pressure keje. smlm aku rasa aku nyanyi sbb nk lepaskan sumting yg terpendam (bukan bakat.huhu) dlm hati dan perasaan aku. maybe jugak bebanan kerje yg menimbun kebelakangan nih menyebabkan aku rasa sedikit tekanan. okay gak cara tu utk lepaskan tension kan? hehehe. melalak je la. jerit je la. bukan ade org nak marah. jerit smpi hilang suara pun takpe. lain kali bleh repeat lg nih. huhuhu.

p/s: sori guys klu aku terlebih mlm td. bukannye ape, just nak release tension. huhuhu.

sensitivity

aku rasa kebelakangan nih aku akan mudah rasa marah2 and bengang. sensitif sket. huhuhu. aku mintak maaf awal2 la klu2 aku terlepas kat korang. its just work pressure and i'm not getting the chance to go on vacation, which i certainly need. i need it very2 much. dont know when i can take a leave and go holiday sumwhere. arghhhh.
sorry if i hurt anyone.
if i did sumting wrong, please tell me and correct me.
please bear with me and forgive me.
im just a normal human being.

Monday, November 24, 2008

tertensen sekejap

assalamualaikum...

hahahaha. mesti ade yg tak paham kot ngan tajuk tu. tertensen?? ape tu? huhuhu. tension la. terbengang and terbengong kejap td. pasal keje la ape lg. tp sekejap je. then dah ok dah. sorry if ade sape2 yg terkena fire or terase ngan aku td.

aku tak suka bile byk bende nak dibuat and diubah di saat akhir. but what to do, saya yang menurut perintah. and aku tak suka org tinggikan suara kat aku or dlm kata lain mcm marah2 kat aku walhal its not my fault. tp aku tak marah balik la. biasenye aku senyap jer. klu aku marah balik td lain plak jadinye. so let it be je la. malas nak panjang2 kan. biase la kot saat genting mcm nih. byk sgt keje nak kene buat dlm masa yg singkat hujung2 tahun nih. mmg aku tgh busy giler skrg nih. and maybe org lain pun mcm tu jugak. so sometime explosion happens. so can't blame them. just put myself in their shoes and i should understand. :) we're just human. making mistake is normal. the important thing is to learn from that mistake and make sure not to do it again.

life is precious. enjoy your life the way you like it. the way you want it.

salam.

Sunday, November 23, 2008

A1 GP Malaysia

assalamualaikum...

akhirnya sampai jugak aku ke Litar F1 Sepang yang dibangga2kan selama ini. mula2 smpi tu mmg teruja jugak la. penah dpt award The Best F1 Circuit in the world, The Best Host. sapa tak bangga beb. dah lama teringin nak pegi tp baru hari nih dapat merealisasikan impian itu. tq skyone sbb ajak aku. hehehe.

penat tak hilang lagi nih. letih giler dgn cuaca yg panas terik yg terlampau. nak beli makanan or minuman pun tak smpi hati. mahal giler. huhuhu. at last, balik awal. lebih kurang kul 12.45 gitu kitorang dah chow dah. smpt tgk sprint race jer. start kul 11 smpi kul 12. nak tunggu feature race start kul 3 lama giler. tambahan plak semangat dah kurang sbb Team A1 Malaysia kalah. huhuhu.

last2 balik makan kat D'Limau Nipis. lama gak tak pekene D'Limau Nipis Special tu. dulu selalu gi ngan best buddy tp dah lama tak gi situ. sbb ade port baru, Oldtown White Coffee. hehehe.
lepas makan terus balik. sambung tgk A1 kat tv je. feature race pun kalah daa. sbb masalah miss communication. tensen jer. kalau tunggu smpi habis tadi konfirm dapat penat jer. huhuhu.

ape2 pun puas hati la sbb dapat pi Litar F1 Sepang, the only circuit in the world that given the permission to use 'F1' in its name. enjoy the snaps.


upon arrival at the parking lot

welcome to A1 GP Malaysia

the entrance. i'm coming. huhu. semangat tul mizi nih.

sprint race in action (left) and waiting for restart (right)

ready to restart : Team A1 Malaysia (left), Safety Car (right)

oi mizi, kete kat sana la. ko tgk ape tu?

pit stop view and background. hehehe.

kononnye nak tunggu tgk feature race la nih, tp hampehhh. huhu.

Malaysia Boleh!!

more to come. maybe.
salam.

Saturday, November 22, 2008

Bosan

assalamualaikum....

ape khabar? bosan laa. huhuhu. hari nih hari sabtu. takde bende nak buat. nak kuar pun tak tau nak ke mana. lg pun next week baru gaji. so, faham2 je la. hehehe. bosan tul duk kat umah nih.

smlm aku tdo awal. kul 9 dah lena dah. sedar2 kul 1 pagi. pastu wat keje sket smpi subuh. lps subuh baru tdo balik.

then bgn awal sbb kene anta adik aku gi komuter. dia ade kelas arini. itu lah keje aku hari2 kecuali hari ahad. balik dari komuter tu aku dah tak bleh tdo dah. duk ngadap tv je la. bosannye. xde sape2 nak ajak aku kuar ke? hahahaha.

btw, esok maybe gi Litar Sepang. member aku ade tiket free tgk A1 GP. support Team A1 Malaysia. hehehe.

[tambahan] nih dah malam dah nih. dah kul 10.50mlm dah nih. and aku still kat umah. hari nih mmg aku tak gi mana kecuali pegi hantar and amik adik aku jer. makan? hmmm. pg td mkn roti grg telur, ptg mkn biskut, mlm nih tak mkn pape lg. bosan la. mmg takde mood nak kuar. malas. dah lama dah aku tak macam nih. dah bbrp bulan dah rasanye aku tak mcm nih. dulu selalu la mcm nih.hmmmm.

btw, aku tgh tgk astro ria nih. diorang siarkan Terbuka Sinar Latifah. aku rasa ramai yg tak tau. ia adalah satu perlawanan badminton amal anjuran radio sinarfm utk kumpul dana bagi isteri Datuk Misbun Sidek yg memerlukan pembedahan pemindahan buah pinggang.

satu perkara yg buat aku terharu masa dgr ucapan Misbun. dia kata dia penah bagitau ayah dia yg dia tak suka main badminton. dia ckp itu cita2 ayah dia, bukan cita2 dia. ayah dia tampar dia. ayah dia ckp," ko tau pun itu cita2 ayah. sbb tu ko anak ayah. ko tgk lah suatu hari nnt badminton yg akan tolong anak bini ko." ternyata ia benar. terharu aku.
buat aku teringat kat abah. teringat lagu Satu by Aris Ariwatan. sob. sob. sob.

salam.

Friday, November 21, 2008

kebizian yg terlampau

assalamualaikum...

rasa mcm byk giler bende nak kene buat. smpikan tak sempat nk berfikir and tak tau mana satu yang nak pk dulu. huhuhu. tu lah. padan muka aku. masa takde keje merungut bosan giler. ni dah bizi giler barulah padan muka aku yg selalu merungut dulu tu. hahaha.

nak buat mcm mana. org dah amanahkan pada kite so kite terima and bersyukurlah kerana org percaya kat kite utk buat keje2 tu. tp bile at one time datang byk bende sekaligus, kadang2 tu rasa jugak lah bebanan nye. takpe. kite buat slow. pk satu2. setelkan one by one. insya Allah.

hhhhhmmmmmmmm. wish me luck. wish me well.

salam.

Wednesday, November 19, 2008

Hati-hati di jalan raya

assalamualaikum....

lebih kurang 2 minggu lepas aku ade citer aku eksiden (dalam blog lama). tak teruk sgt. kete pun masih boleh jalan mcm biasa. cuma kemek and lampu pecah dpn blkg.

smlm, member aku plak eksiden. budak wise jugak. teruk gak. siap lompat divider, masuk lane sblh dan tersadai di bahu jalan. nasib baik ada penghadang jalan. kalau tak, mau masuk gaung tepi tu. dia terbabas. klu mcm kes aku dulu sbb jalan licin. kes dia nih jalan tak licin pun. maybe jalan berpasir kot. tp bende dah nak jadi nk buat mcm mana kan? terima lah dgn redha.

kepada rakan2 aku yg lain, berhati-hatilah di jalan raya. walau kete sepower mana pun, nyawa lebih berharga. biar laju atau perlahan, keselamatan mesti lah diutamakan. berhati-hati lah. aku berpesan utk rakan2 dan diri aku jugak. renung2 kan dan selamat beramal. ;)

Tuesday, November 18, 2008

shopping??

assalamualaikum...

rasa mcm dah lama aku tak beli pakaian utk ke pejabat. kemeja or slack. memandangkan kemeja dah byk, so smlm aku rasa mcm nk beli slack je. and maybe a tshirt. as usual, tempat aku selalu pegi utk bershopping adalah Jusco. my fav brand for kemeja and slack is Suave. Executive and affordable for me. so smlm aku pun ajak la teman baik aku teman kan. bukannya tak leh nk gi sorang2 tp berdua kan lebih baik. tak gitu? hehehe. destinasi kami smlm adalah Jusco Cheras Selatan. selepas menyambar sehelai slack Suave dan sehelai tshirt Snails, kitorang pi mkn kat tmpt fav kitorang. ape lagi klu bukan Oldtown White Coffee. dia dapat fav drink dia, Ice Blended Oldtown White Coffee Original. tp aku tak dpt fav aku, Hot Oldtown White Coffee Original. sold out katanye. so aku pun mintak lah Nan Yang Kopi O. well, not bad at all. as for the food, we switch menu. klu selalunye dia akan order Ipoh Chicken Hor Fun, kali ini aku plak yg order mknn tu and dia order Nasi Rendang Chicken. teringin nak makan nasik katanye. hehehe. as we ate, Nasi Rendang Chicken was superb but not Ipoh Chicken Hor Fun. mmg mcm tu agaknye. every outlet dia mesti ade kelebihan dan kekurangan here and there. Oldtown Cyberjaya jugak yg besh. kan cik Tina? hehehe. btw, thanx coz accompanying me. huhuhu.

p/s: sorry no pics. lupa plak nak snap2. hehehe.

Tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur & ikhlas

Just something I found very interesting to share:
  • Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  • Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  • Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  • Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  • Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  • Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  • Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  • Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  • Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  • Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  • Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  • Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul org ketiga, si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  • Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai mereka.


credit to ieda

Saturday, November 15, 2008

Lels

assalamualaikum
aku tak penah sangka aku akan jumpa budak nih lagi lepas abis zaman persekolahan. masa sekolah dulu pun takde la rapat sgt ngan dia. tp sejak dia masuk uniten, we become quite closed. aku dah anggap dia mcm adik aku sendiri.

masa 1st time jumpa kat uniten, masa tu lepas kelas Malaysian Studies kot. kuar je pintu dewan kuliah tu, aku terpandang satu muka yg agak familiar. then terpacul la suara dari wajah itu. selepas mengesahkan identiti masing2, aku terus blah. maklumlah, shy-shy cat. hehehe. next time jumpe baru lah borak pjg sket. tp yg paling aku igt dia ckp pasal abg dia. berikut lebih kurang petikan dari perbualan tu.
lela : ko kenal abg aku? dia amik IT gak. batch ko.
aku : ape name dia?
lela : zurai**.
aku : tak kenal la. tp klu tgk muka kenal kot.
lela : org panggil dia tomp**.
aku : hah!!?! tomp** tu abg ko? (dgn muka terkejut)
hahaha. happen to be aku kenal ngan abg dia and abg dia rekemen kan aku pada si lela nih utk jd sumber rujukan study. bukan jd adik ipar dia la. hahaha. so from that point of time, selalu gak la melepak study sama2. study and wat assignment. tp kadang2 ade gak la citer2 bab2 personal. maklumlah, manusia tak penah lekang dgn masalah. maybe sbb tu jugak kitorang leh rapat. aku dah rasa mcm adik aku dah dak nih. adik beradik lain mak lain bapak. hehehe.
pic : iftar bersama kat dapur mas [source: iTs juz me..]

since abis uniten, dah jarang jumpa dia. masing2 sibuk ngan keje. tp we still keep in touch and meet ocassionally(cth spt gmbr di atas). kan lela kan? hehehe. kenang daku dlm doamu. klu de pape, im always here. ape lah sgt setakat nk drive satria ko dari SK or Cyber ke Putrajaya or Kajang kan? hehehe. lels, aku doakan ko bahagia dan sukses selalu. nk kawin nnt jgn lupa jemput aku. walau di mana pun aku berada, aku ku cuba utk hadir. tp kene la bgtau awal2. takut tak sempat nak susun jadual. maklumlah aku nih bizi sket. hahaha. take care sis.

p/s: tak pasal2 ko dpt satu post istimewa dari aku yg tgh boring nih. hahaha.

Coffee

assalamualaikum

baru balik melepak ngan bebudak WiSE kat Oldtown white coffee cyberjaya. mmg favourite aku lepak kat oldtown nih. selalu gak pegi lepak2 sana ngan my besh buddy. but we're not just lepak kat oldtown cyber je. merata oldtown dah aku pegi ngan besh buddy aku tu. last time hari tu kat oldtown jusco seremban 2. harga of coz la mahal sket but the coffee are superb. makanan pun superb gak la. ipoh chicken hor fun and nasi rendang chicken is our favourite. hot old town white coffee original is my fav and old town white coffee original ice blended is her fav.

im trying to recall when was the first time i went to oldtown. i cant remember the date but i definitely remember who introduce me to oldtown. who else if not my besh buddy. kan cik tina ayuni? hehehe. thanx babe.


Ipoh Chicken Hor Fun and Nasi Rendang Chicken (@ MetroPoint Kajang)

Ipoh Chicken Hor Fun and Nasi Rendang Chicken (@ MetroPoint Kajang)

Ipoh Chicken Hor Fun and Coffee Lava - ice cream (@Cyberjaya)

Nasi Lemak and Curry Mee (@Cyberjaya)

Oldtown White Coffee Original : Ice Blended and Hot

Friday, November 14, 2008

friends

assalamualaikum...

hari tu aku ckp nk call nana kan? hehehe. tak sempat aku call, ptg td dia tegur aku kat YM. panjang umur budak nih. well, takde ape sgt yg diperbincangkan. just bertanya khabar and catching up with each other. mcm mana aku leh kenal budak nih? owh. dia nih bestfren anne. hehehe. then member aku si fiqin penah keje ngan mak dia. dulu2 rapat la jugak ngan diorang nih. but since dah keje jauh2 nih (jauh ke? huhu) amatlah jarang berjumpanye. hehehe. well nana, nnt kite buat conference ek. tak lama dah kan? dah bau2 nasik minyak kat ampang tu kan? hehehehe.

p/s to nana: be happy and taking care. I'm here if you need me, as a friend, as a brother.(to mr Jitra, no need to worry. She's yours. hehehe)

surprise

assalamualaikum...
before aku gi PD hari tu, aku dpt satu kejutan. ocassion: nothing.



yups. a bouquet of flower. a gift that was never expected. masa konvo aku dulu pun aku tak dpt bunga. ni org lain punya konvo, org lain yg dapat bunga. hahaha. I would like to express my greatest gratitude, a very2 special thanx and very deeply appreciation to my best friend or we called ourselves as besh buddy. thanx Tia. thank you so much. huhuhu

salam.

I'm Back

assalamualaikum....

as i said a few post a go, after coming back from Alor Star, I was asked to attend a workshop in Port Dickson for 5 days. it has been very tiring but I had to and in the end I really enjoy it. we had classes from 9.00am till 10.30pm. mentally very very very very very tired. physically also very very very very tired. yet, still had the energy to play beach volleyball with them in the evening. it has been a long time since i played and that's why i enjoyed it very much. we even had a BBQ with karaoke session on the last night we were there. very very very happening. for all my hectic, busy and tiring days, i enjoy this workshop very much because of the participants who are very friendly and easy to relate with each other. furthermore, there's not more than 20 of us. feels like we're discussing among friends eventhough some of us just were met during the workshop. :)

view from my room@ Corus Paradise Hotel, Port Dickson


salam.

Saturday, November 8, 2008

friends

assalamualaikum

smlm aku call Anne. lama dah tak dgr citer pasal dia. dgr citer hari tu phone dia hilang. so aku saja try call. nasib baik no tak tukar lg. kebetulan jugak dia baru beli fon. 2weeks dia takde fon kot. so nasib aku baik la. budak nih aku kenal dari kecik lagi (tp skrg pun takde la besar sgt.huhuhu jgn marah ye anne). ade la lebih kurang 10 minit kot aku berborak ngan dia. just catching up with each other. dah confirm keje dah dia. bagus la mcm tu. skrg pun dah ade org 'jaga' dia. so hopefully she'll be ok. tp jgn lupa kawan kat sini dah ler. hehehe. sorg lagi budak yg aku nk call. nana. hehehe.

p/s to anne: be happy and taking care. I'm here if you need me, as a friend, as a brother.(to Amin, no need to worry. She's yours. hehehe)
p/s to nana: wait for my call. hehehe.

Exhausted

assalamualaikum....

aku kepenatan yg teramat sgt. kenape? kerana menempuh perjalanan yg agak jauh. bermula 3/11 yg lalu, aku ade urusan kerja di Kedah dan Perlis. aku ada kat situ selama 5 hari. hari jumaat yg lalu baru balik. aku pergi ngan sorang technician. kami bergilir2 drive kete pejabat. walaupun bergilir, tetap penat.

1st day (hari isnin)
bertolak dari putrajaya lebih kurang jam 9.30 pagi. smpi di alor star kira2 jam 3.00 ptg. aku mintak paklang aku book kan hotel. its happen to be he knows the manager of that hotel. nak dijadikan cerite, manager tu lupa nk letak booking atas nama aku. bilik standard dah penuh. so, dia bagi aku tinggal kat suite utk mlm nih. tp esok kene tukar bilik biasa semula. aku ok jer. asalkan ade tempat utk bermalam. hehehe.
Dinner: sendirian berhad.

2nd day (hari selasa)
Breakfast: Hotel
after breakfast terus gi pejabat MKN Kedah. lps settle kerje, dijamu mihun goreng dan teh susu plak. makan je la sbb org dah sediakan. lepas tu, balik hotel tukar bilik and rehat coz penat tak hilang lg.
Lunch: Laksa and cendol (paklang aku belanje)
Dinner: Sendirian berhad

3rd day (hari rabu)
Breakfast: Hotel
after breakfast terus gi another ofis kat alor star. lepas settle kerje, dijamu plak ngan nasik lemak and air teh o.
Lunch: dibawa oleh staff2 di situ ke Danok. makanan dia mmg superb best la. heheh
Dinner: di rumah paklang aku

4th day (hari khamis)
Breakfast: Hotel
after breakfast terus gi pejabat MKN Perlis kat Kangar. aku redah je drive sendiri sbb sebelum nih mmg tak penah drive ke Kangar. berpandukan signboard dan tips paklang aku, akhirnya smpi jugak. selepas settle kerje, dibawa shopping sket2 kat padang besar. ade la beli barang2 sket.
Lunch: sponsored by MKN Perlis
Dinner: paklang aku belanje makan kat restoran Samudera kat Hutan Kampung

5th day (hari jumaat)
Breakfast: Hotel
after breakfast terus bertolak balik ke putrajaya. kul 2 ptg smpi kat ofis. diberitahu kene hadir bengkel di Port Dickson bermula hari ahad (9/11) sehingga hari khamis (13/11). tak tau nk kata apa. arahan bukan pilihan. bos dah suruh maka terpaksalah aku turutkan. harap2 badan aku dapat bertahan seminggu lagi.

sekian, wassalam.

Friday, November 7, 2008

Bismillah....

Assalamualaikum..

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
dengan ini aku memulakan blog baru ini...
sebagai tanda permulaan baru dalam hidupku...
kisah baru...cerita baru...semuanya baru...
it is made public so that all of you can be part of my life...

Selamat datang ke Dunia Batinku!!!

wait for more updates from me....

Note: Dalam dunia blog aku guna nama anonymous (mcm nama pena plak.huhuhu.) and most blogger yg kenal aku tau aku guna nama tu. mr anon, encik anonymous, encik anon, mr anonymous. semua tu adalah aku. and i think i like that name. how do it starts? hmmm. it started when i first read "Di mana hujung pelangi". at that time aku belum terjerumus ke dunia bloggers lagi. walaupun pernah mempunyai bbrp blog but none of them are blogspot. so thats y aku kene komen dlm blog "Di mana hujung pelangi" tu secara 'anonymous'. nama tu lekat plak kat aku and im feeling comfortable with it. thats y bile aku register as a blogger aku still guna nama anonymous. so, anonymous it is. :-)