Sunday, December 21, 2008

Bowling - The Battle

assalamualaikum...

hari ni ade Pertandingan Bowling MKN 2008. aku masuk last minit ganti member aku. kiranye aku tak masuk dlm team ofis aku la. masuk team campuran. memule mmg nak join team ofis tp dah cukup org. nak buat team satu lg tak cukup org plak. so, bila ade org ajak aku join team diorang aku accept je la the invitation. kene bayar RM 20. main 3 game. satu team ade 4 org.

game sepatutnya start kul 11 kat Mines Bowl Mines Shopping Fair. oleh kerana kepenatan main futsal mlm sblm tu dicampur plak aku tido pada pukul 3 pagi, maka aku telah terlewat bgn. sedar2 je dah kul 10.34 am. kelam kabut aku mandi and bersiap. member aku siap call lg tanye aku kat mana. huhuhu. so mmg aku dah terlewat la kan.

bile aku smpi je kat mines, diorang baru abis practice session. so takde la lewat sgt. dah la aku 1st bowler team aku. amik kasut pastu terus baling je. ade la 8 pin kot jatuh. tp start frame kedua aku tapau strike smpi frame ke 5. huhuhu. 4 strike berturut2?? aku pun terkejut. tak penah2 aku wat mcm tu. maybe im just lucky.

tp lps2 tu, bile tgn dah mula terasa berat, menurun la sket. masuk game kedua, jumlah jatuhan pin semakin berkurang. apatah lagi game ketiga. huhuhu. aku mmg dah lama tak main bowling. klu main pun setakat 2 game je. 3 game mmg la sgt2 jarang. nih summary game aku:
1st game : 185 pin (4 strike)
2nd game : 139 pin (4 strike)
3rd game : 137 (2 strike)
huhuhu. aku pun terkejut gak la ngan form aku hari nih. hehehe. lps game igt nk balik terus. tp team aku suh tunggu so aku tunggu je la ngan diorang utk penyampaian hadiah. mana la tau kan. hehehe.

aku tgk byk hadiah. rupa2nye ade hadiah utk individu. dan rezeki aku diumumkan pemenang ketiga individu lelaki dgn jumlah 461 jatuhan pin. alhamdulillah. rezeki. dah la penyertaan last minit ganti org. datang plak lambat. tp dpt hadiah plak. rezeki. rezeki. alhamdulillah


hamper


Personal Trofi

lps tu terus balik tdo. lapar punye pasal kuar mkn. rasa mcm nak makan kenny rogers. so, inilah habuan aku mlm nih. huhuhu.

Quarter meal with BBQ Baked beans, Potato Salad and Mashed Potato.
Post a Comment