Friday, February 13, 2009

C.i.n.t.a. dari kaca mata R.i.n.o

assalamualaikum...

cinta. minggu nih dgr hotfm asyik ckp pasal cinta jer. pagi nih duk pasang plak lagu2 cinta. maybe sbb esok hari kekasih kot. so tema minggu nih pun pasal cinta jer. smpikan aku tgk Ally hari tu pun citer pasal cinta sejati. tp aku tak tgk sgt sbb masa tu aku dah mkn ubat batuk and dah ting tong dah. tp smpt la dgr si Jue Aziz ngan Wan Nor Azlin tu bercerita smpi nangis2 pasal cinta lah ape lah. actually topik nih mmg menarik utk diceritakan. tp memandangkan aku skrg nih kat pejabat, so tak leh ar nak gebang2 sgt. kalau aku rasa nak citer nnt aku citer la. klu aku dah takde mood nak citer tu maknanye sampai setakat nih je lah kisah cinta kita. hehehe.

*****************************************************************

Ada apa dgn cinta?
mengapa harus cinta?

menyayangi seseorang hanya kerana rasa hati yg ingin menyayanginya tanpa dapat menyatakan sbb yg khusus?
dapat merasai apa yang dirasakannya tanpa perlu si dia menyatakannya?
cemburu bila mendgrnya bercerita pasal lelaki lain walau hanya seorg kawan?
cemburu bila si dia melayan lelaki lain walau hanya seorg kawan?
sanggup melakukan apa saja utk membuatnya gembira/bahagia?
sanggup korbankan rasa hati sendiri demi menjaga hati si dia?
sentiasa ingin bersamanya?

apa sahaja yang anda fikirkan cinta, maka itulah cinta. cinta untuk aku mungkin tidak sama dgn cinta yang kamu ada. namun, hakikat bahawa cinta mampu mengubah manusia tak pernah berubah. perubahan yang bagaimana? bergantung kepada sang pencinta itu sendiri. bergantung kepada bagaimana dia mentafsirkan cinta dari kaca mata, rasa hati dan akal fikirannya. cinta itu luas. terokailah ia.

cinta pernah mengubah aku. dan aku percaya hidup setiap orang pernah disentuh oleh cinta. bagaimana ia menyentuh dan disentuh yang mungkin berbeza. dan bagaimana ia merubah seseorang juga berbeza. cinta telah banyak kali mengubahku. bagaimana ia mengubahku, biarlah tak siapa yang tahu. aku cuma insan biasa yang kadang2 perlukan cinta sesama insan untuk terus membelah kehidupan penuh berliku di dunia fana ini. cinta mengajar aku mengenali dunia. cinta mengajar aku mengenali hati budi manusia. cinta mengajar aku mengenali pe'el adam dan hawa. cinta mengajar aku mengenali fitrah insan. cinta itu adalah fitrah manusia. cinta itu adalah kita. cinta tidak buta tapi pencinta yang buta. cinta tidak merana tapi pencinta yang memilih untuk merana. cinta itu suci dan mampu menyucikan hati nurani. cinta yang luhur lahir dari hati yang kudus. sucikan hatimu dan insya Allah cinta itu akan hadir tanpa kau sedari.

terima kasih cinta.

Post a Comment