Tuesday, April 13, 2010

Musim penyakit

assalamualaikum..

kebelakangan nih mcm2 penyakit muncul. yang paling famous skrg nih denggi la kot. so far aku takde lagi la kene demam denggi atau yang sewaktu dengan nya kecuali sakit lutut hari tu. yg tu lmbt sket la nak recover.

nak dijadikan citer, smlm aku terpaksa meng"EL"kan diri. bukan sbb aku sakit. tp sbb bawak adik2 aku pi klinik. pagi2 tu aku bawak yg tggl ngan aku tu dulu pi klinik. badan dia naik bintik2 warna merah. aku takut kene denggi gak. nasib baik doktor ckp alergi jer. lega sket. yang sorang lagi yg study kat uniten tu plak dah 4 hari selsema. dia tak bgtau aku pun. aku pegi jumpa dia hari ahad hari tu baru dia ckp. tu pun sbb aku tanya kenapa suara dia sengau. aku nak bawak terus gi klinik hari ahad tu dia tak nak. ada assignment lah ape lah. so aku bawak dia pegi klinik petang tu. memula bawak gi ED kat hospital putrajaya. tapi ramai sgt org. so terpaksa la bawak gi klinik jugak. pun ramai org gak tapi terpaksa la tunggu. memula kene amik darah. aku dah risau dah. pastu tunggu la giliran nak jumpa doktor. nasib baik doktor ckp infection biasa jer. darah pun normal jer. lega jugak rasanya.

aku pulak yg penat. mana tak penatnya. pagi tu aku pegi klinik kul 7.30pagi. kul 10 lebih settle and boleh balik. petang plak aku pegi klinik tu lebih kurang kul 6 petang. dekat pukul 8 mlm baru settle. letih betul menunggu. tapi nak wat camne. kesihatan perlu diutamakan. kesihatan adik2 aku la especially. kat sini aku la kene jaga diorang. mak jauh, ayah jauh. aku la mak ayah diorang kat sini. huhuhuhu

p/s: Kesihatan itu penting. Bila badan sihat, mcm2 bende boleh buat. jgn ambil mudah dengan kesihatan anda. Pesanan ini dibawakan oleh aku. hahahahah.
Post a Comment