Monday, April 5, 2010

popular ke??

assalamualaikum

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH) dah pun berakhir smlm. Bintang Paling Popular jadi milik Dato' Siti Nurhaliza Taruddin. satu kejutan bagi aku sbnrnya. aku bajet Nabil yang menang lagi. tapi Dato' CT plak yg menang. takpe lah. well deserved gak la. still popular rupanya dia. hehehe.

aku tgk live ABPBH sekejap je sbb lps tu ada tugasan luar sket. ape yg aku tgk (and dgr kat radio) rasanya ok la kot. biasa2 jer. persembahan pun boleh tahan la. paling best masa opening ngan closing. faizal tahir & bunkface open pastu wings black & jac tutup. best ar. sbb tu je yg smpt aku tgk pun. heheheh. One Nation Emcees ngan Dato' M Daud Kilau pun performance ok lah tp aku rasa over sket la. malas ar nak komen.

host plak dah ok dah. tapi aku rasa diorang over la sket masa sindir2 nabil tu. sket2 dah la. ni smpi berulang2 sindir dia. klu aku jadi nabil rasa malu ar gak. irma hasnie pun mesti terkena tempias dia. nasib baik la diorang nih professional and jenis tebal muka. klu tak, mau diorang balik jer masa tu. hahahaha.

tahniah la pada pemenang. yang tak menang cuba undi sendiri byk2 sket tahun depan. melabur la sket. dapat hadiah pun berbaloi2. hehehehe.

p/s: terharu dgn ucapan Aznil, nabil and Faizal Ismail yang mendedikasikan kemenangan mereka kepada Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi.
Post a Comment