Friday, April 9, 2010

How To Train Your Dragon

assalamualaikum

sori la lama tak update blog nih. agak kebizian sikit minggu nih. tak smpt nak jenguk and blogwalking sgt apatah lagi nak menaip entri baru. itu yang sunyi je blog nih. sapa yang datang jenguk aku je aku sempat balas kunjungan diorang sebagai tanda terima kasih. kepada yang tak sempat nak dilawati tu, seribu ampun dan maaf dipohon. but please jgn serik melawat blog aku yer. hehehe.

berbalik kepada tajuk di atas, aku berkesempatan jugak akhirnya nak menonton citer How To Train Your Dragon nih. hajat nak tgk yang 3D tapi tak sempat plak nak gi mid valley or klcc. so tgk wayang biasa je la kat alamanda. heheheh.

surprisingly, beyond my expectation, this movie was very good. for me laa. mmg best. tak yah citer pasal grafik la sbb dah mmg standard DreamWorks punye production mmg terbaik punye. dari segi jalan cerite and kisah di sebalik tajuk movie nih mmg menarik. kisah tentang bagaimana permusuhan selama beberapa generasi antara dua entiti boleh berubah dengan satu persahabatan yang hanya terjalin dalam tempoh cuma beberapa minggu.

movie ni jugak menunjukkan bagaimana kelainan/perbezaan itu tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. majoriti tak semestinya sentiasa betul dan minoriti tak semestinya sentiasa salah. apa yang penting adalah sikap yakin pada diri dan keberanian untuk mengubah persepsi orang supaya dapat menerima apa yang terbaik untuk diri mereka. kalau kita yakin bahawa apa yang kita buat itu adalah sesuatu yang betul, kita jugak mesti berani mempertahankan pendirian kita dan berusaha meyakinkan orang lain supaya percaya dengan kita dan bersama2 berubah ke arah yang lebih baik.

apa2 pun, aku mmg enjoy tgk citer nih. far better than Alice in Wonderland. banyak pengajaran walaupun dipersembahkan dalam bentuk animasi dan lawak jenaka. sangat2 direkemenkan untuk ditonton. hehehe.

p/s: lepas nih nak tgk citer ape plak ek?? hmmm.
Post a Comment