Tuesday, April 13, 2010

No Strings Attached


Salam 1Malaysia.

-This entry was meant for the Project Alpha Instant Cash Blogging. Please mind the poyo-ness-

"No Strings Attached". Satu phrase yang mempunyai banyak makna. Boleh diertikan daripada pelbagai sudut samada dari sudut yang baik ataupun sebaliknya. Ada yang mengaitkannya dengan undang-undang atau peraturan. Hidup tanpa peraturan adalah idaman kebanyakan manusia. Tapi kalau tiada peraturan dalam hidup, keamanan dan ketenangan yang kita nikmati sekarang tidak mungkin dikecapi.

Namun, bukan pasal peraturan yang aku nak ceritakan kali ini. Mari kita lihat phrase ni dari perspektif yang berbeza. Aku nak kongsikan pendapat aku berkaitan “No Strings Attached” dalam bab pergaulan. Aku pasti perkara nih memang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Para remaja sekadar berdating untuk keseronokan semata-mata tanpa memikirkan soal masa depan. "No strings attached". tiada apa2 pertalian yang mengikat mereka. tiada apa2 had yang perlu mereka patuhi. hidup tanpa ikatan. hidup tanpa peraturan. hidup tanpa batasan. Itu yang mereka suka. Itu yang mereka mahu dan itu jugalah yang berlaku. Kenapa ia berlaku? Marilah kita sama2 fikirkan.

Natijahnya, "Bayi Dibuang Lagi", "Lagi Kes Buang Bayi", "Bayi Dibuang Di Kolam Kumbahan", "Janin Digonggong Anjing" dan macam2 lagi tajuk berita yang menghiasi dada2 akhbar (bukan akhbarino tp surat khabar) sejak kebelakangan ini. Sampaikan kene buat kempen “Kami Prihatin” untuk bagi kesedaran pada orang ramai. Tapi orang tetap jugak tak prihatin. Masih jugak berlaku. Inilah kesan No Strings Attached pada sudut yang negative. Jadi marilah kita sama2 merenungkannya. Heheheh. 

Need a "No Strings Attached"  solution for internet access? how about this?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Post a Comment