Tuesday, July 27, 2010

Sunset from PICC

assalamualaikum.

last saturday, masa org tgh sibuk nk gi Konsert Kemuncak SuriaFM kat Putrajaya, aku ngan tunang aku buat pre-wedding photoshoot. kawan cik tunang yg buat photoshoot tu ngan kawan2 dia. start kat taman putra perdana lebih kurang jam 3 petang sbb photographer smpi lmbt, hingga lah ke asar. lps solat asar kat presint 9, terus gerak ke jambatan PICC. lps tu, dekat2 nk maghrib tu pegi naik PICC jap. dapat tgk pemandangan matahari terbenam dari situ. aku tak smpt nk snap gmbr. gmbr kat atas tu je sempat disnap dari kamera phone aku. lps solat maghrib, bergerak ke dpn gate Bangunan Perdana Putra utk sesi terakhir, shoot dgn kereta kami. hehehe. kul 9 lebih baru boleh pegi dinner. letih giler. huhuhu.

p/s: photoshoot ni diorang buat free utk kami. klu nk album kene bayar la. so, belum dpt tgk hasil nye lagi. huhuhu.

Sunday, July 25, 2010

Sunset


Assalamualaikum. Smlm aku lepak kat PICC jap sementara tggu maghrib. baru aku tau kenape ade ramai org kat situ. rupa2nye boleh nmpk permandangan matahari terbenam dari situ. Sgt cantik ciptaan Yang Maha Esa. Tp kamera phone aku xmampu nk snap gmbr semantap DSLR. Huhuhu

Tuesday, July 20, 2010

Bahasa jiwa bangsa.

assalamualaikum.

betul la orang dulu2 kata, "Bahasa Jiwa Bangsa". bahasa menunjukkan bangsa dan asal usul. siapa yang nak junjung bahasa kita kalau bukan kita sendiri. tp kadang2 kita jugak perlu belajar bahasa orang lain supaya kita lebih mudah berkomunikasi dengan mereka. bukan kite saja makhluk di muka bumi ini. bukan bahasa kita je yang digunakan di bumi Allah ini.

huh. mukaddimah tu. sbnrnye aku nak citer pasal bende lain. kolumpo atau ringkasnye KL adalah tempat yg popular utk umat manusia dari segenap ceruk dan pelusuk malaysia nih datang dan bermastautin. samada menyambung pelajaran atau mencari rezeki utk diri dan keluarga. sbb tu kite boleh dgr mcm loghat kat KL nih. 

aku asal dari pahang. kat ofis aku nih ramai orang utara. bila jumpa diorang, aku pun guna la loghat utara. bila diorang tanye aku asal mana, diorang mcm tak caya aku org pahang. sbb aku ckp utara dgn agak fluent jugak la. mana taknya, dari kecik asyik duk balik raya kat kedah je. tu yang biasa tu. smpi skrg pun still selalu balik kedah. kampung mak aku. tp klu ckp bukan dgn org utara mmg jadi plastik la loghat aku. hahahah. 

p/s: lepas nih nak kene belajar bahasa kelantan plak la. huhuhuhu

Monday, July 19, 2010

Giler Durian @ Jelebu

assalamualaikum.

pada hari semalam, iaitu hari ahad, aku dan bbrp rakan telah dijemput untuk ke Jelebu bagi satu acara tahunan yang dianjurkan seorang sahabat kami. heheheh. mukaddimah je nih.

sbnrnye smlm kitorang ke rumah IjamCC, member dari WiSECommunity. dia ajak gi umah dia makan durian. yg join dari putrajaya 4 orang JMD. hehehe. kitorang gi sebijik kete je. Honda Civic En. Layzree jadi Official Car. hehehe. aku, Faizal Sky0ne dan RyCO jadi passenger je la. total tetamu smlm ada la 8-10 orang.

memula kumpul kat Stadium Paroi. pastu baru bertolak ke Jelebu. perjalanan mcm nak panjat genting gak la. dah la masih hujan renyai2 selepas hujan lebat. kabus tebal gak la. dekat 40 minit gak perjalanan rasanye. tp berbaloi baloi. ntah berapa puluh bijik durian kitorang kekah pun tak tau la. tak terkira. siap tapau bawak balik lagi. pegi cari yang baru gugur nak bawak balik. habis kete bau durian. hahahaha.

pemandangan dari balkoni rumah tuan rumah. huhu.

hasil yang pertama. masam. tp ini baru permulaan. heheh.

inilah tinggalan setelah selamat semuanye dikekah. tak sempat nak snap masa tgh makan sbb tgn kotor. huhuhu. yg lebih2 tu ade la yg bawak balik. hehehe.

ini adalah desserts. huhuhu. bubur kacang + durian.

terima kasih pada tuan rumah dan tuan tanah. bertolak balik dari jelebu kira2 jam 7 malam. semuanye kekenyangan dan terlelap dalam kete kecuali driver. huhuhu. smpi kat area Putrajaya lebih kurang jam 9 malam. penat giler tapi puas hati, dah lama aku tak makan durian sebanyak itu.

p/s: mungkinkah ada yang MC atau EL hari nih?? huhuhu

Sunday, July 18, 2010

Floria Putrajaya



Assalamualaikum.



malam td berjaya gak g floria putrajaya bersama cik tunang dan adik2 aku. Tp agak mengecewakan gak la. Tgk bunga lavender pun dah kering dah. Lg pun org ramai gile. Nak gerak pun susah. Pastu xleh nk amik gmbr sgt sbb lupa nk charge satio ni. Nnt la aku post gmbr dr kamera phone satu lg tu. Huhuhu.





p/s: padan muka. Sape suh xnk g awal2. Hahaha

Saturday, July 17, 2010

Entri xde keje



Assalamualaikum.

Entri xde keje ini dibawakan khas oleh Sony Ericsson Satio. Hehehe.

 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi.

Karok kembali

Assalamualaikum.



try mobile blogging.hehehe. Malam ni melayan karok kat the mines. Cik tunang ajak join ngan ofismate dia. byk kali dah di ajak join tp aku xpenah nye nak ikut. ye la, aku ni kan pemalu orgnye. sedar diri plak suara xsedap. Hahaha. Aku bg syarat klu nk aku ikut aku xnk nyanyi. Huhuhu.

Aku bg alasan sakit tekak pada hal tekak aku ok je. Hahaha. Last2 member2 dia paksa kitorg duet lagu my heart ngan doa utk kekasih. Terpaksa la nyanyi jugak sbb ade permintaan. Lepas nyanyi tu br betul2 sakit tekak. Dah la perut tgh lapar ni. Huhuhu. ape2 pun aku enjoy mlm ni.



p/s: bile nak karok ngan jmd plak ek?



Friday, July 16, 2010

Kakitangan awam curi tulang

assalamualaikum.

kalau semua kakitangan awam curi tulang, abis la tulang2 kat malaysia nih. ade berape juta penjawat awam kat malaysia nih?? nk buat sup tulang pun payah.

huhuhu. kalau yg baca paper utusan tu tau la kisahnye. tak pasal2 Kak Mah Nasi Dagang dapat nama. sian Kak Mah. aku rasa Kak Mah boleh saman paper utusan nih sbb memberikan nama buruk dan menjejaskan perniagaan dia. huhuhuhu.

berbalik kepada persoalan pokok (ade persoalan buah ke?), adakah semua penjawat awam ni suka curi tulang? tak kan? klu semua suka curi tulang, melepak 7 jam, keje 1 jam jer, melingkup la perkhidmatan awam kat malaysia nih. inilah umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tak adil bagi penjawat awam yg lain sbb penulis rencana itu telah menstereotaipkan semua penjawat awam sebagai pemalas dan suka curi tulang semasa waktu keje. tak patut. tak patut.

p/s: aku rasa aku penah lepak sekali kat kedai kak mah nih. sekali je la. lama dah. huhuhu.

Harga gula dan minyak naik lagi

assalamualaikum.

ramai dah tau kot. harga minyak naik lagi malam tadi. harga gula pun naik. yg nyata naik ialah gula dan minyak RON 95. gula jadi RM 1.90 per kg dan RON 95 jadi RM 1.85 per liter. harga RON 97 plak akan diapung ikut harga pasaran tp masih dikawal.

mesti ramai yang akan komplen dan tak puas hati. biasa la kan. bende naik tibe2, so bising la rakyat malaysia yang dah biasa dimanjakan dgn subsidi nih. tp tu la. bising2 pun nnt senyap jugak. bende ni mmg tak boleh nak dielakkan. aku redha je la. nak wat camne kan? terpaksa la kurang kan aktiviti permotoran dan perkeretaan selepas ni. huhuhu.

kepada semua rakyat malaysia, sabar je laa. huhuhu.

p/s: harga barang dah selalu naik, gaji bile plak nak naik? hmmmmm.

Thursday, July 15, 2010

Floria Putrajaya

assalamualaikum.

Festival Flora dan Taman Putrajaya atau ringkasnya Floria Putrajaya kembali lagi. kali ini berlangsung dari 10 hingga 18 Julai 2010 di Waterfront Presint 2.


daripada tahun lepas lagi teringin nak gi tgk ape yg ada kat Floria nih. tp tak berkesempatan. org kata lanskap2 kat Floria nih cantik2 dan marvellous belaka. tu yg teringin nak tgk tu. ye la. sape yg tak suka kepada kecantikan kan? hehehe.

actually tmptnye dekat je ngan ofis aku nih tp mcm malas plak nk pegi tgk sorang2 siang2 tgh panas. lagipun, org kata malam2 lagi cantik dgn sinaran lampu minyak tanah dan gema rembulan. hehehe. hari ni dah hari ke 6 Floria berlangsung dan aku masih belum menjejakkan kaki di sana. ingatkan nak cari maklumat2 pasal parking, toilet, tmpt mkn dan sebagainya tapi tak byk maklumat available kat internet. tgk kat website perbadanan putrajaya ada sikit info jer. tak caya? klik sini. pastu ada la satu link lagi tapi aku klik tak kuar pape pun. lembab giler loading. cube korang try plak. klik sini.

apa2 pun aku akan try la jugak utk pegi Floria kali ini sblm ia melabuhkan tirai pada 18 Julai nnt. mungkin nak bawak tunang dan adik2 aku. mak aku tak nak dtg la pulak weekend nih. ade kenduri kat kampung. kalau tak, boleh aku bawak the whole family. mesti meriah. huhuhuhu.

p/s: ini la masanye nak test kamera Satio. huhuhu.

Tuesday, July 13, 2010

Keretaku berkasut baru

assalamualaikum.

last week terpaksa menukar tayar kereta yang dah botak licin. memula nak tukar 2 biji tayar yg blkg je tp tayar yg depan pun dah nak licin gak. so, terpaksa la tukar keempat2 tayar tu. sbnrnye aku berniat nak downgrade kan tayar aku daripada size 16" kpd size 15". sbb tayar 15" jauh lebih murah daripada tayar 16". so bila ditanya2, aku pun amik la tayar 15" dgn sport rim 15" second hand. beza RM30 je kalau aku tukar 4 bijik tayar 16". so lps2 nih nak tukar tayar xde la garu kepala sgt. hehehe.

yang lama...

yang baru....

p/s: amik tayar murah dan kecik sbb nak save bajet. hehehe.

Makan Besar v2: D'One Steak



Assalamuakaikum.



Hari sabtu lalu aku bawak famili aku g mkn western food. adik2 aku nk mkn chicken chop plak. makngah aku rekemen satu kedai ni kat bandar baru bangi. tp aku mmg penah mkn kat sini sekali. best gak la. aku smpt snap bbrp gmbr mknn jer.  masing2 agak keletihan pada pagi itu. mana tak  nye, pagi2 dah kuar gi Jalan TAR. tghari plak pegi Nilai 3. dah maghrib baru smpi umah. klu tak sbb perut berkeroncong untuk ana, mmg semua terbungkang je kat umah tu. hehehe. here's some pics:

mushroom soup and garlic bread
makaroni goreng
village fried rice 
(nasi goreng kampung daaaa. hahaha)
spagheti goreng
chicken chop
(pic ni upside down la plak. huhuhu)
air asam boi, tembikai, sirap, fresh orange dan teh o ais limau.

ada la bbrp lagi menu tak sempat nak snap pic. antaranye ialah Sizzling Steak and Grilled Fish. makanannya ok tapi make sure perut betul2 kosong and kelaparan la. chicken chop dia agak memualkan gak. maybe sbb kitorang dah keletihan dan tak baper lalu nak mkn dah. huhuhu. air asam boi dia mmg terbaik. hehehe.

p/s: sbnrnye try guna handphone nak upload nih tp susah plak nak menaip and tak reti nak upload lebih dari satu gmbr. kene belajar lagi nih. huhuhu.

Saturday, July 10, 2010

enam puluh sen utk sekeping surat?

assalamualaikum.

td ade buat blog hopping and tersinggah kat blog Ann Frendly. baca pos dia pasal tarif baru pos. then baru aku teringat sumting. actually pasal tariff baru nih la. aku rasa tak ramai yg tau sbb tak dihebahkan pun. aku rasa la. ke sbb aku jarang berurusan di pejabat pos maka aku tak tau pasal tariff baru nih? huhuhu

apa2 pun, aku tau pasal tariff baru nih last week. exactly on 1 julai 2010. masa tu aku nk pos surat and nak beli sampul pos ekspress. so aku pegi la ke pejabat pos (takkan nk gi pejabat kadi plak kan? hehehe). aku tgk tertampal poster besar2 pasal tariff baru pos nih. maksudnye lps nih klu nk pos surat biasa pun kene pakai setem 60 sen. dulu 30 sen je. pastu ade naik 50 sen ek? aku pun tak perasan. last time aku post surat pakai setem 30 sen je. tahun bile ntah. 2 tahun lepas kot. skrg dah 2 kali ganda. so tahun nih kad raya pakai email je lah ye. jimat kos. heheheh.

jadual kat bawah nih aku C&P daripada laman web Pos Malaysia. kalau korang nak senarai lengkap tarif2 pos yg lain, sila la ke sini.


KADAR POS DOMESTIK
Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010
KategoriBeratKadar Pos (RM)
Mel Standardsehinga 20 g0.60
Lebih 20 g - 50 g0.70
Mel Bukan Standard ***Sehingga 50 g0.80
Lebih 50 g - 100 g0.90
Lebih 100 g - 250 g1.00
Lebih 250 g - 500 g2.00
Lebih 500 g - 1 kg3.50
Lebih 1 kg - 2 kg5.50
Poskad-0.30
Terbitan BerkalaSehingga 20 g0.50
Lebih 20 g -50 g0.60
Lebih 50 g - 100 g0.80
Lebih 100 g - 250 g0.90
PosDokumen *Sehingga 500 g1.80
Lebih 500 g - 1 kg3.00
Lebih 1 kg - 2 kg4.50
Paket Kecil *Sehingga 1 kg4.00
Lebih 1 kg - 2 kg5.50
Bungkusan **Sehingga 2 kg7.00
Setiap 1kg berikutnya sehingga 30 kg1.50


sekian dimaklumkan.

p/s: ape plak la yg nak naik lps nih kan? hmmmm.

Makan besar: Village View Bangi

assalamualaikum.

ptg tadi famili aku baru smpi dari kampung. so mlm nih pegi mkn kat luar sbb tak sempat nye nak masak utk mkn malam. mak aku la ajak gi Village View kat Bangi tu. dia penah pegi mkn tauhu goreng ala thai kat situ. dia kata sedap. so, td kami sekeluarga pun pegi la mkn kat situ. 

untuk pengetahuan, kami pergi seramai 7 org. one whole family. menu yg kami order adalah spt berikut:

  • nasi putih (7 pinggan)
  • siakap 3 rasa
  • kerabu mangga (utk 1 org mkn)
  • tomyam campur (utk 3 org mkn)
  • kailan grg belacan (utk 2 org mkn)
  • kerang bakar
  • tauhu grg ala thai
  • ayam pandan (1 set)
  • sotong grg tepung (1 set)
  • nasi grg USA
  • air sirap
  • jus tembikai (2 gelas)
  • fresh orange
  • jus nenas
  • mocha blen 99
  • nescafe suam
  • air suam
berikut plak gmbr menu2 di atas. tp aku smpt amik gmbr lauk jer. tu pun dah separuh makan baru teringat nk snap picts. hehehe.

siakap 3 rasa

tomyam campur

tauhu grg ala thai, kerabu mangga, kerang bakar
air fresh orange and mocha ice blended

kailan grg belacan, ayam pandan

and, here's the bill. heheheh


ok la kot utk 7 org mkn kan? ikan siakap tu je dah RM45. kira ok la kot. hehehe. ayat penyedap hati. huhuhu. apa2 pun tmpt tu mmg terbaik. walaupun org ramai giler, servis tetap cpt dan tangkas. takde la lama sgt menunggu. hehehe.

p/s: boleh plak terjumpa encik Faizal Sky0ne di situ.

Friday, July 9, 2010

Sebak: Arwah Din Beramboi

assalamualaikum.

tetibe hati ini tersentuh (chewah...) bile tgk iklan astro td. Astro akan siarkan satu rancangan khas sempena 100 hari pemergian arwah Din Beramboi. dalam sedar tak sedar, dah 100 hari rupanye arwah meninggalkan kite. rasa sebak gak aku tgk iklan tu td. dia siarkan klip2 arwah dan rakan2 rapat serta famili arwah.

aku rasa ramai yg akan mengalir air mata klu tgk rancangan tu nnt. beliau mmg insan yg sgt istimewa. menyentuh hati2 kita dgn lawak jenaka dan pelbagai aksi beliau. dunia komedi mmg terasa kehilangan beliau. bile tgk rancangan2 komedi, mesti terdetik "klu din beramboi ade best nih".

hmmmm. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.

Thursday, July 8, 2010

Buffered Earning Lagi

assalamualaikum.

alhamdulillah. masih bertali arus buffered earning nuffnang aku nih. dari last week ada dua BE. Astro Negaraku and Sanofi Lactacyd. sblm tu ade Libresse jugak tp Libresse tu dah convert jadik metered earning dah. tapi tiga2 iklan nih kat Sky Scrapper (bhgn tepi). so diorang bergilir2 la kuar walaupun skrg nih aku tgk byk Astro je yg kuar. yg sanofi tu tak tau la bile kuarnye. hehehe.

pagi ni aku check ada lagi satu pertambahan utk BE. Nestle Nescafe Kickstart. yg nih kat tgh2 antara post (Large Rectangle). jarang2 dapat BE kat tgh2 antara post nih. biasa dpt kat tepi or atas jer. hehehe.
jemputlah click2 ye. hehehe.

p/s: aku mmg suka minum nescafe.

Wednesday, July 7, 2010

short update: Big Day + Satio

assalamualaikum.

dah lama gak tak update blog nih. seminggu lebih. habis la tabung nuffnang aku. dah la pendapatan tak seberapa. traffic pulak kurang or maybe takde langsung dalam seminggu nih. huhuhu. ade bbrp perkara aku nk update dalam short version nih.

.Pertama. klu korang perasan, ada countdown ticker baru kat atas gmbr2 follower tu. aku sibuk sbb buat persiapan ke arah hari itu la nih. sbb tu la agak sibuk giler skrg. masa pun dah makin suntuk. ada mood and masa nnt aku taip la satu post pasal bende ni. hehehe.

.Kedua. aku ade ckp hari tu aku nk beli phone baru. dah beli pun last 2 weeks. Sony Ericsson Satio. ini mmg phone idaman aku sejak tahun 2007. masa Satio nih mula2 keluar. tp masa tu tak berape nak mampu nk beli. lgpun aku tak beli terus masa dia kuar sbb nk tgk dulu review dari org lain. tak nak la beli phone mahal2 then byk plak bende2 tak best kan. dan ternyata mmg agak byk komplen pasal Satio nih masa mula2 kuar. smpikan diorang stop sale utk Satio and kuarkan new version dgn better performance dan fix segala mcm bugs yg diorang encounter sblm nih. so far aku pakai dalam 2 minggu nih ok je. takde ape masalah sgt. tak tau la lps2 nih mcm mana. hopefully no problemo la. hehehe.

itu dulu setakat ini. semoga berjumpa lg di lain entri.

p/s: harap2 Spain bleh menang ngan Germany mlm nih. hehehe.