Tuesday, November 2, 2010

Musim banjir dah tiba

assalamualaikum.

negara kita nih mmg sering mengalami bencana alam yg satu nih. smpikan dah jadi musim la. bila hujung tahun je mesti org dah alert dah pasal musim banjir dah dekat. kadang2 tu smpi 2-3 gelombang sbb banjir pastu surut pastu banjir balik. huhuhu.

petang tadi baca Pesanan Khidmat Masyarakat dari Encik Faizal Sky0ne berkenaan persediaan menghadapi banjir. so, kepada mereka2 yg rasa2 akan terkena tempias musim banjir nih boleh la rujuk blog beliau sebagai salah satu sumber rujukan. hehehe.

memandangkan tempat kerja aku nih pun ade gak tempias2 berkaitan pengurusan banjir nih, so aku pun nak kongsi la sikit berkenaan laman web atau nombor yang boleh dihubungi untuk mengetahui status terkini keadaan banjir nih.
  1. e-Bencana Alam (JKR) - maklumat terkini bencana terutamanya maklumat berkaitan jalan/laluan yang terlibat dengan bencana alam
  2. Info Banjir (JPS) - maklumat paras air sungai dan paras hujan di setiap negeri
  3. Ramalan Cuaca (JMM) - ramalan cuaca seluruh negara
  4. eBanjir (Kelantan) - maklumat terkini tentang taburan hujan, aras air sungai, keadaan lalu lintas dan pemindahan mangsa banjir bagi negeri Kelantan
ini antara yg aku rujuk setakat nih. selain tu, boleh jugak rujuk/telefon balai2 polis tempat tu ataupun IPK Negeri terus. no telefon? rujuk laman web PDRM. sampai ke no telefon and alamat pondok polis pun ade. hehehe.

sekian, terima kasih.

p/s: nasib baik la putrajaya tak dilanda banjir kan? hehehe

2 comments:

Hairi aka Blue said...

Register blog [dot]com lah bro, RM30 je setahun, bru mengancam blog haha.. http://fivio.com/valuewebhosting.html

- Blue aka striker hebat sampdoria uniten

Saiyed said...

uikss...Blue baca blog aku? hahaha..
malas ar register dotcom tu...bukan ramai pun pelawat blog aku nih...hahahah

- ko mmg legend Sampdoria dowh!!