Friday, April 29, 2011

Obesiti: Salah siapa?

assalamualaikum.

skrg nih tgh kecoh pasal obesiti di kalangan pelajar. ramai yg menuding jari kepada kantin sekolah dan penjaja di luar kawasan sekolah. sampaikan ada cadangan nak larang orang jual nasi lemak di kantin sekolah. WHAT THE FISH!! 

soalannya: budak2 sekolah duk kat sekolah tu berapa lama? 24 jam ke? berapa kali dia makan kat sekolah? 6 kali sehari? sekolah asrama mmg la ade kat skolah 24 jam sehari. tp dewan makan akan sediakan makanan yang lengkap. skrg nih mmg isu sekolah harian yang waktu belajar nye pagi hingga tghari dan waktu rehat cuma sekali. so, takkan nak salah kan kantin sekolah, ye tak?

cikgu kene ajar budak2 cara pemakanan yang sihat tp bukan setakat cikgu je. sbb cikgu tak bagi makan kat budak2. ibubapa yg bg makan kat anak2 dia. so, ibubapa kene amik tanggungjawab dalam mendisiplinkan pemakanan anak2. jgn la semuanya nak harapkan pada sekolah jer.

lagipun aku rasa budak2 skrg dah kurang aktiviti luar. maklumlah dunia dah makin maju. teknologi makin canggih. main bola guna jari jer. macam2 game bola ade. PC, laptop, playstation, XBox, PSP, Ipad dan macam2 lagi la. jari je yg bergerak. mcm mana nak sihat. 

kesimpulannya, obesiti boleh diatasi dengan pengamalan tabiat makan yang betul dan penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti sukan atau senaman.

sekian, terima kasih.

p/s: kesimpulan macam buat karangan PMR plak. hahaha.

No comments: