Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid

assalamualaikum.

seperti mana semua sedia maklum, Mesir tgh huru hara. dipendekkan cerita, keselamatan kira2  11 ribu rakyat Malaysia kat sana agak terancam. jadi, ramai yg mintak kerajaan bawa pulang rakyat Malaysia. ada yang sempat balik sendiri tetapi ramai yang terperangkap. jadi, kerajaan pun gerakkanlah Ops Piramid nih.

TUDM hantar 3 pesawat Hercules, MAS dan AirAsia masing2 dua pesawat untuk bawak keluar rakyat Malaysia dari Mesir. aku tgk berita semalam, TUDM buat 18 penerbangan sehari dari Mesir ke Jeddah.  Yup. Kerajaan Malaysia buat keputusan nak bawak rakyat Malaysia nih ke Jeddah dulu sbb dekat dan selamat. bila dah keluar semuanye dari Mesir, baru boleh bawak balik ke Malaysia dengan lebih teratur. ramai tu nak bawak balik. bukan 100 ke 200 orang. 11 ribu tu. huhuhu.

semalam, 2 penerbangan sampai di KLIA pukul 10 pagi td. satu penerbangan MAS dan satu AirAsia. PM, TPM dan menteri2 kabinet datang menyambut. of coz la keluarga rakyat Malaysia yg balik tu pun datang jugak. dah macam tunggu jemaah haji balik plak aku tgk. aku ada gak kat KLIA pagi td. saje je nak tgk dekat2.  hehehe. mmg ramai yang datang. nak sambut sorang pelajar je tp datang satu family. tp aku dengar citer MB Perlis charter sebuah bas untuk bawak pulang pelajar dari Perlis. so, keluarga diorang tunggu kat Perlis je. tak yah susah2 turun KL. syabas Dato’ Seri.

hari ni ada lagi 2 penerbangan akan mendarat kat KLIA. Dijangka tiba lebih kurang jam 10pagi dan 11 pagi. kalau korang/waris nak tau senarai nama penumpang dalam penerbangan tu, boleh tgk kat laman web Majlis Keselamatan Negara atau Kementerian Luar. diorang ade letak nombor2 telefon bilik operasi gak. so, boleh contact 24 jam. semoga semuanya selamat, insya Allah.

p/s: kene tabligh kat KLIA td. huhuhu.

1 comment:

manmamat@gmail.com said...

Saya terharu berita sensasi kekecohan di Mesir mendapat reaksi spontan masyarakat Malaysia bagi menjamin keselamatan saudara kita yang merantau disana. Baik yang pergi menimba ilmu maupun yang mencurah kuderat mencari rezeki.

Awal-awal lagi saya sangat sangsi motif kekecohan disana. Jahat sangatkah Hosni Mubarak sehingga mengorbankan keamanan seluruh negeri Mesir? Perlukah perarakan yang membenihkan kekacauan. Tertutup sudahkan pintu demokrasi yang diagungkan Amerika? Kenapa huru-hara yang dipilih? Kenapa tidak dilakukan usaha lain seperti .....

Maaf saya tak sanggup menitis kata-kata lagi kerana terlalu emosi mengenangkan semua kejadian yang telah berlaku itu. Dilembaran ini saya meminta tuan membuka pintu perbahasan kearah pro dan kontra peristiwa tersebut disamping menterjemah motif disebaliknya yang berlaku serentak dengan beberapa negara Islam lain.