Wednesday, August 25, 2010

Isu Halal: McDonald

assalamualaikum.

smlm aku perasan ade org paste kat facebook kononnya Sijil Halal McDonald digantung dan ditarik balik. tak tau la mcm mana boleh tersebar dan siapa yg sebarkan berita mcm tu. kononnya sijil halal syarikat yg membekalkan bahan mentah kepada McDonald (Mac Food) tu ditarik balik. cuak gak aku. baru last week kot makan McDonald. huhuhu. utk lebih yakin, aku pun bukak la website Halal Malaysia. Isu McDonald menjadi tajuk utama. ini berita yg terpampang di laman web tersebut:

ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
sumber: http://www.halal.gov.my


selesai segala keraguan kan? bab2 makan nih jgn dibuat main. jgn diremehkan. jadi darah daging kite nnt. mana bahagian yg tak halal tu akan dibakar api neraka kelak. na'uzubiillah. tahniah pada JAKIM kerana berjaya peka dan cakna dengan perkembangan isu semasa.


p/s: jom layan mcd. GCB double satu!! hehehe

1 comment:

Fadzly@RyCO said...

ada ler yang dengki tu .. jgn percaya 100% emel2 atau info yg dipaste kat FB. Kena cari maklumat dr sumber sebenar mcm ko buat tu.