Showing posts with label kritik. Show all posts
Showing posts with label kritik. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Isu Tan Sri Annuar Musa

assalamualaikum 

 umum dah tau bahawa Tan Sri Annuar Musa (TSAM) telah dijatuhi hukuman oleh lembaga disiplin FAM. beliau digantung selama 30bulan drpd jawatan timbalan presiden FAM dan Presiden KAFA. puncanya adalah kerana mengkritik skuad kebangsaan dan FAM sendiri. 

pendapat aku. TSAM adalah antara pemegang jawatan tertinggi dalam FAM. so dia tak patut kritik secara terbuka. masalah dalaman patut diselesaikan peringkat dalaman. tp mungkin jugak dia dah suarakan peringkat dalaman tp xde respon so dia luahkan kat umum. 

pasal kritikan pada skuad kebangsaan tu pulak aku rasa lebih kepada cabaran. dan aku rasa cabaran tu perlu utk elakkan pemain2 kite leka dibuai status pasukan terbaik asia tenggara. its for their own good. 

pasal hukuman. aku rasa xadil utk gantung TSAM dr jawatan dalam KAFA. dia kritik FAM dan skuad kebangsaan. bukan KAFA and Kelantan. sepatutnya biarkan TSAM teruskan pegang KAFA sbb aku rasa dia antara pemimpin bola sepak yg berkaliber. atau mungkinkah ada pemimpin dalam FAM rasa tercabar dgn TSAM? jeng jeng jeng. 

p/s: majulah bola sepak untuk negara.

Monday, March 14, 2011

Jepun: Tsunami, Ultraman dan Fizz Fairuz

assalamualaikum.

aku terpanggil utk memblog pasal gempa dan tsunami yang melanda jepun. memula igt malas nak tulis sbb aku tau dah ramai yg memblog pasal nih. bukan tak cakna tp taknak kepoh2. hehehe.

sbg sesama manusia, aku mmg sgt simpati dgn apa yg terjadi kat Jepun tu. aku yakin semua manusia yang waras juga akan rasa begitu. apatah lagi kalau ada di kalangan ahli keluarga atau kenalan kita berada di sana sewaktu kejadian tu. kerisauan kita pasti takkan dapat dibendung lg. oleh itu, marilah kita sama2 berdoa supaya bencana teruk yang berlaku di Jepun tidak akan berlaku di negara kita. sama2 lah kita berdoa agar negara matahari terbit itu dapat bangkit semula dari kemusnahan akibat bencana itu. kepada yang berkemampuan, hulurkan lah derma kepada saluran2 yang disediakan.

sbnrnye dah bbrp hari aku tak baca paper dan tak online (kecuali facebook n twitter. LOL). so, baru hari nih la aku tau pasal kisah kartun kat Berita Minggu smlm dan jugak pasal tweet Fizz Fairuz. kedua2 nya dilabel sbg tiada sensitiviti dan berlawak tak kene tempat. td aku baca luahan hati seorang penuntut Malaysia di Jepun yang kecewa. Kecewa dgn kartun tu dan jugak Fizz Fairuz. klu korang nak baca, pegi tgk kat blog Beautiful Nara. Berita Harian pulak hari nih mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas penyiaran kartun tu. dan baru td aku terbaca tweet member aku mengatakan bahawa Ibrahim Ali, Presiden PERKASA, mahu kerakyatan kartunis tersebut dilucutkan. hmmm.

blog member aku yg berlainan pendapat dari masyarakat umum turut diserang kerana meluahkan pendapat ikhlas beliau dalam isu kartun tu. ada komen yg menyokong dan ada juga komen yg menghina dan mengutuk beliau. korang boleh baca kat blog SembangBincang.

pendapat aku? kenapa nak kecoh hal kartun? kenape nak kecoh hal fizz fairuz? terbela ke nasib orang kat jepun tu dgn hanya mengutuk berita harian dan fizz fairuz? kalau betul2 simpati, kesian, amik berat dan sbgnye, hulurkan lah bantuan. panjangkan lah doa supaya mereka semua selamat dan supaya bencana itu tidak berlaku lagi. tak perlu rasanye nak mengutuk pendapat orang lain kerana itu adalah pendapat mereka. mereka cuma meluahkan apa yang mereka rasa tanpa prejudis. itu adalah hak mereka dan mereka bebas untuk menyatakan pendapat sendiri. kita boleh persoalkan dan argue dengan mereka. tapi argue lah dengan cara ilmiah dan berhemah. bukan menyerang peribadi, mengutuk atau mencarut.

p/s: kadang2 diam itu adalah lebih baik dari berkata2. diam bukan bermakna lemah. bising bukan bermakna kuat.


RALAT: aku tersilap kerana menyatakan ibrahim ali adalah presiden PESAKA. sbnrnye dia adalah presiden PERKASA. hehehe. people do make mistakes. tq kepada yg menegur. kepada yg menghentam pun tq jugak. sungguh cantik bahasa anda. klu ko kata aku C&P, tolong la bgtau kat mana aku copy tu.k at mana yg ko nampak ayat yg sama mcm ayat2 di atas? FYI, ayat2 di atas adalah ayat dan pendapat aku sendiri. terima kasih.

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke Juara Drama?

assalamualaikum.

aku percaya mmg ramai orang yg tgk juara lagu smlm. mesti berjuta2 orang punye la. dan aku jugak percaya byk entri2 blog akan menceritakan pasal juara lagu nih. termasuk lah aku. hehehe.

tahniah kepada semua pemenang especially Ana Rafalli yg menang Anugerah Juara Lagu menewaskan artis2 favourite lain. mmg mengejutkan. aku duk baca twitter smlm pun ramai yg duk menjerit tak percaya Ana Rafalli menang. ape2 pun, tahniah untuknya.

aku nak komen sket je pasal konsep. ini kan Anugerah Juara Lagu tp kenapa persembahan2 artis byk yg main drama. aku rasa Stacy ngan Bunkface je yg tak main drama. yg lain semuanye byk drama. paling poyo sekali drama Shahir dan Nasha Aziz. bermonolog, bersajak dan last sekali Shahir kene lempang  ngan Nasha. si Hafiz plak kene tembak pastu tukar baju. baju putih plak tu. konon dah masuk syurga la kot. tp drama terbaik dari Faizal Tahir la. siap menang best performance tu. buat magic trick lepaskan diri dalam air. siap basah2 pastu sambung nyanyi smpi lelah. mmg patut la menang.

kesimpulannya, aku tak suka bila menyanyi ade drama yg over2. menari dan menyanyi dah la. tak perlu la gimik2 lebih2. yg dinilai ialah lirik dan melodi lagu. best performance tu anugerah picisan jer. tak ade pun takpe. ruin the prestige of the award la. itu pendapat peribadi aku. sekian.

p/s: org dah bosan ngan pengacara 3 serangkai tu. Jozan for AJL 26!!!

Sunday, June 20, 2010

Pengkritik blog


assalamualaikum.

selama aku berblog nih aku rasa aku tak pernah lagi menerima kritikan ttg blog yg aku tulis. baik dari segi konsep, penulisan ataupun layout/template blog aku. klu ade pun just bagi pendapat gitu2 jer. jgn salah faham. aku hargai setiap pendapat korang. malah aku berbangga klu korang komen sbb menunjukkan keprihatinan korang.

cuma aku just wondering. ade ke org yg buat blogwalking and kritik blog org lain? jadi pengkritik tak diundang. ade ke? klu ade, aku nk jemput la dtg and bg pandangan atau kritikan ttg blog aku nih. sbb aku rasa tak salah klu org lain bg pendapat ttg blog kite. tp jgn la condemn terus. kesian owner blog tu. kita nih rakyat malaysia. budi bahasa budaya kita. choice of words are very important. so, be wise. =)

kenape aku bangkitkan isu nih? sbb dah terjadi kat blog kampung piala dunia. kononnya memberi kritikan membina tapi ayat pertama dah kutuk kaww2. condemn bulat2. klu korang nak baca, boleh pegi sini. so, hati2 la mengomen yer. aku klu nk komen blog org pun aku cermin diri dulu. blog aku dah bagus sgt ke? huhuhu. klu aku komen pun aku cakap berlapik la. tak terus serang buta2 jer. hehehe.

p/s: blog cari kawan bukan cari lawan.