Friday, March 29, 2013

[REPOST] Dream job

assalamualaikum.

korang mesti ade dream job kan? some sort of cita2 or ape yg kita betul2 impikan. dari kecik, dream job aku asyik berubah. masa sekolah rendah aku nk jadi peguam. masuk sekolah menengah i was totally lost. aku tak tau nk jadi ape. smpi la form 5 bila ade seorang cikgu, Miss Annezuleedia binti Mohammad (sorry teacher if i misspelled your name) tanya aku nk jadi pilot tak?  then aku apply utk jadi pilot MAS. disebabkan xde ape2 jawapan dari MAS, aku masuk la UNITEN dulu. then aku dapat offer utk buat psychomoto test. tapi aku tak tau pun smpi la mak aku bgtau aku yg tarikh test tu dah lepas. sbbnye mak aku nak aku duk je kat uniten tu. mungkin gak sbb sblm tu bekas pengerusi mofaz air marah ayah aku sbb nak aku jadi pilot. alasan dia sbb aku pakai spek. huhuhu.

masa isi borang UPU and UNITEN, aku pilih IT sbb masa tu IT baru berkembang and aku rasa akan ada byk peluang keje dalam bidang tu pada masa depan. during 2nd year kat UNITEN, aku realize yg aku minat pada programming. so aku mula berangan/mimpi nak keje ngan NISER (skrg CyberSecurity Malaysia). i work my way for it sehinggalah aku dapat buat internship kat NISER. masa internship tu aku tak enjoy pun keje kat NISER. maybe sbb aku distracted kot. so, after graduate aku start nak cari keje sbg programmer and attend a few interview. ade yg offer keje tp aku tolak atas sbb2 tertentu.

nak dijadikan cerita, lecturer aku offer jadi research assistant for an engineering project in UNITEN. dia cakap projek tu cari sorang programmer untuk programkan chip. aku terima la. tp lepas 3 bulan aku berenti sbb aku goyang kaki jer. chip yang dikatakan tu tak sampai2 dari US.

lps tu aku terima offer keje sbg management trainee dari satu company kat Technology Park Malaysia. supervisor aku mat salleh from Sweden. enjoy gak keje kat situ. tp jodoh tak lama sbb aku TERPAKSA terima offer keje gomen and i has been a loyal government servant until now. heheheh.

syukur dengan apa yang ada, jujur dengan apa yang dirasa..

p/s: paling best keje 6 bulan dengan DKSH CSSC under the supervision of Mr. Sven Maushake. i wish i could go back there. hehehe.
Post a Comment