Wednesday, April 13, 2011

Keluar Stesyen

assalamualaikum.

keje ngan gomen mmg tak lari dari kene pegi keluar stesyen atau dalam bahasa pasarnye outstation. paling takde pun dalam setahun tu mesti kene gak 2-3 kali. mmg la best sbb boleh claim dan boleh gi jalan2 keluar dari norma keje harian. tp bergantung jugak kepada keadaan.

contohnye, aku. hehehe. dulu sebelum kawin, mmg suka la klu dpt outstation. kalau boleh mmg aku nak pegi belah2 utara sbb aku dah familiar area sana. sekali pegi mau 3-4 hari jugak. lebih best lagi sbb aku ada 'lesen' bawak kete ofis (part time driver ofis). lenjan la pajero ke fortuner ke ape ke. tp untuk tujuan rasmi je la. bukan pegi mengulor naik kete ofis. salah tu. hehehe. cukup bulan, claim hotel or claim lojing. masyuk la jugak termasuk duit makan minum lagi kan. hehehe.

sekarang dah lain. zaman dah berubah. zaman bujang aku dah tamat lama dah. kalau nak outstation kene pikir byk bende jugak. especially sekarang nih sedang menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama. serba salah jugak dibuatnya. tapi nasib baik lah isteri aku sangat2 memahami tugas aku. (chewah, mcm keje askar jer. huhuhu.) walaupun dengan berat hati, aku tinggalkan lah dia kat umah kak dia untuk 2 hari nih sbb aku kene pegi kursus kat PD. nasib baik la dekat jer. kalau jauh maybe aku bawak dia skali. heheh.

apa2 pun, fahami dan hargailah pasangan anda, orang yang anda ingin hidup bersama buat selama-lamanya, bukan seketika cuma. renung-renungkan dan selamat beramal. heheheh.

p/s: layan blues di pagi rabu. huhuhu
Post a Comment