Monday, January 31, 2011

Banjir: Rancang perjalanan anda

assalamualaikum.

kerana kesibukan yang teramat sgt, aku terpaksa hentikan laporan harian LTdL2011 di blog ni. nnt aku post keputusan akhir je lah.

sekarang nih dah sibuk dah musim banjir. dah la cuti panjang tahun baru cina minggu nih. confirm ramai yang balik kampung. tp hujan tak berenti2 turun. byk tempat dah naik air. aku pun risau gak kalau tak lepas nak balik kampung nnt. so, kepada mereka yang nak balik kampung, aku nasihatkan check dulu dengan balai polis samada jalan yang korang nak lalu tu boleh dilalui atau tak. kalau nak check online, boleh check kat sini:


p/s: jangan sampai cuti aku kene beku dah la. huhuhu.

Wednesday, January 26, 2011

LTdL 2011: Stage 3 Results

assalamualaikum.

malas nak mengomel panjang2. ini keputusan perlumbaan setelah tamat peringkat ketiga sejauh 144.9km dari Taiping ke Sitiawan, Perak.
sumber: www.ltdl.com.my

sekali lagi anuar manan menjadi pelumba terbaik Malaysia apabila memenangi tempat kedua pada peringkat ketiga ini dan meletakkannya di tempat kedua secara keseluruhannya. Loh Sea Keong dari Pasukan Kebangsaan Malaysia juga tiba2 menonjol hari ini dan berjaya menduduki tempat ketiga terbaik di kalangan pelumba Asia.
Kedudukan pelumba keseluruhan (General Classification):
Top 10 - Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling) di tempat kedua, Loh Sea Keong (Malaysia) di tempat ketujuh dan Mohd Hariff Salleh (Terengganu ProAsia Cycling)

Kedudukan pasukan keseluruhan (Team General Classification):
Terengganu ProAsia Cycling Team masih unggul di tempat pertama, Le Tua Cycling Team di tempat kelapan dan Pasukan Kebangsaan Malaysia jatuh ke tempat ke 13.

Kedudukan pasukan Asia keseluruhan (Asian Team Overall):
Masih tidak berubah dengan Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat pertama, Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kedua dan Le Tua Cycling Team di tempat kesepuluh.
 
p/s: Pelumba Malaysia simpan tenaga nak panjat Genting.

Tuesday, January 25, 2011

LTdL 2011: Stage 2 Results

assalamualaikum.

perlumbaan peringkat kedua. masih belum ada live telecast race di TV1. live kat finishing line jer. aku kecewa lagi. berikut keputusan perlumbaan setelah tamat peringkat kedua sejauh 145km dari Kangar, Perlis ke Butterworth, Pulau Pinang.
sumber: www.ltdl.com.my
tahniah buat Anuar Manan dan Mohd Hariff Salleh yang menjadi pelumba terbaik negara ketika ini. Anuar Manan berjaya menjadi pelumba Asia terbaik dan akan menyarung jersi putih MAS pada perlumbaan peringkat ketiga hari ini.

Kedudukan pasukan keseluruhan (Team General Classification):
Pasukan Terengganu ProAsia Cycling kekal di tempat pertama, Le Tua Cycling Team di tempat ketujuh dan Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kesepuluh daripada 23 pasukan bertanding.

Kedudukan pasukan Asia keseluruhan (Asian Team Overall):
Pasukan Terengganu ProAsia Cycling unggul di tempat pertama, diikuti Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kedua dan Le Tua Cycling Team di tempat kesepuluh.

p/s: Malaysia harapkan Terengganu.


Monday, January 24, 2011

LTdL 2011: Stage 1 Results

assalamualaikum.

LTdL 2011 telah pun bermula secara rasminya semalam. aku ingatkan ada live telecast kat TV1, tapi hampeh. actually mmg ada live tapi bukan the whole race. aku tgk mcm dokumentari dah. pastu tunjuk masa finishing jer. mmg hampeh tul. menyumpah seranah gak la aku smlm. sukan terbaik hanya di RTM?? hmmmm. hampeh la.

malas nak menyumpah panjang2. ini keputusan rasmi perlumbaan peringkat pertama sejauh 94.3km yang berlangsung dari Dataran Lang ke Pekan Kuah di Langkawi.
sumber: www.ltdl.com.my
yang aku highlightkan dalam kotak merah tu adalah pelumba dari Malaysia. lebih tepat lagi dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling. kalau tak silap aku, pasukan professional ni baru ditubuhkan hujung tahun lepas. so, agak membanggakan la bila pelumba tempatan dapat bersaing dengan jagoan2 dunia yang lain. tahniah diucapkan.

dari segi kedudukan pasukan (Team Overall Classification) pulak, pasukan Terengganu ProAsia Cycling menduduki tempat pertama keseluruhan. Le Tua Cycling Team pula menduduki tempat kelima dan Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kelapan.

bagi kedudukan pasukan dari Asia (Asian Team Overall), Terengganu ProAsia Cycling di tempat pertama, Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ketiga dan pasukan Le Tua Cycling Team di tempat kesepuluh.


p/s: makin naik la nama terengganu lepas nih.

Sunday, January 23, 2011

Le Tour De Langkawi 2011

assalamualaikum.

hari ini bermulalah dengan rasminya perlumbaan basikal yang dinanti-nantikan, Le Tour De Langkawi 2011. perlumbaan kali ini akan bermula di Langkawi 23 Januari dan berakhir di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2011. terdapat 138 peserta mewakili 23 pasukan yang bertanding. Malaysia diwakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan Malaysia, pasukan professional Le Tua Cycling Team dan pasukan professional yang baru ditubuhkan, Terengganu Cycling Team.

Pasukan Kebangsaan Malaysia tentunya terdiri dari 6 orang pelumba kebangsaan. Le Tua Cycling Team diwakili oleh 3 pelumba Malaysia dan masing2 1 pelumba dari Asutralia, Colombia dan Sepanyol. Pasukan Terengganu Cycling Team pula terdiri daripada 4 pelumba Malaysia, 1 pelumba Jepun dan 1 dari Thailand. Pelumba Malaysia pertama yang memenangi peringkat perlumbaan dan gelaran Raja Pecut pada LTdL 2010, iaitu Anuar Manan akan mewakili pasukan Terengganu Cycling Team pada edisi kali ini.

LTdL 2011 juga akhirnya kembali menjadikan Langkawi sebagai salah satu peringkat perlumbaan setelah beberapa edisi diabaikan. ini adalah peta untuk laluan keseluruhan LTdL 2011.

sumber: www.ltdl.com.my
hari ini adalah peringkat pertama perlumbaan di Langkawi. perlumbaan akan bermula di Dataran Lang dan berakhir di Pekan Kuah sejauh 94.3 km. TV1 adalah penyiar rasmi LTdL2011. jadual siaran langsung berikut boleh didapati di http://www.ltdl.com.my/2011/tv.asp


untuk live streaming, boleh tgk kat sini: http://www.rtm.gov.my/new/bm/index_ls1.php

follow twitter LTdL2011 di twitter.com/myltdl

p/s: harapan peribadi aku adalah nak tgk pelumba Malaysia menang mana2 jersi utama dan peringkat perlumbaan. Malaysia Boleh!!

Wednesday, January 19, 2011

Planning a Vacation to Langkawi

assalamualaikum.

aku dan cik wife tgh plan nak pegi holiday. most probable location is Langkawi. sejak kawin hari tu tak smpt nak gi honeymoon. skrg cik wife dah pregnant pun. huhuhu. plan asal nak naik flight je sbb nak jimat masa and tak penat sgt. tp ade member ckp tak boleh sbb cik wife tgh pregnant. tak tau la mcm mana.

tujuan aku menaip entri nih adalah untuk mintak pendapat korang tentang the best place to stay kat langkawi and ape yg best kat langkawi tu. aku tak penah lagi pi langkawi. hehehe. aku target nak naik cable car jer. cik wife of coz la nak shopping. huhuhu. lain2 aktiviti tak tau lagi. 

sesape yg sudi berkongsi info tu amat2 lah dihargai. hehehe.

p/s: kalau tak jadi ke langkawi nak ke mana ye?? hmmm.

Friday, January 14, 2011

New Header

assalamualaikum.

saja nak menaip entri sblm gi solat jumaat nih. lepas aku tukar template hari tu,cik wife sendiri komplen template aku nmpk dull dan boring. so, aku tukar la header blog aku nih. sendiri create. tp background tu cari kat google la. hehehe.


ok tak header nih? aku rasa tulisan tu aku akan kekalkan sebagai trademark la kot. lepas2 nih mungkin aku akan tukar background image untuk header nih dan warna tulisan tu pun akan disesuaikan dengan background image tu nnt. 

what say you??

p/s: background untuk blog juga mungkin akan berubah kelak. hehehe.

Thursday, January 13, 2011

Minuman Rasmi Kerajaan

assalamualaikum.

hari aku baru tau yg kerajaan pun boleh ada minuman rasmi sendiri. bukan kerajaan pusat tapi kerajaan negeri. korang rasa la, kerajaan negeri mana yg ada minuman rasmi sendiri tu?? hehehe. tak tau??

jawapannya ialah Kerajaan Negeri Melaka. ini buktinye:


mungkin ini salah satu ciri2 sebuah negeri maju. ada minuman rasmi sendiri. tahniah buat kerajaan negeri. tapi kenapa air mangga?? ada sape2 boleh tolong jawab??

p/s: klu ada minuman rasmi, mesti ada makanan rasmi kot. ape la agaknye ye? heheh

Wednesday, January 12, 2011

New Template

assalamualaikum.

aku baru tukar new template nih. template and background lama aku mcm kat bawah nih:

i love coffee!!
aku tukar sbb aku rasa template lama nih agak berat masa nak loading. pastu template nih takleh nak edit guna template designer yg blogspot sediakan. maybe sbb template nih org create based on wordpress punye theme kot.

best gak guna template designer tu. kejap je aku tukar2 template. widget2 semua tak ubah. cuma kene susun balik jer. apa pendapat korang tentang template baru aku nih?? hehehe.

p/s: tahun baru, wajah baru. isi?? harap2 sentiasa ada yg baru. =)

Tuesday, January 11, 2011

4th Monthiversary

assalamualaikum

sedar tak sedar, hari nih dah genap 4 bulan aku melayari alam rumahtangga.aku bersyukur kerana aku dan isteri berjaya mengharungi segala ujian dan rintangan yang melanda sepanjang tempoh yang singkat ini. walaupun baru 4 bulan, macam2 dugaan yang telah kami lalui dan semuanya berjaya dilalui bersama. Alhamdulillah.

kandungan isteri aku pun dah hampir 4 bulan. aku dah nampak dah perutnye makin besar. tapi aku tak sabar nak tgk perut dia makin besar. tak sabar nak pegi scan dan tgk sendiri bakal anak kami tu. hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku menanti kehadiran orang baru dalam keluarga kami. 5 bulan je lagi. =)

p/s: kepada isteriku, Shamsiah Mat Seman, Selamat Ulang Bulan Perkahwinan yang ke 4. =)

Blog Walking

assalamualaikum..

bloggers mmg sgt la familiar dengan phrase blogwalking atau ringkasnye BW. ada gak yg guna terms blog hopping or blog crawling. ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan dan menarik trafik ke blog kita. especially kalau BW ke blog2 yg ramai followers dan readers.

tp ade sesetengah blogger yg sekadar dtg dan tinggal jejak di shoutbox je. tak baca pun entri tuan punye blog tu. aci ke mcm tu? hmmm.entahlah. dulu aku pun rajin gak BW nih. memule dulu aku pun jenis yg tinggal jejak gak. tp skrg tak lagi. at least aku akan baca satu entri tuan punye blog tu. klu entri tu menarik, insya Allah aku akan komen jugak.

tp lately aku dah jarang dah BW nih. mungkin sbb agak sibuk di pejabat. bila balik umah pulak dah penat dan malas nak online. tp malam ni aku gagahkan jugak membalas kunjungan rakan2 blogger yang tinggalkan jejak di shoutbox aku. smpi 7 page shoutbox tu baru abis. ramai jugak yg datang menjenguk dan memfollow. terima kasih aku ucapkan pada semua. ada masa nnt aku BW lg blog korang.

p/s: tolong promote blog Jom Makan sekali boleh?? hehehe

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke Juara Drama?

assalamualaikum.

aku percaya mmg ramai orang yg tgk juara lagu smlm. mesti berjuta2 orang punye la. dan aku jugak percaya byk entri2 blog akan menceritakan pasal juara lagu nih. termasuk lah aku. hehehe.

tahniah kepada semua pemenang especially Ana Rafalli yg menang Anugerah Juara Lagu menewaskan artis2 favourite lain. mmg mengejutkan. aku duk baca twitter smlm pun ramai yg duk menjerit tak percaya Ana Rafalli menang. ape2 pun, tahniah untuknya.

aku nak komen sket je pasal konsep. ini kan Anugerah Juara Lagu tp kenapa persembahan2 artis byk yg main drama. aku rasa Stacy ngan Bunkface je yg tak main drama. yg lain semuanye byk drama. paling poyo sekali drama Shahir dan Nasha Aziz. bermonolog, bersajak dan last sekali Shahir kene lempang  ngan Nasha. si Hafiz plak kene tembak pastu tukar baju. baju putih plak tu. konon dah masuk syurga la kot. tp drama terbaik dari Faizal Tahir la. siap menang best performance tu. buat magic trick lepaskan diri dalam air. siap basah2 pastu sambung nyanyi smpi lelah. mmg patut la menang.

kesimpulannya, aku tak suka bila menyanyi ade drama yg over2. menari dan menyanyi dah la. tak perlu la gimik2 lebih2. yg dinilai ialah lirik dan melodi lagu. best performance tu anugerah picisan jer. tak ade pun takpe. ruin the prestige of the award la. itu pendapat peribadi aku. sekian.

p/s: org dah bosan ngan pengacara 3 serangkai tu. Jozan for AJL 26!!!

Sunday, January 9, 2011

HTC Smart: Belated Birthday Gift

assalamualaikum.



ulangtahun kelahiran cik isteri ialah pada 1 Januari yang lalu. tapi baru hari nih dpt bagi hadiah kat dia. sbb tu kira belated. no surprises sbb aku mintak dia pilih sendiri. kalau aku beli je nnt takut dia tak berkenan plak. kami beli kat the mines ptg td. original set, not AP.



itu lah rupa handphone baru cik isteri yang tersayang. tgh charge lagi. tak smpt nak explore lagi. sbnrnye HTC ni takde pun dalam wish list masa buat research malam smlm. yang ade dlm list ialah Nokia C3 dan Sony Ericsson Yendo.

so, bila smpi kat mines td, terus pegi ke store Sony Ericsson. tp salesman tu sendiri tak recommend Yendo tu. tinggal satu je la choice. terus ke store Nokia plak. on the way tu, cik isteri nih terpandang la HTC Smart nih. aku ckp jom tgk Nokia tu dulu. lepas tgk2 C3 tu, kitorang terus blah dari store Nokia tu. salesman dia pun tak baper friendly.

terus kitorang tuju ke booth2 yg byk kat tingkat 4 tu. nak cari C3 jugak tp sekali lagi cik isteri nampak HTC Smart tu. so, aku suh salesman tu amik dua2 phone. salesman nih pulak mulut manis. pandai melayan. kitorang pun bandingkan la Nokia C3 dan HTC Smart tu. keputusannya, cik isteri pilih HTC Smart. harga pun sama jer. aku belikan memory card 4GB sbb dia suka dgr mp3. tambah RM30 je. yg lain2 standard box set la.cik isteri sgt lah happy sbb dpt phone baru. tp nak kene ajar dia guna dulu. nnt aku sms dia tak reti nak balas plak. huhuhu.

p/s: aku pun sgt happy sbb dpt belikan sumting for her birthday. =)

Wednesday, January 5, 2011

Naik Minyak

assalamualaikum.

opss. bukan aku yg naik minyak ye. harap maklum. harga minyak yg naik. harga minyak tanah naik 10 sen seliter dan harga minyak petrol RON97 pun naik 10sen jugak seliter. so, harga minyak tanah sekarang nih dah jadi RM2.50 seliter dan petrol RON97 dah jadi RM2.40 seliter. harga RON95, minyak diesel dan LPG tidak berubah. (harap2).

p/s: pendeknye entri aku kali ni. hehehe. (sbb nak gi meeting jap lg =))

Tuesday, January 4, 2011

Tukar nama Harimau Malaya??

assalamualaikum.

aku tak setuju kalau gelaran Harimau Malaya yg diberikan kepada skuad bola sepak Malaysia ditukar kepada Harimau Malaysia. ini bukan masalah perkauman atau politik.  ini adalah bola sepak. kalau tak tukar nama, korang tak nak sokong ke? ko warganegara mana??

1st of all, yang mintak nak tukar tu sbb katanya perkataan Malaya tu merujuk kepada Semenanjung Malaysia. sbb tu je?? tau tak yang Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni) tu adalah nama satu spesis harimau yang terdapat di semenanjung. mmg dah satu dunia panggil dia Malayan Tiger. dah register pun dalam buku daftar spesis2 binatang kat dunia nih. ko nak kata ape? yg tu pun nak ubah jugak ke? Harimau Malaya adalah simbol keberanian dan kekuatan, bukan geografi. yg tu pun tak leh paham ke? 

jgn la nak politikkan sukan bola sepak yg baru mula nak mendaki tangga kejayaan nih. Skuad bola sepak kita sejak dulu lagi digelar Harimau Malaya. its a tradition. it has a long history and proud tradition. why must we change the tradition just to accomodate such a narrow minded people?? football is a game. dont mixed it up with politics. dont let people with personal interest taking over the game. 

kesimpulannya, aku membantah sekeras2nya kalau diorang tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Bola sepak adalah tradisi yang akan menjadi legasi buat semua generasi.

sekian, terima kasih.

p/s: tak nak mintak Malayan Banking Berhad tukar nama ke?